Gambar apa kat atas tu? Hehehe....tula Shepherd Pie sebelum dibakar.
Saja je nak upload ni. Cuma nak share apa yang dimakan malam ni. Malam ni dinner at home is Shepherd Pie. Apa itu Shepherd Pie? Shepherd Pie ni nama glamour dia. Tapi yang sebenarnya Shepherd Pie ni ialah makanan yang dibuat dari ubi kentang yang dilenyek bersama rempah ratus dan intinya. Intinya terpulanglah pada kita nak buat inti daging or ayam. For me, i prefer Chicken. Sebenarnya saya baru belajar makan this pie time saya di rumah Mama. Mama pun rupanya suka cuba resipi baru. Jadi makanan mama dah pun dipelbagaikan. Tak terhad kepada nasi semata-mata. Ubi kentang ni boleh dijadikan makanan gantian kepada nasi. Coz...potato is karbohidrat too....Masa saya kat rumah mama, saya sempat belajar macam mana nak buat Shepherd Pie ni. So bila saya dah tengok dan perhatikan apa yang mama buat, akhirnya saya decide i will try this recipe. Sedap pie ni. Tu if Mama yang buat. Kalau saya buat? Belum tentu sedap rasanya. hihihi....
Jadi hari ni, i decide to try that recipe. Saya rasa Shepherd Pie boleh dijadikan dinner. Hb pun suka makanan berasaskan pie ni. Oleh kerana masa terluang agak banyak petang ni, jadi saya pun sempatlah menyediakan inti n kentang yang siap dilenyek. Malam after maghrib, just bakar je. Only 30 minutes. Hasilnya...........
Shepherd Pie yang siap dibakar
Jom Makan....
Jom Makan....
Pie yang saya buat ni tak berapa jadi macam Mama buat. Rasa dah ada dah. Cuma rupanya tak sama. Mama buat keras sikit. Saya buat macam lembik sikit. Mungkin disebabkan intinya. Inti yang saya buat agak basah. Seingat saya, inti yang Mama buat kering sikit. Takpalah....lain kali saya akan cuba perbaiki lagi....Tapi, sedapla. Malam ni ini je dinner saya dan hb. Kenyang jugak sebab kentang kan....Kentang ganti nasi. Hari-hari dah makan nasi. Boring rasanya....Tu yang cuba benda lain....
Next entry, InsyaALLAH saya akan masukkan resipinya...Wait n see...
Adios!!!
Next entry, InsyaALLAH saya akan masukkan resipinya...Wait n see...
Adios!!!
No comments:
Post a Comment