Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Monday, February 21, 2011

Nota Buat Diri

To Allah I have submitted myself, and in Him have I believed and put my trust.

Lestarilah duhai hati……sehingga bila tiba lagi ujian dariNya….kau mampu tetap tersenyum dan tenang….Life is a fair cycle….Just have faith in Him…and you will always be calm….Because the way will be shown….InsyaALLAH……….















Saturday, February 19, 2011

Berjaya Akhirnya…..

Hari ni merupakan hari terakhir saya ajar word kepada sorang student yang paling lemah. Dan hari ni saya berharap dia dapat buat yang terbaik….Sebab hanya itu je harapan saya….Pukul 11 tadi kelas pun bermula. Oleh kerana saya bagi homework kat dia minggu lepas, saya mulakan kelas dengan menyemak hasil kerjanya itu. Saya suruh dia scan pen drive, suruh dia open hasil kerja tersebut satu per satu. Dan saya dapati langkah basic dengan pembukaan computer itu telah pun Berjaya dikuasai olehnya. Alhamdulillah….puas rasa hati ini.

Langkah seterusnya ialah menaip dan memasukkan objek dalam word. Untuk melaksanakan arahan tersebut, saya telah pun meminta dia menaip Resumenya. Saya bagi contoh resume dan meminta dia menaip resume tersebut dengan menggantikan maklumat peribadi itu kepada maklumat peribadi dirinya sendiri. Nampaknya dia memahami arahan yang diberi. Dia mulakan tugas menaip dan seterusnya memasukkan objek dalam resume tersebut. Dan dia semakin cekap. Tidak lagi terpinga-pinga dan kebingungan macam selalu. Speed dia menaip pun nampaknya makin ok. Alhamdulillah….saya hepi dengan pencapaiannya dan berharap untuk subjek yang seterusnya dia akan tunjukkan pencapaian yang lebih baik. Next kelas dia ialah pada hari Selasa nanti pukul 11 sampai 1. Hari selasa nanti saya akan mula mengajar subjek Excel kepadanya……Hehehe…Excel, ramai student yang merungut susah sangat. Yela…Excel khas untuk buat pengiraan. Cikgu-cikgu sekarang pun dah banyak kena guna Excel untuk pengiraan markah pelajar dan kedudukan pelajar. So, nak tak nak, memang kena tahu guna juga Excel ni walaupun kita bukanlah dari golongan yang kerap menggunakannya. Tak rugi jika kita belajar benda baru dalam hidup kita walaupun kita sedar benda yang kita belajar itu adakala tidak digunakan……


 


 


 


 


 


 


 

Renungan Bersama........

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak

Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak

Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak

Aku selalu teringatkan …. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….. emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak





copy n paste from: cherryblossomismine blog

Musim demam, musim panas dan musim kemarau

Bulan Januari sampai bulan Februari merupakan bulan orang sakit,orang demam, dan macam-macam lagi. Beberapa hari yang lalu Niyaz demam. Sekarang ni Mummy pulak x berapa ok. Batuk, selsema n suara dah jadi serak2. Ubat demam, selsema dan batuk dah disediakan dari awal. Sedang berjaga-jaga takut demam. Tapi harap x demam la....

Setiap tahun dalam bulan februari sampai bulan mac, cuaca tersangatlah panas. Sampai satu ketika terasa macam nak berendam dan tido dalam kolam atau bilik air. Tak tertahan rasa panas itu. Bulan ini jugaklah kita akan terdengar mana-mana klinik ada saja suara org batuk, selsema, bersin dan bulan ini jugalah semua klinik akan full dgn pesakit. Nak buat macam mana kan...memang sekarang musimnya.

Kemarin saya terima sms dari kawan saya fazlina. Dia tanya saya klinik pakar kanak-kanak kat alor setar yang selalu saya bawa Niyaz di mana. Saya balas sms dan memaklumkan nama klinik tersebut, Klinik Pakar Kanak-Kanak Yeoh. Dalam hati sudah dapat mentafsir ni mesti kes anaknya tak sihat atau demam. Dan tafsiran itu memang betul. Memang anaknya demam. Kesian kat baby tu. Anaknya muda 2 bulan dari Niyaz. Niyaz dah 10 bulan. Bermakna anaknya berusia 8 bulan. Bila mengetahui baby sekecil itu demam terbit rasa kesian. Yela...nama pun baby. bukannya tahu dan faham apa2 pun. Apa yang dia tahu dan rasa ialah, dia x larat dan dia ingin selalu bersama ibunya. So, kepada sesiapa yang mempunyai baby seusia itu, mengertilah. Luangkanlah masa anda bersama mereka kerana pada masa itulah baby memerlukan ibunya....

Bercakap pasal Musim demam, musim panas dan musim kemarau ni, terasa ingin berkongsi sedikit tentang perniagaan kami. Bulan ini merupakan bulan di mana perniagaan kami jadi slow sikit. Perkara ni bukanlah baru. Sebenarnya jika diimbas rekod pendapatan kami setiap tahun, bulan Februari merupakan bulan di mana pendapatan kami menurun dengan banyak sekali. Bulan februari kekal sebagai bulan di mana pendapatan yang kami dapat merupakan pendapatan paling sedikit bagi setiap tahun. Kalau dikaji semula sebab musababnya, rasanya kerana cuaca dan kesihatan masing2. Cuaca terlalu panas mendorong orang ramai supaya tak payah keluar rumah. Kesihatan pulak, mendorong orang ramai supaya rehat ja kat rumah. Itulah sebabnya bulan februari setiap tahun pendapatan memang agak teruk. Tapi, xpa. Sekurang-kurangnya dalam bulan ini bolehlah kami rehat sekejap dari kesibukan di kedai.

Kelas......so far so good. Ok dan memberangsangkan...Hubby tengah siapkan banner. Setakat ni dah ada 2 orang yang bakal menamatkan kursus mereka..Orang yang belajar, dan perjalanan mereka masih jauh ada lagi 3 orang. Dalam kelima-lima pelajar tu, saya kurang berpuas hati dengan prestasi Fatin Ross. Dia terlalu lemah dan kadang-kadang saya hampir hilang sabar. Tapi masih boleh dikawal. Fatin Ross x macam yang lain. Dia memang zero dalam pengetahuan komputer. Saya tak sangka ada orang selemah itu.....Microsoft Word dah 12 jam. Sepatutnya 10 jam saja. Tapi saya xtrakan masa dia sbb dia memang terlalu lemah....Saya ada maklumkan padanya kalau Word belum pass, macam mana nak belajar ke peringkat yang seterusnya? Mcm mana nak belajar Excel, Powerpoint??? Excel dan Powerpoint lagi susah dari Word. Mana boleh saya nak ajar subjek lain kalau subjek pertama pun fail?? Saya x boleh biarkan dia macam tu. Sekurang-kurangnya dia boleh taip, boleh save, boleh buh gambar. Kalau yang asas macam tu pun x boleh buat, masalah akan timbul dalam subjek yang seterusnya...... Memang kena sabar banyak2. Fuhhh..........

Wednesday, February 16, 2011

Menilai diri

Semua yang dilalui dalam hidup ini adalah ujian untuk kita. Melaluinya Dia menilai siapa yang baik amalannya dan siapa yang bertaqwa. Sama2 kita ingat mengingat.....

Niyaz dah sihat. Alhamdulillah....

Lepas 3 hari demam, akhirnya pada hari selasa dan rabu niyaz dah makin sihat. Alhamdulillah....Kemarin Niyaz dah pun menjalani rutin hariannya. Ikut Mummy n Papa p kedai. Nak buat mcm mana kan dah x ada orang nak jaga dia. So, only 1 way, ikut Mummy n Papa la. Nasib baik la kami keje sendiri. boleh jugak bw anak ke kedai time emrgency. Alhamdulillah...

Pagi ni kelas something wrong somewhere. Student yang sepatutnya menghadirkan diri pagi ni tiba-tiba x datang datang. Saya dah try call n sms. Tapi, hasilnya.... tak dapat. Dia off hp. 2 2 nombor pulak tu....xpala maybe dia terlupa. yela...kelas dia seminggu sekali ja. hari lain keje. so wajar jugaklah dia terlupa. hmm...xpa la hrp next week dia x lupa lg...

hari ni jugak hubby dah pun snap gambar ruang kelas komputer. mungkin by tomorrow saya akan uploadkan dalam blog ni. Apa-apa pun semuanya terpulang pada masa dan waktu yang saya sempat.

Selain dari tu, saya jugak sedang menanti email dari web master PTPTN. Saya dah pun dapat pertukaran pinjaman dari 3% kepada pembiayaan ujrah 1%. Maklumat telah pun dikemaskini. Menurut balasan dari pihak web master, dokumen yang seterusnya akan dihantar melalui email. Lama jugak saya menunggu sampai hari ni, email dari pihak PTPTN belum diterima. Hmm....xpala mungkin agak lama sikit prosedurnya. Yela...bkn saya sorang yang dapat pinjaman PTPTN. Ramai lagi student. Mestilah lambat sikit untuk diproses. Setakat ni secara keseluruhan baki pinjaman saya hanya tinggal lagi RM 1,615.49. InsyaALLAH hutang ini akan saya langsaikan.


















Sunday, February 13, 2011

Niyaz demam....Mood Mummy :-(

Hmmm....permulaan pagi hari ini tak berapa best. Niyaz demam....Panas sungguh badan dia. Dia start demam petang kemarin time kat kedai. Pagi kemarin ok lagi. Start petang, badan dia dah mula panas sikit2. Balik dari kedai, terus bagi dia makan ubat demam yang memang dah disediakan dalam peti ais. Malam kemarin lepas makan ubat, suhu badan dia makin turun. Kul 12 dia terjaga dari tidonya. Lagi sekali saya suapkan ubat coz suhu badan dia naik balik n letak kool fever kat kepala dia. Kali ni ubat n kool fever tu nampaknya tak berkesan. Mungkin sebab suhu badan dia agak tinggi. Pagi ni terus bawak ke klinik Yeoh pakar kanak2 di Alor Setar. Kesian kat my baby. Sepanjang perjalanan ke klinik, dia diam je tak macam selalu. Yelah dia kan suka bila naik kereta. Dalam kereta selalunya dia akan happy. Tapi kali ni lain. Sunyi sepi n kepalanya diletakkan di dada saya. Sekali-sekali dia mesti merengek. Tapi dia x menangis macam kebanyakan baby seusia dia. Sabar jugak anak saya menahan kesakitan. Alhamdulillah.... Sesampai je di klinik pukul 9.30a.m, klinik dr yeoh full....Walaupun full, saya tetap register. Nombor yang kami dapat ialah 43. Nurse tu kata lambat lagi mungkin dlm kul 12 lebih baru boleh jumpa doc. It's ok. I will wait.

Sebelum sampai kul 12 kami keluar dulu dari klinik pegi breakfast. time kat kedai mkn saya letakkan Niyaz dalam baby chair. Alhamdulillah....dia nak duduk jugak. Ingatkan tak mau duduk. Tapi dia nak duduk jugak. Breakfast pagi ni cuma roti sardin ngan teh tarik kurang manis. Time kami mkn, Niyaz x menunjukkan minatnya untuk makan jugak. Selalunya kalau tengok org makan, dia mesti nak makan jugak. Tapi kali ni x. Dia lebih tertarik tengok kucing di restoran tersebut sambil mulutnya mengeluarkan bunyi kucing. Hehehe..dia suka kucing rupanya....Lepas makan, masuk keta, dia diam balik sambil kepalanya letak di dada saya. Tak larat sangat rasanya. Tu yang lemah je badan dia...Sampai kat klinik, kena tunggu lagi. Sepanjang tunggu turn tu dia x menangis. Cuma merengek ja. Tapi bila dipujuk, ok balik...Masa jumpa doc, bdn dia dah makin panas. Doc sumbat ubat kat punggung. Nangis sungguh time jumpa doc. Kesian kat dia. Doc bagi 5 jenis ubat. Antibiotik, demam, demam sumbat, ubat batuk dan ubat hidung. Dalam banyak2 ubat tu, ubat batuk kena makan byk sekali. 6ml 3 times daily. Terkejut jugak saya dgr dos dia. Tapi doc kata lepas 3 hari dah boleh kurangkan ke 3ml 3 times daily. Lega rasa. Ingatkan kena mkn sampai habis ubat tu sebanyak 6ml. hehehe...

Oleh kerana Niyaz demam, saya pun cancel kelas hari ni, esok n lusa. biarla niyaz betul2 sihat brlah kelas disambung semula.....

Friday, February 11, 2011

Tabiat Menipu

Saya pasti tentu dikalangan kita wujud satu tabiat. Tabiat suka menipu. Pernahkah kita terfikir akan balasan yang bakal diterima? Pernahkah anda menghadapi musibah atau kesusahan? Demam teruk, kereta rosak walaupun baru , anak sakit, pekerja bermasalah di pejabat, hidup tak tenteram, rumah kena rompak, isteri/suami curang, kemalangan dan sebagainya. Mungkin bagi yang kurang berfikir, sukar nak menafsirkan mengapa ianya terjadi. Bila kesusahan seperti ini menimpa kita, eloklah kita kaji diri kita balik. Apakah salah kita. Apakah dosa kita. Mungkin juga kita pernah menipu. Menipu ibu bapa, menipu adik-beradik dan tak ketinggalan juga bagi yang berkahwin mungkin pernah menipu suami atau isteri. Mungkin kita anggap menipu merupakan perkara biasa dalam kehidupan kita. Tapi cubalah fikir akan balasannya. Dosa dan balasan kepada orang yang suka menipu ini terdapat dalam sebuah hadis:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”


Bermaksud disini:

Orang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti.



Hidup ini umpama roda, kadang diatas, kadang dibawah. Ada ketikanya kita berada dipuncak, dan akan ada masanya kita mungkin akan terjelepuk jatuh kebawah. Bagi yang beringat, perkara ini mungkin tidak berlaku.

Ianya adalah kesan dan akibat apabila kita membuat sesuatu perkara. Ia adalah hukum karma. Sebagai contoh katakan hari ini kita menipu orang, adalah tidak mustahil satu masa nanti orang pula akan menipu kita. Dan tak mustahil juga kehidupan kita tidak tenteram. Ada saja ujian dan musibah yang menimpa.


Jadi, kita sebagai hamba Allah yang dicipta sempurna, yang dikurniakan akal dan fikiran, eloklah fikir dan kaji diri balik. Kita sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri. Cuma terpulang pada kita bila untuk melakukannya....












Sunday, February 6, 2011

Mencari Tempat Penginapan

Entry kali ni bersifat holiday sikit. Bercakap pasal holiday ni, lama jugak saya dan hubby x berholiday. Sesekali teringin nak pegi holiday setelah penat berkerja. Ingin kosongkan ruang minda ini. Relax sikit dari bercakap tentang masalah, keje dan lain-lain. Ingin bercuti dengan famili. Only with my son n hubby. Yela...kehidupan seharian pun telah dikongsi. Jadi, teringin jugak sesekali ada masa hanya 3 of us. Tapi, tak tau lagi bila. Yang terdekat dalam plan kami sekarang ialah wedding my friend, Fira at Kelantan. Tapi, wedding tu bkn hanya kami 3 org. Tapi disertai oleh mama n dedi, SIL with famili n MIL. It's okay. Nama pun p kenduri kan, jadi mmg wajibla disertai oleh my big famili. Mungkin lain kali, ada masa dan ruang untuk saya, hubby dan Niyaz utk bercuti bersama. Bila tu? Tak tau lagi la. Tapi sangat berharap ada masa dan ruang untuk kami bertiga di lain hari, dan waktu. InsyaALLAH.....

