Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Tuesday, January 12, 2010

Takutt....

Hari ni aku terbaca artikel peringkat-peringkat kelahiran di internet. Ada 3 peringkat semuanya. Masa baca peringkat pertama, taklah rasa takut sangat. Bila dah terbaca di peringkat kedua, rasa macam takut ja.....huhuhu.....macam mana ni. Peringkat ketiga tu, okla dah selesai pun. Cuma risau masa nak jahit ja kot. Ada orang kena jahit banyak dan ada orang kena jahit sikit. Aku macam mana agaknya hah nanti? Alamak risau betul.....Takut kat sakit la. Dah la aku ni jenis tak tahan sakit. Daripada pembacaan tu, memangla boleh mintak ubat penahan sakit. Tapi nak mintak ubat tu pun kena cucuk ngan jarum jugak....huhuhu...Tapi aku ingat nanti nak ambik jugak ubat penahan sakit epidural. Kalau tak, tak boleh bersalin pulak nanti. Lebih baik aku ambik demi kebaikan diri sendiri. Kena cucuk pun, cucukla. Tapi, mesti doktor bagi ubat kebas dulu sebelum dicucuk ubat epidural tu. Bila pk balik, macam mana la orang lain boleh bersalin dengan mudahnya. Nasibla kot...Ada orang mudah n ada orang payah.....Aku??? Aku harap aku pun tergolong dalam orang yang mudah. Amin......

Saturday, January 9, 2010

List Barang Baby

Letih cari maklumat untuk dapatkan list barang baby. Tanya mama, tanya kak. Akhirnya terciptalah satu list barang baby yang diperlukan. Inilah list yang ditapis dan dirasakan perlu.

Pakaian
  • Tuala Mandi 2 helai
  • Tuala Kecik 4 helai
  • Pampers Newborn
  • Lampin 1 dozen
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar panjang
  • Seluar pendek
  • Sarung Kaki
  • Sarung Tangan
Penjagaan Baby
  • Syampu
  • Mandian
  • Lotion
  • Minyak baby
  • Minyak Nona Roguy
  • Tisu Basah
  • Petroleum Jelly
Barang Sampingan
  • Katil termasuk bantal, tilam
  • Selimut ada hood
  • Pelapik getah
  • Beg baby ( just in case for travel )
  • Bakul untuk letak barang baby
  • Botol susu kecik
Ingatkan sikit. Banyak jugak ni. Barut baby rasanya tak perlu sebab mak dah buat. Rasanya barang-barang ni dulu yang akan dibeli. Mungkin hujung bulan ni nak ke Alor Setar cari barang baby ni. Emm...sebelum cari barang baby, ingat nak scan 3D 4D dulu. Insyaallah hari Jumaat pagi ni nak ke Pusat Rawatan Mahsuri kat Jitra. Dah tanya dah berapa RM kalau nak buat scan tersebut. Caj yang dikenakan katanya RM80 ke bawah termasuk gambar yang disavekan dalam cd. Aku ada tanya boleh sama ada gambar scan tu boleh di save dalam pen drive atau tak. Pihak pusat rawatan tersebut kata dah tak buat dah save dalam pen drive sebab banyak virus dalam pen drive. Tu yang diorang save dalam cd terus. Takpala macam tu. Nanti aku akan tunjukkan gambar baby tu dalam blog ni. Macam mana la rupa baby ni ye....hehehe...nanti bolehlah aku tengok.

Baju yang aku order ari tu dah pun selamat diterima pada 7 jan 2010 yang lalu. Bila dah sampai je, terus aku try. Alhamdulillah muat dan selesa....Nasib baikla aku jumpa web site mum dreams. Kalau tak, memang tak tau nak cari kat mana lagi baju maternity. Kat kedah tak banyak pun butik2 baju maternity. Kat KL mesti banyak. Dan butik mum dreams ni salah satu butik yang terdapat di Bangi. Nasib baik butik tersebut buat online jugak. Senang nak beli..... bukan baju maternity ja. Baju breastfeeding pun ada jual. Pendek kata, okla....senang. hehehehe......

okla, coming soon....gambar scan 3D 4D akan diuploadkan....hehehehe...

Tuesday, January 5, 2010

Air Selusuh dan Minyak Selusuh??

" Nanti perut dah nak masuk 7 bulan habaq kat mak. Mak nak buat air selusuh dan minyak selusuh". Pesan mak aku. Aku ni tertanya-tanya apa tu air selusuh dan minyak selusuh? Tanpa membuang masa aku pun suarakan pertanyaan tersebut. Mak pun kata " air selusuh tu nak bagi mudah bersalin. Kena minum start 7 bulan sampaila nak dekat bersalin nanti. Minyak selusuh pun sama la nak bagi mudah bersalin. Tapi minyak selusuh ni kena minum masa sakit nak bersalin nanti." Lepas dengar penjelasan mak aku, aku pun kata dalam hati ooo...ada jugak ye macam tu. Aku tak penah tau pun. Yang aku tau nak bersalin nanti, nak tak nak kenala bersalin jugak. Kalau tak, macam mana baby nak keluar....Terngiang-ngiang lagi pesanan dia kat aku. Takpala lantas aku kata nanti dah masuk 7 bulan aku bagitau la kat mak.

Pejam celik, pejam celik, aku dah 28 minggu dah. Hari jumaat nanti masukla 29 minggu. Kira punya kira kandungan aku dah masuk 7 bulan. Semalam baru aku bagitau kat mak. Aku lupa nak bagitau awal-awal ari tu. hehehe.....Lepas bagitau kat mak, dia pun suruh aku tadah air nak bawa p kat kak jah jalil. Pastu dia pesan lagi esok sebelum p kedai beli santan 1/2 kilo. Mak nak tanak minyak. Mungkin petang ni dia nak bawa air ngan minyak tanak tu kat kak jah jalil kot. Semalam dia bagitau lagi kak jah jalil bukan buat apa pun kat minyak tanak ngan air tu. Dia cuma buat solat hajat, pastu baca surah-surah dalam al-Quran nak bagi mudah bersalin. Hehehe...mak macam tau ja aku ni agak ragu-ragu sikit dengan tindakan dia. Mungkin dia pk aku ni tak penah terdedah dengan usaha macam ni. Memang pun. Aku tak penah terdedah pun dengan semua ni. Yang aku tau bila dah sampai masa dan waktunya baby akan dilahirkan jugak. Takpala....ni cara mak aku. Kalau dirasakan baik, aku ikutla. Kalau tak baik, aku tak ikutla. Mungkin ini sebahagian dari usahanya untuk memastikan aku mudah bersalin nanti. Dia kalau boleh, dia tak mau la aku bersalin secara pembedahan. Dia kata bersalin secara pembedahan banyak side effectnya....Tapi pada aku, kalau time nak bersalin nanti ada komplikasi dan bahaya untuk ibu dan anak lebih baik bersalin secara pembedahan. Mungkin dengan cara tu lebih selamat...Ye dak? Kita bukan boleh nak paksa-paksa kalau memang dah tak boleh bersalin normal. Apa-apa pun semua tu ada dalam pengetahuan ALLAH. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk memastikan segalanya mudah dan selamat.

