Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Wednesday, January 26, 2011

Fitrah Anak Perempuan

Kemarin saya berpeluang balik ke kampung saya SP. Kira kampung la sebab kat sana tinggalnya mama dan dedi saya. Lama jugak saya x balik kali ni. Tambahan pulak kelas saya begitu padat. Walaupun x balik, jauh di sudut hati amat merindui mereka. Kali ni saya balik kerana ingin menjenguk mereka dan juga adik saya Apik. Alhamdulillah....Apik dapat sambung pelajarannya ke UIA. Dia dapat kos Medik. Mudah-mudahan Allah membuka pintu hatinya untuk memupuk minatnya dalam dunia kedoktoran ini. Jarang saya dapat jumpa adik beradik sekarang. Hari tu saya tak sempat jumpa adik saya Acan. Acan dah pun sambung pengajian dia ke UITM di KL. Mungkin Shah Alam kot. Dia dah dapat sambung untuk Ijazah dalam bidang yang dia minat. Alhamdulillah...Sebelum ni jika saya balik SP kerap jugak saya berjumpa dengan Acan. Tapi sayang, kali ni x sempat pulak. Tambahan pulak Acan ni rajin melayan Niyaz. Niyaz pun senang dgn dia. Takpala, harap nanti ada lagi peluang untuk saya berjumpa dengan adik beradik saya. Harap Allah memberi ruang itu kepada saya.

Selepas saya berkahwin, saya jarang jumpa adik beradik yang lain. Yela..corak kehidupan dan pekerjaan saya agak berbeza dari mereka. Nak buat macam mana kan. Tapi, jauh disudut hati masih terbayang ketika saya berada di rumah itu. Ada suka dan dukanya. Ada tangis dan tawanya. Sekarang semua tinggal kenangan dan yang pasti kenangan itu tak mungkin saya lupakan. Walaupun saya dan adik beradik yang lain tak sekepala, tapi kami masih adik-beradik dan hubungan ini takkan terputus walaupun di akhirat kelak. Kerana mereka la darah daging saya. Kini saya berdoa semoga mereka menemui kebahagiaan masing-masing.

Mama dan dedi adalah permulaan kehidupan saya. Kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan saya. Mana mungkin saya melupakan mereka. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan untuk saya anak perempuan tunggal mereka. Saya sedar mereka menyayangi saya. Alhamdulillah....saya mempunyai parents macam mama dan dedi. Sekali-sekala balik SP, saya sedar saya dah ada tanggungjawab lain. Keadaan tak sama macam dulu lagi. Kalau dulu saya boleh nak bermanja-manja. Sekarang saya pun dah ada anak sendiri. Ye, ini semua fitrah seorang anak perempuan. Bila dah kawin ada suami, ada anak dan ada tanggungjawab. Tapi saya tak pernah menyesal atas apa yg berlaku ini. Malah saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang begitu menyanyangi dan memahami saya. Yes i love him very much. Dulu mama yang kerap layan kerenah manja saya. tapi sekarang, suami yang kerap melayan saya. Saya berkahwin dengan seorang lelaki yang betul-betul menyayangi saya. Alhamdulillah......

No comments:

Post a Comment