Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Monday, December 26, 2011

Mummy 1 tahun 8 bulan...perjalanan masih jauh

Lama aku x update blog. x dan pulak nak mengadap komputer sejak anak makin membesar. baru aku tahu betapa susahnya menjadi seorang ibu. semua benda kita kena buat. Tapi xpa aku tak pernah rasa menyesal. memang fitrah seorang perempuan macam ni. bila dah kawin dan jadi ibu, byk sangat perkara yang perlu dikorbankan. Semoga aku sentiasa ikhlas menjalankan tanggungjawab aku. InsyaALLAH....

hmmm.....setelah setahun 8 bulan menjadi mummy, aku telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam membesarkan anak aku. Anak aku Muhammad Niyaz Fauzan telah pun berusia 1 tahun 8 bulan. Alhamdulillah...dh besar anak mummy. dan sekarang ni macam2 dicuba olehnya. dan macam2 perangai dia dh dapat. aku hepi dengan perkembangannya. Semoga lps ni dia akan jadi anak yang cerdik. InsyaALLAH.... Selama 1 tahun 8 bulan ni saat2 yang paling getir dan membimbangkan aku ialah saat Niyaz kena asthma atau penat atau lelah. 2 bulan lepas dia kena asthma. Teruk jugak. sampai every 4 hours aku dan hubby terpaksa bw dia ke klinik utk proses menyedut gas. Time dia kena serang dgn asthma, aku memang tak tido 24hours dek terpaksa memantau pernafasannya. Letih, memang letih. Nasib baik aku dan hubby x demam kerana tak tido. Alhamdulillah.....Sekarang ni kalau dia batuk x berenti, aku cepat2 bg dia makan ubat penat. kalau x lega jugak, barulah aku akan bagi gas kat dia. Nasib baik mama ngan dedi merangkap tok ngan wan Niyaz dh beli mesin Nebulizer utk digunakan. Alhamdulillah....ringan sikit beban. sekurang-kurangnya ada mesin nebulizer tu dh boleh membantu. Sekarang ni kalau nak pegi mana2 mesin nebulizer kena bawa sekali untuk hal2 emergency. Janji anak Mummy sihat....

Memandangkan Niyaz dh 1 tahun 8 bulan, aku kini dalam proses utk menceraikan susu badan. yelah....dah nak masuk 2 tahun jadi Niyaz kena diceraikan susu badan. Dalam pembacaan, menyusu anak sehingga anak berusia lebih dari 2 tahun adalah tidak wajar dan tidak baik sbb susu yang diberi pada anak yang berusia 2 tahun ke atas bkn lagi membekalkan kebaikan kepada anak kita. Sebab susu tersebut dah kehilangan khasiatnya. Disebabkan hal itulah aku sedang berusaha untuk ceraikan susu badan kpd Niyaz. Sebagai langkah pertama, aku dh mula memperkenalkan dia kpd susu untuk membesar. dan susu yang aku pilih ialah susu Dutch Lady 123. dan bancuhan susu tersebut aku bancuh dalam cawan baby bkn lagi botol susu. Langkah kedua aku hanya menyusu ketika time dia nak tido atau time dia mintak. Kalau dia x mintak, aku x mudah utk menyusu. Selebihnya aku akan cuba bekalkan kepada Niyaz dengan makanan yang cukup khasitnya. Mudah-mudahan usaha ini akan mendorong Niyaz supaya berhenti menyusu badan.
Sesiapa yang ada lagi info cara menceraikan susu badan, tolonglah kongsi. Mudah-mudahan ilmu yang dikongsi itu dapat memberi banyak manfaat. InsyaALLAH....
 

Saturday, November 26, 2011

Didik Hati Agar Sentiasa Redha.....

Firman Allah yang bermaksud: "Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya." - (Surah al-Mulk, ayat 1-2) .
Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah.
Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar." - (Maksud al-Hadis)
Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan. Firman Allah yang bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.
Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati." (Surah al-Haysr, ayat 2)
Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka. Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan.
Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa.
Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.
Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati :

Bersyukur kepada Allah dan Membilang Nikmat-Nya
Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmat-Nya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin." - (Surah Luqman, ayat 20)
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya." - (Surah Ibrahim, ayat 34)
Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata: "Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat." - (Surah an-Namlu, ayat 20) .
 Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.

Musibah Menghapuskan Dosa
Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya." - (Maksud al-Hadis)

Bersabar Tanda Kemenangan
Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat." - (Surah al-Hadid, ayat 23)
 
Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah
Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting.
Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.

Membaca al-Quran
Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.
Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.
Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.

artikel dari: I Luv Islam.....

