Kekuatan Hati
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.
Ameen ya rabbal alamin.
Wednesday, January 5, 2011
Niyaz @ Sala Classic
Hari Ahad yang lalu saya dan hb keluar ke Alor Setar untuk shopping barang-barang rumah. Biasalah saya kalau nak ke mana-mana yang tidak melibatkan kerja memang Niyaz akan dibawa bersama. Oleh kerana pada waktu siang kami bekerja terpaksalah bawa dia keluar pada waktu malam. Nak buat macam mana kan...? Kalau Niyaz tak dibawa bersama rasanya saya tak lengkap. Mak mertua selalu tak bagi saya bawa Niyaz bersama kalau keluar malam-malam. Tapi, saya tetap bawa Niyaz jugak. Yela..mana boleh tinggal Niyaz. Tambah-tambah masa keluar tu bukannya ada keje yang nak dibuat. Just Family Time. For Fun n Enjoy just 3 of us....Penting tu....
Masa shopping tu Niyaz happy sangat. Nampak sangat kat muka dia. Dari mula saya pakai baju, pakai tudung, masa nak keluar kat pintu rumah sampaila dalam kereta and sampai kat giant, mulut dia tak berenti menjerit n gelak n senyum. Hepi sangat tengok dia hepi macam tu. Yela..dia pun nak jugak keluar dengan Mummy n Papa. Keluar jalan-jalan. Maklumla..hari-hari kena tinggal ngan Mummy n Papa dia. Sekali dapat bersama, memangla hepi. Mana boleh saya tinggal dia kat rumah. Memang tak boleh...heheehe...
APa yang kami beli?
Macam orang lain jugak. Kami ke Alor Setar cuma membeli barang-barang rumah. Biasala sabun basuh kain, sabun mandi dan macam-macam lagi. Memang itupun yang dibeli setiap bulan kalau ke giant. Tak ada beli barang-barang yang bukan-bukan. Maklumla..budget tak cukup pun untuk beli barang-barang yang bukan keperluan. Sekali pandang baju, n tudung mmgla teringin nak beli. Tapi, tak boleh belanja macam tu. Tak cukup duit nanti. Lainla kalau org yang betul-betul kaya, mesti beli punyalah. Handbag satu ka. Hahaha...takpa saya tak kisah. Handbag saya, masih boleh digunakan. Baik saya guna handbag tu sampai koyak baru berbaloi nak beli yang baru....hehehe...Kita kena ukur baju di badan sendiri. Mana boleh pejam mata n ambik ja benda yang nak dibeli. Tak elok jika mempunyai tabiat macam tu.....
Lepas bershopping, kami pun singgah makan di Sala Classic. Biasalah, tempat yang selalu dikunjung selepai bershopping. Nak try kedai baru, rasa tak yakin pulak. Takut tak sedap. Di Alor Setar ni saya rasa kedai yang sedap pun kedai sala ni la....Tempat lain, entahla....Masa dalam perjalanan ke Sala Niyaz sebenarnya dah tido. Tapi bila kereta dihentikan, terjagalah dia dari tidonya. Macam biasalah...bila dia dah jaga, kena ambikla baby chair. Malam tu saya makan sphagetti. Hb mkn Chicken Chop. Niyaz makan fries....hehehe...suap dia sikit-sikit. Lagipun Niyaz suka makan ubi kentang....Kegemaran dia tu..Hehehe... Alhamdulillah...Niyaz senang dijaga. Dia x buat perangai. Alhamdulillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment