Hehhehe...entry susu n cek? Apa tu?
Pagi ni aku bangun awal macam biasa untuk meneruskan aktiviti harian ku, pam susu. Aktiviti ni dah menjadi rutin harian aku sejak aku menjawat jawatan sebagai Cikgu Kelas Komputer secara tetap di kedai kami. Hari-hari aku akan pastikan bekalan susu untuk anak aku mencukupi selama ketiadaan aku bersamanya. Yela, setiap kali aku ada kelas, anak aku akan aku tinggalkan dengan mak aku di rumah. Syukur alhamdulillah sebab aku tak perlu tinggalkan anak aku di rumah pengasuh atau nursery. Entahla kenapa, aku cukup risau dengan berita tentang kematian bayi secara mengejut kerana mungkin diabaikan oleh pengasuh di nursery. Ye, perkara ni memangla di luar jangkaan kita. Tapi, bagi aku selagi boleh dielak, lebih baik kita elak. Kita kena isikan pengetahuan tentang keselamatan dan penjagaan bayi sepenuhnya mengikut usianya. Aku ni dikira golongan yang sangat bertuah sebab, penjagaan anak aku semasa ketiadaan aku adalah bersama toknya sendiri. Tok ni lain sikit perhatian dia kepada cucu berbanding pengasuh biasa. Alhamdulillah.....
Cek.....apa tu cek? Sebenarnya pagi ni selain dari aktiviti pam susu, hari ni aku telah pun ke bank untuk buat deposit cek daripada Dedi. First time buat deposit cek. Sebelum ni tak penah pun. So, bila first time ni, faham-faham je la....banyak sangat persoalan yang terkumpul difikiran ku ini. Pada mulanya aku ingat nak buat deposit cek ni guna mesin deposit cek ja. Tapi.....x penah buat, so tak berani buat la. Jadi, nak merungkaikan persoalan dan pertanyaan aku pun buat keputusan deposit kat kaunter je la....Tu yang buat kat kaunter jugak tu. Bila nak berurusan dengan kaunter mestila kena ada buku akaun kan. Kalau x, mcm mn nak deposit betul x? Cari punyalah cari buku akaun CIMB x dak. Aku pun pelik, aku tak bawa ke Pendang ke buku aku tu.....Lama dah aku tak kemaskini buku aku tu, Semuanya online sekarang. Last-last bila dah cari tapi, x jumpa jugak, aku pun ambik buku BSN aku la. Aku buat deosit cek kat BSN. Nasib baik la SIL aku tau jugak pasal cek deposit ni. So, aku banyak tanya dia la. Prosedurnya sama macam kita nak deposit tunai la. Isi borang deposit, masukkan no akaun kita dan seterusnya dibawa ke kaunter la. Cuma kalau buat cek deposit ni, kena isi nombor cek pemegang cek tu la. Itu je bezanya. Bila dah siap semua, duit tu kalau kita deposit guna bank lain duit tu akan ada dalam akaun kita selepas 3 hari bekerja la....So, lepas ni, aku akan check lagi guna BSN MOBILE....Cek tu berapa jumlah dan untuk apa diberi? Biarlah rahsia...... Ia hanyalah hadiah daripada seorang bapa kepada anaknya.....Bukan semua kita boleh kongsikan.... So, Biarlah ada sikit sisi-sisi untuk diri aku sendiri......
No comments:
Post a Comment