Tuesday, October 4, 2011

Berahsia dalam Rumahtangga...

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, kes perceraian dikalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Hmm..apa ye sbbnya? Sebenarnya macam-macam punca dan faktor yang membwa kepada perceraian ni. Ada orang ketiga la, masalah kewangan la, campur tangan mertua la dan macam2 lagi. Tapi kita jarang persoalkan tentang rahsia dikalangan suami dan isteri. Faktor ni jarang diperdebatkan. Tapi, sebenarnya faktor ni la yang menyebabkan terjadinya masalah org ketiga, masalah kewangan dan lain-lain lg...


Berahsia  dalam rumahtangga antara suami dan isteri  tak sepatutnya berlaku. Sebab bila kita dah berkahwin, jadi kita sebenarnya sanggup berkongsi segala-galanya dengan pasangan kita. Apa guna kita kawin jika ada perkara yang dirahsiakan. Mesti tak hepi dan mesti hilangnya nikmat berkahwin tu....Baik tak yah kawin kan...

Berahsia dalam rumahtangga ni kalau just for kidding atau saja nak happykan pasangan, it's ok..teruskan dengan surprise kita tu. Tapi bila kita berahsia dengan pasangan kita tentang perkara serius, mmg akan jadi serius la masalah tu. Contohnya kita bekerja di pejabat. dan tiba2 ada rakan sekerja kita suka kat kita dan kita x bagitau pasangan kita, itu sebenarnya dah menimbulkan bunga2 masalah dikalangan suami dan isteri. Jadi rakan sekerja kita tu, lagi mudah nak mendekatkan diri ngan kita. Lagi satu, bila kita ada masalah kewangan, sebaik-baiknya kongsilah dengan pasangan kita. Sekurang-kurangnya kita akan dapat pikir cara yang lain untuk stabilkan sumber kewangan kita. Jika kita pinjam duit dengan kawan, atau adik beradik atau mak dan ayah kita, sebaik-baiknya maklumkan kepada pasangan kita. Jangan ketepikan pasangan kita sbb masalah tersebut perlu dipikul bersama bukan dipikul sorang-sorang. Sekurang-kurangnya bila kita bgtau pasangan kita, kita boleh sama-sama bincang macam mana nak settlekan pinjaman yang pernah dibuat atau diminta. Sebab dunia ni kecik je. Pusing sana, pusing sini, last-last rahsia kita pasti akan terbongkar jugak.

Lagi satu dalam, rumahtangga perlu ada sifat kasih sayang, saling hormat-menghormati  barulah rumahtangga kita aman damai, sentosa dan bahagia..Semua sifat ini sebenarnya membawa kita kepada supaya tidak berahsia dengan pasangan kita. Barulah hidup kita akan tenang....InsyaAllah....

Saturday, October 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan


 
Lama sungguh blog ni x berupdate. X dan nak berblog. Banyak sebenarnya cerita yang tak di ceritakan. Yang terbaru perkembangan anak aku Niyaz Fauzan. Makin besar dah dan mulut pun x berenti bersembang walaupun setiap perkataan yang disebutnya kami pun x fhm. Ada  yang kami faham ialan ‘buat apa la?’. Kdg2, ‘ buat apa?’ Selalunya pertanyaan tersebut akan ditanya ketika aku tgh buat sesuatu. X kira la, masak ke, lipat kain ke, sapu sampah ke. Mesti dia akan tanya. Lagi satu dia selalu sebut ‘duit’. Perkataan ni disebut time Papa kira duit. Mesti dia akan sebut ‘duit’. Pandai kenal duit pada usia 1 tahun 5 bulan.....Rasanya kebanyakan budak2 macam ni....
Semalam time aku mengemas dapur, Niyaz bersama dengan Papanya. Dan Papanya sajala bersembang dgn dia. Dialog lebih kurang mcm ni la:

Papa: Panggil tok...
Niyaz: tok...
Papa: Wan...
Niyaz: wa...
Papa: Papa...
Niyaz: papaa...( pelan je bunyi )
Papa: Mummy...
Niyaz: mee...
Papa: Abg Nen...
Niyaz: ne...
Papa: Kak Zulfa...
Niyaz: pa...
Papa: Abg Zafran...
Niyaz: pen..
Papa: Abah...
Niyaz: bah....
Papa: mi...
Niyaz: mi...
Papa: Niyaz....
Niyaz: hehehe...( dia gelak )

Pendek kata, dia faham apa yang kita tanya. Cuma ada yang boleh dijawab dan ada yang tak boleh dijawab....Kita kena selalu sembang ngan anak kita, barulah anak kita akan dapat bercakap macam kita....InsyaALLAH.....




Saturday, May 14, 2011

Resipi Baru Untuk Niyaz


Lama aku x update blog ni. Hehehe..kekurangan waktu untuk berbloging. Banyak cerita yang tergendala. Tapi, biarlah. Ada yang aku dah terlupa dan ada yang masih kekal diingatan ini. Apa pun aku tetap akan terus bercerita jika mempunyai masa yang terluang. InsyaALLAH.....

 
Kali ni aku nak bercerita tentang pola pemakanan anak aku Niyaz. Niyaz dah pun setahun lebih dan dah makan pelbagai jenis makanan. Tapi, makanan ruji dia, aku perasan sejak kebelakangan ni, dia macam boring makan nasik atau moi yang disediakan. Tapi kalau bagi makan jenis keropok lekor or nuget or fries, memangla dia makan. Tapi aku sedar, pemakanan macam tu not good for him. Puas cuba bagi makan makanan ruji. Tapi, dia seakan-akan menolak makanan tersebut. Aku pun terfikir anak aku ni dah boring rasanya makan nasik atau moi. Hari-hari makan benda yang sama ja, mestilah dia pun boring. Mesti dia nak rasa makanan lain pulak. Aku buntu seketika. Tak tahu nak sediakan makanan apa khas untuk dia. Nasib baiklah dia masih menyusu badan. Sekurang-kurangnya zat yang diperlukan oleh badannya sentiasa dibekalkan untuk perkembangannya. Aku terfikir, anak aku ni kenis nak bertukar makanan hari-hari. Jadi aku kena kreatif menyediakan makanan untuknya. Dan kemarin.....aku dah mula mencari resipi khas untuk baby umur 6 bulan sampai 2 tahun. Alhamdulillah...aku jumpa. Nasib baik ada pakcik google. Banyak jugak resipi yang aku amik. Alhamdulillah.....bolehla aku try sediakan untuk dia.


  Semalam aku try buat resipi baru untuknya. Resipi tu ialah resipi, Kentang, Brokoli berkrim. Dalam resipi dia guna brokoli. Brokoli ni memang bagus. Tapi, kat rumah bekalan brokoli tak ada. Jadi aku gantikan dengan carrot la. Carrot pun ok jugak. Memang tiap2 hari sayur carrot ja yg aku bg kat anak aku. Sebab tu carrot banyak kat rumah. Tapi, kadang-kadang sayur bayam atau sawi ada jugak saya sediakan untuk anak saya. First time tengok resipi tu berharap anak aku akan memakannya. Dan aku try buat semalam. Alhamdulillah....Niyaz makan. Habis satu mangkuk. Hehehe....Kenyang la dia semalam. Cara nak sediakan resipi ni mudah je.

Bahan:

Kentang saiz kecik 1 biji

Baby karot 4 batang ( guna karot biasa pun ok jugak )

Keju 1 keping

Susu sama ada susu ibu atau bancuhan susu formula

 
Cara Membuatnya:

Rebus kentang dengan kulit yang dah dibasuh sampai bersih. Rebus sampai empuk

Rebus karot sampai masak

Kupas kulit kentang dan potong kecik2

Campur semua bahan dalam blend dan blend sampai halus.

Pastu siap and ready to eat...

 Sedap jugak resipi ni Kentang dan Karot berkrim... Niyaz suka makan. Kan kentang boleh ganti nasik. Jadi tak ada masalah la kalau anak kita Cuma makan kentang ja. Kita kena pastikan makanan yg kita buat tu, boleh menarik selera anak kita. InsyaALLAH masa makan anak kita bukan jadi satu masalah yang besar....


 Malam ni pula aku nak sediakan sphagetti untuk Niyaz. Hehehe...nanti aku akan kongsikan dlm blog lagi. InsyaALLAH...


 


Saturday, May 7, 2011

Warkah Buat Mama.....

Pilu hatiku yang sayu
menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih
Ku zahirkan lagu sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Raut tuamu memberkas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan
Kalimah rahsia

Masih
Kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasih kepadamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cumalah ungkapan bisu yang melindungkan
Kalimah rahsia

Apakah yang hilang jika dilisankan
Manik penghargaan penuh kejujuran
Namunkan terlihat
Cinta yang merona
Jika renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan,
Sebelum mata rapat terpejam
Usahkan biar kehilangan menggantikan lafaz
Yang tersimpan..

