Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Thursday, March 24, 2011

Free dari Kelas

Hmm..time aku menulis blog ni, aku berada di rumah. Anak aku sedang nyenyak dibuai mimpi sejak pukul 4.30petang tadi lagi. Letih agaknya. Hari ni sepagi dia dok berjalan tak berenti. Oooo..lupa nak inform, anak aku dah boleh berjalan. Dah banyak langkah dicapainya. Alhamdulillah....Nanti bolehlah beli kasut untuk my little boy. Aku sebenarnya sedang cuba merakam video anak ku berjalan. Tapi, masih belum berkesempatan. Nanti bila dah sempat rakam, aku akan upload dalam blog ni.

Hari ni aku free dari kelas. Tak dak kelas hari ni. Sepatutnya kena ada. Tapi, pelajar yang sepatutnya mai kelas hari ni cancelkan kelas. Kemarin result SPM keluar. Jadi banyak student yang sibuk isi borang upu sebelum tarikh tutup 1 Aril nanti. Sebab tu la kelas mereka dicancelkan. Aku tak kisah.Sekurang-kurangnya boleh jugak aku rehat di rumah melayan kerenah anak kecil ku. Puas rasa hati ni bila dapat layan kerenah dia. Best.....Yang tak bestnya aku tak sempat nak menjamah makanan. Nak buat macam mana kan...nak makan cukup susah sekarang ni. Anak aku asyik nak tarik semua benda yang ada depan mata dia. Kalau nak makan, boleh la nak makan main-main. Emmm...xpala nak buat macam mana. Lapar tu, memangla lapar. Nasik yang hubby beli pagi tadi saya hanya sempat makan pada pukul 2.30petang. Time MIL dah balik dari berniaga. Kalau MIL x balik lagi, x bolehlah aku nak makan nasik tu...Bercakap pasal result SPM, aku nak ucapkan tahniah kepada adik aku, Ahmad Syafiq Audi kerana berjaya dapat semua A dalam subjek yang diambilnya. Alhamdulillah....semoga adikku itu akan terus berjaya seperti abang-abangnya. Aku pun berjaya jugak. Tapi berjaya dalam bidang aku. Perjalanan aku dalam study agak panjang. Aku hanya dapat masuk 'U' selepas aku ambik STPM. Result SPM ku tak melayakkan aku untuk ke 'U'. Tapi, sekurang-kurangnya aku berjaya di peringkat STPM dan telah pun mempunyai Ijazah dalam bidang Komunikasi dari UUM. Kini aku mencipta kerjaya aku sendiri bersama dengan hubby. InsyaALLAH...semoga aku  terus survive....dan tabah melalui kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment