Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Monday, March 21, 2011

Holiday....

Entry holiday....hmm kali ni aku nak bercakap tentang holiday pulak. Oleh kerana dah agak lama aku dan hubby bekerja dan akhirnya we decide nak pegi holiday. Holiday ke mana tu? Tak pegi jauh-jauh pun. Cukupla untuk merehatkan diri dan fikiran ini daripada kebizian sepanjang bekerja. We decide nak pegi Langkawi pada 11, 12 dan 13 April nanti. Holiday kali ni bukanlah hanya kami bertiga. Tetapi disertai staff kami Fira dan kembarnya serta kawannya Umi, dan Shazni sepupu hubby yang baru balik dari PLKN. Percutian ni bukannlah 100% kami yang bayar. Tapi, setiap sorang kena bayar RM200. Kalau kami kena bayar semua, jenuh la. Mana nak cekau duit....Mcm mana nak bayar keta nanti kan...So, setiap sorang yang join semua kena bayar RM200. Cukupla RM200 tu untuk tambang feri, sewa keta, sewa kondo dan cable car. Makan-makan atau nak pegi ke tempat lain,  semua duit sendiri la....Tak boleh la kami nak belanja. Hehehe.. Ok apa buat macam ni. Sekurang-kurangnya masing-masing ada kebebasan sendiri. Time kat Langkawi nanti kami akan tinggal di Pekan Kuah di Kondo Safa Idaman. Kondo ni ada 3 bilik. Sesuailah untuk kami 6 orang.....Keta pulak yang telah dipersetujui, kami nak sewa keta Innova. Cukupla boleh muat 6 orang....Innova kan MPV. Duit dikongsi bersama. Okla tu...Sekurang-kurangnya bolehla pegi bercuti. Harap semuanya dipermudahkan. Amin.....





 

Wednesday, March 16, 2011

Reseller Tudung....Hahahaha....

Beberapa hari yang aku telah pun melayari blogshop tudung. Saja nak tengok-tengok tudung koleksi terkini. Design terbaru sekarang banyak yang curly and syria. Hmm..cantik2 belaka. Selain dari tu, aku juga sempat order 3 helai tudung. Saja menambah koleksi tudung aku. Hehehe.....Sebelum ni aku asyik pakai tudung yang bersaiz M. Tapi kali ni aku order tudung saiz XL. Saja nak try ubah penampilan. Macam mana agaknya rupa aku ye....Harap masih lagi cantik dan cute...Hahahaha....Cantik n cute ka aku ni??? Mestilah kan..kan...Kalau tak macam mana anak aku boleh cute kan??? Hehehehe...Aku order tudung-tudung tu hari Isnin yang lalu. Dan aku dah pun settlekan bayarannya...Owner blogshop tu kata dia dah pos tudung aku 15 Mac yang lalu. Hmmm..kalau tak ada aral, insyaALLAH.....sampai la kot hari ni. Masih lagi menunggu ketibaan posmen. Tapi, masih belum tiba. Takpa aku pasti tudung aku tu akan sampai jugak. Sebab aku dah biasa beli tudung dengan owner blog ni....

Time  memilih tudung tu, owner blog tu ada buat program reseller tudung / pengedar untuk tudung jualan dia. Dia kata tanpa modal tapi wajib ada blogshop. Pada mulanya aku macam berminat jugakla. Tapi, bila difikir dan ditanya balik pendapat hubby, hubby kata ' x payahlah.....yang lama pun jual x habis lagi". Hehehe..betul jugak tu...yang lama pun jual x habis. Nak ambik yang baru? tak payah la....Baik aku tumpu 100% kat kelas aku ni. Lagi best......Tapi sebagai wanita, keinginan untuk menambah koleksi tudung peribadi memang tak dinafikan...Ia sebahagian daripada keperluan asas bagi seorang wanita. So, tak salah kan? Sekali sekala beli untuk kegunaan hari-hari.....Hehehe... Pasal reseller tudung tu, x payahla sebab aku rasa aku x boleh nak tumpu kepada banyak benda dalam satu masa. Confirm sekarang ni, aku cuma nak tumpu kepada kelas aku. Kelas ni pun ok. Aku suka sangat-sangat. Dan berharap sangat-sangat aku dapat berjasa keapda orang kampung di Pendang dan Tanah Merah ni...InsyaALLAH..... Amin.....

Tuesday, March 15, 2011

Susu .......Cek

Hehhehe...entry susu n cek? Apa tu? 
Pagi ni aku bangun awal macam biasa untuk meneruskan aktiviti harian ku, pam susu. Aktiviti ni dah menjadi rutin harian aku sejak aku menjawat jawatan sebagai Cikgu Kelas Komputer secara tetap di kedai kami. Hari-hari aku akan pastikan bekalan susu untuk anak aku mencukupi selama ketiadaan aku bersamanya. Yela, setiap kali aku ada kelas, anak aku akan aku tinggalkan dengan mak aku di rumah. Syukur alhamdulillah sebab aku tak perlu tinggalkan anak aku di rumah pengasuh atau nursery. Entahla kenapa, aku cukup risau dengan berita tentang kematian bayi secara mengejut kerana mungkin diabaikan oleh pengasuh di nursery. Ye, perkara ni memangla di luar jangkaan kita. Tapi, bagi aku selagi boleh dielak, lebih baik kita elak. Kita kena isikan pengetahuan tentang keselamatan dan penjagaan bayi sepenuhnya mengikut usianya. Aku ni dikira golongan yang sangat bertuah sebab, penjagaan anak aku semasa ketiadaan aku adalah bersama toknya sendiri. Tok ni lain sikit perhatian dia kepada cucu berbanding pengasuh biasa. Alhamdulillah.....

Berbalik pada aktiviti harian aku itu, aku ni breastfeeding mummy. Jadi, aktiviti ni memang wajiblah bagi aku. Hari ni aku agak frusst sikit bila susu yang dipam tak mencecah 5oz. Selalunya pagi-pagi aku akan pam belah kanan sebab malam-malam anak aku menyusu belah kiri. Dan selalunya bila tidak disusu, susu kita akan penuh. Sebelum ni setiap pagi, aku hepi sbb susu yang dipam akan mencecah 5oz. Tapi, hari ni tak hepi. Tak dapat 5oz. Selalunya dalam 15minint je susu yang dipam akan mencecah 5oz. Hari ni........cuma 2oz. Tu pun dalam masa 30minit. Something wrong.....Aku tak tahu apa yang tak kena. Bila dikaji-kaji balik, rasanya sebab kurangnya aktiviti penyusuan directly pada waktu siang. Yela, sejak kelas aku direct 5jam sampai pukul 7 setiap hari pulak tu, aku tak mempunyai masa yang terluang untuk menyusu. Semuanya kena rushing. Kadang-kadang aku nak makan pun tak sempat. Mungkin sebab tu jugak. Hmmm...xpala, memang kadang-kadang tengok pada jadual, terasa penatnya. Tapi, xpa, aku suka. Sebab aku boleh tambah pengalaman. Dalam masa yang sama, aku jugak boleh belajar benda baru. Aku suka dengan kerja ku ini.....Cuma bab susu ni, aku akan cuba cari jugak masa yang terluang untuk menyusu secara direct kepada anak ku itu....Ada masa tu....Cuma aku kena pandai adjust....

Cek.....apa tu cek? Sebenarnya pagi ni selain dari aktiviti pam susu, hari ni aku telah pun ke bank untuk buat deposit cek daripada Dedi. First time buat deposit cek. Sebelum ni tak penah pun. So, bila first time ni, faham-faham je la....banyak sangat persoalan yang terkumpul difikiran ku ini. Pada mulanya aku ingat nak buat deposit cek ni guna mesin deposit cek ja. Tapi.....x penah buat, so tak berani buat la. Jadi, nak merungkaikan persoalan dan pertanyaan aku pun buat keputusan deposit kat kaunter je la....Tu yang buat kat kaunter jugak tu. Bila nak berurusan dengan kaunter mestila kena ada buku akaun kan. Kalau x, mcm mn nak deposit betul x? Cari punyalah cari buku akaun CIMB x dak. Aku pun pelik, aku tak bawa ke Pendang ke buku aku tu.....Lama dah aku tak kemaskini buku aku tu, Semuanya online sekarang. Last-last bila dah cari tapi, x jumpa jugak, aku pun ambik buku BSN aku la. Aku buat deosit cek kat BSN. Nasib baik la SIL aku  tau jugak pasal cek deposit ni. So, aku banyak tanya dia la. Prosedurnya sama macam kita nak deposit tunai la. Isi borang  deposit, masukkan no akaun kita dan seterusnya dibawa ke kaunter la. Cuma kalau buat cek deposit ni, kena isi nombor cek pemegang cek tu la. Itu je bezanya. Bila dah siap semua, duit tu kalau kita deposit guna bank lain duit tu akan ada dalam akaun kita selepas 3 hari bekerja la....So, lepas ni, aku akan check lagi guna BSN MOBILE....Cek tu berapa jumlah dan untuk apa diberi? Biarlah rahsia...... Ia hanyalah hadiah daripada seorang bapa kepada anaknya.....Bukan semua kita boleh kongsikan.... So, Biarlah ada sikit sisi-sisi untuk diri aku sendiri......

Saturday, March 12, 2011

Hari Di Kaunter

Hari ni, aku terpaksa kosongkan jadual kelas aku untuk memberi laluan kepada hubby out station. Hubby ada job. Kena ambik gambar orang akad nikad kat masjid. Kira outstation la tu walaupun hanya di Masjid Tanah Merah. Yela....aku kena temankan staff kami di kaunter. Nak biar kat dia sorang-sorang pun risau gak. Takut dia tak dan nak handle kalau orang terlalu ramai. Sekarang kan tengah cuti sekolah. Jadi aku kena stand by kat kedai kalau orang terlalu ramai. Next day aku kena di kaunter ialah hari khamis ni 17 Mac 2011. Hari Khamis ni pun hubby ada job jugak. Amik gambar orang kawin....Okla tu....mencari nafkah dengan cara yang halal. Mudah-mudahan hubby berjaya dengan job dia ni.....Selalunya time cuti sekolah, inilah keje hubby. Ambik gambr orang kawin....okla tu....

Breastfeeding Mummy

Time aku mengajar, ada sorang student tanya aku, kak macam mana nak buh ticker mcm kat blog akak tu?Aku pun kata,  yang tu kita kena register dulu dgn web depa macam kita bukak akaun fb la. Aku pun tunjuk la cara-caranya. Lepas aku tunjuk, akhirnya pelajar tu pun try buat jugak. Alhamdulillah dia faham macam mana nak buh dalam blog dia. Sebenarnya apa yang aku nak cakap ni ialah pasal ticker breastfeeding Mummy yang aku buh dalam blog aku. Macam tak percaya je, aku dah pun breastfeeding kat Niyaz selama 11 month, 1 weeks & 4 days. Alhamdulillah...dah nak masuk setahun. Berharap sangat aku akan dapat teruskan penyusuan susu ibu ni selama 2 tahun. After 2 tahun, insyaALLAH....akan aku usahakan macam mana nak stopkan penyusuan susu ibu kepada Niyaz. Sebab aku ada baca dalam blog Cahaya Ketenangan, tentang penyusuan susu ibu selepas 2 tahun. Rupanya tak elok bagi susu ibu kepada anak selepas 2 tahun. Berharap lepas ni aku akan dapat idea macam mana nak hentikan Niyaz dari minum susu ibu lepas 2 tahun. Harap dipermudahkan. Amin.....

Bercakap pasal susu ibu ni, kenapa aku teruskan penyusuan ni? Senang je jawapan, kerana ia adalah yang terbaik untuk Niyaz. Bukan kerana tak ada duit atau modal nak beli susu formula yang terdapat di pasaran. Tapi, kerana ia adalah amanah ALLAH dan ia adalah makanan yang lengkap untuk pembesaran dan pembinaan antibodi baby. So, kenapa kita kena bagi susu formula untuk anak kita? Seharusnya, kita gunakan nikmat ALLAH ini sebaiknya. Susu tak dak atau sikit, secara peribadi, aku cukup tak setuju dengan kenyataan ini. Macam mana kita yang mengandung x dak susu? Sedangkan  bila kita mengandung, mestilah Allah dah prepare siap-siap untuk kita susu khas untuk anak kita. Entahla...mungkin betul jugakla ada orang banyak susu, ada orang susu tak dak langsung. Tapi, aku masih belum boleh terima. Entahla kenapa.....kemusykilan berlaku di sini. Apa-apa pun terpulangla pada diri masing-masing. Aku, ni sampai sekarang, susu masih lagi banyak walaupun anak aku dah makan mcam-macam.... Kadang-kadang, boleh basah baju aku ni. Sebab tu aku agak pelik dan hairan kenapa orang boleh kata tak dak susu? Pelik sungguh....Namun terpulanglah pada diri masing-masing. Aku akan tetap teruskan penyusuan susu ibu ini kerana bagi aku inilah yang terbaik untuk anak aku.....