-----------------------------------------------------------

aku ini, anak yang biasa..
namun aku punya cerita, punya cinta, punya rasa..
tapi tiada pandai bermadah bicara..

sedih tika tak mampu luahkan
pedih tika tak mampu kuzahirkan
hanya ini mampu kucoretkan
lukisan hati yg aku lakarkan..

di lembaran tikar sejadah
aku titipkan doa
andai suatu hari kelak aku menjadi sepertimu
moga tangan dan hatiku
akan memiliki keindahannya tersendiri..
sungguh, dunia ini memiliki banyak keajaiban
segala ciptaan Tuhan yang begitu agung..
tetapi, tiada satu pun yang dapat menandingi keindahan tanganmu, Mama.....
Selamat Hari Ibu ♥

Tuesday, April 26, 2011

Fitrah Seorang Wanita

Hmm...membaca setiap artikel di salah satu blog kegemaran ku, http://ummuhusna99.blogspot.com  sedikit sebanyak merawat hati aku. Sungguh menarik penulisannya. Memang sesuai untuk para isteri dan wanita dalam mendidik diri dan hati menjadi seorang wanita yang kuat, tabah, dalam melayari kehidupan ini. Wanita memang tak dapat lari dari emosinya. Itu memang fitrahnya. Tapi, sejauh manakah kita mampu mengawal keseimbangan dan kestabilan emosi kita? Adakala, jika hati terguris, pasti kita akan menangis jua. Jika rasa nak marah, akan marah jua .Aku sendiri pun adakala tak dapat mengawal emosi. Masih dalam proses pembelajaran menjadi wanita dan isteri yang lebih matang. InsyaALLAH....akan aku bekalkan hati ku dengan ilmu-ilmu ini. Kredit to ummuhusna kerana dengan artikelnya banyak membantu aku. Aku akan terus belajar dan belajar. INsyaALLAH.............


Hati...

  Walau kasih tidak dihargai, kita tetap memberi. Walau khidmat tidak dipeduli, kita terus mencurah bakti.

Ingatlah, andai satu ketika kita tidak mengenal erti kehancuran, kita tidak akan pernah tahu apa yang membuatkan kita utuh dan teguh untuk hari-hari seterusnya.

Yakinlah :

ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘antiseptik’ yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan.

Akhirnya, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.


Sunday, April 24, 2011

Langkawi 1

Hmm.....kali ni sempat jugak aku bukak blog untuk diupdate. Tp x tau lama mana boleh taip. Sementara anak aku masih tido, aku nak curi masa ni untuk bercerita tentang our vacation at Langkawi pada 11, 12 dan 13 April yang lalu. Percutian ni bukanlah hanya kami bertiga aja. Tapi disertai lagi 4 orang. Sorang sepupu hubby dan 3 orang lagi ialah our staff dan kembarnya dan sorang kawannya. Jadi semuanya 6 org x termasuk my son k. Semua depa tu join berbayar. Sorang RM200. Dengan duit yang dihimpun dan dikutip tu, kami bolehlah menempah tempat penginapan, kereta sewa n tiket ke feri. Alhamdulillah...

First day nak ke Langkawi, kami dah bangun awal sebenarnya. Tapi tak tau la kat mana silapnya berlaku jugak kekalutan. Feri kami kul 10.30pg. Bertolak dari rumah pukul 9.00pg. Masa on da way nak ke Kuala Kedah, hubby boleh tersilap jalan. Sedangkan dia dah biasa sebenarnya jalan-jalan kat sini. Entahlah mungkin dia pun agak excited tu yg boleh tersilap jalan. Bila dah silap jalan kenala berpatah balik. So dah buang masa selama 15 minit rasanya. Tepat kul 10pg barulah aku dan sepupu hubby selamat tiba di Kuala Kedah. Hubby kena berpatah balik ke Simpang Kuala untuk ambik 3 orang lagi sebelum boleh naik feri. Yela bawa keta Nissan mn muat nak buh semua 6 orang. Jadi kena la ulang-alik untuk melengkapkan group kami. Hubby n 3 org lagi tu sampai kat Kuala Kedah dah kul 10.40pg. Feri pun dah nak jalan dah. Nasib baik kami tidak ditinggalkan. Punyalah panik aku n sepupu hubby time tunggu depa nak sampai. Dah la masa dok tunggu tu ada la 2 , 3 org pakcik dok tanya aku, keta dah sewa ka kat sana, nak dok kat mn kat sana, pakej mangroove n island hopping amik x? Bencinnya aku bila ditanya benda2 macam tu. Ni semua, sepupu hubby la. Memandai ja bgtau kat pakcik2 tu kata nak p holiday kat Langkawi. Geram betul!! Aku bila diasak dengan soalan macam tu, jawapan aku, semua dah ada. senang. Tp ada jugak pakcik2 yang x faham bahasa. Dok promote lagi kat aku kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat depa. Last-last aku buat  x layan jer. Padan muka pakcik tu. Terbayang lagi muka aku time taip benda ni. Geram betul!! Tapi nak salahkan depa pun x leh jugak. sebab depa pun cari makan. Sabar jer la....Bila dah berada dalam feri, lega rasanya. Alhamdulillah...kami x ditinggalkan. Tepat jam 10.45pg, barulah feri bertolak...Perjalanan mengambil masa selama 1 jam setengah. Dan tepat jam 12.15tgh hari sampailah kami di Pulau Langkawi. Dan kereta yang kami dah pun sewa ialah sejenis MPV Nissan Serena Highway Star....Tempat penginapan Kondo Safa Idaman.

