Kekuatan Hati
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.
Ameen ya rabbal alamin.
Saturday, May 14, 2011
Resipi Baru Untuk Niyaz
Lama aku x update blog ni. Hehehe..kekurangan waktu untuk berbloging. Banyak cerita yang tergendala. Tapi, biarlah. Ada yang aku dah terlupa dan ada yang masih kekal diingatan ini. Apa pun aku tetap akan terus bercerita jika mempunyai masa yang terluang. InsyaALLAH.....
Kali ni aku nak bercerita tentang pola pemakanan anak aku Niyaz. Niyaz dah pun setahun lebih dan dah makan pelbagai jenis makanan. Tapi, makanan ruji dia, aku perasan sejak kebelakangan ni, dia macam boring makan nasik atau moi yang disediakan. Tapi kalau bagi makan jenis keropok lekor or nuget or fries, memangla dia makan. Tapi aku sedar, pemakanan macam tu not good for him. Puas cuba bagi makan makanan ruji. Tapi, dia seakan-akan menolak makanan tersebut. Aku pun terfikir anak aku ni dah boring rasanya makan nasik atau moi. Hari-hari makan benda yang sama ja, mestilah dia pun boring. Mesti dia nak rasa makanan lain pulak. Aku buntu seketika. Tak tahu nak sediakan makanan apa khas untuk dia. Nasib baiklah dia masih menyusu badan. Sekurang-kurangnya zat yang diperlukan oleh badannya sentiasa dibekalkan untuk perkembangannya. Aku terfikir, anak aku ni kenis nak bertukar makanan hari-hari. Jadi aku kena kreatif menyediakan makanan untuknya. Dan kemarin.....aku dah mula mencari resipi khas untuk baby umur 6 bulan sampai 2 tahun. Alhamdulillah...aku jumpa. Nasib baik ada pakcik google. Banyak jugak resipi yang aku amik. Alhamdulillah.....bolehla aku try sediakan untuk dia.
Semalam aku try buat resipi baru untuknya. Resipi tu ialah resipi, Kentang, Brokoli berkrim. Dalam resipi dia guna brokoli. Brokoli ni memang bagus. Tapi, kat rumah bekalan brokoli tak ada. Jadi aku gantikan dengan carrot la. Carrot pun ok jugak. Memang tiap2 hari sayur carrot ja yg aku bg kat anak aku. Sebab tu carrot banyak kat rumah. Tapi, kadang-kadang sayur bayam atau sawi ada jugak saya sediakan untuk anak saya. First time tengok resipi tu berharap anak aku akan memakannya. Dan aku try buat semalam. Alhamdulillah....Niyaz makan. Habis satu mangkuk. Hehehe....Kenyang la dia semalam. Cara nak sediakan resipi ni mudah je.
Bahan:
Kentang saiz kecik 1 biji
Baby karot 4 batang ( guna karot biasa pun ok jugak )
Keju 1 keping
Susu sama ada susu ibu atau bancuhan susu formula
Cara Membuatnya:
Rebus kentang dengan kulit yang dah dibasuh sampai bersih. Rebus sampai empuk
Rebus karot sampai masak
Kupas kulit kentang dan potong kecik2
Campur semua bahan dalam blend dan blend sampai halus.
Pastu siap and ready to eat...
Sedap jugak resipi ni Kentang dan Karot berkrim... Niyaz suka makan. Kan kentang boleh ganti nasik. Jadi tak ada masalah la kalau anak kita Cuma makan kentang ja. Kita kena pastikan makanan yg kita buat tu, boleh menarik selera anak kita. InsyaALLAH masa makan anak kita bukan jadi satu masalah yang besar....
Malam ni pula aku nak sediakan sphagetti untuk Niyaz. Hehehe...nanti aku akan kongsikan dlm blog lagi. InsyaALLAH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagus2.... creative dan berdaya usaha anakku ini...alhamdulillah.
ReplyDelete