Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Monday, November 30, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Diam tak diam selesai sudah hari raya korban. Hari raya korban ni 3 hari je. Dalam masa 3 hari ni dapatlah kita menikmati daging-daging fresh selain daripada bersedekah kepada golongan yang memerlukan. Siapa-siapa yang ada darah tinggi memang kena hati-hati la selama musim raya korban ni. Kena hadkan jumlah daging yang dimakan. Kalau kat tempat aku time raya korban ni kenduri punyalah banyak. Sampai tak larat dah nak makan daging. Dalam peti ais kat rumah tak yah kira la. Punyalah banyak daging dan tulang-tulang lembu. Sampai dah tak tau nak masak apa dah. Ada kaki lembu. Kat kaki ni memang bestla buat sup gear box. Especially kat urat keting dan lemak yang ada dalam kaki tu. Sedap betul bila boleh makan. Kat tempat aku kaki lembu tu buat sup la. Makan ngan bihun. Selalunya bihun sup la jadi hidangan. Kalau ada bihun sup makan banyak kali pun tak pa. Manis je sup tu. Hehehe....daging baru sembelih. Sedap la. Tapi dalam banyak2 bahagian lembu ni, sup ekor lagi sedap. Tapi kalau makan banyak2 kat bahagian ekor ni, orang yang ada migrain, darah tinggi memang tak leh makan banyak-banyak la. Sebab bahagian ni lagi lemak berbanding bahagian kaki.

Masa raya ketiga, kat rumah aku ada buat sate. Buat sendiri tau bukan tempah-tempah. Perap dan bakar sendiri. Sate yang dibuat tu ialah sate ayam dan sate daging. Antara sate ayam dan sate daging, sedap pulak sate daging. Sebab daging yang dibuat tu daging fresh. Manis lagi. Sate ayam kurang sikit. Tapi habis jugak. Malam tu makan sate je. Besar dan kenyang. Nasi impit buat jugak. Tapi sikit je la. Takut tak dan nak makan. Nanti nak belajar lagi resipi sate ni dengan kakak. Sedap jugak....Hehehe.....

Okla, cukup la citer bab raya ni. Nak citer bab lain pulak. Seminggu sebelum raya kan aku ada buat jualan tudung secara online. Alhamdulillah dapat la modal balik. Beberapa hari sebelum raya, ada orang Sabah beli tudung selendang siti sampai 10 helai. Habis tudung siti tu dijual. Best. Yela....produk yang dijual diterima ramai. Beberapa hari sebelum raya try jual kat pekan hari. Dapat jugak modal. Alhamdulillah. Best memang la best sebab dapat duit. Tapi letih sangat-sangat. Macam mana la orang yang jual masa bulan puasa. Balik2 dari jual agaknya terus tido kot. Tapi kalau orang dah biasa, tak rasa apa-apa pun. Aku ni first time. Memang letih sangat-sangat. Dalam banyak2 produk yang dijual dalam internet ni, rasanya yang dapat sambutan banyak cuma tudung ja. Brooch setakat ni belum ada orang tanya. Takpala, biasanya jualan brooch ni dapat sambutan banyak bila kita jual dan orang nampak barang tu. Baru orang akan beli. Kalau secara maya ni, agaknya susah sikit nak tarik orang supaya beli. Takpala lepas ni ambik tudung je banyak-banyak. Wanita sekarang suka pakai tudung instant ja. Senang. Cantik pun cantik. Tapi kena jaga lebih sikit la. Takut awning tudung rosak. Kalau orang yang tak sanggup nak jaga lebih tudung yang ada awning ni kena beli tudung bawal biasa la. Lepas ni rasanya kena update semula blog. Stok baru tudung dah sampai. Tengah cari masa free ni. Nak buat keje tangkap gambar dan nak buat kod banyak masa kena guna tu. Hari ni ada orang daftar kelas komputer. Start ari Jumaat ni. Customer ambik pakej kelas komputer RM360. Kena susun dan atur balik jadual. Hehehe....nak kena jadi cikgu pulak lepas ni....Takpala rezeki tu....





Saturday, November 21, 2009

Plan seterusnya...

Akhirnya baru beberapa hari bukak kedai nampaknya ada sambutan yang menggalakkan. Alhamdulillah. Tu la rezeki namanya. Yang bertanya memanglah banyak. Biasalah meniaga macam tu la. Hari ni stok rantai tangan dan tudung kanak-kanak dah pun sampai. Lepas ni bz lagi la nak letak dan ambik gambar. Emm...memangla penat sikit. Tapi best. Iklan brooch dalam mudah.my pun belum selesai diuploadkan. Internet slow sikit sekarang ni. Bila internet slow, nak buat keje pun jadi malas. Yela...nak kena tunggu selesai upload satu-satu gambar kalau internet slow, boring. rasa nak marah pun ada. Takpala, lepas ni bila internet dah ok, gambar-gambar tu semua akan diupload secepat mungkin. Semalam bincang ngan hb tentang penjualan tudung ni. Raya korban nak sampai dah. Bincang ngan hb nak jual tudung kat Pekan Rabu kat Tanah Merah. Mak memang sokong la. Tambah2 setiap hari Rabu kat Tanah Merah memang orang ramai. Cuti sekolah pulak ni. Kebetulan nak raya Korban. Mungkin jugak orang nak cari dan tambah koleksi tudung dan brooch. Tudung selendang Ct yang aku jual belum ada di negeri Kedah ni. Sebab tu pelanggan yang order tudung selendang ct kebanyakannya dari Kedah dan Perlis. Bila pk peluang ni, rasa macam nak ambik je peluang ni untuk jual tudung tu. Kalau tak ambik rasa rugi...... Nak jual kat Pekan Rabu Tanah Merah ni banyak benda yang kena disediakan. Khemah dah ada. Alat untuk menggantung tudung sebagai display dah pun ada. Lega. Jadi hasrat untuk menjual bagi stok habis akan jadi kenyataan. Harap-harap nanti ramai la orang nak beli.

Hari ni orang yang order tudung dah bayar. Pagi tadi aku dah poskan tudung yang diorder. Alhamdulillah....mintak- mintak la lepas ni rezeki lagi murah. Tadi pun ada orang talipon tanya kedai kat mana. Dia nak datang sendiri. Dia kata dia memang orang Pendang. Cuma dia dok kat Changlun. Dia tanya tudung jerut tepi. Tak taula dia jadi nak ambik ke tak. Mintak-mintakla jadi...Hari ni hb pun dah ada orang tanya pasal printer yang dia nak jual tu. Printer tu baru lagi. Sjla jual sebab dia dah beli printer baru untuk ganti kat kedai. Dia pun buat iklan dalam mudah. Orang call n tanya. Tapi rsnya orang tu dah confirm nak beli. Orang Johor. Syoknya dia. Sekali masuk RM330. Okla tu....hehehehe

Persiapan untuk menjual hari Rabu ni dah settle. Label untuk harga rantai tangan dah buat dah. Tinggal nak tulis harga n letak kat rantai tangan tu. Malam ni la nak buat. Siang ni tak sempat. Cuma yang tengah risau sekarang ialah tapak nak jual tu. Harap ada la tapak tu hari Rabu ni. Mak kata kat Pekan Rabu banyak jugak tempat kosong. Kena tunggula nanti hari Rabu ni. Tunggu bagi semua peniaga dah ambik tempat masing-masing baru la kami akan ambik tempat yang memang dah sah tak ada orang. Bukan apa. Risau jugak kalau pakat ambik je tempat yang kosong. Takut terambil tempat orang. Kalau terambil tempat orang, mestila orang tu marah. Tak best la kalau kita menjual orang dok marah n tak puas hati kat kita. Biarla kami lewat sikit bukak barang berbanding orang lain. Janji nak jual tu, orang tak marah kat kita. Macam tu lebih tenang. Mudah-mudahan rezeki kami ada. Amin....

Tuesday, November 17, 2009

Buat Bisnes

Lama jugak aku tak update blog ni. Busy sikit sekarang ni. Keje tak berenti. Sekarang ni musim hujan. 2, 3 hari lepas kat tempat aku asyik hujan sebelah petang. Lepas tu hujan tu menginjak ke malam pulak. Kemarin langsung tak hujan. Tapi tak panas sangat. Tengah malam masa semua orang tengah tido baru hujan. Patutla sejuk semacam je. Hujan dari semalam berterusan sampai petang ni. Tapi taklah lebat sangat. Hujan renyai-renyai je. Sebenarnya tengah risau sikit. Risau takut banjir kat rumah tok. Hmm...harap-harap tak banjir la. Kalau banjir jenuh la nak mengemas nanti. Letih. Kesian pulak kat Pak Ndak n famili. Teruk diorang nanti. Hari sabtu lepas masa p Jitra tengok tok rasa puas hati. Nampak tok hepi. Selalu dok dengar suara je. Bila p tengok sendiri rasa puas hati la. Aku p ngan mama. Petang sebelum malam baru balik rumah. Masa dalam perjalanan nak balik hujan lebat sepanjang jalan. Masa sampai kat Pendang ingat nak suruh mama tunggu sat. Tapi mama kata mama boleh bawak keta. Aku pun ok je la. Harap semuanya selamat. Bila mama dah call kata dah sampai kat sp, lega rasa. Alhamdulillah....

Hmm...sekarang ni kandungan aku dah berapa minggu pun aku tak ingat. Rasanya 21 minggu lebih kot. Takpala nanti dalam blog aku ada la pregnancy ticker yang aku letak. Nanti aku tengok semula. Aku sekarang ni sihat-sihat je. Semuanya ok. Sekarang dah boleh rasa baby gerak dalam perut. Tapi belum kuat lagi. Slow-slow je. Selalu rasa waktu malam nak tido, waktu makan, waktu baru bangun dari tido. Agak-agaknya baby aku tolong kejutkan aku dari tido kot. Suruh solat Subuh. Hehehe......Best. Nanti akan lebih aktif baby ni gerak. So far perut tak berapa nampak pun lagi. Mungkin sebab aku ni jenis badan besar. Jadi perut tak nampak dengan ketara. Keadaan macam ni pun best gak. Tak yah beli baju maternity awal-awal. Jimat sikit. Pakai je Jubah yang ada setakat mana yang boleh. Apa yang penting aku n baby sihat hendaknya.

Macam aku kata di awal catatan. Aku agak busy sikit sekarang ni. Aku tengah sibuk mengurus stok barang. Aku buat bisnes. Bisnes online. Idea sebenarnya dah lama. Dan sekarang ni aku dah pun mulakannya. Dah kumpul dan himpun barang. Barang yang nak dijual ialah Tudung dan Perhiasan Wanita. Blog pun dah dibangunkan dan sekarang masih lagi dalam pembinaan. Tapi dah 80% blog tu siap. Senang-senang layarilah blog Artna Collection

artnacollection.blogspot.com

Barang pun dah dimasukkan. Tengok-tengokla. Dan kalau berkenan order la. Harap bisnes ni okla.

Kepada mama, tolong bagitau sama blog tu kat kawan-kawan mama k....hehehhe....

Wednesday, November 11, 2009

MGTT

Bangun dari tido pagi ni rasa badan sakit-sakit je. Terutamanya di bahagian tengkuk, bahu dan leher. Tak tau la kenapa. Patutnya orang bangun je dari tido rasa segar dan sihat. Sebaliknya pula yang terjadi kat aku. Mungkin sebab letih kot kemarin dan letih tu tak hilang bila dah bangun dari tido. Takpa, yang penting aku sihat walafiat. Lapar pun lapar bila bangun dari tido. Yelah semalam aku tak makan sbb ptg tu dah makan dah. Bila nak makan malam lagi rasa macam kenyang je. Start pukul 10 malam aku dah tak boleh makan apa-apa dah sebab kena buat MGTT ari ni. Nurse tu kata kena puasa dari pukul 10 malam sampaila lepas buat MGTT. Nak tak nak, kena ikut jugakla cakap nurse tu. Takut jugak kalau bacaan tak tepat nanti. Pukul 8 pagi tadi aku dah pun berada di klinik. Kena ambik darah dua kali dan kena minum air gula. Huhuhu...tak bestnya bila dengar nurse cakap macam tu. Tapi, terpaksa redah jugakla.....Sebelum minum air gula aku dipanggil untuk ambik darah kali pertama. Aku paling tak suka bila kena ambik darah ni. Bukan apa, nak kata sakit, tak la sakit. Tapi, takut urat tak nampak. Takut kena cucuk banyak kali. Kalau kena cucuk banyak kali tu yang nak sakit tu. Puas jugak la berdoa semoga senang nak ambik darah. Nasib aku baik sbb kali pertama masa nak ambik darah ni, urat nampak, lega.... Lepas ambik darah, aku kena minum air gula. Dok risau ja bila kena minum air gula ni. Takut kena air gula yang pekat sepekat-pekatnya. Bila nurse bagi gelas, nampak air gula tu cair ja. Alhamdulillah....sekali lagi terlepas dari seksa. Kalau kena minum air gula yang pekat tu, jenuh jugakla nak habiskan satu gelas tu. Sesudah minum air gula, nurse kata kena tunggu 2 jam untuk ambik darah sekali lagi dan aku tidak dibenarkan ke mana-mana melainkan toilet. Bila pk balik, mesti jemu punya kena tunggu 2 jam dalam bilik tu. Nasib baikla ada ibu-ibu yang lain yang kena buat MGTT macam aku. Boleh jugak aku menyembang. Bila dah menyembang, rasa macam cepat je 2 jam dalam bilik tu.