Ni la kereta kami. Nissan Serena Highway Star.

Tempat bermalam. Kondo Safa Idaman. Best n selesa

Bilik kami. Master Bedroom ada katil saiz King. Muat 3 beranak.

Ni famili room Katil saiz Queen

  
Ni bilik bujang 2 buah katil Single

Ruang tengok tv
Swimming pool untuk berendam


Lepas dah rehat. Kami pun memulakan perjalanan kami. First Destination is...........Taman Hidupan Liar. Sambungannya dalam next entry...hehehehe.....Idea dah habis. Ayat kat atas pun dah lintang pukang. hehehe....










Friday, April 15, 2011

Nasi Ayam Gula Hangus

Hmmm...lama aku x update blog ni. Hehehe...tak sempat update sebelum bercuti. Beberapa hari yang lalu aku n famili outstation. Bercuti....Ni baru kembali ke tempat asal semula. Hehehe...Ke mana aku bercuti? Nanti akan ku ceritakan....Sabarla menanti....First entry lepas cuti ialah resipi Nasi Ayam Gula Hangus. Kan sebelum ni aku dah pun berjanji nak kongsi resipi ni. So, akhirnya aku tunaikan janji ku ini. So, sapa2 yang kaki memasak, bolehlah mencuba resipi Nasi Ayam ni.

Bahan Ayam:

Ayam sekor
Gula  1/2 cawan untuk di buat gula hangus
bila gula dah hangus masukkan air, halia n bawang putih, n jangan lupa daun pandan dan garam...rebus sampai ayam masak..air jgn terlalu banyak n jangan terlalu sedikit.. agak 3/4 cover ayam. dah masak sebelah alihkan. Masak pulak lagi sebelah sampaila ayam betul2 masak.

bila air dah kering.... angkat bila tgk ayam dah masak.. gorengkan sebelum dihidang...



Bahan Sos Cili:

cili merah, halia , bawang putih, garam n gula , sos cili .. blend

Bahan Sup:

Ayam, Stok Ayam, Kentang, Daun Sup, Daun Bawang, Bawang Putih, Halia, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga dan Bunga Lawang. ( Kalau nak buh sup bunjut pun ok jugak.  Ikut selera masing-masing k. )


Rebus ayam n kentang sampai masak. Bubuh bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Bila dah mendidih, masukkan stok atau kiub pati ayam, buh garam dan hilal. Bawang putih dan halia, tumis dan last sekali buh dalam sup. Untuk menaikkan bau sup tu, tabur daun sup n dan bawang. Siap utk dihidang....


Bahan Nasi:


Beras, Ayam yang sipotong kecil2,  Bawang Besar, Bunga Lawang, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis dan Planta utk menumis dan sedikit garam


Panaskan planta, tumis bawang, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sampai naik bau. Bila dah naik bau, masukkan ayam dan secawan air, biarkan sampai ayam masak. Bila ayam dah masak, masukkan beras dan air yang telah disukat terlebih dahulu, buh garam. Kacau dan biarkan sampai air kering, Kacau lagi dan pastikan nasik tu masak betul2.Lepas tu, bolehlah hidang...


Siapla Nasi Ayam Gula Hangus atau Nasi Ayam Caramel.... Selamat mencuba....!






Ni la rupa Nasi Ayam Gula Hangus






Sunday, April 3, 2011

Niyaz dah Setahun

Alhamdulillah...anak ku dah cukup setahun pada 1 April 2011. Sempena birthday Niyaz,aku telah adakan sikit jamuan makan di rumah. Asalnya ingin adakan simple jamuan. Tapi, jadi kelam kabut pulak. Tak pa la. Aku redha saja. Selain dari jamuan tu, kami adakan satu sesi memotong kek birthday. Just kek ja. No lilin lilin. Cuma nak menciptakan suasana birthday ja buat my little baby. Semoga anakku menjadi anak yang soleh.

