Pejam celik pejam celik, dah pun masuk bulan 3 saya memegang status baru iaitu status ibu, mummy, mama, umi dan macam-macam lagi gelaran yang diberi. Masa mula-mula mengetahui bakal jadi ibu memang excited. Tapi, belum tahu lagi macam mana keadaannya. Sekarang barulah saya tahu. Memang best walaupun ada ketika saya akan jadi risau jika anak sakit. Pada 1 April 2010 yang lalu saya dan hubby dikurniakan seorang anak lelaki seberat 3.0kg dan diberi nama Muhammad Niyaz Fauzan Bin Mohamad Fuad. Panjang betul nama anak kami ni. Masa mula-mula memilih nama memang pening. Tapi bila belek internet, belek buku, akhirnya kami setuju memilih nama Muhammad Niyaz Fauzan. Niyaz bermaksud doa, harapan dan Fauzan pula bermaksud kejayaan. Mudah-mudahan anak kami ini akan menjadi anak yang soleh dan beroleh kejayaan dalam hidupnya. Amin....Sekarang Niyaz dah pun masuk 3 bulan. Alhamdulillah...
Meniti usia 3 bulan, Niyaz dah pun boleh meniarap. Tapi dia jarang nak meniarap walaupun dah boleh meniarap. Setiap kali dia pusing mengiring dan cuba angkat kepalanya dari kedudukan telentang, mesti nak terbalik semula. Mungkin dia masih lagi mencuba untuk pusing dengan sendirinya. Takpa, insyaALLAH nanti dia akan lebih kerap meniarap. Pada 7/7 yang lalu, Niyaz kena cucuk lagi untuk 3 bulan. Berat badan dia pun dah meningkat ke 6.6kg. Memang mantap bodynya. Ibu-ibu yang berada di klinik tersebut asyik tanya kepada saya makanan apakah yang saya berikan kepada Niyaz. Jawapan saya simple....cuma susu badan. Umur Niyaz baru masuk 3 bulan. Mana boleh bagi lagi makanan pejal. Memang ada sesetengah ibu dah mula beri anak mereka makanan pejal pada usia 3 bulan. Tapi saya rasa tak ramai lagi. Maklumlah...nama pun baby, sistem penghadamannya belum layak untuk menerima makanan pejal. InsyaALLAH...saya akan teruskan penyusuan ini sehingga Niyaz berusia 6 bulan. Bila usianya dah masuk 6 bulan, barulah sistem penghadamannya mampu menerima makanan pejal. Buat masa ini, biarlah saya bagi susu badan dulu. Niyaz pun kenyang bila minum susu. Susu saya masih mencukupi untuk pembesarannya...Temujanji Niyaz dengan klinik seterusnya ialah pada 4/8. Pada ketika itu umur Niyaz dah 4 bulan. Temujanji yang seterusnya hanyalah untuk menimbang berat badannya. Tak kena cucuk dah. Nanti 5 bulan baru cucuk balik. Alhamdulillah..bolehlah Niyaz rehat sat daripada aktiviti cucuk mencucuk ni. Kesian rasa kat baby bila setiap bulan kena cucuk. Kebanyakan baby memang akan demam. Tapi Niyaz lain. Dia tak demam walaupun sikit. Dahla time cucuk pun tak nangis. Alhadulillah...mudah rasa jaga Niyaz. Saya bersyukur sangat-sangat. Mudah-mudahan dia akan jadi anak yang soleh dan bberoleh kejayaan hendaknya....Amin...
No comments:
Post a Comment