Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Thursday, January 13, 2011

Garaj Sale Untuk Kelas Komputer

Semalam saya dan hb cakap macam mana nak dapatkan modal untuk tambah kemudahan dalam kelas komputer. Banyak jugak nak kena tambah. Saya ingat nak beli 3 buah komputer baru yang diinstallkan dengan sistem windows 7, 1 buah meja dan 2 buah kerusi. Modal lebih kurang RM5000. Nak cari mana ye modal sebanyak tu?

Semalam punyalah puas pk. Akhirnya saya dan hb decide untuk buat Garaj Sale. Pendapatan dari garaj sale ni agak mustahil nak mencecah RM5000. Nama pun garaj sale kan. Jadi barang-barang yang dijual bukanlah mahal pun. Barang yang nak dijual pun merupakan barang yang dah dipakai tapi masih lagi dalam keadaan baik. Banyak barang-barang tu. Kalau dikumpul dan dijual balik pun ada gunanya. Garaj sale yang kami nak buat ni bukanla bukak satu khemah depan rumah or mana-mana tapak. Tapi ingat nak jual dalam Mudah ja. Zaman teknologikan...So apa lagi gunalah kemudahan ni. Harap dengan usaha ni bolehlah tambah n kumpul duit untuk dijadikan modal. Kalau x cukup rasanya boleh kot nak cover-cover kalau mampu. Insyaallah....

Banyak jugak barang yang ada. Antaranya:

Patung Mannequin
Handbag
Sangkar Kucing
Lampu Meja
Speaker Kereta Hb
Video Kamera
Kamera Cannon
Dance Pad ( Ps2 )

dan macam-macam lagi la. Tak tersenarai di sini. Terlampau banyak. So start malam ni kalau keadaan mengizinkan, gambar semua barang yang nak dijual akan disnap. Harap semua usaha ni dapat jugakla membantu saya untuk menambah kemudahan dalam Kelas Komputer. Nak buat pinjaman dengan bank, susah. Jadi terpaksala kami pk cara lain untuk dapatkan modal tambahan. Semoga semuanya dipermudahkan.....Amin

Monday, January 10, 2011

Shepherd Pie

Macam yang dijanjikan hari ni saya nak kongsi macam mana nak buat Shepherd Pie tu.

Bahan Inti:

500gm daging kisar/ayam kisar
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 ulas bawang putih ( cincang )
1 cawan kacang peas
8 biji cendawan tin ( belah 4 )
2 biji buah tomato masak
1 batang karot ( potong dadu )
1 pokok daun sup ( cincang )
1 s/b tepung jagung ( bancuhkan )
1 s/b lada hitam ( dikisar )
2 s/b minyak
garam
1 cawan air

Bahan Kentang

1kg Kentang ( potong dadu )
1/2 cawan susu segar Dutch Lady
2 s/b mentega
garam, lada,hilal
air untuk merebus


Cara Menyediakan Inti
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar n bawang putih sampai wangi.
  2. Masukkan daging / ayam kisar dan cendawan. Kacau rata sampai daging masak
  3. Masukkan tomata n semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai masak.
  5. Angkat dan sejukkan.
Cara Menyediakan Kentang
  1. Kentang direbus dengan air sampai air rebusan kering. ( hati-hati jgn sampai hangit plak)
  2. Lecek kentang n gaulkan dengan susu segar, lada, garam dan mentega
  3. Lepas dah selesai gaul rata, masukkan sikit kentang dalam mangkuk aluminium kecil atau sederhana. Ratakan permukaan kentang tersebut.
  4. Masukkan inti n tutupkan dengan kentang lecek lagi dibahagian atasnya.
  5. Bakar dlm oven yang dah dipanaskan selama 30 minit dengan suhu 200'c
  6. Pastu bolehlah hidang.
Selamat Mencuba!

Saturday, January 8, 2011

Dinner with Shepherd Pie...


Gambar apa kat atas tu? Hehehe....tula Shepherd Pie sebelum dibakar.
Saja je nak upload ni. Cuma nak share apa yang dimakan malam ni. Malam ni dinner at home is Shepherd Pie. Apa itu Shepherd Pie? Shepherd Pie ni nama glamour dia. Tapi yang sebenarnya Shepherd Pie ni ialah makanan yang dibuat dari ubi kentang yang dilenyek bersama rempah ratus dan intinya. Intinya terpulanglah pada kita nak buat inti daging or ayam. For me, i prefer Chicken. Sebenarnya saya baru belajar makan this pie time saya di rumah Mama. Mama pun rupanya suka cuba resipi baru. Jadi makanan mama dah pun dipelbagaikan. Tak terhad kepada nasi semata-mata. Ubi kentang ni boleh dijadikan makanan gantian kepada nasi. Coz...potato is karbohidrat too....Masa saya kat rumah mama, saya sempat belajar macam mana nak buat Shepherd Pie ni. So bila saya dah tengok dan perhatikan apa yang mama buat, akhirnya saya decide i will try this recipe. Sedap pie ni. Tu if Mama yang buat. Kalau saya buat? Belum tentu sedap rasanya. hihihi....

Jadi hari ni, i decide to try that recipe. Saya rasa Shepherd Pie boleh dijadikan dinner. Hb pun suka makanan berasaskan pie ni. Oleh kerana masa terluang agak banyak petang ni, jadi saya pun sempatlah menyediakan inti n kentang yang siap dilenyek. Malam after maghrib, just bakar je. Only 30 minutes. Hasilnya...........


Shepherd Pie yang siap dibakar

Jom Makan....

Pie yang saya buat ni tak berapa jadi macam Mama buat. Rasa dah ada dah. Cuma rupanya tak sama. Mama buat keras sikit. Saya buat macam lembik sikit. Mungkin disebabkan intinya. Inti yang saya buat agak basah. Seingat saya, inti yang Mama buat kering sikit. Takpalah....lain kali saya akan cuba perbaiki lagi....Tapi, sedapla. Malam ni ini je dinner saya dan hb. Kenyang jugak sebab kentang kan....Kentang ganti nasi. Hari-hari dah makan nasi. Boring rasanya....Tu yang cuba benda lain....

Next entry, InsyaALLAH saya akan masukkan resipinya...Wait n see...

Adios!!!

Friday, January 7, 2011

Duit...Duit..Duit...

Lately, saya dan hb selalu fikirkan tentang duit..duit...duit...Sometimes, kami rasa risau sangat. sumber kewangan kami belum stabil. Macam-macam difikiran ni. Saya dan hb sekarang tengah fikir macam mana nak tambah sumber pendapatan kami. Ye memang betul kami ada bisnes sendiri. Hb dengan Pusat Komputernya dan saya dengan Kelas Komputer saya. Buat masa ni, sumber pendapatan kami bergantung sepenuhnya kepada kedua-dua bisnes ini. Pusat Komputer jika dihitung pendapatan hari-hari adakala memberangsangkan dan adakala tidak. Tapi, secara puratanya pendapatan hari-hari Pusat Komputer mencecah RM100 lebih saja. Puas kami memikirkannya....Tengah fikir macam mana nak tambah pendapatan, tiba-tiba beberapa hari yang lalu Abah maklumkan pada saya yang abg Mat, merangkap pembantu Abah untuk berniaga meluahkan hasratnya untuk memotong atau untuk menoreh getah pulak. Menyirap sikit darah saya. Hahaaha..yela kalau pembantu Abah nak menoreh getah, berkemungkinan besar Abah akan berhenti berniaga. Yela, kerja macam Abah memang penat. Abah tak mampu buat sorang-sorang. Abah pun bukannya kuat lagi untuk berniaga. Abah masih berniaga sekarang pun sebab pembantunya itu masih ada. Saya dan hb agak risau. Kalau Abah berhenti berniaga, bermakna, pendapatan isi rumah kami secara keseluruhannya berkemungkinan besar beralih kepada saya dan hb. How??? Macam mana nak hadapi benda ni? Any idea???

Wednesday, January 5, 2011

Niyaz @ Sala Classic



Hari Ahad yang lalu saya dan hb keluar ke Alor Setar untuk shopping barang-barang rumah. Biasalah saya kalau nak ke mana-mana yang tidak melibatkan kerja memang Niyaz akan dibawa bersama. Oleh kerana pada waktu siang kami bekerja terpaksalah bawa dia keluar pada waktu malam. Nak buat macam mana kan...? Kalau Niyaz tak dibawa bersama rasanya saya tak lengkap. Mak mertua selalu tak bagi saya bawa Niyaz bersama kalau keluar malam-malam. Tapi, saya tetap bawa Niyaz jugak. Yela..mana boleh tinggal Niyaz. Tambah-tambah masa keluar tu bukannya ada keje yang nak dibuat. Just Family Time. For Fun n Enjoy just 3 of us....Penting tu....

Masa shopping tu Niyaz happy sangat. Nampak sangat kat muka dia. Dari mula saya pakai baju, pakai tudung, masa nak keluar kat pintu rumah sampaila dalam kereta and sampai kat giant, mulut dia tak berenti menjerit n gelak n senyum. Hepi sangat tengok dia hepi macam tu. Yela..dia pun nak jugak keluar dengan Mummy n Papa. Keluar jalan-jalan. Maklumla..hari-hari kena tinggal ngan Mummy n Papa dia. Sekali dapat bersama, memangla hepi. Mana boleh saya tinggal dia kat rumah. Memang tak boleh...heheehe...

