Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Tuesday, January 5, 2010

Air Selusuh dan Minyak Selusuh??

" Nanti perut dah nak masuk 7 bulan habaq kat mak. Mak nak buat air selusuh dan minyak selusuh". Pesan mak aku. Aku ni tertanya-tanya apa tu air selusuh dan minyak selusuh? Tanpa membuang masa aku pun suarakan pertanyaan tersebut. Mak pun kata " air selusuh tu nak bagi mudah bersalin. Kena minum start 7 bulan sampaila nak dekat bersalin nanti. Minyak selusuh pun sama la nak bagi mudah bersalin. Tapi minyak selusuh ni kena minum masa sakit nak bersalin nanti." Lepas dengar penjelasan mak aku, aku pun kata dalam hati ooo...ada jugak ye macam tu. Aku tak penah tau pun. Yang aku tau nak bersalin nanti, nak tak nak kenala bersalin jugak. Kalau tak, macam mana baby nak keluar....Terngiang-ngiang lagi pesanan dia kat aku. Takpala lantas aku kata nanti dah masuk 7 bulan aku bagitau la kat mak.

Pejam celik, pejam celik, aku dah 28 minggu dah. Hari jumaat nanti masukla 29 minggu. Kira punya kira kandungan aku dah masuk 7 bulan. Semalam baru aku bagitau kat mak. Aku lupa nak bagitau awal-awal ari tu. hehehe.....Lepas bagitau kat mak, dia pun suruh aku tadah air nak bawa p kat kak jah jalil. Pastu dia pesan lagi esok sebelum p kedai beli santan 1/2 kilo. Mak nak tanak minyak. Mungkin petang ni dia nak bawa air ngan minyak tanak tu kat kak jah jalil kot. Semalam dia bagitau lagi kak jah jalil bukan buat apa pun kat minyak tanak ngan air tu. Dia cuma buat solat hajat, pastu baca surah-surah dalam al-Quran nak bagi mudah bersalin. Hehehe...mak macam tau ja aku ni agak ragu-ragu sikit dengan tindakan dia. Mungkin dia pk aku ni tak penah terdedah dengan usaha macam ni. Memang pun. Aku tak penah terdedah pun dengan semua ni. Yang aku tau bila dah sampai masa dan waktunya baby akan dilahirkan jugak. Takpala....ni cara mak aku. Kalau dirasakan baik, aku ikutla. Kalau tak baik, aku tak ikutla. Mungkin ini sebahagian dari usahanya untuk memastikan aku mudah bersalin nanti. Dia kalau boleh, dia tak mau la aku bersalin secara pembedahan. Dia kata bersalin secara pembedahan banyak side effectnya....Tapi pada aku, kalau time nak bersalin nanti ada komplikasi dan bahaya untuk ibu dan anak lebih baik bersalin secara pembedahan. Mungkin dengan cara tu lebih selamat...Ye dak? Kita bukan boleh nak paksa-paksa kalau memang dah tak boleh bersalin normal. Apa-apa pun semua tu ada dalam pengetahuan ALLAH. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk memastikan segalanya mudah dan selamat.

Memandangkan kandungan aku dah mencecah 7 bulan, aku perasan baju-baju aku banyak yang dah jadi ketat di bahagian perut. Susah nak pakai baju sekarang ni. Lantas aku pun buat keputusan untuk beli beberapa helai baju maternity. Redah Pasifik Alor Setar, satu pun aku tak berkenan. Dahla mahal. Design pun tak cantik. Penat je p Alor Setar hari tu. Takpala, aku buat keputusan nak beli baju online. Cari punya cari, akhirnya jumpa jugak web site tu. Baju cantik-cantik dan harga jauh lebih murah dari harga kat pasifik. Harga kat Pasifik mencecah RM80 - RM150 sehelai. Baru sehelai, design pun tak cantik. Rasa macam rugi je kalau beli. Harga kat laman web tersebut RM25 - RM90 sehelai. Untung banyak. Boleh beli bermacam-macam jenis design yang cantik-cantik. Ini la laman web yang telah aku layari http://mumdreams.com.my Laman web Mum Dreams. Alhamdulillah...boleh jugak aku beli baju maternity yang merupakan keperluan aku pada masa kini...hehehe....Aku dah order baju Tshirt 2 helai, blouse 1 helai, Dress 2 helai. Jumlah semua RM215.55. Kan aku dah kata order baju kat mum dreams, aku boleh dapat sampai 5 helai baju maternity. Kalau aku beli kat pasifik? Belum tentu aku boleh beli sampai 3 helai pun. Butik Mum Dreams dah pun uruskan penghantaran. Nanti akan sampaila kat aku dalam 2-3 hari. Lepas ni bolehla aku pakai baju yang lebih selesa.

