Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Friday, July 30, 2010

Kena Tunggu Kaunter...

Hari ni hari saya bekerja full time. Tahu kenapa saya kata full time? Sebab saya kena ganti hubby. Kena tunggu kaunter.First time kena tinggal baby dari pagi sampai petang. Nak buat macam mana kan? Nasib baiklah susu dah pun saya buat stok. Harap nanti Niyaz sentiasa kenyang. Hubby outstation. Haa..sapa kata keje sendiri tak dak outstation...Ada....Hubby kena ke Jitra ambik gambar orang kawin. Akad Nikah lepas Asar nanti....Hubby sedang berjinak-jinak dengan dunia fotografi perkahwinan. Minat dia ambik gambar-gambar ni. InsyaALLAH...kalau ada rezeki, bidang ini bakal diterokai oleh hubby.Semoga dia sentiasa sukses. Amin....

Oleh kerana saya kena ganti hubby, kelas saya yang dijadualkan pada waktu petang, terpaksa dioffkan. Jadi, untuk hari ini saya kena ajar kelas pagi sahaja. Okla sikit. Taklah penat mengeluarkan suara. Kalau tak, rasa macam nak tercabut je anak tekak ini. hihihihi....

Sekarang jam baru menunjukkan pukul 2petang. Ya Allah....kenapalah masa hari rasa lambat sangat. Hati teringatkan Niyaz di rumah. Kalau diikutkan, pukul 2 waktu dia menyusu. lepas menyusu terus tido sampai pukul 5. Mesti tok dia dah bagi minum susu. Harap sangat si kecil tu berada dalam keadaan yang selamat dan tenteram. Bercakap pasal Niyaz ni....Esok dah masuk 4 bulan usianya. Cepat ja dah 4 bulan. Dia dah pandai meniarap. Pantang orang letak mesti nak pusing. Selain tu dia dah gelak dan mula kenal orang sekeliling. Yang terbaru dia suka menjerit, buat cekur udang gamit dan buat bunyi 'aaaa'. hihihihi...so cute....insyaALLAH...nanti saya akan updatekan lagi perkembangannya....Lusa time to balik Sungai Petani. Time Niyaz jumpa mama tok n dedi wan dia. hihihi..ada ka istilah ni untuk panggil tok n wan? mesti ada. Pandai-pandaila kita reka. Taklah standard ja panggilan untuk tok n wan. Betul tak??? Hehehe....

Lama Tak Balik...

Baru habis kelas komputer. Hari ni kena ajar 2 orang. Pagi n petang. Pagi tadi pukul 10 sampai pukul 12 dan petang ni pukul 3 sampai pukul 5. So far student saya boleh ikut dan faham apa yang diajar. Puas rasa hati bila perkara yang diajar akhirnya student dapat faham. Alhamdulillah... Mungkin inilah nikmat yang diperolehi seorang insan yang bergelar cikgu. Memang agak bz sejak akhir2 ni. Kadang-kadang rasa macam tak mau tinggal bb dengan toknya. Rasa nak habiskan seluruh masa dan hari hanya bersama si kecil tersebut. Tapi apakan daya...inilah lumrah seorang ibu yang bekerja. Terpaksa tinggalkan permata hati. Bila difikirkan semula, lebih baik bekerja sendiri berbanding bekerja dengan orang. Sebabnya...apabila bekerja sendiri, kita yang jadi bos kepada diri kita. Kita boleh atur masa ikut kesesuaian. Tetapi ada jugak pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Memang diakui, adakala masa bersama si kecil tersebut agak terbatas. Yelah..kalau nasib baik, bila balik rumah, bolehla layan kerenah si kecil tersebut. Adakala tak sempat pun nak berbuat demikian kerana mungkin si kecil dah tido. Masa paling tak best bila balik rumah bb tido. Sayu rasa hati. Tapi, takpalah si kecil tersebut masih lagi bersama saya. Tido dan menyusu masih lagi bersama saya. Sekurang-kurangnya boleh juga saya mendakap dan membelainya. Alhamdulillah....

Beberapa minggu yang lalu hati tiba-tiba teringatkan mama dan dedi. Lama rupanya saya tak balik ke Sungai Petani. My hometown. Rumah tempat saya membesar dan berkumpul adik-beradik. Kali terakhir saya balik ialah pada cuti sekolah bulan Jun yang lalu. Kini dah nak masuk bulan Ogos. Fuhh...lama tu. Sebulan lebih saya tak menjenguk famili di Sungai Petani. First time saya tak balik selama sebulan lebih sejak berkahwin. Rasa macam pecah sejarah rekod pulak. Masa study kat UUM pun, tak penah saya tak balik selama sebulan lebih. Memang pecah rekodla....Mak mertua dan bapa mertua pun perasan bahawa saya dan hubby lama tak balik. Entahlah macam mana, waktu dinner bapa mertua kata' tak bawa Niyaz balik Sungai Petani ka'? Rupa- rupanya mereka pun perasan. Hihihi.....Sebenarnya terdetik di hati nak ke sana. Tengok jadual kelas....mesti frust. Full. Terutama masa weekend. Selalunya saya akan pilih utk balik pada weekend. Sebabnya...mama dan dedi cuti. Lama la sikit saya boleh tgk mama, n dedi. Boleh duduk sembang. Kalau tak sembang pun, tengok pun jadilah...Asalkan saya tahu mama n dedi ok....Kalau nasib baik, boleh jugak jumpa abang dan adik2. Walaupun saya tak berapa rapat dengan adik-beradik, tapi saya rasa hepi bila saya sempat jumpa mereka. Bukanlah tak rapat sampai tak sembang langsung. Sembang tu memang sembang. Cuma yang menyebabkan saya dan adik-beradik tak berapa rapat hanya kerana pandangan dan minat. Yelah..memangla tak sama anak lelaki dan anak perempuan. Minat tak sama. Tambahan pulak, saya ni jenis lurus bendul. Kadang-kadang apa yang disembangkan oleh adik-beradik saya tak faham. Itu je yang menyebabkan saya tak berapa rapat dengan adik-beradik. Bukan sebab lain okie...hihihi...

Disebabkan weekend saya full dengan kelas, jadi terpaksala saya balik pada hari bukan weekend. Nak buat macam mana....itulah solution yang dapat saya dan hubby buat. Setelah puas bincang dan timbangkan apa yang perlu ditimbang, akhirnya saya dan hubby buat keputusan nak balik pada hari Isnin bertarikh 2 Ogos 2010. Saya akan berasa di sana selama 3 hari 2 malam InsyaALLAH...semoga perancangan ini berjalan dengan lancar. So apa lagi tak sabar rasanya nak tunggu tarikh tersebut. Tapi takpa, sabar itu separuh daripada Iman.....Yahooo...nanti boleh balik.....hihihihi....hepi okay...

Sunday, July 25, 2010

Pinjaman Mikro BSN

Hmmm....dah 4 hari saya bergelar cikgu komputer. Dan selama 4 hari ini saya terpaksa tinggalkan Niyaz dgn toknya...huhuhu....Tapi, takpalah semoga Niyaz sentiasa didalam jagaan ALLAH hendaknya. Walaupun saya terpaksa tinggalkan Niyaz. Tapi saya bersyukur sangat kerana jadual bekerja saya taklah padat sangat seperti cikgu yang bekerja di sekolah-sekolah. Saya masih mempunyai masa untuk bersama dengan Niyaz. Alhamdulillah....

Hehehe...kembali kepada tajuk pinjaman mikro ni...

Beberapa minggu yang lalu, hubby cuba memohon pinjaman mikro BSN. Pinjaman ini dibuat untuk tujuan upgradekan bisnes kami. Kami memerlukan modal untuk majukan bisnes ini. Hubby memohon pinjaman sebanyak RM15000 untuk tujuan ini. Dalam rancangan perniagaan kami, kami ingin menambah PS2 dan 5 buah komputer untuk tujuan kelas komputer. So far, sambutan terhadap kelas komputer yang dikendalikan oleh saya amat menggalakkan. Jadi, dari sumber ini, saya bercadang ingin menghebahkan kepada orang ramai khasnya penduduk kampung ini untuk mempelajari ilmu komputer. Persediaan untuk kelas komputer ini perlu diteliti dan diatur dengan lebih baik agar penduduk kampung ini menjadikan Pusat Komputer kami sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan selain daripada mengenali perkhidmatan yang kami sediakan.

Setelah permohonan diterima, Pusat Komputer kami akhirnya menerima kunjungan balas daripada pihak BSN. Pada hari Jumaat yang lalu salah seorang kakitangan BSN telah meghadirkan diri ke Pusat komputer kami untuk meninjau premis dan aktiviti perniagaan kami. Komen dari kakitangan BSN itu menggambarkan gambaran positif bahawa kami bakal mendapat pinjaman tersebut dalam masa 2 minggu. Mudah-mudahan pinjaman tersebut dapat diluluskan. Semoga segala-galanya dipermudahkan...Amin...

