Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Saturday, December 5, 2009

Cuti, Kelas Komputer dan Bisnes

Sekarang ni cuti sekolah dah start. Syoknya para cikgu-cikgu dan student. Cuti akhir tahun yang sungguh panjang. Selalunya setiap hari kena bangun pagi n bersiap untuk ke sekolah. Mesti sesetengah para cikgu kelam kabut pagi-pagi tu. Bila sekolah dah cuti, bangun pagi boleh la nak relax sikit. Takla bz mcm selalu. Student pulak, time cuti-cuti ni la time untuk tido n bangun agak lewat dari biasa. Hehehe...biasala aku pun penah jadi student jugak. Memang best.

Kehidupan aku lain pulak. Memandangkan kami mempunyai sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan internet, time cuti hujung tahun ni merupakan time yang paling bz. Time macam ni la kami berpeluang mengumpul duit yang mungkin lebih banyak sikit dari biasa. Tapi kadang-kadang tak menentu jugak. Kadang-kadang customer tak ramai n kadang-kadang tak menang tangan nak handle setiap customer yang datang. Apa pun kami berusaha memenuhi permintaan customer yang datang.

Sekarang ni aku tengah handle kelas komputer. Pelajar yang tengah berkursus dengan aku sekarang mengambil pakej RM360 di mana ada 4 subjek semuanya yang perlu diselesaikan dalam masa 45 jam. Subjek yang diambil subjek Pengenalan Kepada Komputer dan Internet, Microsoft Word, PowerPoint dan Excel. Setakat ni aku dah pun mengajar pelajar tersebut selama 5 jam. Kelas dah dimulakan pada 4 dis yang lalu. Penat rupanya mengajar orang ni. Kalau orang tak faham kita kena ulang balik bagi orang tu betul-betul faham. 2 jam mengajar rasa tekak ni kering ja. Rasa macam dah tak boleh nak cakap dah. Kena basahkan tekak dulu baru boleh sambung mengajar. Kemarin kena ajar 3 jam. Nak dedahkan pelajar tersebut dengan penggunaan windows xp dan internet. Penat betul time nak jelaskan bab internet. Yela, internet ni kan luas. Jadi banyak benda yang pelajar kena tau dari basic. Bila mengajar bab internet ni, baru aku perasan, rupanya ramai lagi orang yang belum tahu tentang Internet. Rasa macam rugi je orang tu. Takpala, aku akan tolong setakat mana yang boleh. Harap dengan menghadiri kelas ni, orang akan lebih terdedah kepada Internet.

Memandangkan sekarang agak bz dengan persediaan mengajar kelas komputer, aku belum sempat nak update blog perniagaan aku. Dalam plan nak start ambik gambar stok tudung baru hari ni. Tapi, tak tau la sempat ke tak. Harap sempatla. Memangla musim perayaan dah habis. Tapi masih ada orang yang bertanya ttg stok baru tudung. Adoi.... kena cepat buat keje macam ni. Customer yang tanya pun dari Sabah pulak tu. Jauh....kesian kat dia. Hehehehe....Ingat nak order lagi stok tudung baru. Lagi banyak koleksi tudung, lagi banyak customer buat pilihan. Silap-silap diorang beli je. Aku rasa perniagaan online sekarang ni makin mendapat perhatian orang ramai. Jadi aku sebagai peniaga, kena rebutlah peluang ni. Lagipun, perniagaan online ni boleh jadi side income....InsyaALLAH....

No comments:

Post a Comment