Kekuatan Hati
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.
Ameen ya rabbal alamin.
Saturday, November 27, 2010
Kembali Aktif
Hutang orang langsaikanlah...
Mengenangkan customer ni, memang la sakit hati. Rasa sangat sedih dan kecewa. Yelah....banyak masa telah saya korbankan untuk mengajar, buat soalan, print soalan, tinggal Niyaz dirumah. Kadang-kadang terdetik jugak di hati ni, dia tak rasa bersalah ke hutang orang belum dilangsaikan? Dia tak takut ke kalaulah tiba-tiba ditakdirkan dia meninggal dunia dan ada hutang yang belum dilangsaikan? Tak takut ke? Takkan tak pernah difikir benda ni semua. Hak orang, pulangkanlah....Janganlah di aniaya. Dahlah nak dapatkan duit sangat susah. Macam-macam kena korbankan. Bila ini balasannya, sebagai manusia biasa, sudah tentu rasa marah, kecewa dan benci dengan orang macam ni. Saya dan hubby bukanlah orang makan gaji macam kebanyakan orang sekarang ni. Hujung bulan, duit masuk. Ambik kad p cucuk duit. Senang dan mudah. Memangla duit kami dapat hari-hari. Dan duit yang kami dapat hari-hari itulah duit untuk kami makan dan isikan tabung-tabung tertentu. Jadi jika customer buat macam ni, memanglah wajar saya rasa kecewa dan marah. Susah nak dapatkan duit untuk survive. Nasib baik saya tinggal di Pendang bersama dengan mertua. Kos sara hidup tak terlalu tinggi. Alhamdulillah.....
Bila mengenangkan semua ni, memag sedih dan kecewa. Tapi peristiwa ni jugak boleh dijadikan iktibar. Jika kita berhutang dengan orang, langsaikanlah. Kerana semua hutang ni akan di ambil kira di akhirat kelak. Dan sudah tentu balasan bakal diterima jika hutang tidak dilangsaikan. Allah Maha Adil.....
Friday, November 26, 2010
Saya dah kembali di Pendang....hehehehe..
bermula esok...kelas komputer yang saya jalankan akan beroperasi semula setelah seminggu bercuti. InsyaALLAH...semoga semuanya berjalan dengan lancar.....banyak lagi cerita yang nak dikongsi bersama. Nanti bila ada masa, saya akan updatekan entry terbaru.....
Sunday, November 21, 2010
Seminggu di Sungai Petani....
Sunday, November 7, 2010
Wednesday, October 27, 2010
Niyaz gelak.3gp
Chicken Grill...
Ayam ( bahagian peha yang dibuang tulang)
Sos BBQ Hp
Madu
SerbukLada Hitam
Serbuk Lada Putih
Perencah Hilal
Olive Oil
Cara- caranya:
- Perap ayam dengan sos bbq hp, Madu, Lada Hitam, Lada Putih dan perencah Hilal.Perap selama 9 jam. Jangan lupa masa perap tu, peraplah dalam bekas yang tertutup dan pastikan bekas dan ayam tu berada dalam chiller selama 9 jam.
- Panaskan oven selama 10 minit.
- Sementara tunggu oven tu panas, panaskan pan dengan minyak yang sedikit. Bila minyak dah panas, goreng ayam yang telah diperap tadi. Goreng dalam 10 hingga 15 minit.
- Setelah siap goreng ayam, alaskan dulang oven dengan aluminium foil. Titiskan sedikit minyak olive oil di atas ayam tadi dan bolehlah bakar ayam tadi selama 30 minit dengan suhu 190 darjah celcius.
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih( dicincang)
1 biji bawang besar ( dicincang)
Sos Tiram
Sos Tomato
2 sudu besar Lada Hitam (dikisar)
Kiub Ayam
1 setengah sudu besar tepung jagung ( bancuh dengan air )
Garam
Perencah Hilal
Cara- caranya:
- Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
- Masukkan lada hitam, sos tomato, sos tiram dan 1 cawan air. Kacau dan biarkan mendidih.
- Bila air dah mendidih, masukkan kiub ayam dan garam. Kacau dan biarkan mendidih sekali lagi.
- Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh, kacau dan masukkan sedikit perencah hilal. Tunggu hingga mendidih dan tutup api. Sos siap untuk dituangkan di atas Chicken Grill tadi...
Tuesday, October 26, 2010
Dinner n Dinner...
Sos dan barang untuk memasak dah pun dibeli dan dah tersedia dalam kabinet dapur. Yang cuma kena beli ialah bahan-bahan mentah macam ayam, daging or kambing...hahaha..Kambing?? fav tu....MIL selalu kata kambing tu gatal la, tak bagus makan la. Tapi...ada saya kisah? Saya tak kisah pun...So far, alhamdulillah...saya tak ada apa-apa masalah kerana makan kambing. Mintak-mintaklah nikmat ini akan dberi selagi aku sihat. Amin...
Saya sebenarnya suka memasak western food ni. Dan hubby pun suka makan. Nak masak western food senang. Tak susah. Kadang-kadang bahan yang diperlukan x perlu di tumbuk, di potong. Kadang-kadang main campak-campak je masa dalam pan. Memang senang....Bahan-bahan mentah cuma perlu diperap dengan sos yang dah dibeli. Memang mudah, cepat dan sedap. Hihihi...Yang mennyebabkan proses memasak ni tergendala hanyalah kerana di tempat ku ini tiada hypermarket mcm di Alor Setar atau Sungai Petani. Memang tak best sebab tak boleh nak masak benda lain selain dari gulai, masak lemak, asam pedas, ikan goreng, ayam goreng... Memang tak best. Kalau diulang benda yang sama, saya lebih rela tak memakannya...hahahaha...
Semalam saya dah sediakan Chicken Grill. Siap dengan sos lada hitam, kentang rebus dan sayur-sayurannya...Menu makanan yang lengkap dengan semua keperluan badan. Makan sepinggan...kenyang.....Tak payah tambah-tambah dah...hehehehe.... ni la rupanya....Tara...
Tuesday, October 19, 2010
Niyaz boleh duduk
Cepatnya masa berlalu....Dari merangkak, terus boleh duduk dan sekarang mula memberanikan diri untuk berdiri pulak. Memang macam nilah perkembangan baby. Saya mula rasa seronok melihat perkembangan ini. Alhamdulillah.....anak ku semakin pandai. Beberapa hari yang lalu saya tersedar Niyaz mula belajar untuk duduk. Memang pada mulanya rasa agak risau. Yelah...takut terpelanting ke belakang time nak cuba duduk dan imbang badan. Ada sekali dua terpelanting ke belakang. Tapi bukanlah atas simen. Tapi terpelanting atas toto depan tv. Nasib baikla toto tu tebal. Jadi time dia jatuh tu, taklah terasa sakit sampai bengkak kat kepala Buat masa ni, saya sentiasa bersama Niyaz. Risau rasa nak tinggal dia sorang-sorang. Kalau nak masak, saya mesti letak dia dalam walker. Dan saya akan cuba masak secepat mungkin. Alhamdulillah...walaupun saya sibuk settlekan kerja rumah, masih ada inisiatif yang lain untuk memastikan Niyaz sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Takkan bila ada anak kecik saya tak boleh masakkan...Itu terlalu melampau rasanya. Walaupun kita ada anak kecil, kita kena ingat, kita masih ada hubby dan famili yang lain. Mana boleh kita lupakan semua itu walaupun ada anak kecil? Pada saya itu semua too bad...
Sejak Niyaz semakin rajin explore dunia baru dia sekarang, saya kini seolah-olah tiada masa untuk diri sendiri. Masa untuk saya tido macam dulu...hahaha...memang dah lama saya tinggalkan. Dan aktiviti tido siang itu kini semakin hari semakin jauh dari hidup saya. Saya hanya sempat baring sambil tengok tv. Itu pun time Niyaz dah tido. Masa Niyaz tido, saya tak boleh tido sebab sekarang Niyaz tido sangat sikit. Masa dia lebih banyak dihabiskan dengan aktiviti explore dunia baru dia. Ye...memang itulah aktiviti baby bila usia meningkat ke 6 bulan ke atas.
Time ni la kita sebagai ibu agak penat sikit. Tapi takpa...semua itu sangat berbaloi kerana masa bersama mereka sangat indah dan menyeronokkan. Adakala timbul rasa cemburu dalam diri ini apabila saya terpaksa meninggalkan Niyaz bersama tok dan wan di rumah kerana komitmen terhadap kerja. Yela..rasa sangat rugi kerana hari yang saya tinggalkan Niyaz saya tidak dapat melihat perkembangan atau benda baru yang telah di explore olehnya. Tapi apakan daya...saya kena tinggalkan Niyaz. Nasib baikla...saya bukan bekerja dalam office hour. Saya boleh balik menjengah Niyaz jika kerja saya dah selesai....Beruntung juga saya kerana bekerja sendiri. Saya boleh urus masa sendiri. Selain itu, saya tidak akan terlibat dengan mana-mana kursus selama beberapa hari seperti mana orang yang bekerja makan gaji. Alhamdulillah...semuanya dipermudahkan dan kehidupan yang saya lalui kini memang seperti mana yang saya inginkan.
Tuesday, October 12, 2010
Pada Pagi yang Hening...
Jam pukul 5.30 pagi. Niyaz terjaga dari tidurnya. Hahaha....celik luas pulak tu mata dia. Saya dah tahu kalau mata dia celik luas macam tu memang dia tak mau sambung tidur dialah...Siap berguling-gulng lagi dalam katilnya. Sekali sekala dia merangkak dan meniarap. Mummynya tersangatlah mengantuk sebab penat waktu siang belum habis lagi. Oleh kerana terlalu mengantuk, saya pastikan katil Niyaz terkunci. Yang ni memang kena make sure betul-betul sebab Niyaz sekarang dah merangkak. Bahaya jika dibiarkan katil tu tak berkunci. Lepas dah pastikan semuanya selamat untuk Niyaz, akhirnya Mummy sambung tidur. Tapi tidur pun taklah nyenyak sampai tak sedar langsung. Tidur pun macam main-main ja. Mana boleh tidur nyenyak jika anak sedang berjaga. Tak tenang rasanya...Takpalah....asalkan anak saya sentiasa dalam kawalan saya...