Bila dah cukup 2 jam, sampailah masanya untuk ambik darah kali kedua. Perasaan aku macam biasa je la. Tapi bila aku dipanggil, dan nurse cari urat tak jumpa aku jadi risau pulak. Last-last tak boleh ambik kat lengan kena ambik kat belakang tapak tangan. Bila nurse kata kena ambik kat belakang tapak tangan, lagila aku bertambah risau. Yela kulit kat belakang tapak tgn nipis ja. Mesti sakit berbanding dengan kulit kat lengan. Cucuk memangla sekali. Tapi masa jarum dok dalam kulit tu masa nak ambik darah, darah tak mau keluar. Nurse tu try banyak kali jugak tanpa mengeluarkan jarum dalam kulit aku. Bila dia try dan try akhirnya darah tu boleh diambil. Fuh..lega sebab tak kena cucuk banyak kali. Kena cucuk sekali je. Ada sorang kakak tu, kena cucuk sampai 3 kali. Jenuh sakit la...Nasib baik aku tak macam tu. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan....Lepas ambik darah tu, nurse tak bagitau pun keputusannya. Dalam buku merah pun tak dinyatakan. Mungkin mereka nak uji dulu baru akan dimaklumkan dalam buku merah. Dan aku akan hanya dapat tahu keputusan MGTT masa buat pemeriksaan bulanan di klinik. Aku harap semuanya ok. Dan aku dapat meneruskan kehamilan ni tanpa ada sebarang komplikasi.

Tuesday, November 10, 2009

Undang-Undang

Pada 08/11/2009, kedai komputer husband didatangi oleh pegawai Pejabat Daerah. Beliau memaklumkan kepada kami bahawa setiap komputer yang ada game di kehendaki mempunyai lesen hiburan. Harga satu pc ialah RM200. Dan pihak peniaga kena bayar setahun sekali. Terkejut jugak. Sebelum ni Majlis Daerah tak nyatakan perkara tersebut. Bila ditanya kepada pegawai tersebut, dia kata Pejabat Daerah dengan Majlis Daerah berada dalam organisasi yang berlainan. Kedai kami mempunyai 16 buah pc. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar ialah RM3200. Nak cari mana duit banyak tu sedangkan pendapatan kami pun bukanla mencecah RM1000 sebulan. Nak dapat RM200 dalam sehari bukannya senang. Kadang-kadang je dapat RM200 sehari. Bila ditanya jika tak didaftarkan atas game, dan hanya menggunakan interenet, bayaran tersebut tetap diambil atau sebaliknya, dia kata penggunaan interenet lagi mahal berbanding penggunaan game. Dia kata bayaran internet sehari RM50. Undang-undang apa macam tu? Undang-undang gila namanya. Pelanggan yang guna Internet pun sejam cuma RM2.00 sehari.