Wednesday, July 21, 2010

Niyaz Kena Tinggal....

Hari ni saya mula bekerja semula. First time ke kedai setelah sekian lama tinggalkan kedai. Bila sampai je kat kedai pagi tadi rasa macam masa mula-mula saya melangkahkan kaki ke kedai ini setelah berkahwin. Rasa macam semua benda baru. Padahal sistem komputer di kedai ini pernah dikendalikan oleh saya sebelum ini. Hahaha...macam tak reti buat kerja pulak rasanya. Yelah...dah lama saya tinggalkannya. Tapi bukanlah terus tak tahu apa-apa. Saya seolah-olah kehilangan kepakaran dalam melayan customer. Lambat sangat. Takpa insyaALLAH....lepas ni saya akan cuba biasakan diri balik. Hari ni juga kelas komputer yang saya uruskan sebelum ini, start balik. Kemarin ada seorang pelajar mendaftar kelas komputer dan kelasnya bermula hari ini. Hari ini pelajar tersebut hanya belajar 2 jam. Next kelas ialah hari Sabtu pagi. Juga selama 2 jam. Alhamdulillah..taklah lama sangat. Saya pun taklah penat sangat. Oleh kerana hari ini saya kena mengajar student, jadi my son Niyaz terpaksalah ditinggalkan bersama toknya. Sedihnya tadi nak tinggal dia. Tapi takpalah, saya terpaksa berbuat demikian. Semoga ALLAH sentiasa menjaganya dari segala niat jahat dan bencana. Amin.....

Saturday, July 10, 2010

Mummy World

Pejam celik pejam celik, dah pun masuk bulan 3 saya memegang status baru iaitu status ibu, mummy, mama, umi dan macam-macam lagi gelaran yang diberi. Masa mula-mula mengetahui bakal jadi ibu memang excited. Tapi, belum tahu lagi macam mana keadaannya. Sekarang barulah saya tahu. Memang best walaupun ada ketika saya akan jadi risau jika anak sakit. Pada 1 April 2010 yang lalu saya dan hubby dikurniakan seorang anak lelaki seberat 3.0kg dan diberi nama Muhammad Niyaz Fauzan Bin Mohamad Fuad. Panjang betul nama anak kami ni. Masa mula-mula memilih nama memang pening. Tapi bila belek internet, belek buku, akhirnya kami setuju memilih nama Muhammad Niyaz Fauzan. Niyaz bermaksud doa, harapan dan Fauzan pula bermaksud kejayaan. Mudah-mudahan anak kami ini akan menjadi anak yang soleh dan beroleh kejayaan dalam hidupnya. Amin....Sekarang Niyaz dah pun masuk 3 bulan. Alhamdulillah...

Meniti usia 3 bulan, Niyaz dah pun boleh meniarap. Tapi dia jarang nak meniarap walaupun dah boleh meniarap. Setiap kali dia pusing mengiring dan cuba angkat kepalanya dari kedudukan telentang, mesti nak terbalik semula. Mungkin dia masih lagi mencuba untuk pusing dengan sendirinya. Takpa, insyaALLAH nanti dia akan lebih kerap meniarap. Pada 7/7 yang lalu, Niyaz kena cucuk lagi untuk 3 bulan. Berat badan dia pun dah meningkat ke 6.6kg. Memang mantap bodynya. Ibu-ibu yang berada di klinik tersebut asyik tanya kepada saya makanan apakah yang saya berikan kepada Niyaz. Jawapan saya simple....cuma susu badan. Umur Niyaz baru masuk 3 bulan. Mana boleh bagi lagi makanan pejal. Memang ada sesetengah ibu dah mula beri anak mereka makanan pejal pada usia 3 bulan. Tapi saya rasa tak ramai lagi. Maklumlah...nama pun baby, sistem penghadamannya belum layak untuk menerima makanan pejal. InsyaALLAH...saya akan teruskan penyusuan ini sehingga Niyaz berusia 6 bulan. Bila usianya dah masuk 6 bulan, barulah sistem penghadamannya mampu menerima makanan pejal. Buat masa ini, biarlah saya bagi susu badan dulu. Niyaz pun kenyang bila minum susu. Susu saya masih mencukupi untuk pembesarannya...Temujanji Niyaz dengan klinik seterusnya ialah pada 4/8. Pada ketika itu umur Niyaz dah 4 bulan. Temujanji yang seterusnya hanyalah untuk menimbang berat badannya. Tak kena cucuk dah. Nanti 5 bulan baru cucuk balik. Alhamdulillah..bolehlah Niyaz rehat sat daripada aktiviti cucuk mencucuk ni. Kesian rasa kat baby bila setiap bulan kena cucuk. Kebanyakan baby memang akan demam. Tapi Niyaz lain. Dia tak demam walaupun sikit. Dahla time cucuk pun tak nangis. Alhadulillah...mudah rasa jaga Niyaz. Saya bersyukur sangat-sangat. Mudah-mudahan dia akan jadi anak yang soleh dan bberoleh kejayaan hendaknya....Amin...

Duit..Duit...Duit.

Semalam, saya bersembang dengan hubby tentang duit. Makumlah...kami famili yang berniaga sendiri. Jadi perbincangan tentang duit merupakan tajuk utama setiap hari. Kami tak pernah jemu. Perbincangan tentang duit ini amat penting. Kami kena pandai merancang perbelanjaan. Seperti pasangan suami isteri yang lain, kami juga mempunyai keinginan untuk memiliki aset sendiri. Hubby pernah maklumkan kepada saya bahawa dia ingin kembangkan perniagaan tetapi modal tidak ada. Saya pernah nyatakan kepadanya tentang pinjaman bank. Dia maklumkan kepada saya bahawa dia susah nak buat pinjaman bank. Dia pernah tanya setiap bank yang ada. Hasilnya memang mengecewakan. Bukan saja interest yang tinggi. Tetapi mesti ada penjamin kakitangan kerajaan atau pun aset yang perlu dicagarkan. Bab penjamin ni la yang tak bestnya. Hubby tak mempunyai penjamin yang boleh dinyatakan. Aset yang nak dicagarkan juga, memangla tak ada. Pernah saya maklumkan pada hubby supaya minta tolong daripada bapa saudara dan mak saudaranya. Tetapi hubby tak setuju. Katanya bukan semua orang yang sanggup jadi penjamin. Kalau tak sempat bayar, bank mesti hantar surat kat penjamin jugak. Kalau silap sikit, kes boleh naik mahkamah. Disebabkan faktor inilah hubby tak berminat atau tak berani nak mohon pinjaman bank. Risiko cukup tinggi. Kalau ambik famili jadi penjamin, kalau silap sikit, boleh pecah sebuah famili. Hubby tak mahu keadaan jadi teruk. So sekarang hubby dah jumpa penyelesaiannya. Hubby maklumkan jika nak kembangkan perniagaan, dia akan buat sikit-sikit. Ada duit sikit, tambah sikit. Nanti lama-lama banyaklah. Selain itu hubby jugak dah wujudkan tabung-tabung untuk dijadikan sumber simpanan. Tabung-tabung yang disediakan juga mengikut keperluan dan keinginan. Senarai tabung yang disediakan:-

a. Tabung Kereta - sudah tentulah untuk beli kereta. Hubby simpan RM25 setiap hari
b. Tabung Niyaz - khas untuk simpanan Niyaz. RM3 setiap hari
c. Tabung Kamera - untuk keperluan hobi dan kerja fotografi hubby RM5 setiap hari
d. Tabung Kedai - untuk bayar sewa, karan dan internet RM40 setiap hari
e. Tabung Lesen Hiburan - untuk bayar lesen hiburan RM3 setiap hari
f. Tabung Internet - untuk bayar bil Internet kat rumah RM3 setiap hari
g. Tabung Holiday - untuk percutian kami 3 beranak RM3 setiap hari
h. Tabung Xtra - khusus untuk simpanan emergency kes RM4 setiap hari

Jumlah untuk TABUNG SAHAJA RM86.00

hahaha...bermakna setiap hari sekurang-kurangnya kami kena dapat lebih daripada RM86.
Banyak kan??? Duit...duit....duit....

New Lesson...

Dengan adanya langkah menabung ini, kami boleh melatih diri supaya berdisiplin dalam berbelanja. Kalau tak, belanja ikut suka hati ja....

Sekarang barulah saya tahu dan sedar kita kena bijak dalam menangani isu kewangan keluarga. Tapi tak dinafikan adakala tertekan. Tapi bersyukur kerana kami boleh lagi merasai nikmat kehidupan yang sederhana. Ada lagi orang lain yang hidup lebih susah.... Alhamdulillah syukur di atas kurniaan ALLAH....