Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Friday, February 11, 2011

Tabiat Menipu

Saya pasti tentu dikalangan kita wujud satu tabiat. Tabiat suka menipu. Pernahkah kita terfikir akan balasan yang bakal diterima? Pernahkah anda menghadapi musibah atau kesusahan? Demam teruk, kereta rosak walaupun baru , anak sakit, pekerja bermasalah di pejabat, hidup tak tenteram, rumah kena rompak, isteri/suami curang, kemalangan dan sebagainya. Mungkin bagi yang kurang berfikir, sukar nak menafsirkan mengapa ianya terjadi. Bila kesusahan seperti ini menimpa kita, eloklah kita kaji diri kita balik. Apakah salah kita. Apakah dosa kita. Mungkin juga kita pernah menipu. Menipu ibu bapa, menipu adik-beradik dan tak ketinggalan juga bagi yang berkahwin mungkin pernah menipu suami atau isteri. Mungkin kita anggap menipu merupakan perkara biasa dalam kehidupan kita. Tapi cubalah fikir akan balasannya. Dosa dan balasan kepada orang yang suka menipu ini terdapat dalam sebuah hadis:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”


Bermaksud disini:

Orang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti.



Hidup ini umpama roda, kadang diatas, kadang dibawah. Ada ketikanya kita berada dipuncak, dan akan ada masanya kita mungkin akan terjelepuk jatuh kebawah. Bagi yang beringat, perkara ini mungkin tidak berlaku.

Ianya adalah kesan dan akibat apabila kita membuat sesuatu perkara. Ia adalah hukum karma. Sebagai contoh katakan hari ini kita menipu orang, adalah tidak mustahil satu masa nanti orang pula akan menipu kita. Dan tak mustahil juga kehidupan kita tidak tenteram. Ada saja ujian dan musibah yang menimpa.


Jadi, kita sebagai hamba Allah yang dicipta sempurna, yang dikurniakan akal dan fikiran, eloklah fikir dan kaji diri balik. Kita sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri. Cuma terpulang pada kita bila untuk melakukannya....












1 comment:

  1. Salam Nawwar,
    Tabiat menipu besar kemungkinan bermula ketika kecil. Takut dan malu dimarahi ibu-bapa, keluarga, guru. Oleh itu jalinkan hubungan baik dengan anak, jangan cepat marah. Bersabar jika anak buat silap. Tegur dengan baik. jangan tak tegur bila anak buat silap.Ini membantu anak bercakap benar selalu. Dan berdoalah agar anak tidak tipu kita.InsyaAllah.mama

    ReplyDelete