Dalam mengantuk tu sempat lagi snap gambar Niyaz yang terjaga dari tidurnya itu...hahahaha...
Solid Food For Niyaz
Sebenarnya dah lama saya nak ceritakan tentang this topic. Tapi, dek kerana ketiadaan Internet di rumah menyebabkan niat ini tergendala sebentar. My baby Niyaz dah pun 6 bulan lebih. Time untuk memperkenalkan solid food. Dan saya memang teruja untuk memberikannya makanan. Sejak usianya 5 bulan lagi Niyaz dah mula menunjukkan tanda dan minatnya terhadap makanan. Setiap kali tiba waktu kami makan, Niyaz macam biasa akan termasuk dalam kumpulan kami. Dia akan berada dalam walker dan akan mengelilingi meja makan sambil tangannya mula nak mencapai makanan. Kadang-kadang, mulutnya pasti terkecap-kecap seolah-olah meminta makanan dimasukkan di dalam mulutnya. Ha...memang kesian time ni. Tergerak di hati ingin menyuapnya sedikit. Tapi terpaksa saya batalkan niat itu demi kebaikannya. Setiap hari saya pasti menghitung hari sehinggalah usianya mencecah 6 bulan. Dan sekarang merupakan waktunya.
Mula-mula saya perkenalkan dia dengan nestum Nestle Cerelac. Sengaja saya mengambil beras dan buah-buahan. Saya fikir sebaik-baiknya saya perkenalkan dia dengan rasa buah-buahan dengan harapan dia akan mendapat fibre yang baik. First time menyiapkan nestumnya saya bancuh agak cair. Harap dengan bancuhan yang agak cair itu akan memudahkan proses menelan. First time menyuap ke dalam mulutnya, Niyaz dengan mudah saja membuka mulut dan menelan nestum tersebut. Alhamdulillah...senang bagi dia makan.Terdapat sesetengah baby, agak susah nak mula mengambil makanan yang pertama.
Niyaz lain...dia suka makan dan memang enjoy time makan. Tiap-tiap hari saya akan hidangkan Niyaz dengan Nestumnya sekali sehari. Iaitu time lunch. Maklumlah...baru lagi kan. Lepas ni barulah saya akan tingkatkan pengambilan nestumnya kepada 2 kali sehari....
Monday, October 11, 2010
Mertua vs Menantu
Wednesday, October 6, 2010
Niyaz jumpa Doc
Oleh kerana batuk dan selsema Niyaz belum lagi ok walaupun dah habis makan ubat, saya dan hubby bawa Niyaz jumpa doc lagi kemarin. Kali ni doc lain pulak. Tapi still pakar kanak-kanak. Saya bawa Niyaz ke Klinik Yeoh Alor Setar. Masa buat pendaftaran, ramai dah parents yang bawa bb sedang menunggu giliran. Lepas buat pendaftaran tibalah masanya untuk menunggu giliran. Saya dapat nombor 49. Hahahaha...memang lambat lagi. Masa saya sampai kat klinik, baru nombor 26 yang dipanggil. Pada mulanya memang rasa macam nak keluar sekejap dari klinik sementara menunggu giliran. Tapi bila difikir dan ditimbang, akhirnya saya terus setia menanti giliran. Nasib baikla Niyaz tak buat perangai. Sabar sungguh anakku ini. Alhamdulillah.....Lepas sorang sorang dipanggil akhirnya tepat pukul 1.40ptg, barulah nama Niyaz dipanggil. Bayangkan ye...saya menunggu dari pukul 11.30pagi lagi. Letih ooo menunggu giliran....Tapi takpa, penantian itu berbaloi kerana doc yeoh memang teliti semasa memeriksa anakku ini. Lepas diperiksa, doc kata dalam paru-paru Niyaz ada kahak. Tapi tak banyak. Tak serius lagi. Selsemanya pulak, disebabkan oleh alahan terhadap carpet dan habuk. Sebab tu tak baik-baik lagi. Bab selsema ni, ada satu part yang menyentuh sikit hati saya ini. Oleh kerana hidung Niyaz tersumbat, doc ambik rawatan dengan menyedut hingus Niyaz menggunakan alat khas utuk sedut hingus. Alat tu merupakan satu tiub yang disambungkan dengan mesin. Dan doc bukak mesin tu, masukkan tiub dalam hidung Niyaz. Dalam pulak tu dijoloknya tiub tu. Kesian kat Niyaz meronta-ronta. Dahla tangan n kakinya dipegang. Memang kesian. Kalau proses tu belum selesai, rasanya airmata ku ini pasti berguguran. Hahaha.....Tp tak lama pun proses tu. adala dalam 10 hingga 15 min. Tapi bagi saya yang melihatnya rasa macam lama sngat2. Lepas selesai semua proses tu, akhirnya selesailah sesi jumpa doc...
dan hasilnya..........
3 jenis ubat telah diberi.
- Antibiotik Zithromax
- Selsema citrizen
- Batuk Kahak....lupa la nama ubat tu..
Monday, October 4, 2010
Akhirnya....Internet...
