Hari ni, ada sikit rasa kecewa dan marah kepada customer yang pernah belajar kelas komputer dengan saya. Customer tersebut seorang wanita yang telah mempunyai seorang anak yang berumur 1 tahun lebih. Apa yang pasti, customer ni lebih muda dari saya. Dia lahir tahun 1991. Customer ni telah mengambil kursus komputer pakej RM360 yang menawarkan mata pelajaran Pengenalan kepada Komputer & Internet, Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint yang dijalankan selama 45 jam. Customer ni dah pun menyelesaikan semua mata pelajaran yang diambil. Pendek kata, kelas dia dah habis. Dia dah selesai buat kelas selama 45jam pada hujung bulan September yang lalu. Setakat September yang lalu dia baru bayar sebanyak RM125. Masih berbaki sebanyak RM235 dan baki tersebut dikira sebagai hutang dengan saya sehingga hari ini. Bukan saya tak cuba bertanya. Saya cuba bertanya, hantar sms. First sms, dia reply. Dia kata dia ada masalah keluarga. Bila dah selesai naik mahkamah, dia akan bayar. Ok, saya biarkan. Mungkin betul dia dalam kesusahan. Sebulan berlalu, saya tanya lagi, langsung tak direply. Saya positifkan fikiran saya, saya kata mungkin dia tak ada kredit. Semalam saya tanya lagi, tak berjawab jugak. Kecewa sangat....Try call pagi tadi tak berangkat. Bertambah kecewa lagi. Geramnya saya mengenangkan semua ini. Kenapalah ada orang macam ni yang belajar dengan saya??
Mengenangkan customer ni, memang la sakit hati. Rasa sangat sedih dan kecewa. Yelah....banyak masa telah saya korbankan untuk mengajar, buat soalan, print soalan, tinggal Niyaz dirumah. Kadang-kadang terdetik jugak di hati ni, dia tak rasa bersalah ke hutang orang belum dilangsaikan? Dia tak takut ke kalaulah tiba-tiba ditakdirkan dia meninggal dunia dan ada hutang yang belum dilangsaikan? Tak takut ke? Takkan tak pernah difikir benda ni semua. Hak orang, pulangkanlah....Janganlah di aniaya. Dahlah nak dapatkan duit sangat susah. Macam-macam kena korbankan. Bila ini balasannya, sebagai manusia biasa, sudah tentu rasa marah, kecewa dan benci dengan orang macam ni. Saya dan hubby bukanlah orang makan gaji macam kebanyakan orang sekarang ni. Hujung bulan, duit masuk. Ambik kad p cucuk duit. Senang dan mudah. Memangla duit kami dapat hari-hari. Dan duit yang kami dapat hari-hari itulah duit untuk kami makan dan isikan tabung-tabung tertentu. Jadi jika customer buat macam ni, memanglah wajar saya rasa kecewa dan marah. Susah nak dapatkan duit untuk survive. Nasib baik saya tinggal di Pendang bersama dengan mertua. Kos sara hidup tak terlalu tinggi. Alhamdulillah.....
Bila mengenangkan semua ni, memag sedih dan kecewa. Tapi peristiwa ni jugak boleh dijadikan iktibar. Jika kita berhutang dengan orang, langsaikanlah. Kerana semua hutang ni akan di ambil kira di akhirat kelak. Dan sudah tentu balasan bakal diterima jika hutang tidak dilangsaikan. Allah Maha Adil.....
No comments:
Post a Comment