Kemarin saya terima berita yang tak best. Lepas breakfast, sementara tunggu kelas start, saya bukak fb hb. Sebelum tu mmg hb dh bc pun message tu. Lepas dia makan saya pun tanya hb, agak2 abg, kak nak cakap apa? hb pun kata, ntahla nanti abg nak sembang ngan dia satgi. Saya pun tak kata apa dan sabar je menunggu. Jauh di sudut hati berharap, janganlah ada masalah apa2 lg. 2 jam berlalu, ptg kemarin, hb pun sembang dgn kakaknya dalam fb seperti yang dijanjikan. Kebetulan saya menunggu kelas ptg. Time hb sembang, saya pun bolehla tumpang tengok. Ye, saya perlu tahu benda ni semua. Saya faham, hb pun penat pk pasal kakaknya. So, apa2 je masalah kakaknya hb memang tak akan pendam sorang2. Dia pasti dan wajib kongsi dengan saya. Sekurang-kurangnya ringan sikit bebannya. Time hb sembang dgn kakaknya saya pun dapat tahu apa yang disembangkannya. Sedikit kecelaruan berlaku dalam diri saya setelah saya tahu niat SIL bersembang dengan hb. SIL kata, nak balik duduk kat kg dengan anak-anak dulu sementara keadaan kewangan famili dia stabil. Dia kata dia nak balik dan berniaga dengan abah, n suaminya pulak stay kat penang utk keje dan buat bisnes print Tshirt. Saya dan hb memang tak setuju dan cadangan yang diberi oleh suami SIL. Mana boleh buat macam tu, banyak benda kena fikir. Mana boleh saya dengan SIL tinggal serumah. Nanti ada saja benda yang tak kena. Kalau setakat balik time cuti sekolah n duduk seminggu tu, tak pa. Bila duduk serumah nanti saya takut ada masalah lain pulak yang timbul antara kami. Soal hati pun kena ambik fikir. Saya dan hb berpendapat, kalau SIL nak duduk kat kg n berniaga dengan abah, SIL kena duduk rumah lain. Bukan rumah ni. Kalau SIL nak duduk sini kena settlekan tempat tinggal dulu.
Lagi satu, saya dan hb fikir, kalau SIL nak duduk kat sini, takkan suami dia tak balik nk tgk anak isteri. sekurang-kurangnya mesti kena balik seminggu sekali. takkan sebulan sekali br nak balik. tak logik. kos nk ulang alik ni sendiri dah mkn byk. tol lagi, minyak lagi. tu x masuk lagi klau kereta rosak. semua tu melibatkan kos. semua masala ni bila dikumpul akan jadi satu. dan masalah ni adakala boleh meruntuhkan kerukunan sesebuah keluarga. dari baik jadi x baik. tu tak masuk lagi masalah sekolah anak. sapa nak hantar, sapa nak ambik?
p/s: kak, pkla baik2 . tgk apa baik, apa buruk. sesungguhnya pertimbangan yg baik adalah utk kebaikan kita sekeluarga....
No comments:
Post a Comment