Pada 08/11/2009, kedai komputer husband didatangi oleh pegawai Pejabat Daerah. Beliau memaklumkan kepada kami bahawa setiap komputer yang ada game di kehendaki mempunyai lesen hiburan. Harga satu pc ialah RM200. Dan pihak peniaga kena bayar setahun sekali. Terkejut jugak. Sebelum ni Majlis Daerah tak nyatakan perkara tersebut. Bila ditanya kepada pegawai tersebut, dia kata Pejabat Daerah dengan Majlis Daerah berada dalam organisasi yang berlainan. Kedai kami mempunyai 16 buah pc. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar ialah RM3200. Nak cari mana duit banyak tu sedangkan pendapatan kami pun bukanla mencecah RM1000 sebulan. Nak dapat RM200 dalam sehari bukannya senang. Kadang-kadang je dapat RM200 sehari. Bila ditanya jika tak didaftarkan atas game, dan hanya menggunakan interenet, bayaran tersebut tetap diambil atau sebaliknya, dia kata penggunaan interenet lagi mahal berbanding penggunaan game. Dia kata bayaran internet sehari RM50. Undang-undang apa macam tu? Undang-undang gila namanya. Pelanggan yang guna Internet pun sejam cuma RM2.00 sehari.
Undang-undang yang mereka buat sebenarnya hanyalah untuk menindas orang-orang Melayu yang berniaga secara kecil-kecilan. Bukannya nak memudahkan dan membantu orang Melayu yang sememangnya dah ketinggalan. Jika cas tersebut dikenakan kepada orang Cina, bagi mereka RM3200 setahun mudah nak dicari. Kenapa undang-undang negara ni tak adil? Kenapa kena belakangkan orang Melayu? Kalau macam ni keadaannya, sampai bila orang Melayu nak maju dalam bisnes? Dahla keje pun susah nak dapat. IPT pun berlambak-lambak. Graduan pun banyak yang dok tanam anggur. Pekerja kerajaan yang sepatutnya bersara pada usia 56tahun, diberi peluang untuk melanjutkan tempoh pencen lagi 2 tahun. Macam mana para graduan nak dapat keje? Tempat yang sepatutnya kosong ditambah lagi 2 tahun. Nak buat bisnes pun susah. Tak ada sokongan langsung. Pastu mulala nak kata orang Melayu tak ada kesedaran, malas. Orang Melayu kena bangun. Orang Melayu kena elakkan ditindas. Apa makna semua laungan tersebut? Hanya membuang air liur ja. Bantuan, peluang dan sokongan langsung tak ada. Lagi satu budaya, nak keje dalam kerajaan kena ada kabel atau pun orang dalam. Kalau tak, takkan dalam borang permohonan kerja mintak nama sesiapa yang ada bekerja dalam organisasi tersebut. Kalau tak ada, emmm...tak adala peluang tu. Boleh isi je la borang permohonan tu.
Apa yang disediakan kepada orang Melayu hanyalah hiburan. Hiburan yang boleh melalaikan dan tak membangunkan minda. Mana-mana stesen televisyen, penuh dengan rancangan hiiburan. Orang Melayu tak ada keje, kena jamu mata je la dengan hiburan tersebut. Bila perkara ni diterapkan, jadi lama-kelamaan, orang Melayu tak dapat membuka minda mereka. Mulalah timbul gejala sosial di kalangan Melayu patut dibendung dan dihapuskan. Sedangkan yang merosakkan keperibadian orang Melayu sebenarnya datang dari golongan-golongan yang tidak menjalankan tugas sebagai pemerintah dengan baik. Kebanyakan orang Melayu yang berjaya dan kaya raya hanya kerana disuapkan dengan pelbagai kemewahan dan nikmat di dunia ini. Sesiapa yang tak tahu dunia perniagaan orang Melayu, cubala selam dan fikirkan sendiri. Di mana keadilan yang konon-kononnya nak membantu orang Melayu? Nak buat pinjaman bank, perlukan penjamin kakitangan kerajaan. Kena ada cagaran tanah. Kalau tak ada kedua-dua tu, macam mana nak buat pinjaman untuk melebarkan perniagaan? Nampak sangat mereka hanya membantu orang yang berada dan berpendapatan tinggi. Orang Cina tak ada masalah dalam hal pinjam meminjam ni kerana mereka dah ada persatuan sendiri, pertubuhan sendiri yang sedia membantu mereka. Kenapa kita tak boleh jadi macam mereka? Perkara yang membebankan peniaga-peniaga Melayu adalah Undang-Undang yang tak munsabah. Undang-undang yang tak masuk akal. Apa motif mereka sebenarnya?? Cuba la fikir dan renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment