Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Saturday, November 27, 2010

Kembali Aktif

Seperti yang dikatakan, setelah seminggu berada di Sungai Petani, saya dah kembali berada di Pendang. Hari ni merupakan kelas pertama setelah seminggu bercuti. Hari ni kelas pagi dan petang. Terpaksalah saya tinggalkan Niyaz dengan tok dia. Sedihnya kena tinggalkan Niyaz. Tapi, takpalah, semua yang dilakukan ini merupakan usaha untuk kualiti hidupnya yang lebih sempurna. Macam mama kata tinggalkan Niyaz dengan ikhlas, Allah sayang kat kita. InsyaALLAH Niyaz selamat dalam jagaan tok dan wannya...Hari ni Niyaz kena berjalan lagi sebab tok dan wan dia nak menghadiri kenduri di Alor Setar. Semoga Niyaz berada dalam jagaan ALLAH hendaknya. Jauhkanlah dia dari segala bencana yang tidak diingini...Amin....Malam ni barulah saya dapat melihat telatah Niyaz.....InsyaALLAH....

Hutang orang langsaikanlah...

Hari ni, ada sikit rasa kecewa dan marah kepada customer yang pernah belajar kelas komputer dengan saya. Customer tersebut seorang wanita yang telah mempunyai seorang anak yang berumur 1 tahun lebih. Apa yang pasti, customer ni lebih muda dari saya. Dia lahir tahun 1991. Customer ni telah mengambil kursus komputer pakej RM360 yang menawarkan mata pelajaran Pengenalan kepada Komputer & Internet, Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint yang dijalankan selama 45 jam. Customer ni dah pun menyelesaikan semua mata pelajaran yang diambil. Pendek kata, kelas dia dah habis. Dia dah selesai buat kelas selama 45jam pada hujung bulan September yang lalu. Setakat September yang lalu dia baru bayar sebanyak RM125. Masih berbaki sebanyak RM235 dan baki tersebut dikira sebagai hutang dengan saya sehingga hari ini. Bukan saya tak cuba bertanya. Saya cuba bertanya, hantar sms. First sms, dia reply. Dia kata dia ada masalah keluarga. Bila dah selesai naik mahkamah, dia akan bayar. Ok, saya biarkan. Mungkin betul dia dalam kesusahan. Sebulan berlalu, saya tanya lagi, langsung tak direply. Saya positifkan fikiran saya, saya kata mungkin dia tak ada kredit. Semalam saya tanya lagi, tak berjawab jugak. Kecewa sangat....Try call pagi tadi tak berangkat. Bertambah kecewa lagi. Geramnya saya mengenangkan semua ini. Kenapalah ada orang macam ni yang belajar dengan saya??

Mengenangkan customer ni, memang la sakit hati. Rasa sangat sedih dan kecewa. Yelah....banyak masa telah saya korbankan untuk mengajar, buat soalan, print soalan, tinggal Niyaz dirumah. Kadang-kadang terdetik jugak di hati ni, dia tak rasa bersalah ke hutang orang belum dilangsaikan? Dia tak takut ke kalaulah tiba-tiba ditakdirkan dia meninggal dunia dan ada hutang yang belum dilangsaikan? Tak takut ke? Takkan tak pernah difikir benda ni semua. Hak orang, pulangkanlah....Janganlah di aniaya. Dahlah nak dapatkan duit sangat susah. Macam-macam kena korbankan. Bila ini balasannya, sebagai manusia biasa, sudah tentu rasa marah, kecewa dan benci dengan orang macam ni. Saya dan hubby bukanlah orang makan gaji macam kebanyakan orang sekarang ni. Hujung bulan, duit masuk. Ambik kad p cucuk duit. Senang dan mudah. Memangla duit kami dapat hari-hari. Dan duit yang kami dapat hari-hari itulah duit untuk kami makan dan isikan tabung-tabung tertentu. Jadi jika customer buat macam ni, memanglah wajar saya rasa kecewa dan marah. Susah nak dapatkan duit untuk survive. Nasib baik saya tinggal di Pendang bersama dengan mertua. Kos sara hidup tak terlalu tinggi. Alhamdulillah.....

Bila mengenangkan semua ni, memag sedih dan kecewa. Tapi peristiwa ni jugak boleh dijadikan iktibar. Jika kita berhutang dengan orang, langsaikanlah. Kerana semua hutang ni akan di ambil kira di akhirat kelak. Dan sudah tentu balasan bakal diterima jika hutang tidak dilangsaikan. Allah Maha Adil.....

Friday, November 26, 2010

Saya dah kembali di Pendang....hehehehe..

Setelah seminggu berada di kampung ku di Sungai Petani, kini saya dah kembali berada di Pendang. Telah berada di tempat yang sewajarnya. Yela...tempat isteri kan di sisi suaminya....Kini saya kembali menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri kepada suamiku. Saya dah selamat sampai di Pendang pukul 11.45pagi tadi. Alhamdulillah.....

bermula esok...kelas komputer yang saya jalankan akan beroperasi semula setelah seminggu bercuti. InsyaALLAH...semoga semuanya berjalan dengan lancar.....banyak lagi cerita yang nak dikongsi bersama. Nanti bila ada masa, saya akan updatekan entry terbaru.....

Sunday, November 21, 2010

Seminggu di Sungai Petani....

Selamat Hari Raya Aidiladha.....Lama sungguh blog ni tak diupdate....Bz with baby, kelas komputer, modul Office 2007 dan macam-macam lagi....hingga tak sempat saya nak berdepan dengan komputer berjam-jam macam dulu. Kehidupan ni berubah kan. Ada tanggungjawab lain yang perlu dibereskan.

Musim cuti sekolah dah bermula. Bagi pelajar SPM dan STPM sibuk dengan exam. Orang cuti boleh relax, tapi bagi mereka, study tak boleh dilupakan. Kesian....Tapi, takpalah....harap mereka berjaya hendaknya......Tak lupa juga untuk adik saya Syafiq Audi di MRSM Taiping. Semoga berjaya hendaknya.....

Sempena raya Aidiladha dan musim cuti ni....Saya dah bincang dgn hb nak tinggal di Sungai Petani selama seminggu. Alhamdulillah....hb izinkan. Time saya taip blog ni saya bersiaran langsung dari Sungai Petani.

Niyaz di Sungai Petani.....
First sampai kat sini dia tertido dalam kereta. Dia terjaga bila kereta berhenti. Saat kaki melangkah masuk dalam rumah, dia perhati setiap muka di depannya sambil tangannya memeluk erat tengkuk saya. Dia takut agaknya....Muka-muka di depannya jarang dilihat. Bila saya cuba tinggalkan dia dengan tok, wan , pak lang, pak njang n pakciknya, confirm dia nangis. Memang first time tak boleh tinggalkan dia. Dia takut....Takpala, harap selama seminggu saya berada disini, dia akan kenal, mesra dan tak kekok bersama tok, wan dan bapa saudaranya di sini. Memang saya agak jarang pulang ke Sungai Petani dan tinggal lama-lama disini semenjak berkahwin. Tapi, jauh disudut hati ini berharap anak-anak saya nanti akan rapat juga dengan famili di Sungai Petani. Anak-anak saya perlu tahu bahawa ada famili paling dekat di Sungai Petani bukan hanya di Pendang. Sekurang-kurangnya dia tahu ada tok dan wan di sini.

Perkembangan Niyaz masa hari-hari pertama di sini amat memberangsangkan. Orang pertama yang dia kenal dan akrab ialah Wan dia. Oklah tu....nanti dia akan kenal dan akrab dengan orang lain pulak...Slow-slow la....


Niyaz dengan Wan....

Wednesday, October 27, 2010

Niyaz gelak.3gp

Niyaz tengah gelak. Sempat jugak saya merakam video anak ku yang tengah happy. Time ni Niyaz digeletek oleh papanyaa...tu yang gelak sakan...hahaha....


Chicken Grill...

Bahan-bahan untuk perap Ayam

Ayam ( bahagian peha yang dibuang tulang)
Sos BBQ Hp
Madu
SerbukLada Hitam
Serbuk Lada Putih
Perencah Hilal
Olive Oil

Cara- caranya:

  1. Perap ayam dengan sos bbq hp, Madu, Lada Hitam, Lada Putih dan perencah Hilal.Perap selama 9 jam. Jangan lupa masa perap tu, peraplah dalam bekas yang tertutup dan pastikan bekas dan ayam tu berada dalam chiller selama 9 jam.
  2. Panaskan oven selama 10 minit.
  3. Sementara tunggu oven tu panas, panaskan pan dengan minyak yang sedikit. Bila minyak dah panas, goreng ayam yang telah diperap tadi. Goreng dalam 10 hingga 15 minit.
  4. Setelah siap goreng ayam, alaskan dulang oven dengan aluminium foil. Titiskan sedikit minyak olive oil di atas ayam tadi dan bolehlah bakar ayam tadi selama 30 minit dengan suhu 190 darjah celcius.
Bila ada ayam mestilah ada kuahnya.

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih( dicincang)
1 biji bawang besar ( dicincang)
Sos Tiram
Sos Tomato
2 sudu besar Lada Hitam (dikisar)
Kiub Ayam
1 setengah sudu besar tepung jagung ( bancuh dengan air )
Garam
Perencah Hilal

Cara- caranya:

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan lada hitam, sos tomato, sos tiram dan 1 cawan air. Kacau dan biarkan mendidih.
  3. Bila air dah mendidih, masukkan kiub ayam dan garam. Kacau dan biarkan mendidih sekali lagi.
  4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh, kacau dan masukkan sedikit perencah hilal. Tunggu hingga mendidih dan tutup api. Sos siap untuk dituangkan di atas Chicken Grill tadi...
Selamat mencuba....

Tuesday, October 26, 2010

Dinner n Dinner...

Entry kali ni nak cakap pasal dinner. Dinner ala barat....Saya dan hubby memang suka makan. hobi yang sama. Enjoy the food. Kalau ada tempat baru dan ada duit yang lebih kami akan cari restoran baru dan akan merasa makanannya. Itu semua terpulang kepada keadaan la..Sekarang ni saya dan hubby asyik nak makan western food ja...Boring dah makan masakan biasa. Dan boring dah nak keluar makan kat restoran. Tambah-tambah pulak ada Niyaz baby kecik yang baru berusia 7 bulan....hahaha...nak makan kat luar susah sikit. Jadi kalau nak makan western food jugak, saya dan hubby sepakat try masak kat rumah....hihi....

Sos dan barang untuk memasak dah pun dibeli dan dah tersedia dalam kabinet dapur. Yang cuma kena beli ialah bahan-bahan mentah macam ayam, daging or kambing...hahaha..Kambing?? fav tu....MIL selalu kata kambing tu gatal la, tak bagus makan la. Tapi...ada saya kisah? Saya tak kisah pun...So far, alhamdulillah...saya tak ada apa-apa masalah kerana makan kambing. Mintak-mintaklah nikmat ini akan dberi selagi aku sihat. Amin...

Saya sebenarnya suka memasak western food ni. Dan hubby pun suka makan. Nak masak western food senang. Tak susah. Kadang-kadang bahan yang diperlukan x perlu di tumbuk, di potong. Kadang-kadang main campak-campak je masa dalam pan. Memang senang....Bahan-bahan mentah cuma perlu diperap dengan sos yang dah dibeli. Memang mudah, cepat dan sedap. Hihihi...Yang mennyebabkan proses memasak ni tergendala hanyalah kerana di tempat ku ini tiada hypermarket mcm di Alor Setar atau Sungai Petani. Memang tak best sebab tak boleh nak masak benda lain selain dari gulai, masak lemak, asam pedas, ikan goreng, ayam goreng... Memang tak best. Kalau diulang benda yang sama, saya lebih rela tak memakannya...hahahaha...

Semalam saya dah sediakan Chicken Grill. Siap dengan sos lada hitam, kentang rebus dan sayur-sayurannya...Menu makanan yang lengkap dengan semua keperluan badan. Makan sepinggan...kenyang.....Tak payah tambah-tambah dah...hehehehe.... ni la rupanya....Tara...


Menu dinner yang lengkap kan....yummy..

Ada kentang, salad, n kekacang....kenyang ni makan sepinggan...hihii

Tuesday, October 19, 2010

Niyaz boleh duduk

Mummy love you sayang...

Niyaz dah duduk

Cepatnya masa berlalu....Dari merangkak, terus boleh duduk dan sekarang mula memberanikan diri untuk berdiri pulak. Memang macam nilah perkembangan baby. Saya mula rasa seronok melihat perkembangan ini. Alhamdulillah.....anak ku semakin pandai. Beberapa hari yang lalu saya tersedar Niyaz mula belajar untuk duduk. Memang pada mulanya rasa agak risau. Yelah...takut terpelanting ke belakang time nak cuba duduk dan imbang badan. Ada sekali dua terpelanting ke belakang. Tapi bukanlah atas simen. Tapi terpelanting atas toto depan tv. Nasib baikla toto tu tebal. Jadi time dia jatuh tu, taklah terasa sakit sampai bengkak kat kepala Buat masa ni, saya sentiasa bersama Niyaz. Risau rasa nak tinggal dia sorang-sorang. Kalau nak masak, saya mesti letak dia dalam walker. Dan saya akan cuba masak secepat mungkin. Alhamdulillah...walaupun saya sibuk settlekan kerja rumah, masih ada inisiatif yang lain untuk memastikan Niyaz sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Takkan bila ada anak kecik saya tak boleh masakkan...Itu terlalu melampau rasanya. Walaupun kita ada anak kecil, kita kena ingat, kita masih ada hubby dan famili yang lain. Mana boleh kita lupakan semua itu walaupun ada anak kecil? Pada saya itu semua too bad...

Sejak Niyaz semakin rajin explore dunia baru dia sekarang, saya kini seolah-olah tiada masa untuk diri sendiri. Masa untuk saya tido macam dulu...hahaha...memang dah lama saya tinggalkan. Dan aktiviti tido siang itu kini semakin hari semakin jauh dari hidup saya. Saya hanya sempat baring sambil tengok tv. Itu pun time Niyaz dah tido. Masa Niyaz tido, saya tak boleh tido sebab sekarang Niyaz tido sangat sikit. Masa dia lebih banyak dihabiskan dengan aktiviti explore dunia baru dia. Ye...memang itulah aktiviti baby bila usia meningkat ke 6 bulan ke atas.
Time ni la kita sebagai ibu agak penat sikit. Tapi takpa...semua itu sangat berbaloi kerana masa bersama mereka sangat indah dan menyeronokkan. Adakala timbul rasa cemburu dalam diri ini apabila saya terpaksa meninggalkan Niyaz bersama tok dan wan di rumah kerana komitmen terhadap kerja. Yela..rasa sangat rugi kerana hari yang saya tinggalkan Niyaz saya tidak dapat melihat perkembangan atau benda baru yang telah di explore olehnya. Tapi apakan daya...saya kena tinggalkan Niyaz. Nasib baikla...saya bukan bekerja dalam office hour. Saya boleh balik menjengah Niyaz jika kerja saya dah selesai....Beruntung juga saya kerana bekerja sendiri. Saya boleh urus masa sendiri. Selain itu, saya tidak akan terlibat dengan mana-mana kursus selama beberapa hari seperti mana orang yang bekerja makan gaji. Alhamdulillah...semuanya dipermudahkan dan kehidupan yang saya lalui kini memang seperti mana yang saya inginkan.

Tuesday, October 12, 2010

Pada Pagi yang Hening...

Siap nak merangkak lagi..Sayang, jam kul 5.30pg tau....

Ni time berguling-guling. Mata macam nak terpejam akibat dari flash kamera Mummy

Jam pukul 5.30 pagi. Niyaz terjaga dari tidurnya. Hahaha....celik luas pulak tu mata dia. Saya dah tahu kalau mata dia celik luas macam tu memang dia tak mau sambung tidur dialah...Siap berguling-gulng lagi dalam katilnya. Sekali sekala dia merangkak dan meniarap. Mummynya tersangatlah mengantuk sebab penat waktu siang belum habis lagi. Oleh kerana terlalu mengantuk, saya pastikan katil Niyaz terkunci. Yang ni memang kena make sure betul-betul sebab Niyaz sekarang dah merangkak. Bahaya jika dibiarkan katil tu tak berkunci. Lepas dah pastikan semuanya selamat untuk Niyaz, akhirnya Mummy sambung tidur. Tapi tidur pun taklah nyenyak sampai tak sedar langsung. Tidur pun macam main-main ja. Mana boleh tidur nyenyak jika anak sedang berjaga. Tak tenang rasanya...Takpalah....asalkan anak saya sentiasa dalam kawalan saya...
Dalam mengantuk tu sempat lagi snap gambar Niyaz yang terjaga dari tidurnya itu...hahahaha...

Solid Food For Niyaz

Niyaz enjoy his food...cutekan?

Ni la Nestum yang dibeli " Beras dan Buah-buahan"

Dan inilah hasilnya....time to eat!!

Sebenarnya dah lama saya nak ceritakan tentang this topic. Tapi, dek kerana ketiadaan Internet di rumah menyebabkan niat ini tergendala sebentar. My baby Niyaz dah pun 6 bulan lebih. Time untuk memperkenalkan solid food. Dan saya memang teruja untuk memberikannya makanan. Sejak usianya 5 bulan lagi Niyaz dah mula menunjukkan tanda dan minatnya terhadap makanan. Setiap kali tiba waktu kami makan, Niyaz macam biasa akan termasuk dalam kumpulan kami. Dia akan berada dalam walker dan akan mengelilingi meja makan sambil tangannya mula nak mencapai makanan. Kadang-kadang, mulutnya pasti terkecap-kecap seolah-olah meminta makanan dimasukkan di dalam mulutnya. Ha...memang kesian time ni. Tergerak di hati ingin menyuapnya sedikit. Tapi terpaksa saya batalkan niat itu demi kebaikannya. Setiap hari saya pasti menghitung hari sehinggalah usianya mencecah 6 bulan. Dan sekarang merupakan waktunya.

Mula-mula saya perkenalkan dia dengan nestum Nestle Cerelac. Sengaja saya mengambil beras dan buah-buahan. Saya fikir sebaik-baiknya saya perkenalkan dia dengan rasa buah-buahan dengan harapan dia akan mendapat fibre yang baik. First time menyiapkan nestumnya saya bancuh agak cair. Harap dengan bancuhan yang agak cair itu akan memudahkan proses menelan. First time menyuap ke dalam mulutnya, Niyaz dengan mudah saja membuka mulut dan menelan nestum tersebut. Alhamdulillah...senang bagi dia makan.Terdapat sesetengah baby, agak susah nak mula mengambil makanan yang pertama.
Niyaz lain...dia suka makan dan memang enjoy time makan. Tiap-tiap hari saya akan hidangkan Niyaz dengan Nestumnya sekali sehari. Iaitu time lunch. Maklumlah...baru lagi kan. Lepas ni barulah saya akan tingkatkan pengambilan nestumnya kepada 2 kali sehari....

Monday, October 11, 2010

Mertua vs Menantu

Bagaimanakah kita ingin mempamerkan perasaan seronok, bangga atau hepi? Lain orang, lain caranya. Setiap dari kita telah dididik dengan pelbagai bentuk didikan. Ada yang dididik secara kasar, ada yang dididik secara lembut dan diplomasi dan ada juga yang dididik dengan kuasa veto ibu bapa. Ingin saya kongsi sedikit pengalaman yang saya lalui kemarin...

Jam menunjukkan tepat pukul 2.00ptg. Time lunch untuk keluarga saya. Kebetulan kemarin tok n wan lunch di rumah saya. Lauk kemarin ialah gulai ikan, ikan goreng, ulam dan sambal belacan. Ulam yang ada ialah pucuk janggus, keladi n terung. Dalam semua ulam tu, ulam yang membuka selera saya ialah pucuk janggus. Memang sedap rasa lemak dan kelat. Piring ulam-ulaman tersebut agak jauh kedudukannya daripada saya. So, macam biasalah saya mintak tolong tok hulurkan kepada saya.

Me: Tok, tolong bagi pucuk janggus tu sikit kat nawar.
Tok: ooohh..hang makan ka ulam...
( senyum je saya )
Me: Ha, nawar memang makan ulam.
Tok: Ha...ambik la.

Tiba-tiba tengah saya berdialog dengan Tok, Mak ( my Mother In Law ) menyelit:

Mak: Nawar memang makan ulam. Tapi gak malas nak p kutip.
( saya masih lagi tersenyum dan cuba menjawab sikit)

Me: Bukan malas tapi nawar takut sikit. Kat pokok pucuk janggus tu kadang-kadang nawar nampak ular. Tu yang tak berani p ambik.

Mak: Ha...kat belakang tu memang la. Tu kalau nak p ambik apa-apa kena tengok betul-betul.

Tok: Ular tu bukan ular apa pun. Ular air ja...

Me: Ular air pun, hakikat dia still ular. Tak beranila nak pi ambik. ( masih lagi senyum )

Jika dihayati dialog ini, memang orang yang tak biasa memang hatinya akan terguris. Macam tu jugaklah saya. Hati tersentuh tapi masih lagi senyum macam biasa. Saya tak mahu ambik hati di atas setiap kata-kata yag diluahkan dari mulut MIL. Memang mereka macam tu. Berbeza dengan saya yang dididik dengan kata-kata yang lembut tapi tegas. Oleh kerana hati ini tersentuh sedikit. Semalam saya ceritakan kepada hubby peristiwa tengah hari kemarin.

Me: Abg, lunch tadi ayg makan dengan mak, tok n wan. Lauk lunch tadi gulai ikan, ikan goreng pastu ada ulam ngan sambal belacan. Ada pucuk janggus. Sedapla pucuk janggus tu. Ayg mintaklah dengan tok sebab pucuk janggus tu jauh dari ayg. Masa ayg mintak pucuk janggus tu tok kata ooo.hg makan ulam....pastu tiba-tiba mak pun kata nawar memang makan ulam. tapi malas nak p ambik. bila mak kat mcm tu ayang terasa la sikit. Tapi buat tak tau ja. Makan mcm biasa ja...

Hubby: Mak memang macam tu. Dia sukala tu ayang makan ulam. Mak ni lain sikit. Benda dia suka tapi dia cerita kat orang seolah-olah benda tu satu beban ataupun dia cerita kat orang macam dia tak suka. Tapi yang sebenarnya dia memang suka. Bukan ayang ja. abg pun penah jadi macam tu. Dia suka benda tu. Tapi dia cerita kat orang macam dia tak suka. Ayang kena tau mak n mama lain. Mama percakapan dia lembut tapi tegas. Mak ni percakapan dia kasar tapi hati dia lembut. Ayang kena pandai bezala. Mama dididik dengan cara lain. Mak pulak dididik dengan cara yang lain. Nanti kalau mak kata apa-apa lagi ayg janganla nak ambik hati sangat. Semua tu bukan salah apa pun. Cuma cara didikan ja lain.
( tenang ja suara hubby respon )


Itulah my hubby orangnya sungguh rasional dan penyayang. Setiap apa yang dikatakan pasti akan mengubat hati ini. Dan adakala setiap kata-katanya boleh menerbitkan rasa insaf dan kesedaran dalam diri saya. Kerana dialah saya masih kuat dan akan terus bersabar melayari kehidupan dalam rumah ini. Kerana dia memang diciptakan untuk saya. Dia memahami saya. Kerana saya tahu setiap kesabaran pasti akan dibalas dengan kebahagiaan.

Memang bila difikirkan balik, ramai pasangan suami isteri yang dah berkahwin akan memilih untuk tinggal berasingan daripada ibu bapa. Bukan masalah ingin berdikari. Tapi masalah hati dan perasaan. Biasanya perang dingin menantu dan mertua selalu berlaku dikalangan menantu perempuan dengan ibu mertua. Biasalah orang perempuan. Tapi sebagai menantu perempuan seharusnya kita anggaplah ibu mertua tu sebagai ibu kandung sendiri. Macam mana kita layan mak kita dengan baik, macam tu jugaklah kita layan mak mertua. Anggap diri kita ni ialah anak kepada mereka dan setiap apa yang ditegur atau dikata, anggap macam leteran seorang ibu kandung kepada anaknya....jangan anggap mak mertua tu sebagai orang luar dalam hidup kita. Jika kita mampu pegang dan ingat keadaan ini, kehidupan menantu dengan mertua dalam satu rumah bukanlah jadi satu masalah atau beban yang besar dalam hidup kita....





Wednesday, October 6, 2010

Niyaz jumpa Doc

2 dan 3 hari lepas hati saya tak begitu happy. Risau dengan keadaan Niyaz. Demam dah baik cuma yang tinggal selsema dan batuk. Hampir 2 minggu jugak batuk dan selsema anakku ini. Memang risau. First jumpa doc masa dia demam. Time tu, satu rumah ni kena demam kecuali saya dan hubby. Hubby cuma batuk n selsema. Yang paling teruk time tu ialah Abah, my FIL. Lepas abah berjangkit pulak ke anakku Niyaz. Susah hati saya masa tu. Tak tido malam. Tapi takpalah. Baru saya tahu macam mana mama jaga saya dulu. Sungguh besar pengorbanan seorang ibu..

Oleh kerana batuk dan selsema Niyaz belum lagi ok walaupun dah habis makan ubat, saya dan hubby bawa Niyaz jumpa doc lagi kemarin. Kali ni doc lain pulak. Tapi still pakar kanak-kanak. Saya bawa Niyaz ke Klinik Yeoh Alor Setar. Masa buat pendaftaran, ramai dah parents yang bawa bb sedang menunggu giliran. Lepas buat pendaftaran tibalah masanya untuk menunggu giliran. Saya dapat nombor 49. Hahahaha...memang lambat lagi. Masa saya sampai kat klinik, baru nombor 26 yang dipanggil. Pada mulanya memang rasa macam nak keluar sekejap dari klinik sementara menunggu giliran. Tapi bila difikir dan ditimbang, akhirnya saya terus setia menanti giliran. Nasib baikla Niyaz tak buat perangai. Sabar sungguh anakku ini. Alhamdulillah.....Lepas sorang sorang dipanggil akhirnya tepat pukul 1.40ptg, barulah nama Niyaz dipanggil. Bayangkan ye...saya menunggu dari pukul 11.30pagi lagi. Letih ooo menunggu giliran....Tapi takpa, penantian itu berbaloi kerana doc yeoh memang teliti semasa memeriksa anakku ini. Lepas diperiksa, doc kata dalam paru-paru Niyaz ada kahak. Tapi tak banyak. Tak serius lagi. Selsemanya pulak, disebabkan oleh alahan terhadap carpet dan habuk. Sebab tu tak baik-baik lagi. Bab selsema ni, ada satu part yang menyentuh sikit hati saya ini. Oleh kerana hidung Niyaz tersumbat, doc ambik rawatan dengan menyedut hingus Niyaz menggunakan alat khas utuk sedut hingus. Alat tu merupakan satu tiub yang disambungkan dengan mesin. Dan doc bukak mesin tu, masukkan tiub dalam hidung Niyaz. Dalam pulak tu dijoloknya tiub tu. Kesian kat Niyaz meronta-ronta. Dahla tangan n kakinya dipegang. Memang kesian. Kalau proses tu belum selesai, rasanya airmata ku ini pasti berguguran. Hahaha.....Tp tak lama pun proses tu. adala dalam 10 hingga 15 min. Tapi bagi saya yang melihatnya rasa macam lama sngat2. Lepas selesai semua proses tu, akhirnya selesailah sesi jumpa doc...

dan hasilnya..........

3 jenis ubat telah diberi.
  1. Antibiotik Zithromax
  2. Selsema citrizen
  3. Batuk Kahak....lupa la nama ubat tu..
Dalam banyak2 ubat, ubat batuk yang kena bagi 4 kali sehari. Susahnya nak bagi ubat ka Niyaz. Ubat batuk tu pulak mmg tak sedap. Bau pun mcm pahit semacam. Apatah lagi baby yang memakannya...Time bagi makan ubat, merupakan time yang sungguh susah. Nampak je syringe terus nangis. Tapi nak tak nak, memang saya paksa bagi makan jugak. Terpaksala demi kebaikan my son...Jumlah bayaran yang dikenakan is RM82. Mahal sungguh ubat baby. Haha....takpala. Dah 2 hari Niyaz makan ubat tu. So far.....selsemanya makin berkurang. Dah tak meleleh dah. Mungkin kali ni dia dah serasi dengan ubat tersebut. Alhamdulillah...Dengan usaha yang saya dan hubby lakukan, harap Niyaz akan sihat seperti sediakala.....InsyaALLAH....

