Lama jugak aku tak update blog aku dengan resipi. Hehehehe...nak update macam mana, aku jarang memasak sekarang. Sejak kelas aku berterus-terusan, masa aku di dapur sangat terhad. Tambahan pula, peti ais kat rumah pun jarang dipenuhkan dengan bahan mentah seperti ayam, ikan, n sayur-sayuran. Jadi, tak bolehlah nak masak. Hehehe....
Tapi, sejak kelas aku semakin berkurang, akhirnya aku boleh jugak mengasah balik skill memasak aku yang semakin tumpul.Kemarin, waktu lunch aku masak simple je memandangkan hubby tak balik makan lunch. Jadi aku masak just for my MIL N FIL yang balik dari berniaga. Pada mulanya aku agak risau gak takut x dan masak untuk lunch memandangkan anak aku semakin aktif sekarang. Tapi, entahlah kenapa kemarin, mood anak aku baik. Jadi, aku sempatla siapkan simple lunch for my MIL n FIL. For lunch kemarin aku cuma masak ikan temenung masak lemak, ikan bakar n sediakan sikit ulam-ulaman. Jadi, waktu MIL n FIL balik dari berniaga mereka bolehlah lunch terus. My MIL suka sangatlah ikan temenung masak lemak tu. Aku tengok dia makan sampai nak habis dah satu periuk tu. Cuma tinggal kuah ja. Hehehe...Pandai jugak aku masakkan...Hahaha...Petang kemarin tepat kul 3, anak aku tido. Aku pun sempatla tido. Selalunya aku akan bukak laptop time anak aku tido. Tapi kemarin aku x bukak laptop. Malas rasa nak bukak. Kalau diikutkan banyak benda aku nak sembang dengan my SIL.Aku tau my SIL mesti online jugak waktu tu. Tapi, aku malas nak bukak laptop. Hmmm...xpala baik aku tido memulihkan kepenatan aku sepagi berxcercise dengan anak aku. Aktif betul anak aku sekarang sejak dia boleh berjalan. Yang paling tak tahan, dia suka masuk tempat FIL bubuh kopi. Kalau dia masuk kat bilik tu, confirm, barang-barang jualan FIL habis tunggang terbalik. Habis dipunggahnya. Yang paling tak tahan, habis baju n seluar dia kotor kena kopi. Aduhai....jenuh nak basuh baju yang kena kopi tu. Tu yang penat sangat. Tu yang time anak aku tido, aku pun tido sama. Hehehehe...Lebih kurang kul 4.30ptg, aku bangun. Dan anak aku masih lagi diulit mimpi. Segar sikit rasa badan ni. Dan petang kemarin aku bangun, aku dok fikir, nak makan apa malam ni. Tiba-tiba teringat kat ayam dalam peti ais dan akhirnya aku pun decide buat nasi ayam la for hubby.Mesti hubby nak makan sebab selalunya waktu lunch hubby x makan. Memandangkan anak aku masih lagi tido, sempatla aku sediakan Nasi Ayam. Nasi ayam ni resipinya aku ambik dari SIL. Kak aku ni rajin masak. Jadi, aku pun bolehlah try resipi yang dia dok buat. Dia pun suka kongsi resipi dengan aku. Hehehe....Tu yang best tu. Ada sorang kakak. Alhamdulillah.....TIme aku sediakan Nasi Ayam anak aku masih lagi tido. Cuma pukul 5.30ptg, barulah dia terjaga. Nasib baikla ada MIL. Bolehlah dia tolong tengokkan anak aku sat sementara aku siapkan Nasi Ayam. Mula-mula nak buat nasi ayam ni, risau gak, jadi ka nasik ayam aku ni? Tapi, aku try jugaklah. Ikut sebijik macam mana yang kakak aku bagi. Step by step aku buat akhirnya aku yakin, hmmm....betulla ni...sbb bau pun mcm dah ada bau nasik ayam yang kak aku buat.ok la tu...hehehhe
Malam lepas solat maghrib barulah kami makan nasik ayam tu. Time mkn, hubby x kata apa pun. Aku pun x tanya. Tp hubby x complain apa pun. ok kot...hahahaha. Bagi aku, nasik ayam tu sedap ja. Rasa macam kak aku buat ja. Tapi, mmg sedapla nasik ayam tu. Lain dari biasa. Nasik ayam ni bukan nasik ayam yang kita buat dgn kicap tu. Tapi, guna gula hangus. Gambar aku x snapla pulak semalam. Cari dalam google pun x dak. Takpala...kalau nak tau rupanya macam mana, try la resipi ni. Aku panggil nasi ayam ni Nasi Ayam Gula Hangus. Nanti aku masukkan resipinya. Sebab sekarang ni anak aku dah terjaga dari tidonya....Apa-apa pun anak first k....hehehe...
Kekuatan Hati
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.
Ameen ya rabbal alamin.
Wednesday, March 30, 2011
Monday, March 28, 2011
Credit To Our Staff Fira....
Pejam celik, pejam celik, rupanya dah 2 bulan our staff, Fira dah bekerja dengan kami. Ada lagi sebulan tempoh latihan buat dirinya. So far....hasil kerja dia amat memuaskan hati kami. Kecekapan dia handle customer amat dihargai. Dia dah cekap log in custmer, logout customer x kira sama ada pengguna pc atau pengguna ps2. Okla tu. Beberapa minggu yang lalu aku dah pun maklumkan pencapaiannya. Cuma dia perlu tingkatkan lagi bab print. Sejak dua menjak ni, hubby kata dia dah makin cekap handle printer dan cara untuk print. Tak kirala print dr internet, word. Scan pun rasanya dia masih lagi dalam proses pembelajaran. Okla...pencapaian dan hasil kerjanya amat memuaskan hati kami. Bukan senang nak cari staff macam Fira. Cepat belajar dan cekap. Aku pun kadang-kadang tak cekap macam dia lagi. Hehehehe..biasalah aku bukannya full time tunggu kaunter. Kalau aku full time tunggu kaunter, mesti aku pun dah cekap macam dia. Heehehe...Setakat ni gaji dia setiap hari ialah RM13. Dihimpun dan diberi pada dia setiap kali hujung bulan..Lepas lagi sebulan, tempoh latihan dia akan tamat dan insyaALLAH....gaji dia akan ditingkatkan kepada RM17 sehari. Banyak jugak tu. Jika dihimpun hingga hujung bulan kalau dia x ambik cuti. gaji dia boleh mencecah RM460 sebulan. Okla tu....Berharap sangat Fira akan bekerja lama dengan kami. Sesungguhnya dia dah banyak membantu kami. Kalau dia berenti, jenuhla pulak kami nak cari orang bekerja. Bukan senang k, nak cari pekerja macam Fira. Dalam ramai-ramai tu, entah sapa bleh ganti dia. Ya Allah....kekalkanlah Fira dengan kami.....Jauh di sudut hati berharap sangat dia x jemu bekerja dengan kami. Yelah...keje tunggu kaunter, mengadap komputer, kalau orang yang cepat jemu, memang tak leh la nak tahan lama....Alhamdulillah...kehadiran Fira banyak membantu sebenarnya....Aku bersyukur di atas nikmat ini....Kekalkanlah dia dengan kami Ya Allah..... Amin....
Friday, March 25, 2011
TAzkirah buat Hati...
Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat.
Puas kita menangis dan mencari mana matahari, Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
Kenapa harus kita berputus asa sedangkan kasih sayang Allah tak pernah berhenti untuk kita. Cuma kita saja yang tidak tahu dan tidak pandai mencari di mana letaknya kasih dan sayang Allah untuk kita......Thursday, March 24, 2011
Free dari Kelas
Hmm..time aku menulis blog ni, aku berada di rumah. Anak aku sedang nyenyak dibuai mimpi sejak pukul 4.30petang tadi lagi. Letih agaknya. Hari ni sepagi dia dok berjalan tak berenti. Oooo..lupa nak inform, anak aku dah boleh berjalan. Dah banyak langkah dicapainya. Alhamdulillah....Nanti bolehlah beli kasut untuk my little boy. Aku sebenarnya sedang cuba merakam video anak ku berjalan. Tapi, masih belum berkesempatan. Nanti bila dah sempat rakam, aku akan upload dalam blog ni.
Hari ni aku free dari kelas. Tak dak kelas hari ni. Sepatutnya kena ada. Tapi, pelajar yang sepatutnya mai kelas hari ni cancelkan kelas. Kemarin result SPM keluar. Jadi banyak student yang sibuk isi borang upu sebelum tarikh tutup 1 Aril nanti. Sebab tu la kelas mereka dicancelkan. Aku tak kisah.Sekurang-kurangnya boleh jugak aku rehat di rumah melayan kerenah anak kecil ku. Puas rasa hati ni bila dapat layan kerenah dia. Best.....Yang tak bestnya aku tak sempat nak menjamah makanan. Nak buat macam mana kan...nak makan cukup susah sekarang ni. Anak aku asyik nak tarik semua benda yang ada depan mata dia. Kalau nak makan, boleh la nak makan main-main. Emmm...xpala nak buat macam mana. Lapar tu, memangla lapar. Nasik yang hubby beli pagi tadi saya hanya sempat makan pada pukul 2.30petang. Time MIL dah balik dari berniaga. Kalau MIL x balik lagi, x bolehlah aku nak makan nasik tu...Bercakap pasal result SPM, aku nak ucapkan tahniah kepada adik aku, Ahmad Syafiq Audi kerana berjaya dapat semua A dalam subjek yang diambilnya. Alhamdulillah....semoga adikku itu akan terus berjaya seperti abang-abangnya. Aku pun berjaya jugak. Tapi berjaya dalam bidang aku. Perjalanan aku dalam study agak panjang. Aku hanya dapat masuk 'U' selepas aku ambik STPM. Result SPM ku tak melayakkan aku untuk ke 'U'. Tapi, sekurang-kurangnya aku berjaya di peringkat STPM dan telah pun mempunyai Ijazah dalam bidang Komunikasi dari UUM. Kini aku mencipta kerjaya aku sendiri bersama dengan hubby. InsyaALLAH...semoga aku terus survive....dan tabah melalui kehidupan ini.

Monday, March 21, 2011
Menjaga Kecantikan.....
Kecantikan.....satu benda yang cukup sinonim dengan wanita. Tapi, macam mana ye setiap wanita menjaga kecantikan mereka? Hmm..masing-masing ada cara tersendiri. Ada yang guna rawatan moden, ada yang guna cara tradisional. Tapi, bagi aku? Aku macam mana? Kadang-kadang terfikir jugak, aku ni macam mana la aku menjaga kecantikan. Cantik ke aku ni? Hahahaha.....Tapi, aku sama macam wanita lain la. Tak terlepas dari bab kecantikan ni. Cuma aku taklah berbelanja sakan ke atas benda-benda macam ni. Cukupla sekadar untuk sedap mata memandang. Mata hubby memandang. Taklah selekeh semacam je....Tapi, hubby tak penah tegur pun aku bab ni. Dia x penah tegur aku ni selekeh ka, comot ka, gemuk ka. Cantik kot aku ni pada mata dia hari-hari. Hahaha.....Walaupun dia x tegur, aku kenalah jaga jugak. Aku ni selalunya bab menjaga kecantikan ni agak kurang sikit. Tapi, aku memanglah ada set penjagaan wajah. Aku ni jarang bermake up. Jarang pakai lipstick, celak, eye shadow, blusher mcm MIL. Entahlah....kadang-kadang teringin nak bermake up macam tu. Tapi, rasa lambat pulak klau kena belek muka lama-lama. Conteng sana, conteng sini, calit sana, calit sini. Kadang-kadang MIL tegur jugak 'awatlah hang tak penah dok buh lipstick ka, celak ka'. Hahaha...lawak pulak. MIL yang dok tegur. Hubby tak kata apa pun. Bila MIL kata macam tu, aku kata, ' malas nak buh. buh bedak jadila'. Bagi aku, cukupla aku cuma cuci muka, buh toner, pelembap n krim mlm. Bab conteng -conteng muka ni, hmmm...malasla...Set penjagaan wajah yang aku guna ialah Safi Rania Gold. Gambar aku malas nak snap. Jadi aku pun google je la....