Be Strong......

Sejak hari Jumaat yang lalu sampailah ke hari ni, aku rasa tersangatlah letih dan penat. Hmm....penat sikit sebab kelas direct dari pukul 2 sampai pukul 7. 5 Jam tu....Sapala tak penatkan? Tapi, aku akan kuatkan juga semangat ku ini. Kelas 5 jam ni terpaksa diadakan sebab pelajar ni nak kena hadirkan diri  ke temuduga awal bulan April nanti. Nak tak nak, aku kena buat jugak. Semasa kelas diadakan ni, anak aku, Niyaz terpaksa la dijaga oleh tok dan wan nya. Tapi, masalahnya sejak dua menjak ni, mil aku selalu x ada kat rumah. Katanya p ambik ubat, p buat rawatan resdung dan mengurut. Aku x leh nak kata apa la kan....Biarla. Terpaksala mengajar sambil melayan kerenah Niyaz. Kadang-kadang Niyaz dijaga oleh Papanya kalau Papanya x bz di kaunter. Tapi susahla sikit. Niyaz sekarang dah besar. Dan semua benda yang ada kat depannya nak ditarik dan dicubanya.Tambah pulak sekarang ni dia nak berdiri dan mula nak bertatih. Mesti dia marah kalau orang asyik pegang dan dukung dia. Dia nak berjalan, kita nak kepung dia. Mana boleh....mesti dia pun marah. Jadi nak tak nak, kenala lepas dia. Tapi masa lepas dia tu, bukan boleh biar je. Kita kena tengok dan selalu ikut dia. Kalau x, boleh sakit la. Biasala usia dia dah pun 11 bulan lebih. Dah tiba masanya untuk aktif seaktif yang boleh. Tak boleh lagi nak pegang-pegang n dukung dia. Keadaan Niyaz macam tu, tempat yang paling sesuai dan selamat ialah di rumah. Di rumah dia boleh buat macam-macam. Tapi....nampaknya tak boleh la kalau mil asyik tak ada kat rmh je....Hmm..kadang-kadang terasa susahnya.... Tapi, xpala....harap aku akan sentiasa tabah melaluinya. Kadang-kadang bila dah tak ada choice sangat-sangat, akhirnya aku akan capai handphone atau talipon kedai, aku akan call my mama. Mintak tolong mama ngan dedi la tolong jaga Niyaz sat. Memang kadang-kadang rasa ish...aku ni menyusahkan mama n dedi pulak. Berat rasa mulut ni nak cakap. Tapi, bila keadaan terdesak sangat, aku terpaksa buat macam tu. Hehehe...sorry mama n dedi....Jauh-jauh mai tolong jaga cucu sat. hehehe.... Takpa, lepas ni bila kelas kul 2 sampai 7 ni dah settle, xpa dah kot.....Tapi mesti mama n dedi syok dan hepi sbb boleh tolong jaga Niyaz kan...kan...? hehehehe....

Apa-apa pun dengan apa yang terjadi sekarang, harap semua antara kita yang terlibat harap semuanya barsabar dan kuat selalu. Mesti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang terjadi ini....

Monday, February 21, 2011

Nota Buat Diri

To Allah I have submitted myself, and in Him have I believed and put my trust.

Lestarilah duhai hati……sehingga bila tiba lagi ujian dariNya….kau mampu tetap tersenyum dan tenang….Life is a fair cycle….Just have faith in Him…and you will always be calm….Because the way will be shown….InsyaALLAH……….