Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Wednesday, March 16, 2011

Reseller Tudung....Hahahaha....

Beberapa hari yang aku telah pun melayari blogshop tudung. Saja nak tengok-tengok tudung koleksi terkini. Design terbaru sekarang banyak yang curly and syria. Hmm..cantik2 belaka. Selain dari tu, aku juga sempat order 3 helai tudung. Saja menambah koleksi tudung aku. Hehehe.....Sebelum ni aku asyik pakai tudung yang bersaiz M. Tapi kali ni aku order tudung saiz XL. Saja nak try ubah penampilan. Macam mana agaknya rupa aku ye....Harap masih lagi cantik dan cute...Hahahaha....Cantik n cute ka aku ni??? Mestilah kan..kan...Kalau tak macam mana anak aku boleh cute kan??? Hehehehe...Aku order tudung-tudung tu hari Isnin yang lalu. Dan aku dah pun settlekan bayarannya...Owner blogshop tu kata dia dah pos tudung aku 15 Mac yang lalu. Hmmm..kalau tak ada aral, insyaALLAH.....sampai la kot hari ni. Masih lagi menunggu ketibaan posmen. Tapi, masih belum tiba. Takpa aku pasti tudung aku tu akan sampai jugak. Sebab aku dah biasa beli tudung dengan owner blog ni....

Time  memilih tudung tu, owner blog tu ada buat program reseller tudung / pengedar untuk tudung jualan dia. Dia kata tanpa modal tapi wajib ada blogshop. Pada mulanya aku macam berminat jugakla. Tapi, bila difikir dan ditanya balik pendapat hubby, hubby kata ' x payahlah.....yang lama pun jual x habis lagi". Hehehe..betul jugak tu...yang lama pun jual x habis. Nak ambik yang baru? tak payah la....Baik aku tumpu 100% kat kelas aku ni. Lagi best......Tapi sebagai wanita, keinginan untuk menambah koleksi tudung peribadi memang tak dinafikan...Ia sebahagian daripada keperluan asas bagi seorang wanita. So, tak salah kan? Sekali sekala beli untuk kegunaan hari-hari.....Hehehe... Pasal reseller tudung tu, x payahla sebab aku rasa aku x boleh nak tumpu kepada banyak benda dalam satu masa. Confirm sekarang ni, aku cuma nak tumpu kepada kelas aku. Kelas ni pun ok. Aku suka sangat-sangat. Dan berharap sangat-sangat aku dapat berjasa keapda orang kampung di Pendang dan Tanah Merah ni...InsyaALLAH..... Amin.....

No comments:

Post a Comment