Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Monday, December 26, 2011

Mummy 1 tahun 8 bulan...perjalanan masih jauh

Lama aku x update blog. x dan pulak nak mengadap komputer sejak anak makin membesar. baru aku tahu betapa susahnya menjadi seorang ibu. semua benda kita kena buat. Tapi xpa aku tak pernah rasa menyesal. memang fitrah seorang perempuan macam ni. bila dah kawin dan jadi ibu, byk sangat perkara yang perlu dikorbankan. Semoga aku sentiasa ikhlas menjalankan tanggungjawab aku. InsyaALLAH....

hmmm.....setelah setahun 8 bulan menjadi mummy, aku telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam membesarkan anak aku. Anak aku Muhammad Niyaz Fauzan telah pun berusia 1 tahun 8 bulan. Alhamdulillah...dh besar anak mummy. dan sekarang ni macam2 dicuba olehnya. dan macam2 perangai dia dh dapat. aku hepi dengan perkembangannya. Semoga lps ni dia akan jadi anak yang cerdik. InsyaALLAH.... Selama 1 tahun 8 bulan ni saat2 yang paling getir dan membimbangkan aku ialah saat Niyaz kena asthma atau penat atau lelah. 2 bulan lepas dia kena asthma. Teruk jugak. sampai every 4 hours aku dan hubby terpaksa bw dia ke klinik utk proses menyedut gas. Time dia kena serang dgn asthma, aku memang tak tido 24hours dek terpaksa memantau pernafasannya. Letih, memang letih. Nasib baik aku dan hubby x demam kerana tak tido. Alhamdulillah.....Sekarang ni kalau dia batuk x berenti, aku cepat2 bg dia makan ubat penat. kalau x lega jugak, barulah aku akan bagi gas kat dia. Nasib baik mama ngan dedi merangkap tok ngan wan Niyaz dh beli mesin Nebulizer utk digunakan. Alhamdulillah....ringan sikit beban. sekurang-kurangnya ada mesin nebulizer tu dh boleh membantu. Sekarang ni kalau nak pegi mana2 mesin nebulizer kena bawa sekali untuk hal2 emergency. Janji anak Mummy sihat....

Memandangkan Niyaz dh 1 tahun 8 bulan, aku kini dalam proses utk menceraikan susu badan. yelah....dah nak masuk 2 tahun jadi Niyaz kena diceraikan susu badan. Dalam pembacaan, menyusu anak sehingga anak berusia lebih dari 2 tahun adalah tidak wajar dan tidak baik sbb susu yang diberi pada anak yang berusia 2 tahun ke atas bkn lagi membekalkan kebaikan kepada anak kita. Sebab susu tersebut dah kehilangan khasiatnya. Disebabkan hal itulah aku sedang berusaha untuk ceraikan susu badan kpd Niyaz. Sebagai langkah pertama, aku dh mula memperkenalkan dia kpd susu untuk membesar. dan susu yang aku pilih ialah susu Dutch Lady 123. dan bancuhan susu tersebut aku bancuh dalam cawan baby bkn lagi botol susu. Langkah kedua aku hanya menyusu ketika time dia nak tido atau time dia mintak. Kalau dia x mintak, aku x mudah utk menyusu. Selebihnya aku akan cuba bekalkan kepada Niyaz dengan makanan yang cukup khasitnya. Mudah-mudahan usaha ini akan mendorong Niyaz supaya berhenti menyusu badan.
Sesiapa yang ada lagi info cara menceraikan susu badan, tolonglah kongsi. Mudah-mudahan ilmu yang dikongsi itu dapat memberi banyak manfaat. InsyaALLAH....