Lama jugak aku tak update blog aku dengan resipi. Hehehehe...nak update macam mana, aku jarang memasak sekarang. Sejak kelas aku berterus-terusan, masa aku di dapur sangat terhad. Tambahan pula, peti ais kat rumah pun jarang dipenuhkan dengan bahan mentah seperti ayam, ikan, n sayur-sayuran. Jadi, tak bolehlah nak masak. Hehehe....
Tapi, sejak kelas aku semakin berkurang, akhirnya aku boleh jugak mengasah balik skill memasak aku yang semakin tumpul.Kemarin, waktu lunch aku masak simple je memandangkan hubby tak balik makan lunch. Jadi aku masak just for my MIL N FIL yang balik dari berniaga. Pada mulanya aku agak risau gak takut x dan masak untuk lunch memandangkan anak aku semakin aktif sekarang. Tapi, entahlah kenapa kemarin, mood anak aku baik. Jadi, aku sempatla siapkan simple lunch for my MIL n FIL. For lunch kemarin aku cuma masak ikan temenung masak lemak, ikan bakar n sediakan sikit ulam-ulaman. Jadi, waktu MIL n FIL balik dari berniaga mereka bolehlah lunch terus. My MIL suka sangatlah ikan temenung masak lemak tu. Aku tengok dia makan sampai nak habis dah satu periuk tu. Cuma tinggal kuah ja. Hehehe...Pandai jugak aku masakkan...Hahaha...Petang kemarin tepat kul 3, anak aku tido. Aku pun sempatla tido. Selalunya aku akan bukak laptop time anak aku tido. Tapi kemarin aku x bukak laptop. Malas rasa nak bukak. Kalau diikutkan banyak benda aku nak sembang dengan my SIL.Aku tau my SIL mesti online jugak waktu tu. Tapi, aku malas nak bukak laptop. Hmmm...xpala baik aku tido memulihkan kepenatan aku sepagi berxcercise dengan anak aku. Aktif betul anak aku sekarang sejak dia boleh berjalan. Yang paling tak tahan, dia suka masuk tempat FIL bubuh kopi. Kalau dia masuk kat bilik tu, confirm, barang-barang jualan FIL habis tunggang terbalik. Habis dipunggahnya. Yang paling tak tahan, habis baju n seluar dia kotor kena kopi. Aduhai....jenuh nak basuh baju yang kena kopi tu. Tu yang penat sangat. Tu yang time anak aku tido, aku pun tido sama. Hehehehe...Lebih kurang kul 4.30ptg, aku bangun. Dan anak aku masih lagi diulit mimpi. Segar sikit rasa badan ni. Dan petang kemarin aku bangun, aku dok fikir, nak makan apa malam ni. Tiba-tiba teringat kat ayam dalam peti ais dan akhirnya aku pun decide buat nasi ayam la for hubby.Mesti hubby nak makan sebab selalunya waktu lunch hubby x makan. Memandangkan anak aku masih lagi tido, sempatla aku sediakan Nasi Ayam. Nasi ayam ni resipinya aku ambik dari SIL. Kak aku ni rajin masak. Jadi, aku pun bolehlah try resipi yang dia dok buat. Dia pun suka kongsi resipi dengan aku. Hehehe....Tu yang best tu. Ada sorang kakak. Alhamdulillah.....TIme aku sediakan Nasi Ayam anak aku masih lagi tido. Cuma pukul 5.30ptg, barulah dia terjaga. Nasib baikla ada MIL. Bolehlah dia tolong tengokkan anak aku sat sementara aku siapkan Nasi Ayam. Mula-mula nak buat nasi ayam ni, risau gak, jadi ka nasik ayam aku ni? Tapi, aku try jugaklah. Ikut sebijik macam mana yang kakak aku bagi. Step by step aku buat akhirnya aku yakin, hmmm....betulla ni...sbb bau pun mcm dah ada bau nasik ayam yang kak aku buat.ok la tu...hehehhe
Malam lepas solat maghrib barulah kami makan nasik ayam tu. Time mkn, hubby x kata apa pun. Aku pun x tanya. Tp hubby x complain apa pun. ok kot...hahahaha. Bagi aku, nasik ayam tu sedap ja. Rasa macam kak aku buat ja. Tapi, mmg sedapla nasik ayam tu. Lain dari biasa. Nasik ayam ni bukan nasik ayam yang kita buat dgn kicap tu. Tapi, guna gula hangus. Gambar aku x snapla pulak semalam. Cari dalam google pun x dak. Takpala...kalau nak tau rupanya macam mana, try la resipi ni. Aku panggil nasi ayam ni Nasi Ayam Gula Hangus. Nanti aku masukkan resipinya. Sebab sekarang ni anak aku dah terjaga dari tidonya....Apa-apa pun anak first k....hehehe...
