Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Saturday, January 1, 2011

Lembaran 2011 bermula....

Lama betul saya menyepikan diri....Dah berulang kali saya kata nak update blog. tapi apakan daya saya tak mempunyai masa yang banyak lagi utk berhadapan dengan komputer. Memang tak sempat. Anak saya dah berusia 9 bulan. dan sekarang sedang belajar untuk berdiri. Merangkak punyalah laju. Masa dia untuk tido pun semakin kurang. Hari-hari yang ditempuhinya penuh dengan aktiviti dan experimen. Dia akan cuba explore benda baru untuk mengembangkan otaknya. Alhamdulillah...anak ku semakin cerdik dan pandai. Saya gembira melihat perkembangan tersebut. Saya sentiasa berdoa semoga anak saya membesar dengan sihat.

Dalam kesibukan menjaga anak, saya telah pun sempat menyiapkan 2 modul kelas komputer saya. Iaitu modul Microsoft Word 2007 dan Microsoft Excel 2007...Alhamdulillah.....Cuma tinggal lagi 1 modul je belum disiapkan iaitu Modul Powerpoint 2007. Diharap saya dapat siapkan sebelum pertengahan bulan ini. Mudah-mudahan Allah memberi ruang kepada saya lagi untuk menyiapkan modul tersebut...

Semasa saya menaip dalam blog ni, Niyaz tengah tido. Lama pulak dia tido petang ni. agaknya dia letih kot hari ni. Takpala....sempatla saya update blog ni. Lama dah takamengadap komputer lama-lama macam ni. Hari ni saya berpeluang. Rasa puas hati ini.

Hari ni saya bukak FB dan saya terjumpa dengan Famili Friend saya masa zaman kanak-kanak dulu. Noof Hafzan Kamaruddin. Lama saya cuba menjejak ni. Entah kenapa sebelum ni tak keluar nama ni bila saya taip. Tapi kebetulan hari ni saya try taip nama ni dan alhamdulillah...saya jumpa. Akhirnya saya hantar request kat dia. Hepinya hati ni bila dia menerima request saya. Sempat saya bersembang dengan dia. Alhamdulillah...jumpa jugak kawan saya sorang ni....Walaupun dia muda dari saya tapi, saya gembira dapat berkawan dengan dia satu ketika dulu....Hehehe...terbayang di mata ni macam mana zaman kanak-kanak saya dengan dia....Hepinya....hehehe....Harap kali ni tak terputus lagi....Semoga satu hari nanti takdir pula menemukan saya dengan dia...

No comments:

Post a Comment