Monday, October 4, 2010

Akhirnya....Internet...

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. Begitu lama rasanya saya meninggalkan dunia blog ni. Bukan apa...aktiviti menulis di blog terpaksa dilupakan akibat ketiadaan internet di rumah. Tension sungguh...Internet dah jadi sebahagian daripada hidup saya. tiadanya Internet terasa diri ini berada di bawah tempurung. Hampir 3 tahun saya tidak dapat melayari Internet sepenuhnya. Takpalah..sabar separuh daripada iman. Hubby selalu kata kita himpunla duit, buat tabung tertentu untuk memenuhi keperluan. Apa yang penting kena banyak bersabar. Akhirnya hasil daripada kesabaran tersebut, hubby dapat belikan handphone baru dan modem Maxis Broadband. Walaupun saya melayari Internet menggunakan Maxis Broadband, saya sangat berpuas hati. Memang masa nak membelinya, terfikir, kat tempat aku ni dapat ka maxis broadband ni? Risau sangat takut tak dapat. Bila tanya kepada penjual, penjual pun tunjuk kepada kami coverage maxis Broadband di kawasan kami. Alhamdulillah...coverage Maxis broadband telah meliputi kawasan kediaman kami. Jadi, tanpa membuang masa, kami pun sebulat suara untuk mendapatkan Maxis Broadband ni... Try punya try...akhirnya speed Maxis Broadband di kawasan kami tersangatlah laju. Puas hati sangat. Alhamdulillah...bolehla saya melayari internet ketika saya berada di rumah...Dan insyaALLAH....blog saya ini akan sentiasa di updatekan........

Thursday, September 2, 2010

Niyaz Kena Cucuk..

1 September 2010, genap usia Niyaz 5 bulan. Setelah sebulan bercuti dari aktiviti cucuk, bermula dari tarikh ini, aktiviti cucuk Niyaz kembali aktif. Kesian anak ku itu. Tapi, takpa untuk kebaikan dan kesihatan dia jugak. Bukan saja-saja. Berat Niyaz kini dah mencecah 7.6kg..alhamdulillah Niyaz sihat. Setelah berat Niyaz ditimbang, tibalah masanya untuk diberi suntikan 5 bulan. Suntikan 5 bulan ini ada 3 jenis ubat yang dah pun dicampur menjadi 1 dalam satu syringe. ( betul ke ejaan ni?) hahaha.....suntikan ini diberi untuk kali ke-3. Semasa diberi suntikan, Niyaz macam kebiasaan. Dia tak menangis. Alhamdulillah....senang. Nurse pun agak kehairanan. Kebanyakan baby bila disuntik confirm menangis. Tapi Niyaz tak. Hihihi....tahan sakit agaknya anak ku ini. alhamdulillah...Semoga Niyaz menjadi anak yang kuat dan tahan menghadapi segala rintangan. Amin...

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah syukur. Saya berkesempatan untuk menyambut Ramadhan lagi. Esok 10/08 semua umat Islam akan berpuasa.Tahun lepas saya berpuasa semasa mengandung. Tahun ni saya berpuasa setelah menjadi seorang ibu. Saya pasti mesti ada cabarannya. Jika tahun lepas saya berpuasa dengan adanya alahan awal mengandung, tahun ni saya berpuasa sambil menyusu baby. Saya belum tahu macam mana cabarannya. Risau sangat. Takut susu tak ada. Tambah pulak saya kini kena uruskan kelas komputer. Risau takut stok susu tak cukup untuk ditinggalkan kepada Niyaz. Macam-macam pendapat saya dapat. Ada yang kata tak apa susu tak akan kering selagi baby menyusu. Ada yang kata kalau susu tak cukup, berbukalah dan minum air. Entahlah...tengoklah macam mana nanti.

Apa-apa pun, saya ucapkan Selamat menyambut Ramadhan. Semoga ibadah kali ini lebih baik dari yang dahulu. Bermula malam ni semua umat Islam akan menunaikan solat sunat terawih dan mula bersahur. Semoga kita semua sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi bulan yang mulia ini. Amin...

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan...

Saturday, August 7, 2010

Niyaz n Toys...

Masa balik SP hari Isnin yang lalu saya dan hubby sempat beli toys untuk Niyaz. Maklumlah...usianya sudah mencecah 4 bulan lebih. Sebelum usianya mencecah 4 bulan lagi Niyaz suka tengok benda yang bergerak-gerak. Terutama kipas siling. Kipas ni berpusing-pusing jadi Niyaz suka tengok putaran kipas tu. Setiap kali masuk bilik tido mesti dia excited. Hehehe...jumpa kawan dia kat atas siling. Setiap kali kipas tu berpusing, Niyaz akan bersuara ooohh..ohhh. sometimes dia akan menjerit hepi. Menyedari perkembangan tersebut, saya dan hubby belikan Niyaz 2 jenis toys. Mainan pertama merry go round. Dan mainan kedua Play Skool Funny Toys. Sebelum kami beli mainan tersebut, tok dia dah pun belikan mainan loceng untuk dia pegang. So, semalam sebelum Niyaz tido, saya sempat memberikan peluang kepadanya untuk berkenalan dengan toys baru dia. Macam-macam reaksinya selepas tengok semua toysnya. Apa yang pasti, memang dia excited la...So saya pun sempat snap beberapa keping gambar masa dia tengah excited.

First toys- Play Skool Funny Toys. Tapi yang sebenarnya toys bukanlah brand PS tu. Cuma seakan-akan brand tu je....Niyaz suka tengok toys tu. Colourful...tengoklah gambar tu macam tengah meneliti toys tu. Dia cuba untuk pegang. Tapi belum sampai. Sekarang Niyaz sedang berusaha untuk memegang toys tu. Nanti bila dah sampai mesti nak pegang je toys tu....

Second Toys- Merry Go Round. Toys ni toys zaman saya lagi. Masa saya baby dulu, mama saya selalu tunjuk mainan ni. Masa saya nak beli toys ni, tauke kedai baby tu kata mainan ni mainan masa mak u tunjuk kat you. Mula-mula dengar tauke tu cakap macam tu, saya dan hubby agak kehairanan. Saya terfikir bila pulak mak aku tunjuk kat aku. Lama-lama tu baru saya faham. Maksud tauke kedai tu Merry go round ni dah lama dah. Sekarang dah tak ada stok. Kat kedai dia ada satu je. Last stok. Baru saya tahu bahawa mainan ni dah lama. Patutla bila nak cari kat Giant dah tak ada. Dah lama rupanya. Tapi, takpala, Niyaz suka tengok objek yang berpusing. Kalau on merry go round tu, tak kiralah, tengah meniarap, baring atau nak tido dalam buaian mesti dia akan tengok merry go round ni. Apatah lagi merry go round tu dilengkapkan dengan muzik. Memang baby suka....kalau dah mula tengok, mata pun tak berkelip. Agaknya saya pun macam tu jugak kot time baby. Hehehe....


Third toys- Loceng. Ni la mainan yang toknya beli. Loceng. Loceng ni agak besar sikit dengan badan dan tangan Niyaz. Tapi takpa Niyaz suka. Loceng ni boleh melatih baby mecapai dan memegang. Sebab tu la warnanya sangat terang dan menarik perhatian baby. Gambar ni saya snap masa Niyaz cuba mencapai loceng tersebut. So cute. Dia berusaha dengan penuh semangat. Dengan adanya loceng ni, sekaligus boleh mempercepatkan perkembangan fizikalnya. Manalah tau lepas ni boleh merangkak pulak...

Mummy sentiasa berdoa semoga Niyaz sihat walafiat, cepat belajar dan enjoy with new life....Mummy sentiasa di sisi....

Friday, August 6, 2010

Balik SP.....setelah sebulan lebih

Alhamdulillah....pada hari Isnin yang lalu saya berkesempatan untuk pulang ke Sungai Petani. Jumpa juga saya dengan mama n dedi dan 2 0rang adik Auf dan Acan. Lama sungguh tak jumpa mereka. Sebulan lebih. Nak buat macam mana, kehidupan saya dan hubby agak berbeza dari mereka. Takpa, saya pasti ada hikmahnya. Saya bermalam di sana 2 hari. Okla tu, boleh juga Niyaz jumpa mama tok n dedi wan dia. Bukan itu saja, sempat lagi saya tinggalkan Niyaz dengan mama tok n dedi wan dia sekejap. Saya tinggalkan Niyaz kerana saya dan hubby nak survey harga komputer dan televisyen di Bukit Mertajam. Sesudah survey harga, kami buat keputusan untuk membeli barang-barang tersebut di Pulau Pinang sahaja. Bukan apa, di Bukit Mertajam harga agak mahal dari harga di Pulau Pinang. Mungkin hari Isnin nanti baru nak ke sana.

Selepas survey harga, saya dan hubby singgah dinner di Puncak Mutiara Cafe. Sebuah restoran yang telah dijejak oleh Serina Redzuawan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Jalan-jalan cari makan ni merupakan hobi kami. Kami suka makan sambil meluangkan masa bersama. Di restoran tersebut kami makan Nasi Beriani Peha Kambing. Sedap sungguh menu ni. Daging kambing memang kegemaran saya dan hubby....Kepada sesiapa yang tak pernah makan lagi sila singgah di restoran ini. Memang best...yummy!

