Bulan Januari sampai bulan Februari merupakan bulan orang sakit,orang demam, dan macam-macam lagi. Beberapa hari yang lalu Niyaz demam. Sekarang ni Mummy pulak x berapa ok. Batuk, selsema n suara dah jadi serak2. Ubat demam, selsema dan batuk dah disediakan dari awal. Sedang berjaga-jaga takut demam. Tapi harap x demam la....
Setiap tahun dalam bulan februari sampai bulan mac, cuaca tersangatlah panas. Sampai satu ketika terasa macam nak berendam dan tido dalam kolam atau bilik air. Tak tertahan rasa panas itu. Bulan ini jugaklah kita akan terdengar mana-mana klinik ada saja suara org batuk, selsema, bersin dan bulan ini jugalah semua klinik akan full dgn pesakit. Nak buat macam mana kan...memang sekarang musimnya.
Kemarin saya terima sms dari kawan saya fazlina. Dia tanya saya klinik pakar kanak-kanak kat alor setar yang selalu saya bawa Niyaz di mana. Saya balas sms dan memaklumkan nama klinik tersebut, Klinik Pakar Kanak-Kanak Yeoh. Dalam hati sudah dapat mentafsir ni mesti kes anaknya tak sihat atau demam. Dan tafsiran itu memang betul. Memang anaknya demam. Kesian kat baby tu. Anaknya muda 2 bulan dari Niyaz. Niyaz dah 10 bulan. Bermakna anaknya berusia 8 bulan. Bila mengetahui baby sekecil itu demam terbit rasa kesian. Yela...nama pun baby. bukannya tahu dan faham apa2 pun. Apa yang dia tahu dan rasa ialah, dia x larat dan dia ingin selalu bersama ibunya. So, kepada sesiapa yang mempunyai baby seusia itu, mengertilah. Luangkanlah masa anda bersama mereka kerana pada masa itulah baby memerlukan ibunya....
Bercakap pasal Musim demam, musim panas dan musim kemarau ni, terasa ingin berkongsi sedikit tentang perniagaan kami. Bulan ini merupakan bulan di mana perniagaan kami jadi slow sikit. Perkara ni bukanlah baru. Sebenarnya jika diimbas rekod pendapatan kami setiap tahun, bulan Februari merupakan bulan di mana pendapatan kami menurun dengan banyak sekali. Bulan februari kekal sebagai bulan di mana pendapatan yang kami dapat merupakan pendapatan paling sedikit bagi setiap tahun. Kalau dikaji semula sebab musababnya, rasanya kerana cuaca dan kesihatan masing2. Cuaca terlalu panas mendorong orang ramai supaya tak payah keluar rumah. Kesihatan pulak, mendorong orang ramai supaya rehat ja kat rumah. Itulah sebabnya bulan februari setiap tahun pendapatan memang agak teruk. Tapi, xpa. Sekurang-kurangnya dalam bulan ini bolehlah kami rehat sekejap dari kesibukan di kedai.
Kelas......so far so good. Ok dan memberangsangkan...Hubby tengah siapkan banner. Setakat ni dah ada 2 orang yang bakal menamatkan kursus mereka..Orang yang belajar, dan perjalanan mereka masih jauh ada lagi 3 orang. Dalam kelima-lima pelajar tu, saya kurang berpuas hati dengan prestasi Fatin Ross. Dia terlalu lemah dan kadang-kadang saya hampir hilang sabar. Tapi masih boleh dikawal. Fatin Ross x macam yang lain. Dia memang zero dalam pengetahuan komputer. Saya tak sangka ada orang selemah itu.....Microsoft Word dah 12 jam. Sepatutnya 10 jam saja. Tapi saya xtrakan masa dia sbb dia memang terlalu lemah....Saya ada maklumkan padanya kalau Word belum pass, macam mana nak belajar ke peringkat yang seterusnya? Mcm mana nak belajar Excel, Powerpoint??? Excel dan Powerpoint lagi susah dari Word. Mana boleh saya nak ajar subjek lain kalau subjek pertama pun fail?? Saya x boleh biarkan dia macam tu. Sekurang-kurangnya dia boleh taip, boleh save, boleh buh gambar. Kalau yang asas macam tu pun x boleh buat, masalah akan timbul dalam subjek yang seterusnya...... Memang kena sabar banyak2. Fuhhh..........
No comments:
Post a Comment