Bercakap pasal travel to Kelantan ni, sekarang saya tengah berusaha mencari tempat menginap. Rantau Panjang ialah destinasi kami sbb rumah kawan saya terletak disitu. Kami bercadang nak tempah homestay. Macam kawan saya maklumkan, kat Rantau Panjang susah sikit nak cari tempat menginap yang berbentuk Homestay. Hotel mmg ada. Saya rasa betul jugak apa yang kawan saya maklumkan tu sebab saya search dalam internet, senarai homestay di Rantau Panjang langsung tiada. Hotel ada. Hotel yang paling dekat dengan rumah kawan saya ialah Zainun Palace. Paling dekat sebab hotel tu terletak lebih kurang 3 minit dari rumah kawan saya. Pendek kata, kalau nak p rumah dia, jalan kaki pun boleh sampai. Dari situ, jimat sikit kos minyak kereta sbb boleh jalan kaki ja nak ke rumah dia. Kalau ambik homestay, kebanyakan homestay ada di Kota Bharu. Jauh la sikit dari rumah kawan saya. Takut nanti masa nak ke rumah dia takut jammed. Kawan saya kata selalunya time cuti sekolah, bandar Rantau Panjang amat sesak kerana jadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Sekarang ni saya dan hubby merasakan Zainun Palace adalah pilihan yang tepat. Tapi, saya akan terus mencari sampaila jumpa yang sesuai. Kalau tak dak jugak, barulah saya akan tempah Zainun Palace.

Friday, February 4, 2011

Windows 7 Professional

Alhamdulillah, akhirnya operasi membeli dan ubahsuai Kelas Komputer hampir siap. Sebelum cuti Tahun Baru Cina, saya dan hubby telah ke Pulau Pinang untuk membeli komputer khas utk Kelas Komputer. Kami telah membeli 4 buah set komputer utk ubahsuai kelas. Proses memasang komputer2 tersebut telah pun selesai. Cuma ruang kelas saja belum dihias dengan prop2 tertentu. Nanti bila dah siap semua, saya akan snap picture untuk dikongsi bersama dalam blog ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Walaupun ruang kelas belum siap sepenuhnya, Kelas Komputer tetap berjalan seperti biasa.

Hari ni merupakan hari pertama saya mengajar kelas dengan menggunakan komputer baru yang telah diinstallkan dengan Windows 7 Professional. Saya belum penah tengok pun lagi Windows 7. Jauh disudut hati berharap saya dapat handle sistem tersebut seperti biasa. Hari ini saya telah mencubanya untuk kali pertama. Hahaha....pada mulanya saya ingat sistem Windows 7 ni sama macam Windows XP. Rupa-rupanya banyak benda baru yang perlu saya explore. Bila difikirkan balik, kalau saya pun tercari-cari, macam mana pula dengan student saya. Mesti mereka lagi pening. Tapi, xpala, i will try the best to explore Windows 7. Saya bagitau kat hubby,' kali ni abang pulak kena tolong buat modul Windows 7. Banyak jugak benda baru'. Hubby kata ok. So senangla saya nanti. Bolehla saya fokus sepenuhnya pada kelas walaupun saya sendiri tercari-cari. Komputer ni memang ada saja benda baru yang muncul. Kita kena rajin explore. Barulah kita tahu dan faham untuk menggunakannya. InsyaALLAH ada jalannya. Apa yang penting kita kena rajin....