So, inilah cara aku menjaga kecantikan. Aku ni taklah cantik mana pun. Cukuplah mata ku dan hubby yang memandang. Perlu diingat, kecantikan rohani lebih baik dari kecantikan luaran. Sesiapa yang ada kecantikan luaran, hargailah ia. Dan jagalah kecantikan itu agar ia tidak terpesong dari landasan yang sebenar. Janganlah dengan kecantikan itu membawa kita kepada dosa....
Set ni set asas hari-hari aku guna. Pencuci, Penyegar dan Pelembap. Pelembap ni aku pakai waktu siang ja. Mencuci dan Menyegar 2 kali sehari. |
So, inilah cara aku menjaga kecantikan. Aku ni taklah cantik mana pun. Cukuplah mata ku dan hubby yang memandang. Perlu diingat, kecantikan rohani lebih baik dari kecantikan luaran. Sesiapa yang ada kecantikan luaran, hargailah ia. Dan jagalah kecantikan itu agar ia tidak terpesong dari landasan yang sebenar. Janganlah dengan kecantikan itu membawa kita kepada dosa....
Holiday....
Entry holiday....hmm kali ni aku nak bercakap tentang holiday pulak. Oleh kerana dah agak lama aku dan hubby bekerja dan akhirnya we decide nak pegi holiday. Holiday ke mana tu? Tak pegi jauh-jauh pun. Cukupla untuk merehatkan diri dan fikiran ini daripada kebizian sepanjang bekerja. We decide nak pegi Langkawi pada 11, 12 dan 13 April nanti. Holiday kali ni bukanlah hanya kami bertiga. Tetapi disertai staff kami Fira dan kembarnya serta kawannya Umi, dan Shazni sepupu hubby yang baru balik dari PLKN. Percutian ni bukannlah 100% kami yang bayar. Tapi, setiap sorang kena bayar RM200. Kalau kami kena bayar semua, jenuh la. Mana nak cekau duit....Mcm mana nak bayar keta nanti kan...So, setiap sorang yang join semua kena bayar RM200. Cukupla RM200 tu untuk tambang feri, sewa keta, sewa kondo dan cable car. Makan-makan atau nak pegi ke tempat lain, semua duit sendiri la....Tak boleh la kami nak belanja. Hehehe.. Ok apa buat macam ni. Sekurang-kurangnya masing-masing ada kebebasan sendiri. Time kat Langkawi nanti kami akan tinggal di Pekan Kuah di Kondo Safa Idaman. Kondo ni ada 3 bilik. Sesuailah untuk kami 6 orang.....Keta pulak yang telah dipersetujui, kami nak sewa keta Innova. Cukupla boleh muat 6 orang....Innova kan MPV. Duit dikongsi bersama. Okla tu...Sekurang-kurangnya bolehla pegi bercuti. Harap semuanya dipermudahkan. Amin.....
Wednesday, March 16, 2011
Reseller Tudung....Hahahaha....
Beberapa hari yang aku telah pun melayari blogshop tudung. Saja nak tengok-tengok tudung koleksi terkini. Design terbaru sekarang banyak yang curly and syria. Hmm..cantik2 belaka. Selain dari tu, aku juga sempat order 3 helai tudung. Saja menambah koleksi tudung aku. Hehehe.....Sebelum ni aku asyik pakai tudung yang bersaiz M. Tapi kali ni aku order tudung saiz XL. Saja nak try ubah penampilan. Macam mana agaknya rupa aku ye....Harap masih lagi cantik dan cute...Hahahaha....Cantik n cute ka aku ni??? Mestilah kan..kan...Kalau tak macam mana anak aku boleh cute kan??? Hehehehe...Aku order tudung-tudung tu hari Isnin yang lalu. Dan aku dah pun settlekan bayarannya...Owner blogshop tu kata dia dah pos tudung aku 15 Mac yang lalu. Hmmm..kalau tak ada aral, insyaALLAH.....sampai la kot hari ni. Masih lagi menunggu ketibaan posmen. Tapi, masih belum tiba. Takpa aku pasti tudung aku tu akan sampai jugak. Sebab aku dah biasa beli tudung dengan owner blog ni....