Friday, July 30, 2010

Kena Tunggu Kaunter...

Hari ni hari saya bekerja full time. Tahu kenapa saya kata full time? Sebab saya kena ganti hubby. Kena tunggu kaunter.First time kena tinggal baby dari pagi sampai petang. Nak buat macam mana kan? Nasib baiklah susu dah pun saya buat stok. Harap nanti Niyaz sentiasa kenyang. Hubby outstation. Haa..sapa kata keje sendiri tak dak outstation...Ada....Hubby kena ke Jitra ambik gambar orang kawin. Akad Nikah lepas Asar nanti....Hubby sedang berjinak-jinak dengan dunia fotografi perkahwinan. Minat dia ambik gambar-gambar ni. InsyaALLAH...kalau ada rezeki, bidang ini bakal diterokai oleh hubby.Semoga dia sentiasa sukses. Amin....

Oleh kerana saya kena ganti hubby, kelas saya yang dijadualkan pada waktu petang, terpaksa dioffkan. Jadi, untuk hari ini saya kena ajar kelas pagi sahaja. Okla sikit. Taklah penat mengeluarkan suara. Kalau tak, rasa macam nak tercabut je anak tekak ini. hihihihi....

Sekarang jam baru menunjukkan pukul 2petang. Ya Allah....kenapalah masa hari rasa lambat sangat. Hati teringatkan Niyaz di rumah. Kalau diikutkan, pukul 2 waktu dia menyusu. lepas menyusu terus tido sampai pukul 5. Mesti tok dia dah bagi minum susu. Harap sangat si kecil tu berada dalam keadaan yang selamat dan tenteram. Bercakap pasal Niyaz ni....Esok dah masuk 4 bulan usianya. Cepat ja dah 4 bulan. Dia dah pandai meniarap. Pantang orang letak mesti nak pusing. Selain tu dia dah gelak dan mula kenal orang sekeliling. Yang terbaru dia suka menjerit, buat cekur udang gamit dan buat bunyi 'aaaa'. hihihihi...so cute....insyaALLAH...nanti saya akan updatekan lagi perkembangannya....Lusa time to balik Sungai Petani. Time Niyaz jumpa mama tok n dedi wan dia. hihihi..ada ka istilah ni untuk panggil tok n wan? mesti ada. Pandai-pandaila kita reka. Taklah standard ja panggilan untuk tok n wan. Betul tak??? Hehehe....

Lama Tak Balik...

Baru habis kelas komputer. Hari ni kena ajar 2 orang. Pagi n petang. Pagi tadi pukul 10 sampai pukul 12 dan petang ni pukul 3 sampai pukul 5. So far student saya boleh ikut dan faham apa yang diajar. Puas rasa hati bila perkara yang diajar akhirnya student dapat faham. Alhamdulillah... Mungkin inilah nikmat yang diperolehi seorang insan yang bergelar cikgu. Memang agak bz sejak akhir2 ni. Kadang-kadang rasa macam tak mau tinggal bb dengan toknya. Rasa nak habiskan seluruh masa dan hari hanya bersama si kecil tersebut. Tapi apakan daya...inilah lumrah seorang ibu yang bekerja. Terpaksa tinggalkan permata hati. Bila difikirkan semula, lebih baik bekerja sendiri berbanding bekerja dengan orang. Sebabnya...apabila bekerja sendiri, kita yang jadi bos kepada diri kita. Kita boleh atur masa ikut kesesuaian. Tetapi ada jugak pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Memang diakui, adakala masa bersama si kecil tersebut agak terbatas. Yelah..kalau nasib baik, bila balik rumah, bolehla layan kerenah si kecil tersebut. Adakala tak sempat pun nak berbuat demikian kerana mungkin si kecil dah tido. Masa paling tak best bila balik rumah bb tido. Sayu rasa hati. Tapi, takpalah si kecil tersebut masih lagi bersama saya. Tido dan menyusu masih lagi bersama saya. Sekurang-kurangnya boleh juga saya mendakap dan membelainya. Alhamdulillah....

Beberapa minggu yang lalu hati tiba-tiba teringatkan mama dan dedi. Lama rupanya saya tak balik ke Sungai Petani. My hometown. Rumah tempat saya membesar dan berkumpul adik-beradik. Kali terakhir saya balik ialah pada cuti sekolah bulan Jun yang lalu. Kini dah nak masuk bulan Ogos. Fuhh...lama tu. Sebulan lebih saya tak menjenguk famili di Sungai Petani. First time saya tak balik selama sebulan lebih sejak berkahwin. Rasa macam pecah sejarah rekod pulak. Masa study kat UUM pun, tak penah saya tak balik selama sebulan lebih. Memang pecah rekodla....Mak mertua dan bapa mertua pun perasan bahawa saya dan hubby lama tak balik. Entahlah macam mana, waktu dinner bapa mertua kata' tak bawa Niyaz balik Sungai Petani ka'? Rupa- rupanya mereka pun perasan. Hihihi.....Sebenarnya terdetik di hati nak ke sana. Tengok jadual kelas....mesti frust. Full. Terutama masa weekend. Selalunya saya akan pilih utk balik pada weekend. Sebabnya...mama dan dedi cuti. Lama la sikit saya boleh tgk mama, n dedi. Boleh duduk sembang. Kalau tak sembang pun, tengok pun jadilah...Asalkan saya tahu mama n dedi ok....Kalau nasib baik, boleh jugak jumpa abang dan adik2. Walaupun saya tak berapa rapat dengan adik-beradik, tapi saya rasa hepi bila saya sempat jumpa mereka. Bukanlah tak rapat sampai tak sembang langsung. Sembang tu memang sembang. Cuma yang menyebabkan saya dan adik-beradik tak berapa rapat hanya kerana pandangan dan minat. Yelah..memangla tak sama anak lelaki dan anak perempuan. Minat tak sama. Tambahan pulak, saya ni jenis lurus bendul. Kadang-kadang apa yang disembangkan oleh adik-beradik saya tak faham. Itu je yang menyebabkan saya tak berapa rapat dengan adik-beradik. Bukan sebab lain okie...hihihi...

Disebabkan weekend saya full dengan kelas, jadi terpaksala saya balik pada hari bukan weekend. Nak buat macam mana....itulah solution yang dapat saya dan hubby buat. Setelah puas bincang dan timbangkan apa yang perlu ditimbang, akhirnya saya dan hubby buat keputusan nak balik pada hari Isnin bertarikh 2 Ogos 2010. Saya akan berasa di sana selama 3 hari 2 malam InsyaALLAH...semoga perancangan ini berjalan dengan lancar. So apa lagi tak sabar rasanya nak tunggu tarikh tersebut. Tapi takpa, sabar itu separuh daripada Iman.....Yahooo...nanti boleh balik.....hihihihi....hepi okay...

Sunday, July 25, 2010

Pinjaman Mikro BSN

Hmmm....dah 4 hari saya bergelar cikgu komputer. Dan selama 4 hari ini saya terpaksa tinggalkan Niyaz dgn toknya...huhuhu....Tapi, takpalah semoga Niyaz sentiasa didalam jagaan ALLAH hendaknya. Walaupun saya terpaksa tinggalkan Niyaz. Tapi saya bersyukur sangat kerana jadual bekerja saya taklah padat sangat seperti cikgu yang bekerja di sekolah-sekolah. Saya masih mempunyai masa untuk bersama dengan Niyaz. Alhamdulillah....

Hehehe...kembali kepada tajuk pinjaman mikro ni...

Beberapa minggu yang lalu, hubby cuba memohon pinjaman mikro BSN. Pinjaman ini dibuat untuk tujuan upgradekan bisnes kami. Kami memerlukan modal untuk majukan bisnes ini. Hubby memohon pinjaman sebanyak RM15000 untuk tujuan ini. Dalam rancangan perniagaan kami, kami ingin menambah PS2 dan 5 buah komputer untuk tujuan kelas komputer. So far, sambutan terhadap kelas komputer yang dikendalikan oleh saya amat menggalakkan. Jadi, dari sumber ini, saya bercadang ingin menghebahkan kepada orang ramai khasnya penduduk kampung ini untuk mempelajari ilmu komputer. Persediaan untuk kelas komputer ini perlu diteliti dan diatur dengan lebih baik agar penduduk kampung ini menjadikan Pusat Komputer kami sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan selain daripada mengenali perkhidmatan yang kami sediakan.

Setelah permohonan diterima, Pusat Komputer kami akhirnya menerima kunjungan balas daripada pihak BSN. Pada hari Jumaat yang lalu salah seorang kakitangan BSN telah meghadirkan diri ke Pusat komputer kami untuk meninjau premis dan aktiviti perniagaan kami. Komen dari kakitangan BSN itu menggambarkan gambaran positif bahawa kami bakal mendapat pinjaman tersebut dalam masa 2 minggu. Mudah-mudahan pinjaman tersebut dapat diluluskan. Semoga segala-galanya dipermudahkan...Amin...

Wednesday, July 21, 2010

Niyaz Kena Tinggal....