Amin......




Wednesday, March 30, 2011

Hari Di Rumah......

Lama jugak aku tak update blog aku dengan resipi. Hehehehe...nak update macam mana, aku jarang memasak sekarang. Sejak kelas aku berterus-terusan, masa aku di dapur sangat terhad. Tambahan pula, peti ais kat rumah pun jarang dipenuhkan dengan bahan mentah seperti ayam, ikan, n sayur-sayuran. Jadi, tak bolehlah nak masak. Hehehe....
Tapi, sejak kelas aku semakin berkurang, akhirnya aku boleh jugak mengasah balik skill memasak aku yang semakin tumpul.Kemarin, waktu lunch aku masak simple je memandangkan hubby tak balik makan lunch. Jadi aku masak just for my MIL N FIL yang balik dari berniaga. Pada mulanya aku agak risau gak takut x dan masak untuk lunch memandangkan anak aku semakin aktif sekarang. Tapi, entahlah kenapa kemarin, mood anak aku baik. Jadi, aku sempatla siapkan simple lunch for my MIL n FIL. For lunch kemarin aku cuma masak ikan temenung masak lemak, ikan bakar n sediakan sikit ulam-ulaman. Jadi, waktu MIL n FIL balik dari berniaga mereka bolehlah lunch terus. My MIL suka sangatlah ikan temenung masak lemak tu. Aku tengok dia makan sampai nak habis dah satu periuk tu. Cuma tinggal kuah ja. Hehehe...Pandai jugak aku masakkan...Hahaha...Petang kemarin tepat kul 3, anak aku tido. Aku pun sempatla tido. Selalunya aku akan bukak laptop time anak aku tido. Tapi kemarin aku x bukak laptop. Malas rasa nak bukak. Kalau diikutkan banyak benda aku nak sembang dengan my SIL.Aku tau my SIL mesti online jugak waktu tu. Tapi, aku malas nak bukak laptop. Hmmm...xpala baik aku tido memulihkan kepenatan aku sepagi berxcercise dengan anak aku. Aktif betul anak aku sekarang sejak dia boleh berjalan. Yang paling tak tahan, dia suka masuk tempat FIL bubuh kopi. Kalau dia masuk kat bilik tu, confirm, barang-barang jualan FIL habis tunggang terbalik. Habis dipunggahnya. Yang paling tak tahan, habis baju n seluar dia kotor kena kopi. Aduhai....jenuh nak basuh baju yang kena kopi tu. Tu yang penat sangat. Tu yang time anak aku tido, aku pun tido sama. Hehehehe...Lebih kurang kul 4.30ptg, aku bangun. Dan anak aku masih lagi diulit mimpi. Segar sikit rasa badan ni. Dan petang kemarin aku bangun, aku dok fikir, nak makan apa malam ni. Tiba-tiba teringat kat ayam dalam peti ais dan akhirnya aku pun decide buat nasi ayam la for hubby.Mesti hubby nak makan sebab selalunya waktu lunch hubby x makan. Memandangkan anak aku masih lagi tido, sempatla aku sediakan Nasi Ayam. Nasi ayam ni resipinya aku ambik dari SIL. Kak aku ni rajin masak. Jadi, aku pun bolehlah try resipi yang dia dok buat. Dia pun suka kongsi resipi dengan aku. Hehehe....Tu yang best tu. Ada sorang kakak. Alhamdulillah.....TIme aku sediakan Nasi Ayam anak aku masih lagi tido. Cuma pukul 5.30ptg, barulah dia terjaga. Nasib baikla ada MIL. Bolehlah dia tolong tengokkan anak aku sat sementara aku siapkan Nasi Ayam. Mula-mula nak buat nasi ayam ni, risau gak, jadi ka nasik ayam aku ni? Tapi, aku try jugaklah. Ikut sebijik macam mana yang kakak aku bagi. Step by step aku buat akhirnya aku yakin, hmmm....betulla ni...sbb bau pun mcm dah ada bau nasik ayam yang kak aku buat.ok la tu...hehehhe
Malam lepas solat maghrib barulah kami makan nasik ayam tu. Time mkn, hubby x kata apa pun. Aku pun x tanya. Tp hubby x complain apa pun. ok kot...hahahaha. Bagi aku, nasik ayam tu sedap ja. Rasa macam kak aku buat ja. Tapi, mmg sedapla nasik ayam tu. Lain dari biasa. Nasik ayam ni bukan nasik ayam yang kita buat dgn kicap tu. Tapi, guna gula hangus. Gambar aku x snapla pulak semalam. Cari dalam google pun x dak. Takpala...kalau nak tau rupanya macam mana, try la resipi ni. Aku panggil nasi ayam ni Nasi Ayam Gula Hangus. Nanti aku masukkan resipinya. Sebab sekarang ni anak aku dah terjaga dari tidonya....Apa-apa pun anak first k....hehehe...

Monday, March 28, 2011

Niyaz dah boleh jalan

Credit To Our Staff Fira....

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah 2 bulan our staff, Fira dah bekerja dengan kami. Ada lagi sebulan tempoh latihan buat dirinya. So far....hasil kerja dia amat memuaskan hati kami. Kecekapan dia handle customer amat dihargai. Dia dah cekap log in custmer, logout customer x kira sama ada pengguna pc atau pengguna ps2. Okla tu. Beberapa minggu yang lalu aku dah pun maklumkan pencapaiannya. Cuma dia perlu tingkatkan lagi bab print. Sejak dua menjak ni, hubby kata dia dah makin cekap handle printer dan cara untuk print. Tak kirala print dr internet, word. Scan pun rasanya dia masih lagi dalam proses pembelajaran. Okla...pencapaian dan hasil kerjanya amat memuaskan hati kami. Bukan senang nak cari staff macam Fira. Cepat belajar dan cekap. Aku pun kadang-kadang tak cekap macam dia lagi. Hehehehe..biasalah aku bukannya full time tunggu kaunter. Kalau aku full time tunggu kaunter, mesti aku pun dah cekap macam dia. Heehehe...Setakat ni gaji dia setiap hari ialah RM13. Dihimpun dan diberi pada dia setiap kali hujung bulan..Lepas  lagi sebulan, tempoh latihan dia akan tamat dan insyaALLAH....gaji dia akan ditingkatkan kepada RM17 sehari. Banyak jugak tu. Jika dihimpun hingga hujung bulan kalau dia x ambik cuti. gaji dia boleh mencecah RM460 sebulan.  Okla tu....Berharap sangat Fira akan bekerja lama dengan kami. Sesungguhnya dia dah banyak membantu kami. Kalau dia berenti, jenuhla pulak kami nak cari orang bekerja. Bukan senang k, nak cari pekerja macam Fira. Dalam ramai-ramai tu, entah sapa bleh ganti dia. Ya Allah....kekalkanlah Fira dengan kami.....Jauh di sudut hati berharap sangat dia x jemu bekerja dengan kami. Yelah...keje tunggu kaunter, mengadap komputer, kalau orang yang cepat jemu, memang tak leh la nak tahan lama....Alhamdulillah...kehadiran Fira banyak membantu sebenarnya....Aku bersyukur di atas nikmat ini....Kekalkanlah dia dengan kami Ya Allah..... Amin....

Friday, March 25, 2011

TAzkirah buat Hati...



Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat.
Puas kita menangis dan mencari mana matahari, Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
Kenapa harus kita berputus asa sedangkan kasih sayang Allah tak pernah berhenti untuk kita. Cuma kita saja yang tidak tahu dan tidak pandai mencari di mana letaknya kasih dan sayang Allah untuk kita......

Thursday, March 24, 2011

Free dari Kelas

Hmm..time aku menulis blog ni, aku berada di rumah. Anak aku sedang nyenyak dibuai mimpi sejak pukul 4.30petang tadi lagi. Letih agaknya. Hari ni sepagi dia dok berjalan tak berenti. Oooo..lupa nak inform, anak aku dah boleh berjalan. Dah banyak langkah dicapainya. Alhamdulillah....Nanti bolehlah beli kasut untuk my little boy. Aku sebenarnya sedang cuba merakam video anak ku berjalan. Tapi, masih belum berkesempatan. Nanti bila dah sempat rakam, aku akan upload dalam blog ni.