Memandangkan kandungan aku dah mencecah 7 bulan, aku perasan baju-baju aku banyak yang dah jadi ketat di bahagian perut. Susah nak pakai baju sekarang ni. Lantas aku pun buat keputusan untuk beli beberapa helai baju maternity. Redah Pasifik Alor Setar, satu pun aku tak berkenan. Dahla mahal. Design pun tak cantik. Penat je p Alor Setar hari tu. Takpala, aku buat keputusan nak beli baju online. Cari punya cari, akhirnya jumpa jugak web site tu. Baju cantik-cantik dan harga jauh lebih murah dari harga kat pasifik. Harga kat Pasifik mencecah RM80 - RM150 sehelai. Baru sehelai, design pun tak cantik. Rasa macam rugi je kalau beli. Harga kat laman web tersebut RM25 - RM90 sehelai. Untung banyak. Boleh beli bermacam-macam jenis design yang cantik-cantik. Ini la laman web yang telah aku layari http://mumdreams.com.my Laman web Mum Dreams. Alhamdulillah...boleh jugak aku beli baju maternity yang merupakan keperluan aku pada masa kini...hehehe....Aku dah order baju Tshirt 2 helai, blouse 1 helai, Dress 2 helai. Jumlah semua RM215.55. Kan aku dah kata order baju kat mum dreams, aku boleh dapat sampai 5 helai baju maternity. Kalau aku beli kat pasifik? Belum tentu aku boleh beli sampai 3 helai pun. Butik Mum Dreams dah pun uruskan penghantaran. Nanti akan sampaila kat aku dalam 2-3 hari. Lepas ni bolehla aku pakai baju yang lebih selesa.

Hari ni jugak, aku dah ke klinik untuk buat pemeriksaan bulanan. Air kencing ok. Tak ada jangkitan kuman atau pun gula. Berat badan??? Huhuhhu...satu pemeriksaan yang paling aku tak suka. Tapi kena timbang jugakla. Berat badan aku dah bertambah dengan jayanya. Hehehe....bulan lepas 90kg. Bulan ni 92kg. Tak sangka aku berat badan aku yang asal cuma 85kg ja. Boleh bertambah sampai 92kg? Fuh...menakutkan!!! Nasib baikla sebab mengandung badan naik. Kalau tak ada sebab, memang kena diet tahap gila-gila la jawabnya. Aku rasa, berat badan aku ni takla sampai 90kg pun. Mungkin dalam 86kg kot. ( ye ke? hehehe) Bila dah ditambah dengan berat baby, berat uri, berat air memangla sampai 92kg. Tapi, takpala, nanti lepas dah bersalin, aku kena atur balik jadual pemakanan aku. Tapi dalam fikiran ni, aku ada lagi lebih kurang 2 bulan untuk bersalin. Sekarang pun berat badan dah 92kg. Lagi 2 bulan macam mana agaknya ye??? Satu persoalan yang hanya akan terjawab bila aku dah melaluinya nanti. Tapi aku harap semuanya ok. Lepas dah timbang, kena check tekanan darah pulak. Aku tak penah risau dengan tekanan darah ni sebab selama 6 bulan buat pemeriksaan, tekanan darah aku normal 110/80. Tapi hari ni.........tekanan darah aku 140/80. Terkejut jugak aku. Aku heran jugakla. Aku makan apa tekanan darah jadi macam tu. Pastu nurse tu kata takpala sat gi check sekali lagi. Aku ke pemeriksaan seterusnya. Check jantung baby. So far, jantung baby normal 154. Okla. Lepas dah check jantung baby, ambik hb. Hb pun ok 10.9. Mungkin sebab aku banyak makan hati n kerang kot 2 minggu yang lepas. Tu yg hb ok dan normal. Tapi dalam fikiran aku ni dok rasa pelik kenapa tekanan darah naik. Nak kata rasa pening-pening tak ada pun. Tido pun ok. Pelik betul.....Mesti nurse tu silap baca ni. Lepas dah dengar penjelasan nurse tu pasal sawan mengandung dan macam-macam lagi, nurse tu pun ambik lagi sekali tekanan darah aku. Aku harap nurse tu yang silap baca masa ambik pertama kali tadi. Sebab aku rasa sihat walafiat ja. Baby pun ok. Mesti nurse tu yang silap baca. Kali kedua dia ambik tekanan darah aku, lega rasa sebab darah aku stabil ja 110/80. Kali ketiga pun bacaan tetap sama 110/80. Memang betul la aku kata nurse tu yang silap baca. Bila dah tau tekanan darah normal, baru la rasa lega. Kalau tak risau jugak...Alhamdulillah.....Sihat-sihat ja aku ni... Hehehehe.....Ada lagi 2 bulan. Harap semuanya ok. Next check up is 19 Januari 2010.


