Alhamdulillah syukur. Saya berkesempatan untuk menyambut Ramadhan lagi. Esok 10/08 semua umat Islam akan berpuasa.Tahun lepas saya berpuasa semasa mengandung. Tahun ni saya berpuasa setelah menjadi seorang ibu. Saya pasti mesti ada cabarannya. Jika tahun lepas saya berpuasa dengan adanya alahan awal mengandung, tahun ni saya berpuasa sambil menyusu baby. Saya belum tahu macam mana cabarannya. Risau sangat. Takut susu tak ada. Tambah pulak saya kini kena uruskan kelas komputer. Risau takut stok susu tak cukup untuk ditinggalkan kepada Niyaz. Macam-macam pendapat saya dapat. Ada yang kata tak apa susu tak akan kering selagi baby menyusu. Ada yang kata kalau susu tak cukup, berbukalah dan minum air. Entahlah...tengoklah macam mana nanti.
Apa-apa pun, saya ucapkan Selamat menyambut Ramadhan. Semoga ibadah kali ini lebih baik dari yang dahulu. Bermula malam ni semua umat Islam akan menunaikan solat sunat terawih dan mula bersahur. Semoga kita semua sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi bulan yang mulia ini. Amin...
Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan...
No comments:
Post a Comment