Kekuatan Hati
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.
Ameen ya rabbal alamin.
Wednesday, March 30, 2011
Monday, March 28, 2011
Credit To Our Staff Fira....
Pejam celik, pejam celik, rupanya dah 2 bulan our staff, Fira dah bekerja dengan kami. Ada lagi sebulan tempoh latihan buat dirinya. So far....hasil kerja dia amat memuaskan hati kami. Kecekapan dia handle customer amat dihargai. Dia dah cekap log in custmer, logout customer x kira sama ada pengguna pc atau pengguna ps2. Okla tu. Beberapa minggu yang lalu aku dah pun maklumkan pencapaiannya. Cuma dia perlu tingkatkan lagi bab print. Sejak dua menjak ni, hubby kata dia dah makin cekap handle printer dan cara untuk print. Tak kirala print dr internet, word. Scan pun rasanya dia masih lagi dalam proses pembelajaran. Okla...pencapaian dan hasil kerjanya amat memuaskan hati kami. Bukan senang nak cari staff macam Fira. Cepat belajar dan cekap. Aku pun kadang-kadang tak cekap macam dia lagi. Hehehehe..biasalah aku bukannya full time tunggu kaunter. Kalau aku full time tunggu kaunter, mesti aku pun dah cekap macam dia. Heehehe...Setakat ni gaji dia setiap hari ialah RM13. Dihimpun dan diberi pada dia setiap kali hujung bulan..Lepas lagi sebulan, tempoh latihan dia akan tamat dan insyaALLAH....gaji dia akan ditingkatkan kepada RM17 sehari. Banyak jugak tu. Jika dihimpun hingga hujung bulan kalau dia x ambik cuti. gaji dia boleh mencecah RM460 sebulan. Okla tu....Berharap sangat Fira akan bekerja lama dengan kami. Sesungguhnya dia dah banyak membantu kami. Kalau dia berenti, jenuhla pulak kami nak cari orang bekerja. Bukan senang k, nak cari pekerja macam Fira. Dalam ramai-ramai tu, entah sapa bleh ganti dia. Ya Allah....kekalkanlah Fira dengan kami.....Jauh di sudut hati berharap sangat dia x jemu bekerja dengan kami. Yelah...keje tunggu kaunter, mengadap komputer, kalau orang yang cepat jemu, memang tak leh la nak tahan lama....Alhamdulillah...kehadiran Fira banyak membantu sebenarnya....Aku bersyukur di atas nikmat ini....Kekalkanlah dia dengan kami Ya Allah..... Amin....
Friday, March 25, 2011
TAzkirah buat Hati...
Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat.
Puas kita menangis dan mencari mana matahari, Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
Kenapa harus kita berputus asa sedangkan kasih sayang Allah tak pernah berhenti untuk kita. Cuma kita saja yang tidak tahu dan tidak pandai mencari di mana letaknya kasih dan sayang Allah untuk kita......Thursday, March 24, 2011
Free dari Kelas
Hmm..time aku menulis blog ni, aku berada di rumah. Anak aku sedang nyenyak dibuai mimpi sejak pukul 4.30petang tadi lagi. Letih agaknya. Hari ni sepagi dia dok berjalan tak berenti. Oooo..lupa nak inform, anak aku dah boleh berjalan. Dah banyak langkah dicapainya. Alhamdulillah....Nanti bolehlah beli kasut untuk my little boy. Aku sebenarnya sedang cuba merakam video anak ku berjalan. Tapi, masih belum berkesempatan. Nanti bila dah sempat rakam, aku akan upload dalam blog ni.
Hari ni aku free dari kelas. Tak dak kelas hari ni. Sepatutnya kena ada. Tapi, pelajar yang sepatutnya mai kelas hari ni cancelkan kelas. Kemarin result SPM keluar. Jadi banyak student yang sibuk isi borang upu sebelum tarikh tutup 1 Aril nanti. Sebab tu la kelas mereka dicancelkan. Aku tak kisah.Sekurang-kurangnya boleh jugak aku rehat di rumah melayan kerenah anak kecil ku. Puas rasa hati ni bila dapat layan kerenah dia. Best.....Yang tak bestnya aku tak sempat nak menjamah makanan. Nak buat macam mana kan...nak makan cukup susah sekarang ni. Anak aku asyik nak tarik semua benda yang ada depan mata dia. Kalau nak makan, boleh la nak makan main-main. Emmm...xpala nak buat macam mana. Lapar tu, memangla lapar. Nasik yang hubby beli pagi tadi saya hanya sempat makan pada pukul 2.30petang. Time MIL dah balik dari berniaga. Kalau MIL x balik lagi, x bolehlah aku nak makan nasik tu...Bercakap pasal result SPM, aku nak ucapkan tahniah kepada adik aku, Ahmad Syafiq Audi kerana berjaya dapat semua A dalam subjek yang diambilnya. Alhamdulillah....semoga adikku itu akan terus berjaya seperti abang-abangnya. Aku pun berjaya jugak. Tapi berjaya dalam bidang aku. Perjalanan aku dalam study agak panjang. Aku hanya dapat masuk 'U' selepas aku ambik STPM. Result SPM ku tak melayakkan aku untuk ke 'U'. Tapi, sekurang-kurangnya aku berjaya di peringkat STPM dan telah pun mempunyai Ijazah dalam bidang Komunikasi dari UUM. Kini aku mencipta kerjaya aku sendiri bersama dengan hubby. InsyaALLAH...semoga aku terus survive....dan tabah melalui kehidupan ini.
Hari ni aku free dari kelas. Tak dak kelas hari ni. Sepatutnya kena ada. Tapi, pelajar yang sepatutnya mai kelas hari ni cancelkan kelas. Kemarin result SPM keluar. Jadi banyak student yang sibuk isi borang upu sebelum tarikh tutup 1 Aril nanti. Sebab tu la kelas mereka dicancelkan. Aku tak kisah.Sekurang-kurangnya boleh jugak aku rehat di rumah melayan kerenah anak kecil ku. Puas rasa hati ni bila dapat layan kerenah dia. Best.....Yang tak bestnya aku tak sempat nak menjamah makanan. Nak buat macam mana kan...nak makan cukup susah sekarang ni. Anak aku asyik nak tarik semua benda yang ada depan mata dia. Kalau nak makan, boleh la nak makan main-main. Emmm...xpala nak buat macam mana. Lapar tu, memangla lapar. Nasik yang hubby beli pagi tadi saya hanya sempat makan pada pukul 2.30petang. Time MIL dah balik dari berniaga. Kalau MIL x balik lagi, x bolehlah aku nak makan nasik tu...Bercakap pasal result SPM, aku nak ucapkan tahniah kepada adik aku, Ahmad Syafiq Audi kerana berjaya dapat semua A dalam subjek yang diambilnya. Alhamdulillah....semoga adikku itu akan terus berjaya seperti abang-abangnya. Aku pun berjaya jugak. Tapi berjaya dalam bidang aku. Perjalanan aku dalam study agak panjang. Aku hanya dapat masuk 'U' selepas aku ambik STPM. Result SPM ku tak melayakkan aku untuk ke 'U'. Tapi, sekurang-kurangnya aku berjaya di peringkat STPM dan telah pun mempunyai Ijazah dalam bidang Komunikasi dari UUM. Kini aku mencipta kerjaya aku sendiri bersama dengan hubby. InsyaALLAH...semoga aku terus survive....dan tabah melalui kehidupan ini.
Monday, March 21, 2011
Menjaga Kecantikan.....
