Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Saturday, March 12, 2011

Breastfeeding Mummy

Time aku mengajar, ada sorang student tanya aku, kak macam mana nak buh ticker mcm kat blog akak tu?Aku pun katayang tu kita kena register dulu dgn web depa macam kita bukak akaun fb la. Aku pun tunjuk la cara-caranya. Lepas aku tunjuk, akhirnya pelajar tu pun try buat jugak. Alhamdulillah dia faham macam mana nak buh dalam blog dia. Sebenarnya apa yang aku nak cakap ni ialah pasal ticker breastfeeding Mummy yang aku buh dalam blog aku. Macam tak percaya je, aku dah pun breastfeeding kat Niyaz selama 11 month, 1 weeks & 4 days. Alhamdulillah...dah nak masuk setahun. Berharap sangat aku akan dapat teruskan penyusuan susu ibu ni selama 2 tahun. After 2 tahun, insyaALLAH....akan aku usahakan macam mana nak stopkan penyusuan susu ibu kepada Niyaz. Sebab aku ada baca dalam blog Cahaya Ketenangan, tentang penyusuan susu ibu selepas 2 tahun. Rupanya tak elok bagi susu ibu kepada anak selepas 2 tahun. Berharap lepas ni aku akan dapat idea macam mana nak hentikan Niyaz dari minum susu ibu lepas 2 tahun. Harap dipermudahkan. Amin.....

Bercakap pasal susu ibu ni, kenapa aku teruskan penyusuan ni? Senang je jawapan, kerana ia adalah yang terbaik untuk Niyaz. Bukan kerana tak ada duit atau modal nak beli susu formula yang terdapat di pasaran. Tapi, kerana ia adalah amanah ALLAH dan ia adalah makanan yang lengkap untuk pembesaran dan pembinaan antibodi baby. So, kenapa kita kena bagi susu formula untuk anak kita? Seharusnya, kita gunakan nikmat ALLAH ini sebaiknya. Susu tak dak atau sikit, secara peribadi, aku cukup tak setuju dengan kenyataan ini. Macam mana kita yang mengandung x dak susu? Sedangkan  bila kita mengandung, mestilah Allah dah prepare siap-siap untuk kita susu khas untuk anak kita. Entahla...mungkin betul jugakla ada orang banyak susu, ada orang susu tak dak langsung. Tapi, aku masih belum boleh terima. Entahla kenapa.....kemusykilan berlaku di sini. Apa-apa pun terpulangla pada diri masing-masing. Aku, ni sampai sekarang, susu masih lagi banyak walaupun anak aku dah makan mcam-macam.... Kadang-kadang, boleh basah baju aku ni. Sebab tu aku agak pelik dan hairan kenapa orang boleh kata tak dak susu? Pelik sungguh....Namun terpulanglah pada diri masing-masing. Aku akan tetap teruskan penyusuan susu ibu ini kerana bagi aku inilah yang terbaik untuk anak aku.....

No comments:

Post a Comment