Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Friday, December 18, 2009

Picnic dan Kucing Beranak

Lama rasanya tak diupdate blog ni. Busy sikit dalam cuti sekolah ni. Tambahan pulak kabel internet kat rumah kena curi. Jadi kat rumah tak boleh la nak bukak internet. Kat kedai busy ngan customer dan kelas komputer. Memang tak sempat la nak update blog. Satu-satu masa yang boleh digunakan untuk menulis dalam blog adalah pada waktu malam. Sekarang ni masa agak free. Tengah tunggu pelajar sampai untuk belajar komputer. Sementara menunggu sempatla taip sikit-sikit.

Memandangkan cuti sekolah agak panjang, aku n hb plan nak pegi picnic kat tepi pantai di Penang. Pada mulanya plan nak pegi picnic ni hujung bulan November lagi. Tapi di atas sebab-sebab tertentu maka plan tersebut ditunda ke 11 Disember 2009. Dan pada 11 Disember yang lalu, kami pun menjayakan plan yang telah dipersetujui sebelum ini. Walaupun agak busy dan penat, aku kuatkan diri jugak menyediakan menu. Menu yang disediakan takla susah mana pun. Kami plan nak buat bbq je. Nak bakar masa tgh picnic kat pantai. Antara makanan atau pun menu yang nak dibakar ialah ayam, sosej, tauhu ikan, isi ketam dan lain-lain bhn sejuk beku yang telah dibeli di pasaraya Giant. Aku sediakan sambal untuk diperap dengan ayam. Buat siap-siap malam tu dan perap terus dengan ayam. Pagi keesokkannya lepas subuh bangun tak tido-tido dah. Agak letih jugak. Tapi, tak pa la. Janji semua plan berjalan lancar....

Kami picnic di Pantai Bersih Bayan Lepas. Gambar lupa la nak ambik. Tak sempat nak ingat kat kamera time busy mcm ari tu. Sayang rasa tak ambik gambar. Antara gambar yang dirasakan menarik ialah time bakar bbq ngan time mandi air laut. Tak teringat langsung. Emmm..takpala nak buat mcm mana dah nak jadi mcm tu....takkan nak ulang balik setiap saat tu. Hahaha..lawak pulak kalau kata nak ulang balik saat2 mcm tu. Takpala, nanti lain kali kalau ada lagi plan nak buat mcm ni, perkara utama yang akan aku ingat ialah KAMERA.

Seminggu sebelum picnic ari tu, kucing aku telah pun selamat melahirkan anak-anaknya. Masa aku bangun pagi nak kemas sangkar n nak bagi makan, Miaw tu bunyi tak berenti-berenti. Tak tau dia nak kata apa. Setiap kali nampak aku, mesti dia bunyi. Aku pun heran jugak dengan tingkah laku dia. Last2 aku biar macam tu je.....Petang balik je dari keje jenguk dalam kotak dia tgk2 ada anak-anak kucing 3 ekor. Tapi yang hidup cuma 2 ekor je. Lagi sekor tu mati. Tak tau la mati pasal apa. Tapi kat perut dia bahagian pusat mcm tali pusat tercabut je. Banyak darah kat situ. Agaknya tali pusat dia terputus kot. Tu yang mati. Ni dok tengah pikir nak buat macam mana dgn anak2 miaw tu. Takpala setakat ni biarlah dulu. Bela dulu dan tengok macam mana nanti. Tak sampai hati nak buang kat pasar ke, kedai makan ke. Bukan jenis aku la buang2 kucing ni. Mungkin akan diiklankan dalam internet. Bukan untuk jual. Cuma nak cari tuan baru untuk anak2 kucing tu nanti bila dah besar dan dah cerai susu. Mesti ada peminat2 kucing di Malaysia ni. Kena pandai cari la....














Haa...perkembangan bisnes pulak. So far Alhamdulillah. Bisnes aku nampaknya memberangsangkan. 2 hari lepas stok tudung baru dah sampai. Tudung yg baru sampai tu tudung ct ala hawa. Nanti akan diuploadkan dalam blog. Coming soon........



No comments:

Post a Comment