Salam semua.....
Hari ni usia kandungan dah pun mencecah 32 minggu. Nampaknya makin dekat dengan due date. Memang hepi. Tapi, jauh di sudut hati tersimpan satu perasaan yang sememangnya menghantui hidup aku. Aku takut. Takut untuk menghadapi saat bersalin itu sendiri. Tapi, aku akan berusaha untuk membuang perasaan ini. Semoga segalanya dipermudahkan dan aku akan sentiasa berada dalam keadaan yang tenang hendaknya. Ada di kalangan kawan-kawan telah pun menjadi ibu. Mereka mampu menghadapinya. Takkan aku tak mampu. Aku mohon kepada ALLAH agar semuanya selamat dan mudah. Mesti sesudah melihat anak ku sendiri akan menghilangkan rasa sakit sebelum melahirkannya. Ye, itula yang selalu diceritakan oleh setiap ibu yang telah berjuang melahirkan anak yang dikandung selama 9 bulan. Anak itu satu anugerah yang tak ternilai dari ALLAH. Alhamdulillah, aku berpeluang merasai pengalaman ini.
Menjadi rutin setiap ibu hamil untuk buat check up di klinik. Kemarin aku mempunyai temujanji dengan doktor di klinik kesihatan daerah. Aku di arahkan untuk berjumpa dengan doktor bagi memantau kesihatan aku dan kandungan. Selama aku melalui fasa kehamilan ini, aku tidak menghadapi sebarang masalah. Alhamdulillah. Aku harap anakku berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Cuma kemarin ada sedikit pemeriksaan doktor yang menyebabkan aku tak berhenti memikirkannya. Ye, memang jika diikutkan logik akal fikiran ini, pemeriksaan doktor itu aku rasakan cukup ragu-ragu. Bukan salah aku. Aku rasakan ia semua adalah salah pihak klinik sendiri. Aku diarahkan untuk melakukan ujian MGTT sekali lagi untuk melihat sama ada aku ada penyakit kencing manis atau tidak. Sebabnya doktor kata berat badan aku naik 3 kilo dalam masa 10 hari. Berat badan naik dalam masa 10 hari, bukanlah salah aku, mungkin jugakla aku makan terlalu banyak pada waktu malam sehari sebelum ke klinik. Tapi, aku rasa itu perkara biasa. Yang menyebabkan berat badan naik bukan kerana tabiat pemakanan aku.Kerana sebelum ni aku buat pemeriksaan di klinik desa, berat badan aku tak penah naik banyak. Sentiasa maintain je. Jadi bila diarah utk buat pemeriksaan di klinik kesihatan daerah, penimbang yang digunakan oleh mereka ialah penimbang digital sedangkan di klinik desa, penimbang yang digunakan ialah penimbang biasa. Masa awal kehamilan pun aku diarahkan untuk ke klinik kesihatan daerah. Sama jugak keputusan dia, berat badan naik 3 kilo. Dan disebabkan kenaikan berat badan itulah aku diarahkan untuk melakukan ujian MGTT kali pertama. Kali ni pun sama diarah buat ujian MGTT kerana berat badan naik 3 kilo. Kira kali ni merupakan kali kedua aku kena buat ujian MGTT. Bila diikutkan rasa marah ni, rasa macam tak mau buat je...Tapi, aku ada lagi beberapa minggu sebelum kelahiran. Sudah tentu aku terpaksa berulang alik ke klinik. Jika aku tak buat, memang aku akan berhadapan dengan masalah. Masalah nak menjawab dengan nurse dan doktor kenapa tak buat ujian yang diarahkan. Bila difikirkan balik, memang aku tak mau buat dah kad merah jika ditakdirkan mengandung lagi sekali. Sebab aku rasa, kad merah ni, memang tak logik. Memang memenatkan. Biarla aku buat check up kat klinik swasta. Memang la kena bayar. Tapi jika kita pandai menjaga kesihatan, insyaALLAH masalah sepanjang kehamilan tak mungkin berlaku. Dan kita mungkin juga tak akan menghadapi sebarang tekanan. Apa yang boleh aku simpulkan dengan kad merah dan check up di klinik kesihatan adalah prosedur semata-mata. Prosedur yang ada dalam buku para nurse dan doktor klinik dan hospital kerajaan. Setiap prosedur yang dibuat tidak mengambil kira, keadaan dan suasana ditempat kita. Jadi memang setiap prosedur tu tak logik untuk dipraktikkan ke atas para pesakit yang berkunjung ke klinik dan hospital kerajaan. Kemarin memang merupakan hari yang penuh dengan kepenatan, tekanan dan kemarahan dalam diri aku. Tapi, alhamdulillah boleh jugak aku menguruskan tekanan tersebut. 2/2 next check up di klinik desa. 3/2 MGTT kat klinik kesihatan daerah. Aku kena banyak bersabar lagi. Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi situasi yang bakal menyusul. Amin...
No comments:
Post a Comment