Time memilih tudung tu, owner blog tu ada buat program reseller tudung / pengedar untuk tudung jualan dia. Dia kata tanpa modal tapi wajib ada blogshop. Pada mulanya aku macam berminat jugakla. Tapi, bila difikir dan ditanya balik pendapat hubby, hubby kata ' x payahlah.....yang lama pun jual x habis lagi". Hehehe..betul jugak tu...yang lama pun jual x habis. Nak ambik yang baru? tak payah la....Baik aku tumpu 100% kat kelas aku ni. Lagi best......Tapi sebagai wanita, keinginan untuk menambah koleksi tudung peribadi memang tak dinafikan...Ia sebahagian daripada keperluan asas bagi seorang wanita. So, tak salah kan? Sekali sekala beli untuk kegunaan hari-hari.....Hehehe... Pasal reseller tudung tu, x payahla sebab aku rasa aku x boleh nak tumpu kepada banyak benda dalam satu masa. Confirm sekarang ni, aku cuma nak tumpu kepada kelas aku. Kelas ni pun ok. Aku suka sangat-sangat. Dan berharap sangat-sangat aku dapat berjasa keapda orang kampung di Pendang dan Tanah Merah ni...InsyaALLAH..... Amin.....

Tuesday, March 15, 2011
Susu .......Cek
Hehhehe...entry susu n cek? Apa tu?
Pagi ni aku bangun awal macam biasa untuk meneruskan aktiviti harian ku, pam susu. Aktiviti ni dah menjadi rutin harian aku sejak aku menjawat jawatan sebagai Cikgu Kelas Komputer secara tetap di kedai kami. Hari-hari aku akan pastikan bekalan susu untuk anak aku mencukupi selama ketiadaan aku bersamanya. Yela, setiap kali aku ada kelas, anak aku akan aku tinggalkan dengan mak aku di rumah. Syukur alhamdulillah sebab aku tak perlu tinggalkan anak aku di rumah pengasuh atau nursery. Entahla kenapa, aku cukup risau dengan berita tentang kematian bayi secara mengejut kerana mungkin diabaikan oleh pengasuh di nursery. Ye, perkara ni memangla di luar jangkaan kita. Tapi, bagi aku selagi boleh dielak, lebih baik kita elak. Kita kena isikan pengetahuan tentang keselamatan dan penjagaan bayi sepenuhnya mengikut usianya. Aku ni dikira golongan yang sangat bertuah sebab, penjagaan anak aku semasa ketiadaan aku adalah bersama toknya sendiri. Tok ni lain sikit perhatian dia kepada cucu berbanding pengasuh biasa. Alhamdulillah.....
Cek.....apa tu cek? Sebenarnya pagi ni selain dari aktiviti pam susu, hari ni aku telah pun ke bank untuk buat deposit cek daripada Dedi. First time buat deposit cek. Sebelum ni tak penah pun. So, bila first time ni, faham-faham je la....banyak sangat persoalan yang terkumpul difikiran ku ini. Pada mulanya aku ingat nak buat deposit cek ni guna mesin deposit cek ja. Tapi.....x penah buat, so tak berani buat la. Jadi, nak merungkaikan persoalan dan pertanyaan aku pun buat keputusan deposit kat kaunter je la....Tu yang buat kat kaunter jugak tu. Bila nak berurusan dengan kaunter mestila kena ada buku akaun kan. Kalau x, mcm mn nak deposit betul x? Cari punyalah cari buku akaun CIMB x dak. Aku pun pelik, aku tak bawa ke Pendang ke buku aku tu.....Lama dah aku tak kemaskini buku aku tu, Semuanya online sekarang. Last-last bila dah cari tapi, x jumpa jugak, aku pun ambik buku BSN aku la. Aku buat deosit cek kat BSN. Nasib baik la SIL aku tau jugak pasal cek deposit ni. So, aku banyak tanya dia la. Prosedurnya sama macam kita nak deposit tunai la. Isi borang deposit, masukkan no akaun kita dan seterusnya dibawa ke kaunter la. Cuma kalau buat cek deposit ni, kena isi nombor cek pemegang cek tu la. Itu je bezanya. Bila dah siap semua, duit tu kalau kita deposit guna bank lain duit tu akan ada dalam akaun kita selepas 3 hari bekerja la....So, lepas ni, aku akan check lagi guna BSN MOBILE....Cek tu berapa jumlah dan untuk apa diberi? Biarlah rahsia...... Ia hanyalah hadiah daripada seorang bapa kepada anaknya.....Bukan semua kita boleh kongsikan.... So, Biarlah ada sikit sisi-sisi untuk diri aku sendiri......
Saturday, March 12, 2011
Hari Di Kaunter
Hari ni, aku terpaksa kosongkan jadual kelas aku untuk memberi laluan kepada hubby out station. Hubby ada job. Kena ambik gambar orang akad nikad kat masjid. Kira outstation la tu walaupun hanya di Masjid Tanah Merah. Yela....aku kena temankan staff kami di kaunter. Nak biar kat dia sorang-sorang pun risau gak. Takut dia tak dan nak handle kalau orang terlalu ramai. Sekarang kan tengah cuti sekolah. Jadi aku kena stand by kat kedai kalau orang terlalu ramai. Next day aku kena di kaunter ialah hari khamis ni 17 Mac 2011. Hari Khamis ni pun hubby ada job jugak. Amik gambar orang kawin....Okla tu....mencari nafkah dengan cara yang halal. Mudah-mudahan hubby berjaya dengan job dia ni.....Selalunya time cuti sekolah, inilah keje hubby. Ambik gambr orang kawin....okla tu....
Breastfeeding Mummy
Time aku mengajar, ada sorang student tanya aku, kak macam mana nak buh ticker mcm kat blog akak tu?Aku pun kata, yang tu kita kena register dulu dgn web depa macam kita bukak akaun fb la. Aku pun tunjuk la cara-caranya. Lepas aku tunjuk, akhirnya pelajar tu pun try buat jugak. Alhamdulillah dia faham macam mana nak buh dalam blog dia. Sebenarnya apa yang aku nak cakap ni ialah pasal ticker breastfeeding Mummy yang aku buh dalam blog aku. Macam tak percaya je, aku dah pun breastfeeding kat Niyaz selama 11 month, 1 weeks & 4 days. Alhamdulillah...dah nak masuk setahun. Berharap sangat aku akan dapat teruskan penyusuan susu ibu ni selama 2 tahun. After 2 tahun, insyaALLAH....akan aku usahakan macam mana nak stopkan penyusuan susu ibu kepada Niyaz. Sebab aku ada baca dalam blog Cahaya Ketenangan, tentang penyusuan susu ibu selepas 2 tahun. Rupanya tak elok bagi susu ibu kepada anak selepas 2 tahun. Berharap lepas ni aku akan dapat idea macam mana nak hentikan Niyaz dari minum susu ibu lepas 2 tahun. Harap dipermudahkan. Amin.....
Bercakap pasal susu ibu ni, kenapa aku teruskan penyusuan ni? Senang je jawapan, kerana ia adalah yang terbaik untuk Niyaz. Bukan kerana tak ada duit atau modal nak beli susu formula yang terdapat di pasaran. Tapi, kerana ia adalah amanah ALLAH dan ia adalah makanan yang lengkap untuk pembesaran dan pembinaan antibodi baby. So, kenapa kita kena bagi susu formula untuk anak kita? Seharusnya, kita gunakan nikmat ALLAH ini sebaiknya. Susu tak dak atau sikit, secara peribadi, aku cukup tak setuju dengan kenyataan ini. Macam mana kita yang mengandung x dak susu? Sedangkan bila kita mengandung, mestilah Allah dah prepare siap-siap untuk kita susu khas untuk anak kita. Entahla...mungkin betul jugakla ada orang banyak susu, ada orang susu tak dak langsung. Tapi, aku masih belum boleh terima. Entahla kenapa.....kemusykilan berlaku di sini. Apa-apa pun terpulangla pada diri masing-masing. Aku, ni sampai sekarang, susu masih lagi banyak walaupun anak aku dah makan mcam-macam.... Kadang-kadang, boleh basah baju aku ni. Sebab tu aku agak pelik dan hairan kenapa orang boleh kata tak dak susu? Pelik sungguh....Namun terpulanglah pada diri masing-masing. Aku akan tetap teruskan penyusuan susu ibu ini kerana bagi aku inilah yang terbaik untuk anak aku.....