Kecantikan.....satu benda yang cukup sinonim dengan wanita. Tapi, macam mana ye setiap wanita menjaga kecantikan mereka? Hmm..masing-masing ada cara tersendiri. Ada yang guna rawatan moden, ada yang guna cara tradisional. Tapi, bagi aku? Aku macam mana? Kadang-kadang terfikir jugak, aku ni macam mana la aku menjaga kecantikan. Cantik ke aku ni? Hahahaha.....Tapi, aku sama macam wanita lain la. Tak terlepas dari bab kecantikan ni. Cuma aku taklah berbelanja sakan ke atas benda-benda macam ni. Cukupla sekadar untuk sedap mata memandang. Mata hubby memandang. Taklah selekeh semacam je....Tapi, hubby tak penah tegur pun aku bab ni. Dia x penah tegur aku ni selekeh ka, comot ka, gemuk ka. Cantik kot aku ni pada mata dia hari-hari. Hahaha.....Walaupun dia x tegur, aku kenalah jaga jugak. Aku ni selalunya bab menjaga kecantikan ni agak kurang sikit. Tapi, aku memanglah ada set penjagaan wajah. Aku ni jarang bermake up. Jarang pakai lipstick, celak, eye shadow, blusher mcm MIL. Entahlah....kadang-kadang teringin nak bermake up macam tu. Tapi, rasa lambat pulak klau kena belek muka lama-lama. Conteng sana, conteng sini, calit sana, calit sini. Kadang-kadang MIL tegur jugak 'awatlah hang tak penah dok buh lipstick ka, celak ka'. Hahaha...lawak pulak. MIL yang dok tegur. Hubby tak kata apa pun. Bila MIL kata macam tu, aku kata, ' malas nak buh. buh bedak jadila'. Bagi aku, cukupla aku cuma cuci muka, buh toner, pelembap n krim mlm. Bab conteng -conteng muka ni, hmmm...malasla...Set penjagaan wajah yang aku guna ialah Safi Rania Gold. Gambar aku malas nak snap. Jadi aku pun google je la....
So, inilah cara aku menjaga kecantikan. Aku ni taklah cantik mana pun. Cukuplah mata ku dan hubby yang memandang. Perlu diingat, kecantikan rohani lebih baik dari kecantikan luaran. Sesiapa yang ada kecantikan luaran, hargailah ia. Dan jagalah kecantikan itu agar ia tidak terpesong dari landasan yang sebenar. Janganlah dengan kecantikan itu membawa kita kepada dosa....
| Set ni set asas hari-hari aku guna. Pencuci, Penyegar dan Pelembap. Pelembap ni aku pakai waktu siang ja. Mencuci dan Menyegar 2 kali sehari. |
So, inilah cara aku menjaga kecantikan. Aku ni taklah cantik mana pun. Cukuplah mata ku dan hubby yang memandang. Perlu diingat, kecantikan rohani lebih baik dari kecantikan luaran. Sesiapa yang ada kecantikan luaran, hargailah ia. Dan jagalah kecantikan itu agar ia tidak terpesong dari landasan yang sebenar. Janganlah dengan kecantikan itu membawa kita kepada dosa....
Holiday....
Entry holiday....hmm kali ni aku nak bercakap tentang holiday pulak. Oleh kerana dah agak lama aku dan hubby bekerja dan akhirnya we decide nak pegi holiday. Holiday ke mana tu? Tak pegi jauh-jauh pun. Cukupla untuk merehatkan diri dan fikiran ini daripada kebizian sepanjang bekerja. We decide nak pegi Langkawi pada 11, 12 dan 13 April nanti. Holiday kali ni bukanlah hanya kami bertiga. Tetapi disertai staff kami Fira dan kembarnya serta kawannya Umi, dan Shazni sepupu hubby yang baru balik dari PLKN. Percutian ni bukannlah 100% kami yang bayar. Tapi, setiap sorang kena bayar RM200. Kalau kami kena bayar semua, jenuh la. Mana nak cekau duit....Mcm mana nak bayar keta nanti kan...So, setiap sorang yang join semua kena bayar RM200. Cukupla RM200 tu untuk tambang feri, sewa keta, sewa kondo dan cable car. Makan-makan atau nak pegi ke tempat lain, semua duit sendiri la....Tak boleh la kami nak belanja. Hehehe.. Ok apa buat macam ni. Sekurang-kurangnya masing-masing ada kebebasan sendiri. Time kat Langkawi nanti kami akan tinggal di Pekan Kuah di Kondo Safa Idaman. Kondo ni ada 3 bilik. Sesuailah untuk kami 6 orang.....Keta pulak yang telah dipersetujui, kami nak sewa keta Innova. Cukupla boleh muat 6 orang....Innova kan MPV. Duit dikongsi bersama. Okla tu...Sekurang-kurangnya bolehla pegi bercuti. Harap semuanya dipermudahkan. Amin.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
