Hari ni saya nak cakap tentang Muhasabah Diri. Sesungguhnya muhasabah diri ini memberi banyak impak bagi sesiapa yang tahu menilainya. Muhasabah diri mengajak kita menilai tentang diri kita. Di mana salah dan silapnya diri kita sehingga ada saja masalah atau ujian yang menimpa kita. Dengan bermuhasabah diri ini, kita tidak akan selalu mencari kesalahan orang lain. Kerana kita tahu kita juga ada kelemahan kita. Seharusnya kita bersyukur di atas apa yang kita miliki. Tidak perlu ada perasaan sakit hati, iri hati atau PHD dengan orang lain. Setiap apa yang kita lakukan, insyaALLAH akan ada balasannya nanti. Jika kita redha dengan apa yang berlaku ke atas diri kita, mungkin satu hari nanti ada balasannya.Mungkin juga balasan yang kita terima akan jauh lebih baik dari yang kita sangka. Allah Maha Mengetahui. Setiap apa yang berlaku ke atas kita pasti ada hikmahnya. Kita sebagai manusia yang kerap melakukan kesilapan, perlu menoleh ke belakang untuk mengambil iktibar dari setiap perkara yang berlaku di masa silam agar kita tidak mengulang kesilapan yang sama lagi. Jika kita sedar apa yang berlaku dulu, insyaALLAH kehidupan di masa depan akan menjadi lebih baik. Kisah silam perlu dijadikan panduan kepada kita agar kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. Kerana sejarah masa silam lah maka wujudnya kita di muka bumi ini...
Semoga apa yang ditulis ini menjadi peringatan kepada saya dan rakan-rakan yang lain...
Amin.....
Kekuatan Hati
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.
Ameen ya rabbal alamin.
Friday, January 28, 2011
Wednesday, January 26, 2011
Fitrah Anak Perempuan
Kemarin saya berpeluang balik ke kampung saya SP. Kira kampung la sebab kat sana tinggalnya mama dan dedi saya. Lama jugak saya x balik kali ni. Tambahan pulak kelas saya begitu padat. Walaupun x balik, jauh di sudut hati amat merindui mereka. Kali ni saya balik kerana ingin menjenguk mereka dan juga adik saya Apik. Alhamdulillah....Apik dapat sambung pelajarannya ke UIA. Dia dapat kos Medik. Mudah-mudahan Allah membuka pintu hatinya untuk memupuk minatnya dalam dunia kedoktoran ini. Jarang saya dapat jumpa adik beradik sekarang. Hari tu saya tak sempat jumpa adik saya Acan. Acan dah pun sambung pengajian dia ke UITM di KL. Mungkin Shah Alam kot. Dia dah dapat sambung untuk Ijazah dalam bidang yang dia minat. Alhamdulillah...Sebelum ni jika saya balik SP kerap jugak saya berjumpa dengan Acan. Tapi sayang, kali ni x sempat pulak. Tambahan pulak Acan ni rajin melayan Niyaz. Niyaz pun senang dgn dia. Takpala, harap nanti ada lagi peluang untuk saya berjumpa dengan adik beradik saya. Harap Allah memberi ruang itu kepada saya.
Selepas saya berkahwin, saya jarang jumpa adik beradik yang lain. Yela..corak kehidupan dan pekerjaan saya agak berbeza dari mereka. Nak buat macam mana kan. Tapi, jauh disudut hati masih terbayang ketika saya berada di rumah itu. Ada suka dan dukanya. Ada tangis dan tawanya. Sekarang semua tinggal kenangan dan yang pasti kenangan itu tak mungkin saya lupakan. Walaupun saya dan adik beradik yang lain tak sekepala, tapi kami masih adik-beradik dan hubungan ini takkan terputus walaupun di akhirat kelak. Kerana mereka la darah daging saya. Kini saya berdoa semoga mereka menemui kebahagiaan masing-masing.