Hari ni saya mula bekerja semula. First time ke kedai setelah sekian lama tinggalkan kedai. Bila sampai je kat kedai pagi tadi rasa macam masa mula-mula saya melangkahkan kaki ke kedai ini setelah berkahwin. Rasa macam semua benda baru. Padahal sistem komputer di kedai ini pernah dikendalikan oleh saya sebelum ini. Hahaha...macam tak reti buat kerja pulak rasanya. Yelah...dah lama saya tinggalkannya. Tapi bukanlah terus tak tahu apa-apa. Saya seolah-olah kehilangan kepakaran dalam melayan customer. Lambat sangat. Takpa insyaALLAH....lepas ni saya akan cuba biasakan diri balik. Hari ni juga kelas komputer yang saya uruskan sebelum ini, start balik. Kemarin ada seorang pelajar mendaftar kelas komputer dan kelasnya bermula hari ini. Hari ini pelajar tersebut hanya belajar 2 jam. Next kelas ialah hari Sabtu pagi. Juga selama 2 jam. Alhamdulillah..taklah lama sangat. Saya pun taklah penat sangat. Oleh kerana hari ini saya kena mengajar student, jadi my son Niyaz terpaksalah ditinggalkan bersama toknya. Sedihnya tadi nak tinggal dia. Tapi takpalah, saya terpaksa berbuat demikian. Semoga ALLAH sentiasa menjaganya dari segala niat jahat dan bencana. Amin.....

Saturday, July 10, 2010

Mummy World

Pejam celik pejam celik, dah pun masuk bulan 3 saya memegang status baru iaitu status ibu, mummy, mama, umi dan macam-macam lagi gelaran yang diberi. Masa mula-mula mengetahui bakal jadi ibu memang excited. Tapi, belum tahu lagi macam mana keadaannya. Sekarang barulah saya tahu. Memang best walaupun ada ketika saya akan jadi risau jika anak sakit. Pada 1 April 2010 yang lalu saya dan hubby dikurniakan seorang anak lelaki seberat 3.0kg dan diberi nama Muhammad Niyaz Fauzan Bin Mohamad Fuad. Panjang betul nama anak kami ni. Masa mula-mula memilih nama memang pening. Tapi bila belek internet, belek buku, akhirnya kami setuju memilih nama Muhammad Niyaz Fauzan. Niyaz bermaksud doa, harapan dan Fauzan pula bermaksud kejayaan. Mudah-mudahan anak kami ini akan menjadi anak yang soleh dan beroleh kejayaan dalam hidupnya. Amin....Sekarang Niyaz dah pun masuk 3 bulan. Alhamdulillah...

Meniti usia 3 bulan, Niyaz dah pun boleh meniarap. Tapi dia jarang nak meniarap walaupun dah boleh meniarap. Setiap kali dia pusing mengiring dan cuba angkat kepalanya dari kedudukan telentang, mesti nak terbalik semula. Mungkin dia masih lagi mencuba untuk pusing dengan sendirinya. Takpa, insyaALLAH nanti dia akan lebih kerap meniarap. Pada 7/7 yang lalu, Niyaz kena cucuk lagi untuk 3 bulan. Berat badan dia pun dah meningkat ke 6.6kg. Memang mantap bodynya. Ibu-ibu yang berada di klinik tersebut asyik tanya kepada saya makanan apakah yang saya berikan kepada Niyaz. Jawapan saya simple....cuma susu badan. Umur Niyaz baru masuk 3 bulan. Mana boleh bagi lagi makanan pejal. Memang ada sesetengah ibu dah mula beri anak mereka makanan pejal pada usia 3 bulan. Tapi saya rasa tak ramai lagi. Maklumlah...nama pun baby, sistem penghadamannya belum layak untuk menerima makanan pejal. InsyaALLAH...saya akan teruskan penyusuan ini sehingga Niyaz berusia 6 bulan. Bila usianya dah masuk 6 bulan, barulah sistem penghadamannya mampu menerima makanan pejal. Buat masa ini, biarlah saya bagi susu badan dulu. Niyaz pun kenyang bila minum susu. Susu saya masih mencukupi untuk pembesarannya...Temujanji Niyaz dengan klinik seterusnya ialah pada 4/8. Pada ketika itu umur Niyaz dah 4 bulan. Temujanji yang seterusnya hanyalah untuk menimbang berat badannya. Tak kena cucuk dah. Nanti 5 bulan baru cucuk balik. Alhamdulillah..bolehlah Niyaz rehat sat daripada aktiviti cucuk mencucuk ni. Kesian rasa kat baby bila setiap bulan kena cucuk. Kebanyakan baby memang akan demam. Tapi Niyaz lain. Dia tak demam walaupun sikit. Dahla time cucuk pun tak nangis. Alhadulillah...mudah rasa jaga Niyaz. Saya bersyukur sangat-sangat. Mudah-mudahan dia akan jadi anak yang soleh dan bberoleh kejayaan hendaknya....Amin...

Duit..Duit...Duit.

Semalam, saya bersembang dengan hubby tentang duit. Makumlah...kami famili yang berniaga sendiri. Jadi perbincangan tentang duit merupakan tajuk utama setiap hari. Kami tak pernah jemu. Perbincangan tentang duit ini amat penting. Kami kena pandai merancang perbelanjaan. Seperti pasangan suami isteri yang lain, kami juga mempunyai keinginan untuk memiliki aset sendiri. Hubby pernah maklumkan kepada saya bahawa dia ingin kembangkan perniagaan tetapi modal tidak ada. Saya pernah nyatakan kepadanya tentang pinjaman bank. Dia maklumkan kepada saya bahawa dia susah nak buat pinjaman bank. Dia pernah tanya setiap bank yang ada. Hasilnya memang mengecewakan. Bukan saja interest yang tinggi. Tetapi mesti ada penjamin kakitangan kerajaan atau pun aset yang perlu dicagarkan. Bab penjamin ni la yang tak bestnya. Hubby tak mempunyai penjamin yang boleh dinyatakan. Aset yang nak dicagarkan juga, memangla tak ada. Pernah saya maklumkan pada hubby supaya minta tolong daripada bapa saudara dan mak saudaranya. Tetapi hubby tak setuju. Katanya bukan semua orang yang sanggup jadi penjamin. Kalau tak sempat bayar, bank mesti hantar surat kat penjamin jugak. Kalau silap sikit, kes boleh naik mahkamah. Disebabkan faktor inilah hubby tak berminat atau tak berani nak mohon pinjaman bank. Risiko cukup tinggi. Kalau ambik famili jadi penjamin, kalau silap sikit, boleh pecah sebuah famili. Hubby tak mahu keadaan jadi teruk. So sekarang hubby dah jumpa penyelesaiannya. Hubby maklumkan jika nak kembangkan perniagaan, dia akan buat sikit-sikit. Ada duit sikit, tambah sikit. Nanti lama-lama banyaklah. Selain itu hubby jugak dah wujudkan tabung-tabung untuk dijadikan sumber simpanan. Tabung-tabung yang disediakan juga mengikut keperluan dan keinginan. Senarai tabung yang disediakan:-

a. Tabung Kereta - sudah tentulah untuk beli kereta. Hubby simpan RM25 setiap hari
b. Tabung Niyaz - khas untuk simpanan Niyaz. RM3 setiap hari
c. Tabung Kamera - untuk keperluan hobi dan kerja fotografi hubby RM5 setiap hari
d. Tabung Kedai - untuk bayar sewa, karan dan internet RM40 setiap hari
e. Tabung Lesen Hiburan - untuk bayar lesen hiburan RM3 setiap hari
f. Tabung Internet - untuk bayar bil Internet kat rumah RM3 setiap hari
g. Tabung Holiday - untuk percutian kami 3 beranak RM3 setiap hari
h. Tabung Xtra - khusus untuk simpanan emergency kes RM4 setiap hari

Jumlah untuk TABUNG SAHAJA RM86.00

hahaha...bermakna setiap hari sekurang-kurangnya kami kena dapat lebih daripada RM86.
Banyak kan??? Duit...duit....duit....

New Lesson...

Dengan adanya langkah menabung ini, kami boleh melatih diri supaya berdisiplin dalam berbelanja. Kalau tak, belanja ikut suka hati ja....

Sekarang barulah saya tahu dan sedar kita kena bijak dalam menangani isu kewangan keluarga. Tapi tak dinafikan adakala tertekan. Tapi bersyukur kerana kami boleh lagi merasai nikmat kehidupan yang sederhana. Ada lagi orang lain yang hidup lebih susah.... Alhamdulillah syukur di atas kurniaan ALLAH....

Sunday, May 16, 2010

Aku Masih Di Sini...

Setelah beberapa lama menyepikan diri, kini aku kembali. Kembali untuk berkongsi kisah hidupku yang boleh aku katakan a New Life. Hampir 3 bulan aku menyepikan diri. Menyepikan diri bukan bermakna aku terus menyepikan diri. Aku menyepikan diri dari dunia blogger dan internet. Tetapi kehidupan ku di luar dunia tersebut, amatlah indah dan agak sibuk. Sibuk dengan kehidupan baru yang bernama Mummy World. Aku kini telah pun berubah, dari duniaku bergelar, kanak-kanak, remaja dan anak gadis, kini aku merasakan diriku kini lengkap. Lengkap menjadi seorang Wanita setelah aku bergelar Isteri dan Ibu. Sesungguhnya setiap saat yang dilalui itu begitu bermakna dan indah. Setiap rentetan kehidupanku ada ceritanya yang tersendiri. Dan apa yang pasti setiap cerita dan peristiwa itu banyak mengajar ku erti kehidupan. Dan sehingga kini, aku masih mengukir kisah suka-duka ku yang tersendiri. Ada bahagia, ada gelak tawa dan tidak kurang jugak kisah-kisah sedih yang mengundang airmata. Tapi...inilah kehidupan....

Sunday, March 7, 2010

Kemas Stok Tudung

Hari ni usia kandungan dah mencecah 37 minggu 3 hari. Tinggal lagi 18 hari sebelum tarikh bersalin yang dijangka oleh doktor. Hmmm...macam mana ye nak gambarkan perasaan ni?? Ntahlah..susah nak digambarkan. Hanya diriku sahaja yang memahaminya. Perasaan bercampur jadi satu. Tapi rasanya excited lagi banyak kot. Yela...nanti lepas bersalin, kehidupan aku akan berubah sepenuhnya. Dan yang paling best, lepas bersalin badan dah rasa ringan dan senang untuk bergerak bebas macam sebelum mengandung. Harap semuanya dipermudahkan nanti. Amin...

Oleh kerana aku kini cuma menghitung hari sehingga tibanya waktu bersalin, hari ni aku dah mula kemas stok tudung yang ada untuk bawa balik ke rumah. Nanti aku kena keje dari rumah la sebab dah ada baby. Bila dah ada baby, kenala bekerja dari rumah pulak. Nanti lepas bersalin, insyaALLAH aku akan tinggal di rumah mama. Stok tudung yang ada aku tinggalkan kat rumah Pendang. Sementara aku berada di Sungai Petani, mak mertuaku bolehlah tolong promotekan tudung-tudung ku. Nanti lama-lama orang akan beli kat aku pulak. Hehehe...mak aku ni, pandai jugakla nak promote kat orang kampung. Biasala, mak aku jenis ramah. Sebab tu orang kampung kenal dia.

Time kemas stok tudung tadi, sempat lagi aku fikir macam mana nak habiskan stok tudung lama yang tinggal beberapa helai lagi. Stok tudung lama yang masih ada ialah Tudung Jerut Tepi, Tudung ovul Twist dan beberapa jenis lagi tudung lain. Aku ingat tudung-tudung yang lama tu, nak jual lelong je nanti. Yang penting, aku dapat balik modal yang telah dikeluarkan. Yelah, aku kini dalam usaha untuk menghimpun modal untuk jadi pemborong tudung pulak. Jadi kenalah pandai menghimpun duit untuk dijadikan modal. Sempat kot nanti...Harap time aku dalam pantang nanti ada orang order tudung ku banyak-banyak. Bila semua tudung ku terjual, bolehla aku jadi pemborong tudung nanti InsyaALLAH.....

Esok 9 Mac 2010 aku ada temujanji dengan Klinik Bidan Tanah Merah. Biasalah dah masuk 37 minggu, memangla kena kerap ke Klinik. Seminggu sekali pulak tu...Takpala, harap hasil dari pemantauan selama seminggu sekali ini, akan memberi keyakinan kepada aku untuk melahirkan baby ku ini. Bila dah kerap jumpa nurse, mungkin perasaan takut akan hilang dan akan digantikan dengan perasaan yang tenang menjelang hari kelahiran nanti. Semoga aku sentiasa bersedia menghadapi semua ini.....Amin...

Tuesday, March 2, 2010

Kelas Komputer tamat......Cuti hahahaha...

Akhirnya setelah puas menghitung hari, kelas komputer yang telah dihandle oleh aku beberapa bulan yang lalu dah pun dengan selamatnya dan rasminya tamat. Kelas komputer ni akan disambung semula dalam bulan 5 atau bulan 6 nanti iaitu selepas aku selesai bercuti dan berpantang bersalin. Hahaha...lega rasa bila kelas dah selesai. Penat oooo mengajar orang ni. Ingatkan senang. Rupanya susah....hehehehe....Walaupun kelas dah selesai, aku masih lagi ke kedai. Yela...kalau dok kat rumah pun tak ada apa yg boleh dibuat. Baik aku isikan masa terluang tu dengan menjejakkan kaki ke kedai. Sekurang-kurangnya, boleh jugak aku mengadap komputer dan internet. Takla boring macam dok kat rumah....sbb kat rumah internet boleh guna waktu malam je. Internet kat rumah guna akaun kedai. Pada waktu siang, perniagaan dijalankan seperti biasa. Mana boleh bukak internet kat rumah. Lagipun, aku nak kemas stok-stok tudung yang ada kat kedai nak bawak balik rumah. Sbb lepas bersalin nanti, sudah tentu aku kena uruskan stok tudung dirumah sbb dah ada baby. Mana boleh nak tinggal baby kat rumah. Lepas dah selesai semua keje, barulah aku akan bercuti di rumah sambil menghitung hari bersalin. Hehehe.... tak lama dah ni. Nanti aku ada baby. Macam mana ye kehidupan aku nanti ye...Harap baby aku tak la banyak ragam sangat. Biarla setiap hari yang dilaluinya penuh dengan ketenangan dan kebahagiaan....Biar dia rasa hepi je berada di muka bumi ini....

Kemarin aku dah masukkan stok tudung baru dalam facebook. Sajala buat promosi sikit. Macam ni la meniaga online. Kena pandai ambik peluang yang ada dan gunakan semaksimum yang boleh. InsyaALLAH ada rezeki tak ke mana. Dua hari lepas dah ada orang order 10 helai tudung. Tudung yang di order tudung Butang dan tudung Z n Z plain. Orang dari Sarawak. Alhamdulillah....rezeki datang dengan banyak sekali dalam masa satu hari.....Okla tu....Harap lepas ni sale tudung aku akan terus meningkat dan meningkat. Bolehlah aku himpun modal untuk buat jualan secara borong pulak. Entahla kenapa sekarang ramai sungguh orang tanya tentang jualan borong kat aku. Mesti diorang tanya sama ada aku buat atau tak. Memandangkan aku belum buat jualan secara borong, terpaksala maklumkan kepada mereka yang bertanya bahawa aku belum buat lagi jualan secara borong...Huhuhu frust sungguh. Apa- apa pun, aku kena himpun dulu modal sebelum nak buat jualan secara borong. Harap nanti terlaksanalah impian ku ini. Amin....

Kemarin aku ke klinik desa Tanah Merah untuk buat pemeriksaan biasa untuk ibu hamil. Alhamdulillah semua ok. Cuma hb je 10.3. Nurse tu suruh aku ke klinik kesihatan daerah pada hari khamis nanti untuk ambik darah nak check balik hb. Tapi, aku malasla nak ke klinik tu. Bukan apa, penat. Ala....rasanya tak ada apala. Biasalah hb tu. Aku cuma kena lebihkan pengambilan sayur hijau, hati dan kerang. InsyaALLAH....okla hb aku nanti. Memandangkan usia kandungan ku dah mencecah 36 minggu lebih, aku kena buat pemeriksaan setiap minggu sampailah waktu nak dekat bersalin nanti. Makin kerap aku ke klinik desa. Takpala..Lepas dah bersalin nanti, aku tak payah ke klinik dah. Itu pun satu kelegaan buat ku nanti. Harap lepas bersalin nanti, taklah banyak sangat masalah kesihatan aku dan baby. dan kalau boleh, janganlah ada masalah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tentang hb aku yang rendah ni, macam mana ye aku nak explain kat nurse minggu depan? Takpala, kalau nurse tu tanya, aku nak kata tak larat nak p kat klinik pendang. Letih....dahla aku susah nak jalan sekarang ni. Kaki bengkak. Nak jalan banyak-banyak pun sakit. Mesti nurse tu faham. Dia pun pregnant jugak sekarang. takkan tak leh nak faham masalah ibu hamil....Mesti dia boleh pertimbangkan alasan aku. Hahahaha....

okla....semoga semuanya dipermudahkan dan semoga aku dapat melalui hari-hari yang mendatang dengan tenang dan bahagia....Amin

Monday, March 1, 2010

For The Rest Of My Life

Best sungguh lagu dan lirik ni.

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Friday, February 26, 2010

Balik SP...

Lauk yang di order at Warung Pak Su

Mee Udang Kuala Juru

Pantai Merdeka Beach Resort

Barang bb ke hospital

Lama tak update blog ni.Tak sempat nak update sejak ada facebook selain sibuk dengan kelas komputer. Maklumlah... ada lagi 4 orang student yang perlu diselesaikan pembelajarannya. Memang kena bagi habis kelas diorang ni sebelum bercuti panjang untuk bersalin. Kalau diikutkan, memang dah tak larat nak ajar. Yela, dengan cuaca yang panas, kaki sakit, pinggang sakit dan macam-macam sakit lagi la. Kalau ada saja peluang untuk rehat, memang nak gunakan peluang tu untuk berehat sepenuh masa dari semua aktiviti yang memenatkan. So far, tinggal lagi 2 hari untuk selesaikan kelas diorang. Alhamdulillah....nampaknya pembelajaran diorang dapat ditamatkan lebih awal dari perancangan sebelum ni. Rasa lega ja....Lepas ni bolehla tumpukan sepenuh perhatian kepada persiapan untuk bersalin nanti. Alhamdulillah....

Kemarin, aku dan hb berpeluang balik SP. Saja la balik dan dalam masa yang sama, bolehlah bawak balik baju bb siap-siap. Nanti lepas bersalin, aku akan tinggal dengan mama di SP. Macam tu la plan yang dah dipersetujui bersama. Dapat jugak dok kat SP lama-lama sikit. Kalau tak, balik sekejap je. Takpala nak buat macam mana, kami bekerja sendiri. Jadi, kenalah berkorban sikit. Apa yang penting aku hepi....Alhamdulillah....Disebabkan nak bawak balik baju bb ke SP, aku dah pun pack siap-siap baju bb yang perlu di bawa ke hospital nanti. Jadi baju bb yang dibawa balik ke SP adalah baju lain yang akan dipakai oleh bb masa kat SP nanti. Baju bb yang nak dibawa ke hospital, aku tak sediakan dalam kuantiti yang banyak. Aku cuma sediakan 2 pasang baju lengan pendek, 1 pasang baju lengan panjang dan 1 sut lengkap baju lengan panjang yang akan dipakaikan time nak balik SP lepas bersalin nanti. Lampin aku sediakan dalam 5 helai je. Pampers Newborn aku sediakan 10 keping. Lain-lain keperluan bb yang disediakan ialah tuala, selimut dan wet tissue. Okla kot. Harap nanti aku tak lama la tinggal dihospital. Semoga semuanya dipermudahkan nanti. Barang-barang keperluan aku yang nak dibawa ke hospital belum disediakan lagi. Barang bb je yang dah disediakan. Aku ingat esok baru aku nak pack baju aku. Lepas dah pack semua, barulah nak diletakkan dalam kereta all the time. Tak lama dah aku nak bersalin. Ada lagi 27 hari kot. Sekali sekala fikir bab bersalin ni takut. N sekali sekala rasa tak takut n rasa macam nak bagi bb keluar cepat-cepat je. Emm...apa-apa pun kenalah sabar menghitung hari.

Time balik SP ari tu sempat makan mee udang Pulau Sayak. Dedi yang beli. Sedap sungguh mee udang Pulau Sayak. Sebungkus tu banyak sangat mee yang dibungkus. Puas rasa makan mee banyak-banyak macam tu. Kenyang.....Lepas balik SP, keesokkan harinya aku n hb nak bertolak ke Pantai Merdeka dan Penang. Sempat lagi singgah di Pantai Merdeka. Bukan apa, hb nak buat reunion sekolah dia kat Pantai Merdeka pada Hari Raya ke 3 nanti. Sajala p survey kat Pantai Merdeka. Tengok kawasan, tengok harga, tengok chalet. Siap ambik gambar lagi. Cantik jugak Pantai Merdeka Beach Resort. Sesuaila nak buat family day, reunion or meeting. Selama dok survey tempat tu, letih jugak aku ni. Biasala dah last-last pregnant ni, memang cepat penat. Lepas dah ke Pantai Merdeka, barulah bertolak ke Penang. Masa nak balik Pendang, kami tetap meneruskan misi kami Jalan- Jalan Cari Makan. Kali ni kami p makan kat Warung Pak Su Kuala Juru. Kami makan nasik Ketam. Sedap sungguh Nasik Ketam Warung Pak Su. Memang tak rugi makan...lepas dah makan nasik ketam, kami order bungkus pulak mee udang untuk mak n abah. Sajala nak rasa pulak mee udangnya macam mana. Bila dah rasa, mee udang Warung Pak Su tak boleh lawan kesedapan mee udang Pulau Sayak. Mee udang Pulau Sayak memang sedap....Kena suggest ni mee udang Pulau Sayak kat orang ramai. hehehehe.......Rasanya inilah kali terakhir boleh Jalan Jalan Cari Makan. Lepas ni dah ada bb, memang tak leh dah la buat macam ni. Kalau nak buat macam ni kena tunggu bb besar sikit baru best jalan-jalan. Takpala...sabar....hehehee...
Lepas ni ada bb lagi best......Boleh timba pengalaman baru jadi mummy....hehehe

Wednesday, February 10, 2010

Apa yang peliknya???

SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.
Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.

( sumber: Harian Metro)

Ketika aku membaca harian Metro, muka depan memaparkan berita utama " Kucing Mata Satu". Tajuk macam ini pun dikatakan berita utama. Kononnya satu perkara yang pelik berlaku di muka bumi ini. Pada aku, apa yang nak dikatakan pelik itu, memang tak munasabah. Bumi ini milik ALLAH. DIA berhak untuk mencipta makhluknya. Manusia pun ada yang dilahirkan cacat. Inikan pulak seekor binatang. Kita sebagai hamba ALLAH kenalah berpegang teguh kepada kebesaran dan kekuasaan ALLAH. ALLAH itu maha berkuasa. DIA mampu menjadikan apa sahaja yang dikehendakinya. Jadi perkara yang dilaporkan di Harian Metro ini, bukan suatu yang pelik atau pun aneh. Kita hendaklah insaf dan sedar bahawa nikmat ALLAH di muka bumi ini tidak boleh dipertikaikan. Apa yang terjadi adalah di atas kehendakNYA. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar kehidupan kita diberkati dan dilindungi ALLAH sentiasa. Kepada para wartawan yang suka melaporkan berita tentang kejadian ALLAH ini, hendaklah sentiasa buka minda dan luaskan pengetahuan tentang kebesaran ALLAH. Tak perlulah berita seperti ini dilaporkan kerana tiada apa yang mustahil di atas setiap kejadian yang telah ALLAH ciptakan. Biarlah ia disimpan sebagai tujuan untuk muhasabah diri sendiri agar hidup tidak tersasar dari landasan yang betul....




Thursday, January 28, 2010

Klinik Kesihatan

Salam semua.....
Hari ni usia kandungan dah pun mencecah 32 minggu. Nampaknya makin dekat dengan due date. Memang hepi. Tapi, jauh di sudut hati tersimpan satu perasaan yang sememangnya menghantui hidup aku. Aku takut. Takut untuk menghadapi saat bersalin itu sendiri. Tapi, aku akan berusaha untuk membuang perasaan ini. Semoga segalanya dipermudahkan dan aku akan sentiasa berada dalam keadaan yang tenang hendaknya. Ada di kalangan kawan-kawan telah pun menjadi ibu. Mereka mampu menghadapinya. Takkan aku tak mampu. Aku mohon kepada ALLAH agar semuanya selamat dan mudah. Mesti sesudah melihat anak ku sendiri akan menghilangkan rasa sakit sebelum melahirkannya. Ye, itula yang selalu diceritakan oleh setiap ibu yang telah berjuang melahirkan anak yang dikandung selama 9 bulan. Anak itu satu anugerah yang tak ternilai dari ALLAH. Alhamdulillah, aku berpeluang merasai pengalaman ini.

Menjadi rutin setiap ibu hamil untuk buat check up di klinik. Kemarin aku mempunyai temujanji dengan doktor di klinik kesihatan daerah. Aku di arahkan untuk berjumpa dengan doktor bagi memantau kesihatan aku dan kandungan. Selama aku melalui fasa kehamilan ini, aku tidak menghadapi sebarang masalah. Alhamdulillah. Aku harap anakku berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Cuma kemarin ada sedikit pemeriksaan doktor yang menyebabkan aku tak berhenti memikirkannya. Ye, memang jika diikutkan logik akal fikiran ini, pemeriksaan doktor itu aku rasakan cukup ragu-ragu. Bukan salah aku. Aku rasakan ia semua adalah salah pihak klinik sendiri. Aku diarahkan untuk melakukan ujian MGTT sekali lagi untuk melihat sama ada aku ada penyakit kencing manis atau tidak. Sebabnya doktor kata berat badan aku naik 3 kilo dalam masa 10 hari. Berat badan naik dalam masa 10 hari, bukanlah salah aku, mungkin jugakla aku makan terlalu banyak pada waktu malam sehari sebelum ke klinik. Tapi, aku rasa itu perkara biasa. Yang menyebabkan berat badan naik bukan kerana tabiat pemakanan aku.Kerana sebelum ni aku buat pemeriksaan di klinik desa, berat badan aku tak penah naik banyak. Sentiasa maintain je. Jadi bila diarah utk buat pemeriksaan di klinik kesihatan daerah, penimbang yang digunakan oleh mereka ialah penimbang digital sedangkan di klinik desa, penimbang yang digunakan ialah penimbang biasa. Masa awal kehamilan pun aku diarahkan untuk ke klinik kesihatan daerah. Sama jugak keputusan dia, berat badan naik 3 kilo. Dan disebabkan kenaikan berat badan itulah aku diarahkan untuk melakukan ujian MGTT kali pertama. Kali ni pun sama diarah buat ujian MGTT kerana berat badan naik 3 kilo. Kira kali ni merupakan kali kedua aku kena buat ujian MGTT. Bila diikutkan rasa marah ni, rasa macam tak mau buat je...Tapi, aku ada lagi beberapa minggu sebelum kelahiran. Sudah tentu aku terpaksa berulang alik ke klinik. Jika aku tak buat, memang aku akan berhadapan dengan masalah. Masalah nak menjawab dengan nurse dan doktor kenapa tak buat ujian yang diarahkan. Bila difikirkan balik, memang aku tak mau buat dah kad merah jika ditakdirkan mengandung lagi sekali. Sebab aku rasa, kad merah ni, memang tak logik. Memang memenatkan. Biarla aku buat check up kat klinik swasta. Memang la kena bayar. Tapi jika kita pandai menjaga kesihatan, insyaALLAH masalah sepanjang kehamilan tak mungkin berlaku. Dan kita mungkin juga tak akan menghadapi sebarang tekanan. Apa yang boleh aku simpulkan dengan kad merah dan check up di klinik kesihatan adalah prosedur semata-mata. Prosedur yang ada dalam buku para nurse dan doktor klinik dan hospital kerajaan. Setiap prosedur yang dibuat tidak mengambil kira, keadaan dan suasana ditempat kita. Jadi memang setiap prosedur tu tak logik untuk dipraktikkan ke atas para pesakit yang berkunjung ke klinik dan hospital kerajaan. Kemarin memang merupakan hari yang penuh dengan kepenatan, tekanan dan kemarahan dalam diri aku. Tapi, alhamdulillah boleh jugak aku menguruskan tekanan tersebut. 2/2 next check up di klinik desa. 3/2 MGTT kat klinik kesihatan daerah. Aku kena banyak bersabar lagi. Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi situasi yang bakal menyusul. Amin...