Undang-undang yang mereka buat sebenarnya hanyalah untuk menindas orang-orang Melayu yang berniaga secara kecil-kecilan. Bukannya nak memudahkan dan membantu orang Melayu yang sememangnya dah ketinggalan. Jika cas tersebut dikenakan kepada orang Cina, bagi mereka RM3200 setahun mudah nak dicari. Kenapa undang-undang negara ni tak adil? Kenapa kena belakangkan orang Melayu? Kalau macam ni keadaannya, sampai bila orang Melayu nak maju dalam bisnes? Dahla keje pun susah nak dapat. IPT pun berlambak-lambak. Graduan pun banyak yang dok tanam anggur. Pekerja kerajaan yang sepatutnya bersara pada usia 56tahun, diberi peluang untuk melanjutkan tempoh pencen lagi 2 tahun. Macam mana para graduan nak dapat keje? Tempat yang sepatutnya kosong ditambah lagi 2 tahun. Nak buat bisnes pun susah. Tak ada sokongan langsung. Pastu mulala nak kata orang Melayu tak ada kesedaran, malas. Orang Melayu kena bangun. Orang Melayu kena elakkan ditindas. Apa makna semua laungan tersebut? Hanya membuang air liur ja. Bantuan, peluang dan sokongan langsung tak ada. Lagi satu budaya, nak keje dalam kerajaan kena ada kabel atau pun orang dalam. Kalau tak, takkan dalam borang permohonan kerja mintak nama sesiapa yang ada bekerja dalam organisasi tersebut. Kalau tak ada, emmm...tak adala peluang tu. Boleh isi je la borang permohonan tu.
Apa yang disediakan kepada orang Melayu hanyalah hiburan. Hiburan yang boleh melalaikan dan tak membangunkan minda. Mana-mana stesen televisyen, penuh dengan rancangan hiiburan. Orang Melayu tak ada keje, kena jamu mata je la dengan hiburan tersebut. Bila perkara ni diterapkan, jadi lama-kelamaan, orang Melayu tak dapat membuka minda mereka. Mulalah timbul gejala sosial di kalangan Melayu patut dibendung dan dihapuskan. Sedangkan yang merosakkan keperibadian orang Melayu sebenarnya datang dari golongan-golongan yang tidak menjalankan tugas sebagai pemerintah dengan baik. Kebanyakan orang Melayu yang berjaya dan kaya raya hanya kerana disuapkan dengan pelbagai kemewahan dan nikmat di dunia ini. Sesiapa yang tak tahu dunia perniagaan orang Melayu, cubala selam dan fikirkan sendiri. Di mana keadilan yang konon-kononnya nak membantu orang Melayu? Nak buat pinjaman bank, perlukan penjamin kakitangan kerajaan. Kena ada cagaran tanah. Kalau tak ada kedua-dua tu, macam mana nak buat pinjaman untuk melebarkan perniagaan? Nampak sangat mereka hanya membantu orang yang berada dan berpendapatan tinggi. Orang Cina tak ada masalah dalam hal pinjam meminjam ni kerana mereka dah ada persatuan sendiri, pertubuhan sendiri yang sedia membantu mereka. Kenapa kita tak boleh jadi macam mereka? Perkara yang membebankan peniaga-peniaga Melayu adalah Undang-Undang yang tak munsabah. Undang-undang yang tak masuk akal. Apa motif mereka sebenarnya?? Cuba la fikir dan renung-renungkan...

Friday, November 6, 2009

Alhamdulillah....

Alhamdulillah....aku cukup gembira. Hari ni kandungan ku dah pun mencecah 20 minggu. Dah pun half way dalam pregnancy. Ada lagi 140 hari sebelum due date aku. Kemarin aku dah pun ke klinik untuk scan kandunganku. Saja la nak tengok jantung baby sama ada normal ke x normal. Maklumla, first time pregnant. Selama 19 minggu aku belum dapat merasakan gerakan baby dalam perut ku. Agak risau jugak. Tapi, selagi tak ada pendarahan, InsyaALLAH ok. Aku tau selama ni memanglah baby ni bergerak. Tapi, aku yang belum perasan. Tak sure rasa macam mana. Kadang-kadang rasa macam ada angin je dalam perut. Apa yang boleh aku buat sentiasa berdoa memohon agar semuanya selamat. Hasil daripada ingin tahu, aku telah pun ke klinik untuk mengetahui perkembangan kandunganku dengan lebih lanjut. Alhamdulillah, semuanya selamat. Jantung baby, tumbesarannya semuanya normal. Malah uri yang berada di bawah dah pun naik ke tempat yang sepatutnya. Lega rasanya. Doktor menjangkakan aku bakal mendapat anak lelaki. Tapi, aku tak kisah pun lelaki atau perempuan. Janji semuanya selamat, sempurna dan sihat hendaknya. Nanti bila kandungan dah mencapai 24 weeks ke atas, ingat nak buat scan 4D kat Pusat Rawatan Mahsuri Jitra. Sajala nak tengok rupa baby dalam rahim. Boleh jugak aku nak print dan tunjukkan kepada famili ku. Apa yang aku boleh katakan sekarang ni, aku harap aku dapat melalui fasa yang seterusnya dalam kehamilan ini. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin..