Mama dan dedi adalah permulaan kehidupan saya. Kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan saya. Mana mungkin saya melupakan mereka. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan untuk saya anak perempuan tunggal mereka. Saya sedar mereka menyayangi saya. Alhamdulillah....saya mempunyai parents macam mama dan dedi. Sekali-sekala balik SP, saya sedar saya dah ada tanggungjawab lain. Keadaan tak sama macam dulu lagi. Kalau dulu saya boleh nak bermanja-manja. Sekarang saya pun dah ada anak sendiri. Ye, ini semua fitrah seorang anak perempuan. Bila dah kawin ada suami, ada anak dan ada tanggungjawab. Tapi saya tak pernah menyesal atas apa yg berlaku ini. Malah saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang begitu menyanyangi dan memahami saya. Yes i love him very much. Dulu mama yang kerap layan kerenah manja saya. tapi sekarang, suami yang kerap melayan saya. Saya berkahwin dengan seorang lelaki yang betul-betul menyayangi saya. Alhamdulillah......

Monday, January 24, 2011
SIL Nak Stay Kat Kg???
Kemarin saya terima berita yang tak best. Lepas breakfast, sementara tunggu kelas start, saya bukak fb hb. Sebelum tu mmg hb dh bc pun message tu. Lepas dia makan saya pun tanya hb, agak2 abg, kak nak cakap apa? hb pun kata, ntahla nanti abg nak sembang ngan dia satgi. Saya pun tak kata apa dan sabar je menunggu. Jauh di sudut hati berharap, janganlah ada masalah apa2 lg. 2 jam berlalu, ptg kemarin, hb pun sembang dgn kakaknya dalam fb seperti yang dijanjikan. Kebetulan saya menunggu kelas ptg. Time hb sembang, saya pun bolehla tumpang tengok. Ye, saya perlu tahu benda ni semua. Saya faham, hb pun penat pk pasal kakaknya. So, apa2 je masalah kakaknya hb memang tak akan pendam sorang2. Dia pasti dan wajib kongsi dengan saya. Sekurang-kurangnya ringan sikit bebannya. Time hb sembang dgn kakaknya saya pun dapat tahu apa yang disembangkannya. Sedikit kecelaruan berlaku dalam diri saya setelah saya tahu niat SIL bersembang dengan hb. SIL kata, nak balik duduk kat kg dengan anak-anak dulu sementara keadaan kewangan famili dia stabil. Dia kata dia nak balik dan berniaga dengan abah, n suaminya pulak stay kat penang utk keje dan buat bisnes print Tshirt. Saya dan hb memang tak setuju dan cadangan yang diberi oleh suami SIL. Mana boleh buat macam tu, banyak benda kena fikir. Mana boleh saya dengan SIL tinggal serumah. Nanti ada saja benda yang tak kena. Kalau setakat balik time cuti sekolah n duduk seminggu tu, tak pa. Bila duduk serumah nanti saya takut ada masalah lain pulak yang timbul antara kami. Soal hati pun kena ambik fikir. Saya dan hb berpendapat, kalau SIL nak duduk kat kg n berniaga dengan abah, SIL kena duduk rumah lain. Bukan rumah ni. Kalau SIL nak duduk sini kena settlekan tempat tinggal dulu.
Lagi satu, saya dan hb fikir, kalau SIL nak duduk kat sini, takkan suami dia tak balik nk tgk anak isteri. sekurang-kurangnya mesti kena balik seminggu sekali. takkan sebulan sekali br nak balik. tak logik. kos nk ulang alik ni sendiri dah mkn byk. tol lagi, minyak lagi. tu x masuk lagi klau kereta rosak. semua tu melibatkan kos. semua masala ni bila dikumpul akan jadi satu. dan masalah ni adakala boleh meruntuhkan kerukunan sesebuah keluarga. dari baik jadi x baik. tu tak masuk lagi masalah sekolah anak. sapa nak hantar, sapa nak ambik?
p/s: kak, pkla baik2 . tgk apa baik, apa buruk. sesungguhnya pertimbangan yg baik adalah utk kebaikan kita sekeluarga....

