Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Sunday, February 6, 2011

Mencari Tempat Penginapan

Entry kali ni bersifat holiday sikit. Bercakap pasal holiday ni, lama jugak saya dan hubby x berholiday. Sesekali teringin nak pegi holiday setelah penat berkerja. Ingin kosongkan ruang minda ini. Relax sikit dari bercakap tentang masalah, keje dan lain-lain. Ingin bercuti dengan famili. Only with my son n hubby. Yela...kehidupan seharian pun telah dikongsi. Jadi, teringin jugak sesekali ada masa hanya 3 of us. Tapi, tak tau lagi bila. Yang terdekat dalam plan kami sekarang ialah wedding my friend, Fira at Kelantan. Tapi, wedding tu bkn hanya kami 3 org. Tapi disertai oleh mama n dedi, SIL with famili n MIL. It's okay. Nama pun p kenduri kan, jadi mmg wajibla disertai oleh my big famili. Mungkin lain kali, ada masa dan ruang untuk saya, hubby dan Niyaz utk bercuti bersama. Bila tu? Tak tau lagi la. Tapi sangat berharap ada masa dan ruang untuk kami bertiga di lain hari, dan waktu. InsyaALLAH.....

Bercakap pasal travel to Kelantan ni, sekarang saya tengah berusaha mencari tempat menginap. Rantau Panjang ialah destinasi kami sbb rumah kawan saya terletak disitu. Kami bercadang nak tempah homestay. Macam kawan saya maklumkan, kat Rantau Panjang susah sikit nak cari tempat menginap yang berbentuk Homestay. Hotel mmg ada. Saya rasa betul jugak apa yang kawan saya maklumkan tu sebab saya search dalam internet, senarai homestay di Rantau Panjang langsung tiada. Hotel ada. Hotel yang paling dekat dengan rumah kawan saya ialah Zainun Palace. Paling dekat sebab hotel tu terletak lebih kurang 3 minit dari rumah kawan saya. Pendek kata, kalau nak p rumah dia, jalan kaki pun boleh sampai. Dari situ, jimat sikit kos minyak kereta sbb boleh jalan kaki ja nak ke rumah dia. Kalau ambik homestay, kebanyakan homestay ada di Kota Bharu. Jauh la sikit dari rumah kawan saya. Takut nanti masa nak ke rumah dia takut jammed. Kawan saya kata selalunya time cuti sekolah, bandar Rantau Panjang amat sesak kerana jadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Sekarang ni saya dan hubby merasakan Zainun Palace adalah pilihan yang tepat. Tapi, saya akan terus mencari sampaila jumpa yang sesuai. Kalau tak dak jugak, barulah saya akan tempah Zainun Palace.

No comments:

Post a Comment