Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Saturday, March 12, 2011

Be Strong......

Sejak hari Jumaat yang lalu sampailah ke hari ni, aku rasa tersangatlah letih dan penat. Hmm....penat sikit sebab kelas direct dari pukul 2 sampai pukul 7. 5 Jam tu....Sapala tak penatkan? Tapi, aku akan kuatkan juga semangat ku ini. Kelas 5 jam ni terpaksa diadakan sebab pelajar ni nak kena hadirkan diri  ke temuduga awal bulan April nanti. Nak tak nak, aku kena buat jugak. Semasa kelas diadakan ni, anak aku, Niyaz terpaksa la dijaga oleh tok dan wan nya. Tapi, masalahnya sejak dua menjak ni, mil aku selalu x ada kat rumah. Katanya p ambik ubat, p buat rawatan resdung dan mengurut. Aku x leh nak kata apa la kan....Biarla. Terpaksala mengajar sambil melayan kerenah Niyaz. Kadang-kadang Niyaz dijaga oleh Papanya kalau Papanya x bz di kaunter. Tapi susahla sikit. Niyaz sekarang dah besar. Dan semua benda yang ada kat depannya nak ditarik dan dicubanya.Tambah pulak sekarang ni dia nak berdiri dan mula nak bertatih. Mesti dia marah kalau orang asyik pegang dan dukung dia. Dia nak berjalan, kita nak kepung dia. Mana boleh....mesti dia pun marah. Jadi nak tak nak, kenala lepas dia. Tapi masa lepas dia tu, bukan boleh biar je. Kita kena tengok dan selalu ikut dia. Kalau x, boleh sakit la. Biasala usia dia dah pun 11 bulan lebih. Dah tiba masanya untuk aktif seaktif yang boleh. Tak boleh lagi nak pegang-pegang n dukung dia. Keadaan Niyaz macam tu, tempat yang paling sesuai dan selamat ialah di rumah. Di rumah dia boleh buat macam-macam. Tapi....nampaknya tak boleh la kalau mil asyik tak ada kat rmh je....Hmm..kadang-kadang terasa susahnya.... Tapi, xpala....harap aku akan sentiasa tabah melaluinya. Kadang-kadang bila dah tak ada choice sangat-sangat, akhirnya aku akan capai handphone atau talipon kedai, aku akan call my mama. Mintak tolong mama ngan dedi la tolong jaga Niyaz sat. Memang kadang-kadang rasa ish...aku ni menyusahkan mama n dedi pulak. Berat rasa mulut ni nak cakap. Tapi, bila keadaan terdesak sangat, aku terpaksa buat macam tu. Hehehe...sorry mama n dedi....Jauh-jauh mai tolong jaga cucu sat. hehehe.... Takpa, lepas ni bila kelas kul 2 sampai 7 ni dah settle, xpa dah kot.....Tapi mesti mama n dedi syok dan hepi sbb boleh tolong jaga Niyaz kan...kan...? hehehehe....

Apa-apa pun dengan apa yang terjadi sekarang, harap semua antara kita yang terlibat harap semuanya barsabar dan kuat selalu. Mesti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang terjadi ini....

No comments:

Post a Comment