Thursday, September 2, 2010
Niyaz Kena Cucuk..
Monday, August 9, 2010
Ramadhan Datang Lagi
Apa-apa pun, saya ucapkan Selamat menyambut Ramadhan. Semoga ibadah kali ini lebih baik dari yang dahulu. Bermula malam ni semua umat Islam akan menunaikan solat sunat terawih dan mula bersahur. Semoga kita semua sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi bulan yang mulia ini. Amin...
Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan...
Saturday, August 7, 2010
Niyaz n Toys...
First toys- Play Skool Funny Toys. Tapi yang sebenarnya toys bukanlah brand PS tu. Cuma seakan-akan brand tu je....Niyaz suka tengok toys tu. Colourful...tengoklah gambar tu macam tengah meneliti toys tu. Dia cuba untuk pegang. Tapi belum sampai. Sekarang Niyaz sedang berusaha untuk memegang toys tu. Nanti bila dah sampai mesti nak pegang je toys tu....
Second Toys- Merry Go Round. Toys ni toys zaman saya lagi. Masa saya baby dulu, mama saya selalu tunjuk mainan ni. Masa saya nak beli toys ni, tauke kedai baby tu kata mainan ni mainan masa mak u tunjuk kat you. Mula-mula dengar tauke tu cakap macam tu, saya dan hubby agak kehairanan. Saya terfikir bila pulak mak aku tunjuk kat aku. Lama-lama tu baru saya faham. Maksud tauke kedai tu Merry go round ni dah lama dah. Sekarang dah tak ada stok. Kat kedai dia ada satu je. Last stok. Baru saya tahu bahawa mainan ni dah lama. Patutla bila nak cari kat Giant dah tak ada. Dah lama rupanya. Tapi, takpala, Niyaz suka tengok objek yang berpusing. Kalau on merry go round tu, tak kiralah, tengah meniarap, baring atau nak tido dalam buaian mesti dia akan tengok merry go round ni. Apatah lagi merry go round tu dilengkapkan dengan muzik. Memang baby suka....kalau dah mula tengok, mata pun tak berkelip. Agaknya saya pun macam tu jugak kot time baby. Hehehe....
Third toys- Loceng. Ni la mainan yang toknya beli. Loceng. Loceng ni agak besar sikit dengan badan dan tangan Niyaz. Tapi takpa Niyaz suka. Loceng ni boleh melatih baby mecapai dan memegang. Sebab tu la warnanya sangat terang dan menarik perhatian baby. Gambar ni saya snap masa Niyaz cuba mencapai loceng tersebut. So cute. Dia berusaha dengan penuh semangat. Dengan adanya loceng ni, sekaligus boleh mempercepatkan perkembangan fizikalnya. Manalah tau lepas ni boleh merangkak pulak...
Mummy sentiasa berdoa semoga Niyaz sihat walafiat, cepat belajar dan enjoy with new life....Mummy sentiasa di sisi....
Friday, August 6, 2010
Balik SP.....setelah sebulan lebih
Selepas survey harga, saya dan hubby singgah dinner di Puncak Mutiara Cafe. Sebuah restoran yang telah dijejak oleh Serina Redzuawan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Jalan-jalan cari makan ni merupakan hobi kami. Kami suka makan sambil meluangkan masa bersama. Di restoran tersebut kami makan Nasi Beriani Peha Kambing. Sedap sungguh menu ni. Daging kambing memang kegemaran saya dan hubby....Kepada sesiapa yang tak pernah makan lagi sila singgah di restoran ini. Memang best...yummy!
Friday, July 30, 2010
Kena Tunggu Kaunter...
Oleh kerana saya kena ganti hubby, kelas saya yang dijadualkan pada waktu petang, terpaksa dioffkan. Jadi, untuk hari ini saya kena ajar kelas pagi sahaja. Okla sikit. Taklah penat mengeluarkan suara. Kalau tak, rasa macam nak tercabut je anak tekak ini. hihihihi....
Sekarang jam baru menunjukkan pukul 2petang. Ya Allah....kenapalah masa hari rasa lambat sangat. Hati teringatkan Niyaz di rumah. Kalau diikutkan, pukul 2 waktu dia menyusu. lepas menyusu terus tido sampai pukul 5. Mesti tok dia dah bagi minum susu. Harap sangat si kecil tu berada dalam keadaan yang selamat dan tenteram. Bercakap pasal Niyaz ni....Esok dah masuk 4 bulan usianya. Cepat ja dah 4 bulan. Dia dah pandai meniarap. Pantang orang letak mesti nak pusing. Selain tu dia dah gelak dan mula kenal orang sekeliling. Yang terbaru dia suka menjerit, buat cekur udang gamit dan buat bunyi 'aaaa'. hihihihi...so cute....insyaALLAH...nanti saya akan updatekan lagi perkembangannya....Lusa time to balik Sungai Petani. Time Niyaz jumpa mama tok n dedi wan dia. hihihi..ada ka istilah ni untuk panggil tok n wan? mesti ada. Pandai-pandaila kita reka. Taklah standard ja panggilan untuk tok n wan. Betul tak??? Hehehe....
Lama Tak Balik...