Wednesday, January 19, 2011
First Time Niyaz dengan Nek
Hari ni merupakan hari pertama Niyaz ditinggalkan dengan Nek dia. Benda ni terjadi sebab Mak Long dia x mau p kedai hari ni. So, terpaksalah tinggalkan Niyaz dengan Nek dia. Harap Mak Long boleh la tolong jaga walaupun dok dengan Nek. Bukan apa, saya ni tak mau la menyusahkan tok. Sebelum ni dah 2 kali Niyaz dibawa ke kedai. Masa kat kedai, Mak Long dia la tolong jaga ketika saya mengajar. Nak buat macam mana kan, terpaksala mintak tolong Mak Long dia. Kebetulan Mak Long dia, tengah cuti 2 minggu. Tapi, kebanyakan masanya hb yang tolong jaga. Entahla kenapa dengan Mak Long dia. Kadang-kadang geram jugak tengok kerenah Mak Long dia. Bila dok kat kedai, dia akan bukak you tube pastu layan citer2 Korea. Sampai nak mintak tolong buat keje pun susah. Sebelum ni Mak Long dia penah tanya nanti time cuti 4 bln start bulan 5 ni dia nak keje dengan kami kat kedai. Tp hb dah tau perangai dia, hb x bagi la keje kat kedai. Tapi hb ada mintak tolong dia jaga Niyaz time saya ada kelas. Jaga Niyaz tu jaga kat kedai la. Bukan kat rumah. Dan hb kata nak bagi gaji RM200 sebulan. Dia setuju. Tapi, ni bila dah 2 kali bawa dia mai kedai dan nampaknya dia x buat keje yang sepatutnya, hb cancel plan utk bagi dia jaga Niyaz masa dia cuti 4 bln nanti. Memang betul pun dia memang x boleh keje. Tengok macam malas n banyak sangat layan citer Korea kat you tube. Mana boleh mcm tu. Kita harap dia boleh bantu kita. Tapi, nampaknya x membantu langsung. Sebab tu kami cancel je keputusan kami nak izinkan dia keje ngan kami nanti. Lepas ni berharap pekerja yang bakal bekerja nanti bolehla tolong tengokkan Niyaz sementara saya tengah mengajar. Harap dipermudahkan Amin......
Monday, January 17, 2011
Interview Pekerja Baru
Malam ni saya sempat berblog. Niyaz tido awal pulak malam ni. Agaknya dia letih kot hari ni. Tu yang tido awal. Sempat la jugak saya bermain dengan dia tadi lepas seharian tinggalkan dia di rumah. I miss him so much. Bila sampai je rumah perkara pertama yang wajib dibuat ialah peluk, dukung n kiss my son. Niyaz pun hepi je bila tengok mummy dia balik. Sukanya saat-saat itu. Nampak dia gelak n sengih. Memang cute n rasa tension2 yang ada time kat kedai tiba-tiba hilang terus dari ingatan dan bayangan mata ni. Ye memang betul anak penenang jiwa. Hehehehe...
Pagi ni pembukaan kedai dimulakan dengan satu berita yang menggembirakan bila ada lagi sorang customer daftar kelas. Alhamdulillah....murah rezeki tu. Hepinya saya. Setakat ni saya dah ada 5 orang pelajar. Nampak gayanya jadual kelas saya kena diolah semula. Nak tak nak memang saya kena wujudkan kelas pagi n petang. Mana boleh buat petang saja. Penat dan tak sempat. 5 orang student mana boleh saya buat petang saja? Tak dan nak ligan la. Saya masih lagi berfikir tentang Niyaz. Sapa nak jaga?? Pening jugak pk benda ni. Takpala...slow2. Mungkin nanti ada ilham yang muncul di fikiran ku ini. ...Kalau sesiapa yang ada idea, kongsila dengan saya. Memang memerlukan bantuan ni....Penat saya dan hb pk. Tapi masih belum berputus asa.
Selain dari customer tadi, hari ni jugak merupakan hari saya interview pekerja. Kali ni saya betul2 berazam ingin mencari yang terbaik. Diharap dengan ada pekerja ni, dapatla meringankan beban saya dan hb. Bakal pekerja tu dah berumur 20 tahun. Dan memang nak bekerja lama. Yup memang ciri-ciri yang dicari. Bukan pekerja sementara. Pekerja sementara buang duit ja. Kami pun tak cukup, ni nak kena bayar gaji org yang keje sementara pulak?? Mana boleh. Tu belum masuk lagi dengan kes2 emergency. Tapi kalau tiap-tiap bulan ada emergency, tak logik pulak. Tapi, memang la. Tension jugakla kalau tiba-tiba dah kumpul duit untuk benda lain, kena bayar untuk benda lain pulak. Memang tension. Dan berharap sangat perkara tension-tension tentang duit ni tak terjadi lagi. Sometimes rasa macam nak menjerit smpai suara tak dak ja bila perkara macam ni terjadi. Dah kumpul dan himpun untuk benda lain, benda lain pulak yang kena bayar...Sapa tak tension?? Cuba fikir dan bayangkan jika anda berada di tempat saya k.....? Sapa tak emo?? Kalau sapa yang tak emo, memang org tu x dak perasaan la....
Cakap pasal pekerja tadi, saya dah interview dan mintak dia handle sistem komputer. Dan saya tengok, dia ok n cekap jugak berbanding pekerja sebelum ni. Pekerja sebelum ni memang tak tau apa2. Yang tu kesilapan di pihak sayala sebab x suruh dia handle komputer. Kali ni saya betul-betul belajar dari kesilapan. First time saya tengok dia, rasa ragu-ragu jugak. Boleh ka budak ni buat keje? Bila dah suruh dia handle komputer, saya rasa yakin sikit. Dan hal-hal di kaunter nanti akan dipelajari dari mr hb. Mr hb garang n tegas sikit berbanding saya. Saya ni banyak rasa simpati dan kesian. Tapi mesti hb tak. Dia profesional. So, he can be a good boss to staff. I trust him. Budak ni akan start bekerja pada hari sabtu 22 Jan 2011 nanti. So saya dan hb akan pantau dan train dia setakat yang mampu. Diharap pekerja ni boleh buat keje dan boleh diharap. Tujuan mencari pekerja ni adalah untuk membantu hb cari job lain. Hb nak cari job lain untuk tambah pendapatan keluarga. Bila hb dah cari job lain, kedai bolehlah di on kan setiap hari. Jadi kedai x kena tutup la. Kalau hb tak cari pekerja, macam mana nak cari job lain? Kalau tutup kedai, rugila sedangkan kedai ni dah jadi sumber pendapatan utama kami. Sebab tula kami kena dan wajib ada pekerja. So memang berharap sangatlah kepada pekerja yang baru diambil hari ni.....Berharap sangat dia boleh buat keje dan boleh dipercayai. Mudah-mudahan pekerja yang baru diambil ni dapat membantu kami....Amin....

Sunday, January 16, 2011
Alhamdulillah...
Allah Maha Penyayang. Jika kita berusaha dengan ikhlas keranaNYA, InsyaALLAH semuanya dipermudahkan. Adakala terasa malu diri ini kerana kadang-kadang saya alpa dan melupakanNYA. Astagfirullah....Diharap dosa-dosa ku ini diampun hendaknya. Amin....
Kemarin merupakan hari yang memang menggembirakan saya. Di kala saya kesusahan mencari modal untuk melabur kepada kelas komputer akhirnya Allah memudahkannya. Pagi kemarin saya menerima panggilan dari mama. Saya ingatkan mama saja nak sembang-sembang. Rupa-rupanya mama ingin membantu. Alhamdulillah....Dengan bantuan mama, komputer dan meja yang nak dibeli dapat dibeli dengan lebih cepat. Gembira rasa hati ku ini.
Memang pada mulanya saya dan hb nak buat garaj sale. Saya akui memang lambat x tau bila boleh dapat. Bila tengok sale komputer sana sini dari yg mahal bertukar murah rasa geram sangat. Kalau boleh, saya nakkan komputer tu dalam masa yang terdekat. Yela...saya memang serius dalam menjalankan kelas ni. Kalau lambat dilaksanakan mestila frust. Nak tunggu dan tunggu bila boleh dapat? Kelas pulak dari hari ke hari ada je org nak daftar. Bila mengenangkan kekurangan yang ada mestila frust kan. Kalau boleh, biarlah semuanya lengkap dan sempurna. Baru rasa puas hati. Alhamdulillah dengan bantuan dari mama n dedi, insyaALLAH...kelas saya hampir lengkap dan sempurna. Pinjaman yang mama n dedi bagi insyaALLAH saya akan cuba dan berusaha untuk bayar semula. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan...Amin...
Bila mengenangkan semua ni, saya bersyukur sangat kerana mempunyai parents macam Mama n Dedi. Alhamdulillah....

Thursday, January 13, 2011
Jadual Kelas Komputer Berubah
Kemarin saya dan hb terima berita tentang perletakan jawatan pembantu abah. Patutla kemarin tunggu mak balik hantar ikan yang dibeli tak muncul2. Rupa-rupanya mak x dan nak balik sebab pembantu abah tu x p jual. Tengah hari kemarin barulah mak n abah maklumkan pada kami yang abg mat dah berenti. Mungkin dia p menoreh agaknya. Pendapatan dari menoreh tu mungkin lebih tinggi dari pendapatan yang abah bagi. Takpala nak buat macam mana dah sampai masanya abg mat berenti tu. Mak n abah pun bagitau kat saya jadual kelas kena susun balik. Setiap hari Ahad, Rabu, Khamis dan Sabtu kelas kena buat petang. Sebab mak nak kena berniaga. Niyaz tak dak sapa nak jaga. So, terpaksala susun balik jadual kelas. Setakat ni saya ada 3 orang murid. Dan berkemungkinan jumlah ni akan bertambah lagi. Yelah, kan sekarang dah lepas SPM dan STPM. Jadi mungkin akan bertambahla. Nak tak nak, setiap hari yang mak berniaga saya kena ada tenaga xtra untuk mengajar. Mestilah kelas direct dari kul 3 sampai 7. Kalau tenaga x cukup, mcm mana nak mengajar?? Penat oooo...terutama bab Pengenalan Kepada Komputer dan Internet. Hehehe....takpala mak n abah kata nak jual lagi. Jadi pendapatan isi rumah masih boleh dikogsi bersama. Alhamdulillah.....
Garaj Sale Untuk Kelas Komputer
Semalam saya dan hb cakap macam mana nak dapatkan modal untuk tambah kemudahan dalam kelas komputer. Banyak jugak nak kena tambah. Saya ingat nak beli 3 buah komputer baru yang diinstallkan dengan sistem windows 7, 1 buah meja dan 2 buah kerusi. Modal lebih kurang RM5000. Nak cari mana ye modal sebanyak tu?
Semalam punyalah puas pk. Akhirnya saya dan hb decide untuk buat Garaj Sale. Pendapatan dari garaj sale ni agak mustahil nak mencecah RM5000. Nama pun garaj sale kan. Jadi barang-barang yang dijual bukanlah mahal pun. Barang yang nak dijual pun merupakan barang yang dah dipakai tapi masih lagi dalam keadaan baik. Banyak barang-barang tu. Kalau dikumpul dan dijual balik pun ada gunanya. Garaj sale yang kami nak buat ni bukanla bukak satu khemah depan rumah or mana-mana tapak. Tapi ingat nak jual dalam Mudah ja. Zaman teknologikan...So apa lagi gunalah kemudahan ni. Harap dengan usaha ni bolehlah tambah n kumpul duit untuk dijadikan modal. Kalau x cukup rasanya boleh kot nak cover-cover kalau mampu. Insyaallah....
Banyak jugak barang yang ada. Antaranya:
Patung Mannequin
Handbag
Sangkar Kucing
Lampu Meja
Speaker Kereta Hb
Video Kamera
Kamera Cannon
Dance Pad ( Ps2 )
dan macam-macam lagi la. Tak tersenarai di sini. Terlampau banyak. So start malam ni kalau keadaan mengizinkan, gambar semua barang yang nak dijual akan disnap. Harap semua usaha ni dapat jugakla membantu saya untuk menambah kemudahan dalam Kelas Komputer. Nak buat pinjaman dengan bank, susah. Jadi terpaksala kami pk cara lain untuk dapatkan modal tambahan. Semoga semuanya dipermudahkan.....Amin

Monday, January 10, 2011
Shepherd Pie
Macam yang dijanjikan hari ni saya nak kongsi macam mana nak buat Shepherd Pie tu.
Bahan Inti:
500gm daging kisar/ayam kisar
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 ulas bawang putih ( cincang )
1 cawan kacang peas
8 biji cendawan tin ( belah 4 )
2 biji buah tomato masak
1 batang karot ( potong dadu )
1 pokok daun sup ( cincang )
1 s/b tepung jagung ( bancuhkan )
1 s/b lada hitam ( dikisar )
2 s/b minyak
garam
1 cawan air
Bahan Kentang
1kg Kentang ( potong dadu )
1/2 cawan susu segar Dutch Lady
2 s/b mentega
garam, lada,hilal
air untuk merebus
Cara Menyediakan Inti
Bahan Inti:
500gm daging kisar/ayam kisar
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 ulas bawang putih ( cincang )
1 cawan kacang peas
8 biji cendawan tin ( belah 4 )
2 biji buah tomato masak
1 batang karot ( potong dadu )
1 pokok daun sup ( cincang )
1 s/b tepung jagung ( bancuhkan )
1 s/b lada hitam ( dikisar )
2 s/b minyak
garam
1 cawan air
Bahan Kentang
1kg Kentang ( potong dadu )
1/2 cawan susu segar Dutch Lady
2 s/b mentega
garam, lada,hilal
air untuk merebus
Cara Menyediakan Inti
- Panaskan minyak, tumis bawang besar n bawang putih sampai wangi.
- Masukkan daging / ayam kisar dan cendawan. Kacau rata sampai daging masak
- Masukkan tomata n semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
- Bila dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai masak.
- Angkat dan sejukkan.
- Kentang direbus dengan air sampai air rebusan kering. ( hati-hati jgn sampai hangit plak)
- Lecek kentang n gaulkan dengan susu segar, lada, garam dan mentega
- Lepas dah selesai gaul rata, masukkan sikit kentang dalam mangkuk aluminium kecil atau sederhana. Ratakan permukaan kentang tersebut.
- Masukkan inti n tutupkan dengan kentang lecek lagi dibahagian atasnya.
- Bakar dlm oven yang dah dipanaskan selama 30 minit dengan suhu 200'c
- Pastu bolehlah hidang.
Selamat Mencuba!
Saturday, January 8, 2011
Dinner with Shepherd Pie...
Gambar apa kat atas tu? Hehehe....tula Shepherd Pie sebelum dibakar.
Saja je nak upload ni. Cuma nak share apa yang dimakan malam ni. Malam ni dinner at home is Shepherd Pie. Apa itu Shepherd Pie? Shepherd Pie ni nama glamour dia. Tapi yang sebenarnya Shepherd Pie ni ialah makanan yang dibuat dari ubi kentang yang dilenyek bersama rempah ratus dan intinya. Intinya terpulanglah pada kita nak buat inti daging or ayam. For me, i prefer Chicken. Sebenarnya saya baru belajar makan this pie time saya di rumah Mama. Mama pun rupanya suka cuba resipi baru. Jadi makanan mama dah pun dipelbagaikan. Tak terhad kepada nasi semata-mata. Ubi kentang ni boleh dijadikan makanan gantian kepada nasi. Coz...potato is karbohidrat too....Masa saya kat rumah mama, saya sempat belajar macam mana nak buat Shepherd Pie ni. So bila saya dah tengok dan perhatikan apa yang mama buat, akhirnya saya decide i will try this recipe. Sedap pie ni. Tu if Mama yang buat. Kalau saya buat? Belum tentu sedap rasanya. hihihi....
Jadi hari ni, i decide to try that recipe. Saya rasa Shepherd Pie boleh dijadikan dinner. Hb pun suka makanan berasaskan pie ni. Oleh kerana masa terluang agak banyak petang ni, jadi saya pun sempatlah menyediakan inti n kentang yang siap dilenyek. Malam after maghrib, just bakar je. Only 30 minutes. Hasilnya...........
Shepherd Pie yang siap dibakar
Jom Makan....
Jom Makan....