Be Strong......
Sejak hari Jumaat yang lalu sampailah ke hari ni, aku rasa tersangatlah letih dan penat. Hmm....penat sikit sebab kelas direct dari pukul 2 sampai pukul 7. 5 Jam tu....Sapala tak penatkan? Tapi, aku akan kuatkan juga semangat ku ini. Kelas 5 jam ni terpaksa diadakan sebab pelajar ni nak kena hadirkan diri ke temuduga awal bulan April nanti. Nak tak nak, aku kena buat jugak. Semasa kelas diadakan ni, anak aku, Niyaz terpaksa la dijaga oleh tok dan wan nya. Tapi, masalahnya sejak dua menjak ni, mil aku selalu x ada kat rumah. Katanya p ambik ubat, p buat rawatan resdung dan mengurut. Aku x leh nak kata apa la kan....Biarla. Terpaksala mengajar sambil melayan kerenah Niyaz. Kadang-kadang Niyaz dijaga oleh Papanya kalau Papanya x bz di kaunter. Tapi susahla sikit. Niyaz sekarang dah besar. Dan semua benda yang ada kat depannya nak ditarik dan dicubanya.Tambah pulak sekarang ni dia nak berdiri dan mula nak bertatih. Mesti dia marah kalau orang asyik pegang dan dukung dia. Dia nak berjalan, kita nak kepung dia. Mana boleh....mesti dia pun marah. Jadi nak tak nak, kenala lepas dia. Tapi masa lepas dia tu, bukan boleh biar je. Kita kena tengok dan selalu ikut dia. Kalau x, boleh sakit la. Biasala usia dia dah pun 11 bulan lebih. Dah tiba masanya untuk aktif seaktif yang boleh. Tak boleh lagi nak pegang-pegang n dukung dia. Keadaan Niyaz macam tu, tempat yang paling sesuai dan selamat ialah di rumah. Di rumah dia boleh buat macam-macam. Tapi....nampaknya tak boleh la kalau mil asyik tak ada kat rmh je....Hmm..kadang-kadang terasa susahnya.... Tapi, xpala....harap aku akan sentiasa tabah melaluinya. Kadang-kadang bila dah tak ada choice sangat-sangat, akhirnya aku akan capai handphone atau talipon kedai, aku akan call my mama. Mintak tolong mama ngan dedi la tolong jaga Niyaz sat. Memang kadang-kadang rasa ish...aku ni menyusahkan mama n dedi pulak. Berat rasa mulut ni nak cakap. Tapi, bila keadaan terdesak sangat, aku terpaksa buat macam tu. Hehehe...sorry mama n dedi....Jauh-jauh mai tolong jaga cucu sat. hehehe.... Takpa, lepas ni bila kelas kul 2 sampai 7 ni dah settle, xpa dah kot.....Tapi mesti mama n dedi syok dan hepi sbb boleh tolong jaga Niyaz kan...kan...? hehehehe....
Apa-apa pun dengan apa yang terjadi sekarang, harap semua antara kita yang terlibat harap semuanya barsabar dan kuat selalu. Mesti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang terjadi ini....
Apa-apa pun dengan apa yang terjadi sekarang, harap semua antara kita yang terlibat harap semuanya barsabar dan kuat selalu. Mesti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang terjadi ini....
Subscribe to:
Posts (Atom)