P/s Coming soon, list barang baby. Nanti mama tolong tengok sama k....hehehe. Nak p beli hujung bulan ni kot....

Friday, January 1, 2010

Happy New Year 2010

Pejam celik, pejam celik dah masuk pun kita ke tahun 2010. Happy New Year semua. Semoga apa yang dirancang dan diazamkan untuk tahun ini menjadi kenyataan. Bagi aku pula, tahun ini mungkin dijadikan tahun yang penuh dengan kehidupan baru sebagai ibu. Insyaallah hujung bulan 3 nanti dan seterusnya akan berubahlah kehidupan aku. Tapi ada satu keraguan dalam diri ini. Mampukah aku jadi seorang IBU? Hahaha....bila difikir balik rasa macam tak mampu je sebab kadang-kadang masih terasa diri ini masih lagi budak-budak yang memerlukan bimbingan dan didikan dari orang yang lebih tua. Takpala....nanti aku try cari ilmu tentang keibuan pulak. Bila bercakap atau berfikir tentang kehidupan baru yang bakal menjelang, terfikir jugak nanti panggilan apakah yang paling sesuai untuk aku nanti. Macam-macam panggilan yang terlintas dalam fikiran. Antaranya, mumy, ibu, umi, mama. Bila cuba panggil rasa pelik pulak. Emmm...entahlah mungin bila dah ada baby nanti baru rasa panggilan tersebut tak pelik kot. Kita tunggu dan lihat nanti.

Kandungan aku dah masuk 28 minggu 2 hari. Bila rujuk semula kepada pregnancy ticker, kandungan aku dah masuk trimester ketiga. Orang kata fasa kandungan terakhir inilah kena berhati-hati. Sebab macam-macam boleh terjadi. Tapi, aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Amin....Sesekali bila menghitung hari, perasaan takut dan bimbang tetap ada. Takut untuk menghadapi saat-saat bersalin nanti. Macam-macam cerita yang aku dengar. Tapi, aku malas nak ambik peduli. Biarla diorang dengan pengalaman diorang dan aku nanti biarlah aku mencipta sendiri pengalaman aku. Jauh disudut dihati berharap segalanya dipermudahkan nanti. Ada orang kata seronok menghadapi saat-saat bersalin. Dan ada orang kata takut dan serik. Tapi, bila difikirkan balik, masing-masing ada perjalanan hidup dan pengalaman masing-masing. Ada yang mudah, dan ada yang susah. Aku??? Aku belum tahu macam mana dengan nasibku. Tapi aku harap semuanya ok.

Dah masuk 28 minggu kandungan aku, aku belum buat apa-apa list tentang barang keperluan baby. Entahlah, aku tak tau barang-barang asas baby. Tapi, aku tak boleh biarkan macam tu saja. Nanti aku kena cari dan buat jugak list barang-barang baby. Kalau tak, mesti tertinggal. Jangan kata barang baby, nama baby pun belum dicari. Hahaha....semuanya belum dibuat. Nama baby ni tak pa. Nanti akan jumpala nama-nama yang berkenan dihati. Nak pilih nama baby pun bukan boleh letak ikut sedap mulut ja. Kena tahu dan faham maknanya. Baru ok. Bukan tak penah tengok list nama-nama baby. Penah tengok. Tapi tak tau nak buat pilihan. Takpa pelan-pelan nanti jumpala nama baby yang sesuai. Jantina baby pun belum diketahui. Masa 5 bulan ari tu scan sekali. Dr kata baby boy tapi belum berapa jelas. Mungkin jugak baby boy sebab dr yang aku jumpa tu dr yang berpengalaman jugakla. Tapi, aku tak kisahlah boy or girl. Janji semuanya ok....

So far, aku sihat-sihat ja. Baby pun ok. Dah makin aktif bergerak. Tapi kadang-kadang dia diam ja. Selalunya baby ni aktif waktu malam waktu di mana masa aku berehat atau dah nak tido. Waktu tu la dia dok tengah main-main. Kadang-kadang seronok jugak. Hehehehe.... Sekarang ni aku kerap nak ke bilik air ja. Asyik nak terkencing ja. Mungkin baby dah makin membesar dan dia dah mula menekan pundi kencing. Takpala, nak buat macam mana. Memang lumrah macam tu...Lepas ni okla dan kehidupan aku akan kembali normal balik.

Sekarang ni aku makin kerap pulak untuk menghadirkan diri ke klinik untuk buat pemeriksaan ketika mengandung. Dah kena tunjuk muka kat misi 2 minggu sekali. Bila makin dekat dengan due sekali seminggu pulak. Kalau diikutkan rasa macam malas ja nak p. Tapi, demi kesihatan pegi jugakla....Mudah-mudahan semuanya ok dan sihat....Amin...

Friday, December 25, 2009

Awas digigit Kucing

KUALA TERENGGANU - Penulis novel yang lumpuh sebelah kaki sejak lima tahun lalu akibat digigit kucing, Arifin Ngah, 70, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Bukit Tunggal di sini pada pukul 1.15 petang semalam.

Allahyarham yang turut mengalami komplikasi pelbagai penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang sejak insiden tersebut menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Zainab Mohamad, 63 dan tiga anaknya.

Menurut Zainab, dalam insiden pada April 2005 itu, suaminya digigit kucing peliharaan mereka yang dinamakan Putih ketika hendak mengambil wuduk untuk solat subuh di rumahnya.

Berikutan kejadian itu, bekas guru yang merupakan pemenang Anugerah Sastera Darul Iman sebanyak dua kali melalui karya bertajuk Wahyu dan Tangisan Bangsaku mendapat rawatan di Kuantan Medical Centre di Kuantan.

"Bagaimanapun, doktor memberitahu saraf kakinya telah putus," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini semalam.

Menurutnya, selama lima tahun arwah berulang alik ke hospital tetapi baru-baru ini penyakitnya bertambah parah dan terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah selama 26 hari tetapi arwah minta untuk pulang ke rumah pada Ahad lalu.

"Semalam dia masih boleh bercakap dan memberitahu rakan-rakannya yang sudah meninggal dunia datang melawatnya," katanya yang dapat merasakan ajal suaminya makin dekat selepas mendengar kata-kata itu.

Bagaimanapun, menurut Zainab, dia reda dengan pemergian arwah yang sudah lama menderita sakit itu tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk menguruskan lebih 10 buah novel yang sudah disiapkan tetapi belum dihantar kepada penerbit.

Antara karya arwah yang sudah diterbitkan ialah Bila Siulan Berbunyi, Anak Pondok, Panglima Datu, Sewak, Gadis Vokasional dan Taubah.

Sumber dari Kosmo 26/12/2009

***********************************************************************************

Bila baca paper kosmo hari ni, terkejut jugakla. Penulis novel lumpuh meninggal dunia. Setelah baca line by line ada ayat yang mengatakan beliau lumpuh akibat digigit kucing selain dari komplikasi penyakit yang lain. Aku ni peminat kucing dan ada kucing peliharaan terfikir jugakla betul ke gigitan kucing boleh menyebabkan lumpuh? Cuba cari maklumat dalam internet. Dan jumpala sikit-sikit maklumat tu. Rupa-rupanya gigitan kucing merbahaya sebab ada sejenis virus yang dibawa dari hasil gigitan tu. Virus tersebut dikenali sebagai virus rabies. Virus ni boleh menyebabkan mangsa lumpuh. Kucing selalunya menggigit apabila dirasakan terancam atau bila kita terpijak mana-mana bahagian badannya. Sebab tu kita dinasihatkan supaya tidak terpijak mana-mana bahagian badan kucing yang sensitif macam ekor atau kakinya. Kalau terpijak, kenalah cepat-cepat melarikan diri untuk mengelakkan terkena gigitannya. So, dari maklumat ni dapatlah dijadikan panduan untuk aku dan peminat-peminat kucing supaya lebih berhati-hati dengan gigitan kucing. Jika digigit kucing hingga menembusi kulit kita dan darah keluar terlalu banyak, cepat-cepatlah ke klinik untuk mendapatkan suntikan anti rabies ( VAR ). Jangan disangka gigitan kucing tidak merbahaya walaupun kucing itu adalah kucing peliharaan kita. So, berhati-hatilah selalu.....




