Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Monday, January 17, 2011

Interview Pekerja Baru

Malam ni saya sempat berblog. Niyaz tido awal pulak malam ni. Agaknya dia letih kot hari ni. Tu yang tido awal. Sempat la jugak saya bermain dengan dia tadi lepas seharian tinggalkan dia di rumah. I miss him so much. Bila sampai je rumah perkara pertama yang wajib dibuat ialah peluk, dukung n kiss my son. Niyaz pun hepi je bila tengok mummy dia balik. Sukanya saat-saat itu. Nampak dia gelak n sengih. Memang cute n rasa tension2 yang ada time kat kedai tiba-tiba hilang terus dari ingatan dan bayangan mata ni. Ye memang betul anak penenang jiwa. Hehehehe...

Pagi ni pembukaan kedai dimulakan dengan satu berita yang menggembirakan bila ada lagi sorang customer daftar kelas. Alhamdulillah....murah rezeki tu. Hepinya saya. Setakat ni saya dah ada 5 orang pelajar. Nampak gayanya jadual kelas saya kena diolah semula. Nak tak nak memang saya kena wujudkan kelas pagi n petang. Mana boleh buat petang saja. Penat dan tak sempat. 5 orang student mana boleh saya buat petang saja? Tak dan nak ligan la. Saya masih lagi berfikir tentang Niyaz. Sapa nak jaga?? Pening jugak pk benda ni. Takpala...slow2. Mungkin nanti ada ilham yang muncul di fikiran ku ini. ...Kalau sesiapa yang ada idea, kongsila dengan saya. Memang memerlukan bantuan ni....Penat saya dan hb pk. Tapi masih belum berputus asa.

Selain dari customer tadi, hari ni jugak merupakan hari saya interview pekerja. Kali ni saya betul2 berazam ingin mencari yang terbaik. Diharap dengan ada pekerja ni, dapatla meringankan beban saya dan hb. Bakal pekerja tu dah berumur 20 tahun. Dan memang nak bekerja lama. Yup memang ciri-ciri yang dicari. Bukan pekerja sementara. Pekerja sementara buang duit ja. Kami pun tak cukup, ni nak kena bayar gaji org yang keje sementara pulak?? Mana boleh. Tu belum masuk lagi dengan kes2 emergency. Tapi kalau tiap-tiap bulan ada emergency, tak logik pulak. Tapi, memang la. Tension jugakla kalau tiba-tiba dah kumpul duit untuk benda lain, kena bayar untuk benda lain pulak. Memang tension. Dan berharap sangat perkara tension-tension tentang duit ni tak terjadi lagi. Sometimes rasa macam nak menjerit smpai suara tak dak ja bila perkara macam ni terjadi. Dah kumpul dan himpun untuk benda lain, benda lain pulak yang kena bayar...Sapa tak tension?? Cuba fikir dan bayangkan jika anda berada di tempat saya k.....? Sapa tak emo?? Kalau sapa yang tak emo, memang org tu x dak perasaan la....

Cakap pasal pekerja tadi, saya dah interview dan mintak dia handle sistem komputer. Dan saya tengok, dia ok n cekap jugak berbanding pekerja sebelum ni. Pekerja sebelum ni memang tak tau apa2. Yang tu kesilapan di pihak sayala sebab x suruh dia handle komputer. Kali ni saya betul-betul belajar dari kesilapan. First time saya tengok dia, rasa ragu-ragu jugak. Boleh ka budak ni buat keje? Bila dah suruh dia handle komputer, saya rasa yakin sikit. Dan hal-hal di kaunter nanti akan dipelajari dari mr hb. Mr hb garang n tegas sikit berbanding saya. Saya ni banyak rasa simpati dan kesian. Tapi mesti hb tak. Dia profesional. So, he can be a good boss to staff. I trust him. Budak ni akan start bekerja pada hari sabtu 22 Jan 2011 nanti. So saya dan hb akan pantau dan train dia setakat yang mampu. Diharap pekerja ni boleh buat keje dan boleh diharap. Tujuan mencari pekerja ni adalah untuk membantu hb cari job lain. Hb nak cari job lain untuk tambah pendapatan keluarga. Bila hb dah cari job lain, kedai bolehlah di on kan setiap hari. Jadi kedai x kena tutup la. Kalau hb tak cari pekerja, macam mana nak cari job lain? Kalau tutup kedai, rugila sedangkan kedai ni dah jadi sumber pendapatan utama kami. Sebab tula kami kena dan wajib ada pekerja. So memang berharap sangatlah kepada pekerja yang baru diambil hari ni.....Berharap sangat dia boleh buat keje dan boleh dipercayai. Mudah-mudahan pekerja yang baru diambil ni dapat membantu kami....Amin....

No comments:

Post a Comment