Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Saturday, February 19, 2011

Berjaya Akhirnya…..

Hari ni merupakan hari terakhir saya ajar word kepada sorang student yang paling lemah. Dan hari ni saya berharap dia dapat buat yang terbaik….Sebab hanya itu je harapan saya….Pukul 11 tadi kelas pun bermula. Oleh kerana saya bagi homework kat dia minggu lepas, saya mulakan kelas dengan menyemak hasil kerjanya itu. Saya suruh dia scan pen drive, suruh dia open hasil kerja tersebut satu per satu. Dan saya dapati langkah basic dengan pembukaan computer itu telah pun Berjaya dikuasai olehnya. Alhamdulillah….puas rasa hati ini.

Langkah seterusnya ialah menaip dan memasukkan objek dalam word. Untuk melaksanakan arahan tersebut, saya telah pun meminta dia menaip Resumenya. Saya bagi contoh resume dan meminta dia menaip resume tersebut dengan menggantikan maklumat peribadi itu kepada maklumat peribadi dirinya sendiri. Nampaknya dia memahami arahan yang diberi. Dia mulakan tugas menaip dan seterusnya memasukkan objek dalam resume tersebut. Dan dia semakin cekap. Tidak lagi terpinga-pinga dan kebingungan macam selalu. Speed dia menaip pun nampaknya makin ok. Alhamdulillah….saya hepi dengan pencapaiannya dan berharap untuk subjek yang seterusnya dia akan tunjukkan pencapaian yang lebih baik. Next kelas dia ialah pada hari Selasa nanti pukul 11 sampai 1. Hari selasa nanti saya akan mula mengajar subjek Excel kepadanya……Hehehe…Excel, ramai student yang merungut susah sangat. Yela…Excel khas untuk buat pengiraan. Cikgu-cikgu sekarang pun dah banyak kena guna Excel untuk pengiraan markah pelajar dan kedudukan pelajar. So, nak tak nak, memang kena tahu guna juga Excel ni walaupun kita bukanlah dari golongan yang kerap menggunakannya. Tak rugi jika kita belajar benda baru dalam hidup kita walaupun kita sedar benda yang kita belajar itu adakala tidak digunakan……


 


 


 


 


 


 


 

No comments:

Post a Comment