Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Saturday, January 16, 2010

Scan Baby


Hmm...cepat betul masa berlalu. Usia kandungan ku dah pun mencecah 30 minggu 2 hari. Ada lagi lebih kurang 69 hari sebelum tarikh 26 Mac 2010. Takut ada, hepi ada. Semuanya bercampur aduk. Apa yang aku tahu, aku kena lalui jugak semua fasa kehidupan aku di masa depan. Pada hari Jumaat 15 Januari 2010 aku telah pun melakukan ultrasound ke atas kandungan ku. Aku telah melakukan ultrasound 3D 4D ke atas kandungan ku. Niat di hati nak tengok muka baby ku dalam kandungan. Tetapi tidak kesampaian sebab baby ku berada dalam kedudukan mengiring dan mukanya ditutup dengan tangan. Baby ku macam faham dan tahu je pada hari tersebut aku nak tengok muka dia. Dia pemalu agaknya hehehehe.....Walaupun begitu, aku bersyukur sebab baby ku berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Pembentukan struktur badan dan tulangnya semuanya normal. Alhamdulillah.....harap baby ku ini terus berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Hasil dari ultrasound tersebut, doc mengesahkan baby ku adalah baby boy....memang dah confirm dan jelas dalam ultrasound tersebut. Dalam post sebelum ni aku ada nyatakan yang aku nak letak video ultrasound tersebut. Tapi sayang, memang tak dapat berbuat demikian kerana baby ku berada dalam keadaan mengiring dan mukanya ditutup dengan tangan. Jadi doc tak simpan gambar baby ku dalam cd. Doc cuma print untuk simpanan aku. Apa-apa pun aku tetap postkan sekali gambar baby ku dalam blog ni untuk tatapan famili dan rakan-rakan.

Memandangkan jantina baby ku dah pun diketahui, sekarang aku dan hb sibuk mencari nama yang sesuai untuk diberikan. Banyak pilihan nama. Tapi susah jugak nak decide sebab kena pk, nama yang akan dipanggil masa anakku ini dah mula masuk dalam masyarakat. Sampai sekarang masih belum jumpa nama yang sesuai. Takpala aku dan hb akan cari slow-slow. Nanti dapatlah nama yang sesuai. Ada lagi lebih kurang 2 bulan lagi. Sekarang baru aku tau, susah jugak nak bagi nama kat anak. Bukan boleh letak nama ikut sedap sebutan mulut saja. Tapi kena tengok sama maknanya. Mudah-mudahan anak yang diberikan nama yang telah dipilih menjadi anak yang baik dan mulia akhlaknya. Amin

No comments:

Post a Comment