Kekuatan Hati
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.
Ameen ya rabbal alamin.
Monday, March 28, 2011
Credit To Our Staff Fira....
Pejam celik, pejam celik, rupanya dah 2 bulan our staff, Fira dah bekerja dengan kami. Ada lagi sebulan tempoh latihan buat dirinya. So far....hasil kerja dia amat memuaskan hati kami. Kecekapan dia handle customer amat dihargai. Dia dah cekap log in custmer, logout customer x kira sama ada pengguna pc atau pengguna ps2. Okla tu. Beberapa minggu yang lalu aku dah pun maklumkan pencapaiannya. Cuma dia perlu tingkatkan lagi bab print. Sejak dua menjak ni, hubby kata dia dah makin cekap handle printer dan cara untuk print. Tak kirala print dr internet, word. Scan pun rasanya dia masih lagi dalam proses pembelajaran. Okla...pencapaian dan hasil kerjanya amat memuaskan hati kami. Bukan senang nak cari staff macam Fira. Cepat belajar dan cekap. Aku pun kadang-kadang tak cekap macam dia lagi. Hehehehe..biasalah aku bukannya full time tunggu kaunter. Kalau aku full time tunggu kaunter, mesti aku pun dah cekap macam dia. Heehehe...Setakat ni gaji dia setiap hari ialah RM13. Dihimpun dan diberi pada dia setiap kali hujung bulan..Lepas lagi sebulan, tempoh latihan dia akan tamat dan insyaALLAH....gaji dia akan ditingkatkan kepada RM17 sehari. Banyak jugak tu. Jika dihimpun hingga hujung bulan kalau dia x ambik cuti. gaji dia boleh mencecah RM460 sebulan. Okla tu....Berharap sangat Fira akan bekerja lama dengan kami. Sesungguhnya dia dah banyak membantu kami. Kalau dia berenti, jenuhla pulak kami nak cari orang bekerja. Bukan senang k, nak cari pekerja macam Fira. Dalam ramai-ramai tu, entah sapa bleh ganti dia. Ya Allah....kekalkanlah Fira dengan kami.....Jauh di sudut hati berharap sangat dia x jemu bekerja dengan kami. Yelah...keje tunggu kaunter, mengadap komputer, kalau orang yang cepat jemu, memang tak leh la nak tahan lama....Alhamdulillah...kehadiran Fira banyak membantu sebenarnya....Aku bersyukur di atas nikmat ini....Kekalkanlah dia dengan kami Ya Allah..... Amin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment