Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Wednesday, February 10, 2010

Apa yang peliknya???

SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.
Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.

( sumber: Harian Metro)

Ketika aku membaca harian Metro, muka depan memaparkan berita utama " Kucing Mata Satu". Tajuk macam ini pun dikatakan berita utama. Kononnya satu perkara yang pelik berlaku di muka bumi ini. Pada aku, apa yang nak dikatakan pelik itu, memang tak munasabah. Bumi ini milik ALLAH. DIA berhak untuk mencipta makhluknya. Manusia pun ada yang dilahirkan cacat. Inikan pulak seekor binatang. Kita sebagai hamba ALLAH kenalah berpegang teguh kepada kebesaran dan kekuasaan ALLAH. ALLAH itu maha berkuasa. DIA mampu menjadikan apa sahaja yang dikehendakinya. Jadi perkara yang dilaporkan di Harian Metro ini, bukan suatu yang pelik atau pun aneh. Kita hendaklah insaf dan sedar bahawa nikmat ALLAH di muka bumi ini tidak boleh dipertikaikan. Apa yang terjadi adalah di atas kehendakNYA. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar kehidupan kita diberkati dan dilindungi ALLAH sentiasa. Kepada para wartawan yang suka melaporkan berita tentang kejadian ALLAH ini, hendaklah sentiasa buka minda dan luaskan pengetahuan tentang kebesaran ALLAH. Tak perlulah berita seperti ini dilaporkan kerana tiada apa yang mustahil di atas setiap kejadian yang telah ALLAH ciptakan. Biarlah ia disimpan sebagai tujuan untuk muhasabah diri sendiri agar hidup tidak tersasar dari landasan yang betul....




No comments:

Post a Comment