Beberapa minggu yang lalu hati tiba-tiba teringatkan mama dan dedi. Lama rupanya saya tak balik ke Sungai Petani. My hometown. Rumah tempat saya membesar dan berkumpul adik-beradik. Kali terakhir saya balik ialah pada cuti sekolah bulan Jun yang lalu. Kini dah nak masuk bulan Ogos. Fuhh...lama tu. Sebulan lebih saya tak menjenguk famili di Sungai Petani. First time saya tak balik selama sebulan lebih sejak berkahwin. Rasa macam pecah sejarah rekod pulak. Masa study kat UUM pun, tak penah saya tak balik selama sebulan lebih. Memang pecah rekodla....Mak mertua dan bapa mertua pun perasan bahawa saya dan hubby lama tak balik. Entahlah macam mana, waktu dinner bapa mertua kata' tak bawa Niyaz balik Sungai Petani ka'? Rupa- rupanya mereka pun perasan. Hihihi.....Sebenarnya terdetik di hati nak ke sana. Tengok jadual kelas....mesti frust. Full. Terutama masa weekend. Selalunya saya akan pilih utk balik pada weekend. Sebabnya...mama dan dedi cuti. Lama la sikit saya boleh tgk mama, n dedi. Boleh duduk sembang. Kalau tak sembang pun, tengok pun jadilah...Asalkan saya tahu mama n dedi ok....Kalau nasib baik, boleh jugak jumpa abang dan adik2. Walaupun saya tak berapa rapat dengan adik-beradik, tapi saya rasa hepi bila saya sempat jumpa mereka. Bukanlah tak rapat sampai tak sembang langsung. Sembang tu memang sembang. Cuma yang menyebabkan saya dan adik-beradik tak berapa rapat hanya kerana pandangan dan minat. Yelah..memangla tak sama anak lelaki dan anak perempuan. Minat tak sama. Tambahan pulak, saya ni jenis lurus bendul. Kadang-kadang apa yang disembangkan oleh adik-beradik saya tak faham. Itu je yang menyebabkan saya tak berapa rapat dengan adik-beradik. Bukan sebab lain okie...hihihi...
Disebabkan weekend saya full dengan kelas, jadi terpaksala saya balik pada hari bukan weekend. Nak buat macam mana....itulah solution yang dapat saya dan hubby buat. Setelah puas bincang dan timbangkan apa yang perlu ditimbang, akhirnya saya dan hubby buat keputusan nak balik pada hari Isnin bertarikh 2 Ogos 2010. Saya akan berasa di sana selama 3 hari 2 malam InsyaALLAH...semoga perancangan ini berjalan dengan lancar. So apa lagi tak sabar rasanya nak tunggu tarikh tersebut. Tapi takpa, sabar itu separuh daripada Iman.....Yahooo...nanti boleh balik.....hihihihi....hepi okay...
Sunday, July 25, 2010
Pinjaman Mikro BSN
Hehehe...kembali kepada tajuk pinjaman mikro ni...
Beberapa minggu yang lalu, hubby cuba memohon pinjaman mikro BSN. Pinjaman ini dibuat untuk tujuan upgradekan bisnes kami. Kami memerlukan modal untuk majukan bisnes ini. Hubby memohon pinjaman sebanyak RM15000 untuk tujuan ini. Dalam rancangan perniagaan kami, kami ingin menambah PS2 dan 5 buah komputer untuk tujuan kelas komputer. So far, sambutan terhadap kelas komputer yang dikendalikan oleh saya amat menggalakkan. Jadi, dari sumber ini, saya bercadang ingin menghebahkan kepada orang ramai khasnya penduduk kampung ini untuk mempelajari ilmu komputer. Persediaan untuk kelas komputer ini perlu diteliti dan diatur dengan lebih baik agar penduduk kampung ini menjadikan Pusat Komputer kami sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan selain daripada mengenali perkhidmatan yang kami sediakan.
Setelah permohonan diterima, Pusat Komputer kami akhirnya menerima kunjungan balas daripada pihak BSN. Pada hari Jumaat yang lalu salah seorang kakitangan BSN telah meghadirkan diri ke Pusat komputer kami untuk meninjau premis dan aktiviti perniagaan kami. Komen dari kakitangan BSN itu menggambarkan gambaran positif bahawa kami bakal mendapat pinjaman tersebut dalam masa 2 minggu. Mudah-mudahan pinjaman tersebut dapat diluluskan. Semoga segala-galanya dipermudahkan...Amin...
Wednesday, July 21, 2010
Niyaz Kena Tinggal....