Hari ni aku free dari kelas. Tak dak kelas hari ni. Sepatutnya kena ada. Tapi, pelajar yang sepatutnya mai kelas hari ni cancelkan kelas. Kemarin result SPM keluar. Jadi banyak student yang sibuk isi borang upu sebelum tarikh tutup 1 Aril nanti. Sebab tu la kelas mereka dicancelkan. Aku tak kisah.Sekurang-kurangnya boleh jugak aku rehat di rumah melayan kerenah anak kecil ku. Puas rasa hati ni bila dapat layan kerenah dia. Best.....Yang tak bestnya aku tak sempat nak menjamah makanan. Nak buat macam mana kan...nak makan cukup susah sekarang ni. Anak aku asyik nak tarik semua benda yang ada depan mata dia. Kalau nak makan, boleh la nak makan main-main. Emmm...xpala nak buat macam mana. Lapar tu, memangla lapar. Nasik yang hubby beli pagi tadi saya hanya sempat makan pada pukul 2.30petang. Time MIL dah balik dari berniaga. Kalau MIL x balik lagi, x bolehlah aku nak makan nasik tu...Bercakap pasal result SPM, aku nak ucapkan tahniah kepada adik aku, Ahmad Syafiq Audi kerana berjaya dapat semua A dalam subjek yang diambilnya. Alhamdulillah....semoga adikku itu akan terus berjaya seperti abang-abangnya. Aku pun berjaya jugak. Tapi berjaya dalam bidang aku. Perjalanan aku dalam study agak panjang. Aku hanya dapat masuk 'U' selepas aku ambik STPM. Result SPM ku tak melayakkan aku untuk ke 'U'. Tapi, sekurang-kurangnya aku berjaya di peringkat STPM dan telah pun mempunyai Ijazah dalam bidang Komunikasi dari UUM. Kini aku mencipta kerjaya aku sendiri bersama dengan hubby. InsyaALLAH...semoga aku  terus survive....dan tabah melalui kehidupan ini.

Monday, March 21, 2011

Menjaga Kecantikan.....

Kecantikan.....satu benda yang cukup sinonim dengan wanita. Tapi, macam mana ye setiap wanita menjaga kecantikan mereka? Hmm..masing-masing ada cara tersendiri. Ada yang guna rawatan  moden, ada yang guna cara tradisional. Tapi, bagi aku? Aku macam mana? Kadang-kadang terfikir jugak, aku ni macam mana la aku menjaga kecantikan. Cantik ke aku ni? Hahahaha.....Tapi, aku sama macam wanita lain la. Tak terlepas dari bab kecantikan ni. Cuma aku taklah berbelanja sakan ke atas benda-benda macam ni. Cukupla sekadar untuk sedap mata memandang. Mata hubby memandang. Taklah selekeh semacam je....Tapi, hubby tak penah tegur pun aku bab ni. Dia x penah tegur aku ni selekeh ka, comot ka, gemuk ka. Cantik kot aku ni pada mata dia hari-hari. Hahaha.....Walaupun dia x tegur, aku kenalah jaga jugak. Aku ni selalunya bab menjaga kecantikan ni agak kurang sikit. Tapi, aku memanglah ada set penjagaan wajah. Aku ni jarang bermake up. Jarang pakai lipstick, celak, eye shadow, blusher mcm MIL. Entahlah....kadang-kadang teringin nak bermake up macam tu. Tapi, rasa lambat pulak klau kena belek muka lama-lama. Conteng sana, conteng sini, calit sana, calit sini. Kadang-kadang MIL tegur jugak 'awatlah hang tak penah dok buh lipstick ka, celak ka'. Hahaha...lawak pulak. MIL yang dok tegur. Hubby tak kata apa pun. Bila MIL kata macam tu, aku kata, ' malas nak buh. buh bedak jadila'. Bagi aku, cukupla aku cuma cuci muka, buh toner, pelembap n krim mlm. Bab conteng -conteng muka ni, hmmm...malasla...Set penjagaan wajah yang aku guna ialah Safi Rania Gold. Gambar aku malas nak snap. Jadi aku pun google je la....

Set ni set asas hari-hari aku guna. Pencuci, Penyegar dan Pelembap. Pelembap ni aku pakai waktu siang ja. Mencuci dan Menyegar 2 kali sehari.
Serum ni pun aku pakai hari-hari 2 kali sehari.. Aku pakai serum ni sebelum aku pakai pelembap. Serum ni kegunaan dia untuk mengurangkan kedalaman kedutan. Hehehe..kena jaga la dari awal2 ni. Nanti kalau dah kedut baru nak jaga susah la sikit....Tua itu sudah pasti k...

Krim malam ni pulak untuk repair kulit. Untuk bagi kulit muka mempunyai warna yang sekata. Krim malam ni aku pakai sebelum tido. Selalunya malam aku akan gantikan pelembap siang dgn krim malam. Krim malam ni jugak dipakai selepas dah pakai serum....










 So, inilah cara aku menjaga kecantikan. Aku ni taklah cantik mana pun. Cukuplah mata ku dan hubby yang memandang. Perlu diingat, kecantikan rohani lebih baik dari kecantikan luaran. Sesiapa yang ada kecantikan luaran, hargailah ia. Dan jagalah kecantikan itu agar ia tidak terpesong dari landasan yang sebenar. Janganlah dengan kecantikan itu membawa kita kepada dosa....