Hmm..kemarin lepas scan, aku n husband singgah makan kat restoran Radix Chicken House(RCH) milik HPA. RCH ni bukannla macam Radix Fried Chicken(RFC). RFC khas dalam pembuatan ayam goreng mcam KFC. Tapi RCH ni lebih kepada ayam panggang macam Kenny Rogers. Setakat ni aku belum penah makan lagi ayam panggangnya. Menu RCH ada Nasi Ayam, Satay, Nasi Lemak, Chicken Chop, Spring Roll dan macam-macam lagi. Kemarin aku n husband order Chicken Chop. Saja nak try. Boleh tahan jugak Chicken Chop dia. Tapi sos lada hitamnya takla sesedap sos lada hitam macam aku buat. Hehehehe..sempat lagi tu masuk bakul angkat sendiri. Tapi betulla memang sedap lagi sos yang aku buat. Tapi sayangnya aku tak ambik gambar Chicken Chop tu. Takpala, lain kali kalau aku pegi lagi kat RCH, aku akan ambik gambar sekali ngan gambar restoran tu. Heheheh....tapi menu, mungkin menu lain pulak kot...


Monday, November 2, 2009

Welcome Ubuntu Linux

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Sekarang ni agak kecoh tentang penggunaan Microsoft Office. Maklumla, microsoft office ni tak boleh guna yang pirate. Kalau guna yang pirate merupakan satu kesalahan. Lepas tu virus pun senang nak masuk dan merosakkan komputer serta folder kita. Untuk langkah permulaan, husband dah pun formatkan laptop aku dan cuba guna ubuntu. Haha..susah jugak masa mula-mula nak install. Macam-macam masalah dan kerenah sampai satu ketika tu rasa macam malasla nak guna ubuntu ni. Tapi try jugak search, baca dan kumpul maklumat last-last laptop aku dah pun bertukar ke Ubuntu. Dan sekarang masa aku update blog ni pun aku menggunakan Ubuntu bukan lagi Windows. Heheh...rasa macam ok jugak. Sekarang ni pun still explore dan cuba membisakan diri dengan Ubuntu ni. Nanti lama2 okla ni. Apa yang penting, cari dan cari. Apa yang aku perasan, Ubuntu ni rasanya lebih baik dan elok dari Windows. Kalau Windows, silap2 senang je virus nak masuk. Ubuntu ni tak. Datangla virus apa pun tapi Ubuntu still maintain dan tak terjejas walau sikit pun. Pastu mutu sound dan video pun macam lebih jelas dan memuaskan. Nak install pun senang. Tak payah kena masukkan macam2 cd driver. Pendek kata memang mudahla....Ubuntu ni kalau orang yang tak biasa, memang susah la. Tapi kalau dah terbiasa, ia tak jadi satu masalah yang besar. Samala dengan Windows masa mula-mula release. Susah dan payah jugak. Tapi oleh kerana tiada pilihan, orang yang tak tau pun kena belajar jugak. Ubuntu ni pun kena didedahkan dengan lebih meluas. Sebagai langkah pertama, aku dan husband nak biasakan pelanggan di kedai kami dengan penggunaan Mozilla dan Open Office. Bila pelanggan dah biasa dengan kedua-dua software ni barulah kami akan dedahkan dengan penggunaa os Ubuntu pulak. Tapi bukan senang jugak nak buat pendedahan ni di kedai. Ada risiko yang perlu diambil dan dinilai. Ni la namanya seorang usahawan. Kena berani ambik risiko di atas apa yang dilakukan. Takpala kami akan try jugak. Apa yang boleh aku katakan di sini, jomla try Ubuntu. Bila dah biasa, memang tak ada masalah. Belajar dari kesilapan dan usahakan penyelesaiannya. Tak kenal, maka tak cinta......