Hari ni jugak, aku dah ke klinik untuk buat pemeriksaan bulanan. Air kencing ok. Tak ada jangkitan kuman atau pun gula. Berat badan??? Huhuhhu...satu pemeriksaan yang paling aku tak suka. Tapi kena timbang jugakla. Berat badan aku dah bertambah dengan jayanya. Hehehe....bulan lepas 90kg. Bulan ni 92kg. Tak sangka aku berat badan aku yang asal cuma 85kg ja. Boleh bertambah sampai 92kg? Fuh...menakutkan!!! Nasib baikla sebab mengandung badan naik. Kalau tak ada sebab, memang kena diet tahap gila-gila la jawabnya. Aku rasa, berat badan aku ni takla sampai 90kg pun. Mungkin dalam 86kg kot. ( ye ke? hehehe) Bila dah ditambah dengan berat baby, berat uri, berat air memangla sampai 92kg. Tapi, takpala, nanti lepas dah bersalin, aku kena atur balik jadual pemakanan aku. Tapi dalam fikiran ni, aku ada lagi lebih kurang 2 bulan untuk bersalin. Sekarang pun berat badan dah 92kg. Lagi 2 bulan macam mana agaknya ye??? Satu persoalan yang hanya akan terjawab bila aku dah melaluinya nanti. Tapi aku harap semuanya ok. Lepas dah timbang, kena check tekanan darah pulak. Aku tak penah risau dengan tekanan darah ni sebab selama 6 bulan buat pemeriksaan, tekanan darah aku normal 110/80. Tapi hari ni.........tekanan darah aku 140/80. Terkejut jugak aku. Aku heran jugakla. Aku makan apa tekanan darah jadi macam tu. Pastu nurse tu kata takpala sat gi check sekali lagi. Aku ke pemeriksaan seterusnya. Check jantung baby. So far, jantung baby normal 154. Okla. Lepas dah check jantung baby, ambik hb. Hb pun ok 10.9. Mungkin sebab aku banyak makan hati n kerang kot 2 minggu yang lepas. Tu yg hb ok dan normal. Tapi dalam fikiran aku ni dok rasa pelik kenapa tekanan darah naik. Nak kata rasa pening-pening tak ada pun. Tido pun ok. Pelik betul.....Mesti nurse tu silap baca ni. Lepas dah dengar penjelasan nurse tu pasal sawan mengandung dan macam-macam lagi, nurse tu pun ambik lagi sekali tekanan darah aku. Aku harap nurse tu yang silap baca masa ambik pertama kali tadi. Sebab aku rasa sihat walafiat ja. Baby pun ok. Mesti nurse tu yang silap baca. Kali kedua dia ambik tekanan darah aku, lega rasa sebab darah aku stabil ja 110/80. Kali ketiga pun bacaan tetap sama 110/80. Memang betul la aku kata nurse tu yang silap baca. Bila dah tau tekanan darah normal, baru la rasa lega. Kalau tak risau jugak...Alhamdulillah.....Sihat-sihat ja aku ni... Hehehehe.....Ada lagi 2 bulan. Harap semuanya ok. Next check up is 19 Januari 2010.


P/s Coming soon, list barang baby. Nanti mama tolong tengok sama k....hehehe. Nak p beli hujung bulan ni kot....

No comments:

Post a Comment