APa yang kami beli?

Macam orang lain jugak. Kami ke Alor Setar cuma membeli barang-barang rumah. Biasala sabun basuh kain, sabun mandi dan macam-macam lagi. Memang itupun yang dibeli setiap bulan kalau ke giant. Tak ada beli barang-barang yang bukan-bukan. Maklumla..budget tak cukup pun untuk beli barang-barang yang bukan keperluan. Sekali pandang baju, n tudung mmgla teringin nak beli. Tapi, tak boleh belanja macam tu. Tak cukup duit nanti. Lainla kalau org yang betul-betul kaya, mesti beli punyalah. Handbag satu ka. Hahaha...takpa saya tak kisah. Handbag saya, masih boleh digunakan. Baik saya guna handbag tu sampai koyak baru berbaloi nak beli yang baru....hehehe...Kita kena ukur baju di badan sendiri. Mana boleh pejam mata n ambik ja benda yang nak dibeli. Tak elok jika mempunyai tabiat macam tu.....

Lepas bershopping, kami pun singgah makan di Sala Classic. Biasalah, tempat yang selalu dikunjung selepai bershopping. Nak try kedai baru, rasa tak yakin pulak. Takut tak sedap. Di Alor Setar ni saya rasa kedai yang sedap pun kedai sala ni la....Tempat lain, entahla....Masa dalam perjalanan ke Sala Niyaz sebenarnya dah tido. Tapi bila kereta dihentikan, terjagalah dia dari tidonya. Macam biasalah...bila dia dah jaga, kena ambikla baby chair. Malam tu saya makan sphagetti. Hb mkn Chicken Chop. Niyaz makan fries....hehehe...suap dia sikit-sikit. Lagipun Niyaz suka makan ubi kentang....Kegemaran dia tu..Hehehe... Alhamdulillah...Niyaz senang dijaga. Dia x buat perangai. Alhamdulillah...

Saturday, January 1, 2011

Lembaran 2011 bermula....

Lama betul saya menyepikan diri....Dah berulang kali saya kata nak update blog. tapi apakan daya saya tak mempunyai masa yang banyak lagi utk berhadapan dengan komputer. Memang tak sempat. Anak saya dah berusia 9 bulan. dan sekarang sedang belajar untuk berdiri. Merangkak punyalah laju. Masa dia untuk tido pun semakin kurang. Hari-hari yang ditempuhinya penuh dengan aktiviti dan experimen. Dia akan cuba explore benda baru untuk mengembangkan otaknya. Alhamdulillah...anak ku semakin cerdik dan pandai. Saya gembira melihat perkembangan tersebut. Saya sentiasa berdoa semoga anak saya membesar dengan sihat.

Dalam kesibukan menjaga anak, saya telah pun sempat menyiapkan 2 modul kelas komputer saya. Iaitu modul Microsoft Word 2007 dan Microsoft Excel 2007...Alhamdulillah.....Cuma tinggal lagi 1 modul je belum disiapkan iaitu Modul Powerpoint 2007. Diharap saya dapat siapkan sebelum pertengahan bulan ini. Mudah-mudahan Allah memberi ruang kepada saya lagi untuk menyiapkan modul tersebut...

Semasa saya menaip dalam blog ni, Niyaz tengah tido. Lama pulak dia tido petang ni. agaknya dia letih kot hari ni. Takpala....sempatla saya update blog ni. Lama dah takamengadap komputer lama-lama macam ni. Hari ni saya berpeluang. Rasa puas hati ini.

Hari ni saya bukak FB dan saya terjumpa dengan Famili Friend saya masa zaman kanak-kanak dulu. Noof Hafzan Kamaruddin. Lama saya cuba menjejak ni. Entah kenapa sebelum ni tak keluar nama ni bila saya taip. Tapi kebetulan hari ni saya try taip nama ni dan alhamdulillah...saya jumpa. Akhirnya saya hantar request kat dia. Hepinya hati ni bila dia menerima request saya. Sempat saya bersembang dengan dia. Alhamdulillah...jumpa jugak kawan saya sorang ni....Walaupun dia muda dari saya tapi, saya gembira dapat berkawan dengan dia satu ketika dulu....Hehehe...terbayang di mata ni macam mana zaman kanak-kanak saya dengan dia....Hepinya....hehehe....Harap kali ni tak terputus lagi....Semoga satu hari nanti takdir pula menemukan saya dengan dia...