Pie yang saya buat ni tak berapa jadi macam Mama buat. Rasa dah ada dah. Cuma rupanya tak sama. Mama buat keras sikit. Saya buat macam lembik sikit. Mungkin disebabkan intinya. Inti yang saya buat agak basah. Seingat saya, inti yang Mama buat kering sikit. Takpalah....lain kali saya akan cuba perbaiki lagi....Tapi, sedapla. Malam ni ini je dinner saya dan hb. Kenyang jugak sebab kentang kan....Kentang ganti nasi. Hari-hari dah makan nasi. Boring rasanya....Tu yang cuba benda lain....
Next entry, InsyaALLAH saya akan masukkan resipinya...Wait n see...
Adios!!!
Next entry, InsyaALLAH saya akan masukkan resipinya...Wait n see...
Adios!!!
Friday, January 7, 2011
Duit...Duit..Duit...
Lately, saya dan hb selalu fikirkan tentang duit..duit...duit...Sometimes, kami rasa risau sangat. sumber kewangan kami belum stabil. Macam-macam difikiran ni. Saya dan hb sekarang tengah fikir macam mana nak tambah sumber pendapatan kami. Ye memang betul kami ada bisnes sendiri. Hb dengan Pusat Komputernya dan saya dengan Kelas Komputer saya. Buat masa ni, sumber pendapatan kami bergantung sepenuhnya kepada kedua-dua bisnes ini. Pusat Komputer jika dihitung pendapatan hari-hari adakala memberangsangkan dan adakala tidak. Tapi, secara puratanya pendapatan hari-hari Pusat Komputer mencecah RM100 lebih saja. Puas kami memikirkannya....Tengah fikir macam mana nak tambah pendapatan, tiba-tiba beberapa hari yang lalu Abah maklumkan pada saya yang abg Mat, merangkap pembantu Abah untuk berniaga meluahkan hasratnya untuk memotong atau untuk menoreh getah pulak. Menyirap sikit darah saya. Hahaaha..yela kalau pembantu Abah nak menoreh getah, berkemungkinan besar Abah akan berhenti berniaga. Yela, kerja macam Abah memang penat. Abah tak mampu buat sorang-sorang. Abah pun bukannya kuat lagi untuk berniaga. Abah masih berniaga sekarang pun sebab pembantunya itu masih ada. Saya dan hb agak risau. Kalau Abah berhenti berniaga, bermakna, pendapatan isi rumah kami secara keseluruhannya berkemungkinan besar beralih kepada saya dan hb. How??? Macam mana nak hadapi benda ni? Any idea???
Wednesday, January 5, 2011
Niyaz @ Sala Classic
Hari Ahad yang lalu saya dan hb keluar ke Alor Setar untuk shopping barang-barang rumah. Biasalah saya kalau nak ke mana-mana yang tidak melibatkan kerja memang Niyaz akan dibawa bersama. Oleh kerana pada waktu siang kami bekerja terpaksalah bawa dia keluar pada waktu malam. Nak buat macam mana kan...? Kalau Niyaz tak dibawa bersama rasanya saya tak lengkap. Mak mertua selalu tak bagi saya bawa Niyaz bersama kalau keluar malam-malam. Tapi, saya tetap bawa Niyaz jugak. Yela..mana boleh tinggal Niyaz. Tambah-tambah masa keluar tu bukannya ada keje yang nak dibuat. Just Family Time. For Fun n Enjoy just 3 of us....Penting tu....
Masa shopping tu Niyaz happy sangat. Nampak sangat kat muka dia. Dari mula saya pakai baju, pakai tudung, masa nak keluar kat pintu rumah sampaila dalam kereta and sampai kat giant, mulut dia tak berenti menjerit n gelak n senyum. Hepi sangat tengok dia hepi macam tu. Yela..dia pun nak jugak keluar dengan Mummy n Papa. Keluar jalan-jalan. Maklumla..hari-hari kena tinggal ngan Mummy n Papa dia. Sekali dapat bersama, memangla hepi. Mana boleh saya tinggal dia kat rumah. Memang tak boleh...heheehe...
APa yang kami beli?
