Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Sunday, April 24, 2011

Langkawi 1

Hmm.....kali ni sempat jugak aku bukak blog untuk diupdate. Tp x tau lama mana boleh taip. Sementara anak aku masih tido, aku nak curi masa ni untuk bercerita tentang our vacation at Langkawi pada 11, 12 dan 13 April yang lalu. Percutian ni bukanlah hanya kami bertiga aja. Tapi disertai lagi 4 orang. Sorang sepupu hubby dan 3 orang lagi ialah our staff dan kembarnya dan sorang kawannya. Jadi semuanya 6 org x termasuk my son k. Semua depa tu join berbayar. Sorang RM200. Dengan duit yang dihimpun dan dikutip tu, kami bolehlah menempah tempat penginapan, kereta sewa n tiket ke feri. Alhamdulillah...

First day nak ke Langkawi, kami dah bangun awal sebenarnya. Tapi tak tau la kat mana silapnya berlaku jugak kekalutan. Feri kami kul 10.30pg. Bertolak dari rumah pukul 9.00pg. Masa on da way nak ke Kuala Kedah, hubby boleh tersilap jalan. Sedangkan dia dah biasa sebenarnya jalan-jalan kat sini. Entahlah mungkin dia pun agak excited tu yg boleh tersilap jalan. Bila dah silap jalan kenala berpatah balik. So dah buang masa selama 15 minit rasanya. Tepat kul 10pg barulah aku dan sepupu hubby selamat tiba di Kuala Kedah. Hubby kena berpatah balik ke Simpang Kuala untuk ambik 3 orang lagi sebelum boleh naik feri. Yela bawa keta Nissan mn muat nak buh semua 6 orang. Jadi kena la ulang-alik untuk melengkapkan group kami. Hubby n 3 org lagi tu sampai kat Kuala Kedah dah kul 10.40pg. Feri pun dah nak jalan dah. Nasib baik kami tidak ditinggalkan. Punyalah panik aku n sepupu hubby time tunggu depa nak sampai. Dah la masa dok tunggu tu ada la 2 , 3 org pakcik dok tanya aku, keta dah sewa ka kat sana, nak dok kat mn kat sana, pakej mangroove n island hopping amik x? Bencinnya aku bila ditanya benda2 macam tu. Ni semua, sepupu hubby la. Memandai ja bgtau kat pakcik2 tu kata nak p holiday kat Langkawi. Geram betul!! Aku bila diasak dengan soalan macam tu, jawapan aku, semua dah ada. senang. Tp ada jugak pakcik2 yang x faham bahasa. Dok promote lagi kat aku kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat depa. Last-last aku buat  x layan jer. Padan muka pakcik tu. Terbayang lagi muka aku time taip benda ni. Geram betul!! Tapi nak salahkan depa pun x leh jugak. sebab depa pun cari makan. Sabar jer la....Bila dah berada dalam feri, lega rasanya. Alhamdulillah...kami x ditinggalkan. Tepat jam 10.45pg, barulah feri bertolak...Perjalanan mengambil masa selama 1 jam setengah. Dan tepat jam 12.15tgh hari sampailah kami di Pulau Langkawi. Dan kereta yang kami dah pun sewa ialah sejenis MPV Nissan Serena Highway Star....Tempat penginapan Kondo Safa Idaman.

Ni la kereta kami. Nissan Serena Highway Star.

Tempat bermalam. Kondo Safa Idaman. Best n selesa

Bilik kami. Master Bedroom ada katil saiz King. Muat 3 beranak.

Ni famili room Katil saiz Queen

  
Ni bilik bujang 2 buah katil Single

Ruang tengok tv
Swimming pool untuk berendam


Lepas dah rehat. Kami pun memulakan perjalanan kami. First Destination is...........Taman Hidupan Liar. Sambungannya dalam next entry...hehehehe.....Idea dah habis. Ayat kat atas pun dah lintang pukang. hehehe....










No comments:

Post a Comment