Saturday, July 10, 2010
Mummy World
Meniti usia 3 bulan, Niyaz dah pun boleh meniarap. Tapi dia jarang nak meniarap walaupun dah boleh meniarap. Setiap kali dia pusing mengiring dan cuba angkat kepalanya dari kedudukan telentang, mesti nak terbalik semula. Mungkin dia masih lagi mencuba untuk pusing dengan sendirinya. Takpa, insyaALLAH nanti dia akan lebih kerap meniarap. Pada 7/7 yang lalu, Niyaz kena cucuk lagi untuk 3 bulan. Berat badan dia pun dah meningkat ke 6.6kg. Memang mantap bodynya. Ibu-ibu yang berada di klinik tersebut asyik tanya kepada saya makanan apakah yang saya berikan kepada Niyaz. Jawapan saya simple....cuma susu badan. Umur Niyaz baru masuk 3 bulan. Mana boleh bagi lagi makanan pejal. Memang ada sesetengah ibu dah mula beri anak mereka makanan pejal pada usia 3 bulan. Tapi saya rasa tak ramai lagi. Maklumlah...nama pun baby, sistem penghadamannya belum layak untuk menerima makanan pejal. InsyaALLAH...saya akan teruskan penyusuan ini sehingga Niyaz berusia 6 bulan. Bila usianya dah masuk 6 bulan, barulah sistem penghadamannya mampu menerima makanan pejal. Buat masa ini, biarlah saya bagi susu badan dulu. Niyaz pun kenyang bila minum susu. Susu saya masih mencukupi untuk pembesarannya...Temujanji Niyaz dengan klinik seterusnya ialah pada 4/8. Pada ketika itu umur Niyaz dah 4 bulan. Temujanji yang seterusnya hanyalah untuk menimbang berat badannya. Tak kena cucuk dah. Nanti 5 bulan baru cucuk balik. Alhamdulillah..bolehlah Niyaz rehat sat daripada aktiviti cucuk mencucuk ni. Kesian rasa kat baby bila setiap bulan kena cucuk. Kebanyakan baby memang akan demam. Tapi Niyaz lain. Dia tak demam walaupun sikit. Dahla time cucuk pun tak nangis. Alhadulillah...mudah rasa jaga Niyaz. Saya bersyukur sangat-sangat. Mudah-mudahan dia akan jadi anak yang soleh dan bberoleh kejayaan hendaknya....Amin...
Duit..Duit...Duit.
a. Tabung Kereta - sudah tentulah untuk beli kereta. Hubby simpan RM25 setiap hari
b. Tabung Niyaz - khas untuk simpanan Niyaz. RM3 setiap hari
c. Tabung Kamera - untuk keperluan hobi dan kerja fotografi hubby RM5 setiap hari
d. Tabung Kedai - untuk bayar sewa, karan dan internet RM40 setiap hari
e. Tabung Lesen Hiburan - untuk bayar lesen hiburan RM3 setiap hari
f. Tabung Internet - untuk bayar bil Internet kat rumah RM3 setiap hari
g. Tabung Holiday - untuk percutian kami 3 beranak RM3 setiap hari
h. Tabung Xtra - khusus untuk simpanan emergency kes RM4 setiap hari
Jumlah untuk TABUNG SAHAJA RM86.00
hahaha...bermakna setiap hari sekurang-kurangnya kami kena dapat lebih daripada RM86.
Banyak kan??? Duit...duit....duit....
New Lesson...
Dengan adanya langkah menabung ini, kami boleh melatih diri supaya berdisiplin dalam berbelanja. Kalau tak, belanja ikut suka hati ja....
Sekarang barulah saya tahu dan sedar kita kena bijak dalam menangani isu kewangan keluarga. Tapi tak dinafikan adakala tertekan. Tapi bersyukur kerana kami boleh lagi merasai nikmat kehidupan yang sederhana. Ada lagi orang lain yang hidup lebih susah.... Alhamdulillah syukur di atas kurniaan ALLAH....
Sunday, May 16, 2010
Aku Masih Di Sini...
Sunday, March 7, 2010
Kemas Stok Tudung
Oleh kerana aku kini cuma menghitung hari sehingga tibanya waktu bersalin, hari ni aku dah mula kemas stok tudung yang ada untuk bawa balik ke rumah. Nanti aku kena keje dari rumah la sebab dah ada baby. Bila dah ada baby, kenala bekerja dari rumah pulak. Nanti lepas bersalin, insyaALLAH aku akan tinggal di rumah mama. Stok tudung yang ada aku tinggalkan kat rumah Pendang. Sementara aku berada di Sungai Petani, mak mertuaku bolehlah tolong promotekan tudung-tudung ku. Nanti lama-lama orang akan beli kat aku pulak. Hehehe...mak aku ni, pandai jugakla nak promote kat orang kampung. Biasala, mak aku jenis ramah. Sebab tu orang kampung kenal dia.
Time kemas stok tudung tadi, sempat lagi aku fikir macam mana nak habiskan stok tudung lama yang tinggal beberapa helai lagi. Stok tudung lama yang masih ada ialah Tudung Jerut Tepi, Tudung ovul Twist dan beberapa jenis lagi tudung lain. Aku ingat tudung-tudung yang lama tu, nak jual lelong je nanti. Yang penting, aku dapat balik modal yang telah dikeluarkan. Yelah, aku kini dalam usaha untuk menghimpun modal untuk jadi pemborong tudung pulak. Jadi kenalah pandai menghimpun duit untuk dijadikan modal. Sempat kot nanti...Harap time aku dalam pantang nanti ada orang order tudung ku banyak-banyak. Bila semua tudung ku terjual, bolehla aku jadi pemborong tudung nanti InsyaALLAH.....