Macam orang lain jugak. Kami ke Alor Setar cuma membeli barang-barang rumah. Biasala sabun basuh kain, sabun mandi dan macam-macam lagi. Memang itupun yang dibeli setiap bulan kalau ke giant. Tak ada beli barang-barang yang bukan-bukan. Maklumla..budget tak cukup pun untuk beli barang-barang yang bukan keperluan. Sekali pandang baju, n tudung mmgla teringin nak beli. Tapi, tak boleh belanja macam tu. Tak cukup duit nanti. Lainla kalau org yang betul-betul kaya, mesti beli punyalah. Handbag satu ka. Hahaha...takpa saya tak kisah. Handbag saya, masih boleh digunakan. Baik saya guna handbag tu sampai koyak baru berbaloi nak beli yang baru....hehehe...Kita kena ukur baju di badan sendiri. Mana boleh pejam mata n ambik ja benda yang nak dibeli. Tak elok jika mempunyai tabiat macam tu.....
Lepas bershopping, kami pun singgah makan di Sala Classic. Biasalah, tempat yang selalu dikunjung selepai bershopping. Nak try kedai baru, rasa tak yakin pulak. Takut tak sedap. Di Alor Setar ni saya rasa kedai yang sedap pun kedai sala ni la....Tempat lain, entahla....Masa dalam perjalanan ke Sala Niyaz sebenarnya dah tido. Tapi bila kereta dihentikan, terjagalah dia dari tidonya. Macam biasalah...bila dia dah jaga, kena ambikla baby chair. Malam tu saya makan sphagetti. Hb mkn Chicken Chop. Niyaz makan fries....hehehe...suap dia sikit-sikit. Lagipun Niyaz suka makan ubi kentang....Kegemaran dia tu..Hehehe... Alhamdulillah...Niyaz senang dijaga. Dia x buat perangai. Alhamdulillah...
Sunday, January 2, 2011
Saturday, January 1, 2011
Lembaran 2011 bermula....
Lama betul saya menyepikan diri....Dah berulang kali saya kata nak update blog. tapi apakan daya saya tak mempunyai masa yang banyak lagi utk berhadapan dengan komputer. Memang tak sempat. Anak saya dah berusia 9 bulan. dan sekarang sedang belajar untuk berdiri. Merangkak punyalah laju. Masa dia untuk tido pun semakin kurang. Hari-hari yang ditempuhinya penuh dengan aktiviti dan experimen. Dia akan cuba explore benda baru untuk mengembangkan otaknya. Alhamdulillah...anak ku semakin cerdik dan pandai. Saya gembira melihat perkembangan tersebut. Saya sentiasa berdoa semoga anak saya membesar dengan sihat.
Dalam kesibukan menjaga anak, saya telah pun sempat menyiapkan 2 modul kelas komputer saya. Iaitu modul Microsoft Word 2007 dan Microsoft Excel 2007...Alhamdulillah.....Cuma tinggal lagi 1 modul je belum disiapkan iaitu Modul Powerpoint 2007. Diharap saya dapat siapkan sebelum pertengahan bulan ini. Mudah-mudahan Allah memberi ruang kepada saya lagi untuk menyiapkan modul tersebut...
Semasa saya menaip dalam blog ni, Niyaz tengah tido. Lama pulak dia tido petang ni. agaknya dia letih kot hari ni. Takpala....sempatla saya update blog ni. Lama dah takamengadap komputer lama-lama macam ni. Hari ni saya berpeluang. Rasa puas hati ini.
Hari ni saya bukak FB dan saya terjumpa dengan Famili Friend saya masa zaman kanak-kanak dulu. Noof Hafzan Kamaruddin. Lama saya cuba menjejak ni. Entah kenapa sebelum ni tak keluar nama ni bila saya taip. Tapi kebetulan hari ni saya try taip nama ni dan alhamdulillah...saya jumpa. Akhirnya saya hantar request kat dia. Hepinya hati ni bila dia menerima request saya. Sempat saya bersembang dengan dia. Alhamdulillah...jumpa jugak kawan saya sorang ni....Walaupun dia muda dari saya tapi, saya gembira dapat berkawan dengan dia satu ketika dulu....Hehehe...terbayang di mata ni macam mana zaman kanak-kanak saya dengan dia....Hepinya....hehehe....Harap kali ni tak terputus lagi....Semoga satu hari nanti takdir pula menemukan saya dengan dia...

Subscribe to:
Posts (Atom)