Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Monday, March 21, 2011

Menjaga Kecantikan.....

Kecantikan.....satu benda yang cukup sinonim dengan wanita. Tapi, macam mana ye setiap wanita menjaga kecantikan mereka? Hmm..masing-masing ada cara tersendiri. Ada yang guna rawatan  moden, ada yang guna cara tradisional. Tapi, bagi aku? Aku macam mana? Kadang-kadang terfikir jugak, aku ni macam mana la aku menjaga kecantikan. Cantik ke aku ni? Hahahaha.....Tapi, aku sama macam wanita lain la. Tak terlepas dari bab kecantikan ni. Cuma aku taklah berbelanja sakan ke atas benda-benda macam ni. Cukupla sekadar untuk sedap mata memandang. Mata hubby memandang. Taklah selekeh semacam je....Tapi, hubby tak penah tegur pun aku bab ni. Dia x penah tegur aku ni selekeh ka, comot ka, gemuk ka. Cantik kot aku ni pada mata dia hari-hari. Hahaha.....Walaupun dia x tegur, aku kenalah jaga jugak. Aku ni selalunya bab menjaga kecantikan ni agak kurang sikit. Tapi, aku memanglah ada set penjagaan wajah. Aku ni jarang bermake up. Jarang pakai lipstick, celak, eye shadow, blusher mcm MIL. Entahlah....kadang-kadang teringin nak bermake up macam tu. Tapi, rasa lambat pulak klau kena belek muka lama-lama. Conteng sana, conteng sini, calit sana, calit sini. Kadang-kadang MIL tegur jugak 'awatlah hang tak penah dok buh lipstick ka, celak ka'. Hahaha...lawak pulak. MIL yang dok tegur. Hubby tak kata apa pun. Bila MIL kata macam tu, aku kata, ' malas nak buh. buh bedak jadila'. Bagi aku, cukupla aku cuma cuci muka, buh toner, pelembap n krim mlm. Bab conteng -conteng muka ni, hmmm...malasla...Set penjagaan wajah yang aku guna ialah Safi Rania Gold. Gambar aku malas nak snap. Jadi aku pun google je la....

Set ni set asas hari-hari aku guna. Pencuci, Penyegar dan Pelembap. Pelembap ni aku pakai waktu siang ja. Mencuci dan Menyegar 2 kali sehari.
Serum ni pun aku pakai hari-hari 2 kali sehari.. Aku pakai serum ni sebelum aku pakai pelembap. Serum ni kegunaan dia untuk mengurangkan kedalaman kedutan. Hehehe..kena jaga la dari awal2 ni. Nanti kalau dah kedut baru nak jaga susah la sikit....Tua itu sudah pasti k...

Krim malam ni pulak untuk repair kulit. Untuk bagi kulit muka mempunyai warna yang sekata. Krim malam ni aku pakai sebelum tido. Selalunya malam aku akan gantikan pelembap siang dgn krim malam. Krim malam ni jugak dipakai selepas dah pakai serum....










 So, inilah cara aku menjaga kecantikan. Aku ni taklah cantik mana pun. Cukuplah mata ku dan hubby yang memandang. Perlu diingat, kecantikan rohani lebih baik dari kecantikan luaran. Sesiapa yang ada kecantikan luaran, hargailah ia. Dan jagalah kecantikan itu agar ia tidak terpesong dari landasan yang sebenar. Janganlah dengan kecantikan itu membawa kita kepada dosa....

No comments:

Post a Comment