Friday, December 18, 2009

Picnic dan Kucing Beranak

Lama rasanya tak diupdate blog ni. Busy sikit dalam cuti sekolah ni. Tambahan pulak kabel internet kat rumah kena curi. Jadi kat rumah tak boleh la nak bukak internet. Kat kedai busy ngan customer dan kelas komputer. Memang tak sempat la nak update blog. Satu-satu masa yang boleh digunakan untuk menulis dalam blog adalah pada waktu malam. Sekarang ni masa agak free. Tengah tunggu pelajar sampai untuk belajar komputer. Sementara menunggu sempatla taip sikit-sikit.

Memandangkan cuti sekolah agak panjang, aku n hb plan nak pegi picnic kat tepi pantai di Penang. Pada mulanya plan nak pegi picnic ni hujung bulan November lagi. Tapi di atas sebab-sebab tertentu maka plan tersebut ditunda ke 11 Disember 2009. Dan pada 11 Disember yang lalu, kami pun menjayakan plan yang telah dipersetujui sebelum ini. Walaupun agak busy dan penat, aku kuatkan diri jugak menyediakan menu. Menu yang disediakan takla susah mana pun. Kami plan nak buat bbq je. Nak bakar masa tgh picnic kat pantai. Antara makanan atau pun menu yang nak dibakar ialah ayam, sosej, tauhu ikan, isi ketam dan lain-lain bhn sejuk beku yang telah dibeli di pasaraya Giant. Aku sediakan sambal untuk diperap dengan ayam. Buat siap-siap malam tu dan perap terus dengan ayam. Pagi keesokkannya lepas subuh bangun tak tido-tido dah. Agak letih jugak. Tapi, tak pa la. Janji semua plan berjalan lancar....

Kami picnic di Pantai Bersih Bayan Lepas. Gambar lupa la nak ambik. Tak sempat nak ingat kat kamera time busy mcm ari tu. Sayang rasa tak ambik gambar. Antara gambar yang dirasakan menarik ialah time bakar bbq ngan time mandi air laut. Tak teringat langsung. Emmm..takpala nak buat mcm mana dah nak jadi mcm tu....takkan nak ulang balik setiap saat tu. Hahaha..lawak pulak kalau kata nak ulang balik saat2 mcm tu. Takpala, nanti lain kali kalau ada lagi plan nak buat mcm ni, perkara utama yang akan aku ingat ialah KAMERA.

Seminggu sebelum picnic ari tu, kucing aku telah pun selamat melahirkan anak-anaknya. Masa aku bangun pagi nak kemas sangkar n nak bagi makan, Miaw tu bunyi tak berenti-berenti. Tak tau dia nak kata apa. Setiap kali nampak aku, mesti dia bunyi. Aku pun heran jugak dengan tingkah laku dia. Last2 aku biar macam tu je.....Petang balik je dari keje jenguk dalam kotak dia tgk2 ada anak-anak kucing 3 ekor. Tapi yang hidup cuma 2 ekor je. Lagi sekor tu mati. Tak tau la mati pasal apa. Tapi kat perut dia bahagian pusat mcm tali pusat tercabut je. Banyak darah kat situ. Agaknya tali pusat dia terputus kot. Tu yang mati. Ni dok tengah pikir nak buat macam mana dgn anak2 miaw tu. Takpala setakat ni biarlah dulu. Bela dulu dan tengok macam mana nanti. Tak sampai hati nak buang kat pasar ke, kedai makan ke. Bukan jenis aku la buang2 kucing ni. Mungkin akan diiklankan dalam internet. Bukan untuk jual. Cuma nak cari tuan baru untuk anak2 kucing tu nanti bila dah besar dan dah cerai susu. Mesti ada peminat2 kucing di Malaysia ni. Kena pandai cari la....














