Hari ni saya nak cakap tentang Muhasabah Diri. Sesungguhnya muhasabah diri ini memberi banyak impak bagi sesiapa yang tahu menilainya. Muhasabah diri mengajak kita menilai tentang diri kita. Di mana salah dan silapnya diri kita sehingga ada saja masalah atau ujian yang menimpa kita. Dengan bermuhasabah diri ini, kita tidak akan selalu mencari kesalahan orang lain. Kerana kita tahu kita juga ada kelemahan kita. Seharusnya kita bersyukur di atas apa yang kita miliki. Tidak perlu ada perasaan sakit hati, iri hati atau PHD dengan orang lain. Setiap apa yang kita lakukan, insyaALLAH akan ada balasannya nanti. Jika kita redha dengan apa yang berlaku ke atas diri kita, mungkin satu hari nanti ada balasannya.Mungkin juga balasan yang kita terima akan jauh lebih baik dari yang kita sangka. Allah Maha Mengetahui. Setiap apa yang berlaku ke atas kita pasti ada hikmahnya. Kita sebagai manusia yang kerap melakukan kesilapan, perlu menoleh ke belakang untuk mengambil iktibar dari setiap perkara yang berlaku di masa silam agar kita tidak mengulang kesilapan yang sama lagi. Jika kita sedar apa yang berlaku dulu, insyaALLAH kehidupan di masa depan akan menjadi lebih baik. Kisah silam perlu dijadikan panduan kepada kita agar kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. Kerana sejarah masa silam lah maka wujudnya kita di muka bumi ini...
Semoga apa yang ditulis ini menjadi peringatan kepada saya dan rakan-rakan yang lain...
Amin.....
No comments:
Post a Comment