Esok 9 Mac 2010 aku ada temujanji dengan Klinik Bidan Tanah Merah. Biasalah dah masuk 37 minggu, memangla kena kerap ke Klinik. Seminggu sekali pulak tu...Takpala, harap hasil dari pemantauan selama seminggu sekali ini, akan memberi keyakinan kepada aku untuk melahirkan baby ku ini. Bila dah kerap jumpa nurse, mungkin perasaan takut akan hilang dan akan digantikan dengan perasaan yang tenang menjelang hari kelahiran nanti. Semoga aku sentiasa bersedia menghadapi semua ini.....Amin...
Tuesday, March 2, 2010
Kelas Komputer tamat......Cuti hahahaha...
Kemarin aku dah masukkan stok tudung baru dalam facebook. Sajala buat promosi sikit. Macam ni la meniaga online. Kena pandai ambik peluang yang ada dan gunakan semaksimum yang boleh. InsyaALLAH ada rezeki tak ke mana. Dua hari lepas dah ada orang order 10 helai tudung. Tudung yang di order tudung Butang dan tudung Z n Z plain. Orang dari Sarawak. Alhamdulillah....rezeki datang dengan banyak sekali dalam masa satu hari.....Okla tu....Harap lepas ni sale tudung aku akan terus meningkat dan meningkat. Bolehlah aku himpun modal untuk buat jualan secara borong pulak. Entahla kenapa sekarang ramai sungguh orang tanya tentang jualan borong kat aku. Mesti diorang tanya sama ada aku buat atau tak. Memandangkan aku belum buat jualan secara borong, terpaksala maklumkan kepada mereka yang bertanya bahawa aku belum buat lagi jualan secara borong...Huhuhu frust sungguh. Apa- apa pun, aku kena himpun dulu modal sebelum nak buat jualan secara borong. Harap nanti terlaksanalah impian ku ini. Amin....
Kemarin aku ke klinik desa Tanah Merah untuk buat pemeriksaan biasa untuk ibu hamil. Alhamdulillah semua ok. Cuma hb je 10.3. Nurse tu suruh aku ke klinik kesihatan daerah pada hari khamis nanti untuk ambik darah nak check balik hb. Tapi, aku malasla nak ke klinik tu. Bukan apa, penat. Ala....rasanya tak ada apala. Biasalah hb tu. Aku cuma kena lebihkan pengambilan sayur hijau, hati dan kerang. InsyaALLAH....okla hb aku nanti. Memandangkan usia kandungan ku dah mencecah 36 minggu lebih, aku kena buat pemeriksaan setiap minggu sampailah waktu nak dekat bersalin nanti. Makin kerap aku ke klinik desa. Takpala..Lepas dah bersalin nanti, aku tak payah ke klinik dah. Itu pun satu kelegaan buat ku nanti. Harap lepas bersalin nanti, taklah banyak sangat masalah kesihatan aku dan baby. dan kalau boleh, janganlah ada masalah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tentang hb aku yang rendah ni, macam mana ye aku nak explain kat nurse minggu depan? Takpala, kalau nurse tu tanya, aku nak kata tak larat nak p kat klinik pendang. Letih....dahla aku susah nak jalan sekarang ni. Kaki bengkak. Nak jalan banyak-banyak pun sakit. Mesti nurse tu faham. Dia pun pregnant jugak sekarang. takkan tak leh nak faham masalah ibu hamil....Mesti dia boleh pertimbangkan alasan aku. Hahahaha....
okla....semoga semuanya dipermudahkan dan semoga aku dapat melalui hari-hari yang mendatang dengan tenang dan bahagia....Amin
Monday, March 1, 2010
For The Rest Of My Life
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..
Friday, February 26, 2010
Balik SP...
Lama tak update blog ni.Tak sempat nak update sejak ada facebook selain sibuk dengan kelas komputer. Maklumlah... ada lagi 4 orang student yang perlu diselesaikan pembelajarannya. Memang kena bagi habis kelas diorang ni sebelum bercuti panjang untuk bersalin. Kalau diikutkan, memang dah tak larat nak ajar. Yela, dengan cuaca yang panas, kaki sakit, pinggang sakit dan macam-macam sakit lagi la. Kalau ada saja peluang untuk rehat, memang nak gunakan peluang tu untuk berehat sepenuh masa dari semua aktiviti yang memenatkan. So far, tinggal lagi 2 hari untuk selesaikan kelas diorang. Alhamdulillah....nampaknya pembelajaran diorang dapat ditamatkan lebih awal dari perancangan sebelum ni. Rasa lega ja....Lepas ni bolehla tumpukan sepenuh perhatian kepada persiapan untuk bersalin nanti. Alhamdulillah....
