Allah Maha Penyayang. Jika kita berusaha dengan ikhlas keranaNYA, InsyaALLAH semuanya dipermudahkan. Adakala terasa malu diri ini kerana kadang-kadang saya alpa dan melupakanNYA. Astagfirullah....Diharap dosa-dosa ku ini diampun hendaknya. Amin....
Kemarin merupakan hari yang memang menggembirakan saya. Di kala saya kesusahan mencari modal untuk melabur kepada kelas komputer akhirnya Allah memudahkannya. Pagi kemarin saya menerima panggilan dari mama. Saya ingatkan mama saja nak sembang-sembang. Rupa-rupanya mama ingin membantu. Alhamdulillah....Dengan bantuan mama, komputer dan meja yang nak dibeli dapat dibeli dengan lebih cepat. Gembira rasa hati ku ini.
Memang pada mulanya saya dan hb nak buat garaj sale. Saya akui memang lambat x tau bila boleh dapat. Bila tengok sale komputer sana sini dari yg mahal bertukar murah rasa geram sangat. Kalau boleh, saya nakkan komputer tu dalam masa yang terdekat. Yela...saya memang serius dalam menjalankan kelas ni. Kalau lambat dilaksanakan mestila frust. Nak tunggu dan tunggu bila boleh dapat? Kelas pulak dari hari ke hari ada je org nak daftar. Bila mengenangkan kekurangan yang ada mestila frust kan. Kalau boleh, biarlah semuanya lengkap dan sempurna. Baru rasa puas hati. Alhamdulillah dengan bantuan dari mama n dedi, insyaALLAH...kelas saya hampir lengkap dan sempurna. Pinjaman yang mama n dedi bagi insyaALLAH saya akan cuba dan berusaha untuk bayar semula. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan...Amin...
Bila mengenangkan semua ni, saya bersyukur sangat kerana mempunyai parents macam Mama n Dedi. Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment