Hmmm....permulaan pagi hari ini tak berapa best. Niyaz demam....Panas sungguh badan dia. Dia start demam petang kemarin time kat kedai. Pagi kemarin ok lagi. Start petang, badan dia dah mula panas sikit2. Balik dari kedai, terus bagi dia makan ubat demam yang memang dah disediakan dalam peti ais. Malam kemarin lepas makan ubat, suhu badan dia makin turun. Kul 12 dia terjaga dari tidonya. Lagi sekali saya suapkan ubat coz suhu badan dia naik balik n letak kool fever kat kepala dia. Kali ni ubat n kool fever tu nampaknya tak berkesan. Mungkin sebab suhu badan dia agak tinggi. Pagi ni terus bawak ke klinik Yeoh pakar kanak2 di Alor Setar. Kesian kat my baby. Sepanjang perjalanan ke klinik, dia diam je tak macam selalu. Yelah dia kan suka bila naik kereta. Dalam kereta selalunya dia akan happy. Tapi kali ni lain. Sunyi sepi n kepalanya diletakkan di dada saya. Sekali-sekali dia mesti merengek. Tapi dia x menangis macam kebanyakan baby seusia dia. Sabar jugak anak saya menahan kesakitan. Alhamdulillah.... Sesampai je di klinik pukul 9.30a.m, klinik dr yeoh full....Walaupun full, saya tetap register. Nombor yang kami dapat ialah 43. Nurse tu kata lambat lagi mungkin dlm kul 12 lebih baru boleh jumpa doc. It's ok. I will wait.
Sebelum sampai kul 12 kami keluar dulu dari klinik pegi breakfast. time kat kedai mkn saya letakkan Niyaz dalam baby chair. Alhamdulillah....dia nak duduk jugak. Ingatkan tak mau duduk. Tapi dia nak duduk jugak. Breakfast pagi ni cuma roti sardin ngan teh tarik kurang manis. Time kami mkn, Niyaz x menunjukkan minatnya untuk makan jugak. Selalunya kalau tengok org makan, dia mesti nak makan jugak. Tapi kali ni x. Dia lebih tertarik tengok kucing di restoran tersebut sambil mulutnya mengeluarkan bunyi kucing. Hehehe..dia suka kucing rupanya....Lepas makan, masuk keta, dia diam balik sambil kepalanya letak di dada saya. Tak larat sangat rasanya. Tu yang lemah je badan dia...Sampai kat klinik, kena tunggu lagi. Sepanjang tunggu turn tu dia x menangis. Cuma merengek ja. Tapi bila dipujuk, ok balik...Masa jumpa doc, bdn dia dah makin panas. Doc sumbat ubat kat punggung. Nangis sungguh time jumpa doc. Kesian kat dia. Doc bagi 5 jenis ubat. Antibiotik, demam, demam sumbat, ubat batuk dan ubat hidung. Dalam banyak2 ubat tu, ubat batuk kena makan byk sekali. 6ml 3 times daily. Terkejut jugak saya dgr dos dia. Tapi doc kata lepas 3 hari dah boleh kurangkan ke 3ml 3 times daily. Lega rasa. Ingatkan kena mkn sampai habis ubat tu sebanyak 6ml. hehehe...
Oleh kerana Niyaz demam, saya pun cancel kelas hari ni, esok n lusa. biarla niyaz betul2 sihat brlah kelas disambung semula.....
No comments:
Post a Comment