Kemarin, aku dan hb berpeluang balik SP. Saja la balik dan dalam masa yang sama, bolehlah bawak balik baju bb siap-siap. Nanti lepas bersalin, aku akan tinggal dengan mama di SP. Macam tu la plan yang dah dipersetujui bersama. Dapat jugak dok kat SP lama-lama sikit. Kalau tak, balik sekejap je. Takpala nak buat macam mana, kami bekerja sendiri. Jadi, kenalah berkorban sikit. Apa yang penting aku hepi....Alhamdulillah....Disebabkan nak bawak balik baju bb ke SP, aku dah pun pack siap-siap baju bb yang perlu di bawa ke hospital nanti. Jadi baju bb yang dibawa balik ke SP adalah baju lain yang akan dipakai oleh bb masa kat SP nanti. Baju bb yang nak dibawa ke hospital, aku tak sediakan dalam kuantiti yang banyak. Aku cuma sediakan 2 pasang baju lengan pendek, 1 pasang baju lengan panjang dan 1 sut lengkap baju lengan panjang yang akan dipakaikan time nak balik SP lepas bersalin nanti. Lampin aku sediakan dalam 5 helai je. Pampers Newborn aku sediakan 10 keping. Lain-lain keperluan bb yang disediakan ialah tuala, selimut dan wet tissue. Okla kot. Harap nanti aku tak lama la tinggal dihospital. Semoga semuanya dipermudahkan nanti. Barang-barang keperluan aku yang nak dibawa ke hospital belum disediakan lagi. Barang bb je yang dah disediakan. Aku ingat esok baru aku nak pack baju aku. Lepas dah pack semua, barulah nak diletakkan dalam kereta all the time. Tak lama dah aku nak bersalin. Ada lagi 27 hari kot. Sekali sekala fikir bab bersalin ni takut. N sekali sekala rasa tak takut n rasa macam nak bagi bb keluar cepat-cepat je. Emm...apa-apa pun kenalah sabar menghitung hari.
Time balik SP ari tu sempat makan mee udang Pulau Sayak. Dedi yang beli. Sedap sungguh mee udang Pulau Sayak. Sebungkus tu banyak sangat mee yang dibungkus. Puas rasa makan mee banyak-banyak macam tu. Kenyang.....Lepas balik SP, keesokkan harinya aku n hb nak bertolak ke Pantai Merdeka dan Penang. Sempat lagi singgah di Pantai Merdeka. Bukan apa, hb nak buat reunion sekolah dia kat Pantai Merdeka pada Hari Raya ke 3 nanti. Sajala p survey kat Pantai Merdeka. Tengok kawasan, tengok harga, tengok chalet. Siap ambik gambar lagi. Cantik jugak Pantai Merdeka Beach Resort. Sesuaila nak buat family day, reunion or meeting. Selama dok survey tempat tu, letih jugak aku ni. Biasala dah last-last pregnant ni, memang cepat penat. Lepas dah ke Pantai Merdeka, barulah bertolak ke Penang. Masa nak balik Pendang, kami tetap meneruskan misi kami Jalan- Jalan Cari Makan. Kali ni kami p makan kat Warung Pak Su Kuala Juru. Kami makan nasik Ketam. Sedap sungguh Nasik Ketam Warung Pak Su. Memang tak rugi makan...lepas dah makan nasik ketam, kami order bungkus pulak mee udang untuk mak n abah. Sajala nak rasa pulak mee udangnya macam mana. Bila dah rasa, mee udang Warung Pak Su tak boleh lawan kesedapan mee udang Pulau Sayak. Mee udang Pulau Sayak memang sedap....Kena suggest ni mee udang Pulau Sayak kat orang ramai. hehehehe.......Rasanya inilah kali terakhir boleh Jalan Jalan Cari Makan. Lepas ni dah ada bb, memang tak leh dah la buat macam ni. Kalau nak buat macam ni kena tunggu bb besar sikit baru best jalan-jalan. Takpala...sabar....hehehee...
Lepas ni ada bb lagi best......Boleh timba pengalaman baru jadi mummy....hehehe
Wednesday, February 10, 2010
Apa yang peliknya???
SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.
Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.
Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.
( sumber: Harian Metro)
Ketika aku membaca harian Metro, muka depan memaparkan berita utama " Kucing Mata Satu". Tajuk macam ini pun dikatakan berita utama. Kononnya satu perkara yang pelik berlaku di muka bumi ini. Pada aku, apa yang nak dikatakan pelik itu, memang tak munasabah. Bumi ini milik ALLAH. DIA berhak untuk mencipta makhluknya. Manusia pun ada yang dilahirkan cacat. Inikan pulak seekor binatang. Kita sebagai hamba ALLAH kenalah berpegang teguh kepada kebesaran dan kekuasaan ALLAH. ALLAH itu maha berkuasa. DIA mampu menjadikan apa sahaja yang dikehendakinya. Jadi perkara yang dilaporkan di Harian Metro ini, bukan suatu yang pelik atau pun aneh. Kita hendaklah insaf dan sedar bahawa nikmat ALLAH di muka bumi ini tidak boleh dipertikaikan. Apa yang terjadi adalah di atas kehendakNYA. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar kehidupan kita diberkati dan dilindungi ALLAH sentiasa. Kepada para wartawan yang suka melaporkan berita tentang kejadian ALLAH ini, hendaklah sentiasa buka minda dan luaskan pengetahuan tentang kebesaran ALLAH. Tak perlulah berita seperti ini dilaporkan kerana tiada apa yang mustahil di atas setiap kejadian yang telah ALLAH ciptakan. Biarlah ia disimpan sebagai tujuan untuk muhasabah diri sendiri agar hidup tidak tersasar dari landasan yang betul....