Haa...perkembangan bisnes pulak. So far Alhamdulillah. Bisnes aku nampaknya memberangsangkan. 2 hari lepas stok tudung baru dah sampai. Tudung yg baru sampai tu tudung ct ala hawa. Nanti akan diuploadkan dalam blog. Coming soon........



Saturday, December 5, 2009

Cuti, Kelas Komputer dan Bisnes

Sekarang ni cuti sekolah dah start. Syoknya para cikgu-cikgu dan student. Cuti akhir tahun yang sungguh panjang. Selalunya setiap hari kena bangun pagi n bersiap untuk ke sekolah. Mesti sesetengah para cikgu kelam kabut pagi-pagi tu. Bila sekolah dah cuti, bangun pagi boleh la nak relax sikit. Takla bz mcm selalu. Student pulak, time cuti-cuti ni la time untuk tido n bangun agak lewat dari biasa. Hehehe...biasala aku pun penah jadi student jugak. Memang best.

Kehidupan aku lain pulak. Memandangkan kami mempunyai sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan internet, time cuti hujung tahun ni merupakan time yang paling bz. Time macam ni la kami berpeluang mengumpul duit yang mungkin lebih banyak sikit dari biasa. Tapi kadang-kadang tak menentu jugak. Kadang-kadang customer tak ramai n kadang-kadang tak menang tangan nak handle setiap customer yang datang. Apa pun kami berusaha memenuhi permintaan customer yang datang.

Sekarang ni aku tengah handle kelas komputer. Pelajar yang tengah berkursus dengan aku sekarang mengambil pakej RM360 di mana ada 4 subjek semuanya yang perlu diselesaikan dalam masa 45 jam. Subjek yang diambil subjek Pengenalan Kepada Komputer dan Internet, Microsoft Word, PowerPoint dan Excel. Setakat ni aku dah pun mengajar pelajar tersebut selama 5 jam. Kelas dah dimulakan pada 4 dis yang lalu. Penat rupanya mengajar orang ni. Kalau orang tak faham kita kena ulang balik bagi orang tu betul-betul faham. 2 jam mengajar rasa tekak ni kering ja. Rasa macam dah tak boleh nak cakap dah. Kena basahkan tekak dulu baru boleh sambung mengajar. Kemarin kena ajar 3 jam. Nak dedahkan pelajar tersebut dengan penggunaan windows xp dan internet. Penat betul time nak jelaskan bab internet. Yela, internet ni kan luas. Jadi banyak benda yang pelajar kena tau dari basic. Bila mengajar bab internet ni, baru aku perasan, rupanya ramai lagi orang yang belum tahu tentang Internet. Rasa macam rugi je orang tu. Takpala, aku akan tolong setakat mana yang boleh. Harap dengan menghadiri kelas ni, orang akan lebih terdedah kepada Internet.

Memandangkan sekarang agak bz dengan persediaan mengajar kelas komputer, aku belum sempat nak update blog perniagaan aku. Dalam plan nak start ambik gambar stok tudung baru hari ni. Tapi, tak tau la sempat ke tak. Harap sempatla. Memangla musim perayaan dah habis. Tapi masih ada orang yang bertanya ttg stok baru tudung. Adoi.... kena cepat buat keje macam ni. Customer yang tanya pun dari Sabah pulak tu. Jauh....kesian kat dia. Hehehehe....Ingat nak order lagi stok tudung baru. Lagi banyak koleksi tudung, lagi banyak customer buat pilihan. Silap-silap diorang beli je. Aku rasa perniagaan online sekarang ni makin mendapat perhatian orang ramai. Jadi aku sebagai peniaga, kena rebutlah peluang ni. Lagipun, perniagaan online ni boleh jadi side income....InsyaALLAH....