Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Saturday, January 9, 2010

List Barang Baby

Letih cari maklumat untuk dapatkan list barang baby. Tanya mama, tanya kak. Akhirnya terciptalah satu list barang baby yang diperlukan. Inilah list yang ditapis dan dirasakan perlu.

Pakaian
  • Tuala Mandi 2 helai
  • Tuala Kecik 4 helai
  • Pampers Newborn
  • Lampin 1 dozen
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar panjang
  • Seluar pendek
  • Sarung Kaki
  • Sarung Tangan
Penjagaan Baby
  • Syampu
  • Mandian
  • Lotion
  • Minyak baby
  • Minyak Nona Roguy
  • Tisu Basah
  • Petroleum Jelly
Barang Sampingan
  • Katil termasuk bantal, tilam
  • Selimut ada hood
  • Pelapik getah
  • Beg baby ( just in case for travel )
  • Bakul untuk letak barang baby
  • Botol susu kecik
Ingatkan sikit. Banyak jugak ni. Barut baby rasanya tak perlu sebab mak dah buat. Rasanya barang-barang ni dulu yang akan dibeli. Mungkin hujung bulan ni nak ke Alor Setar cari barang baby ni. Emm...sebelum cari barang baby, ingat nak scan 3D 4D dulu. Insyaallah hari Jumaat pagi ni nak ke Pusat Rawatan Mahsuri kat Jitra. Dah tanya dah berapa RM kalau nak buat scan tersebut. Caj yang dikenakan katanya RM80 ke bawah termasuk gambar yang disavekan dalam cd. Aku ada tanya boleh sama ada gambar scan tu boleh di save dalam pen drive atau tak. Pihak pusat rawatan tersebut kata dah tak buat dah save dalam pen drive sebab banyak virus dalam pen drive. Tu yang diorang save dalam cd terus. Takpala macam tu. Nanti aku akan tunjukkan gambar baby tu dalam blog ni. Macam mana la rupa baby ni ye....hehehe...nanti bolehlah aku tengok.

Baju yang aku order ari tu dah pun selamat diterima pada 7 jan 2010 yang lalu. Bila dah sampai je, terus aku try. Alhamdulillah muat dan selesa....Nasib baikla aku jumpa web site mum dreams. Kalau tak, memang tak tau nak cari kat mana lagi baju maternity. Kat kedah tak banyak pun butik2 baju maternity. Kat KL mesti banyak. Dan butik mum dreams ni salah satu butik yang terdapat di Bangi. Nasib baik butik tersebut buat online jugak. Senang nak beli..... bukan baju maternity ja. Baju breastfeeding pun ada jual. Pendek kata, okla....senang. hehehehe......

okla, coming soon....gambar scan 3D 4D akan diuploadkan....hehehehe...

No comments:

Post a Comment