Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, kes perceraian dikalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Hmm..apa ye sbbnya? Sebenarnya macam-macam punca dan faktor yang membwa kepada perceraian ni. Ada orang ketiga la, masalah kewangan la, campur tangan mertua la dan macam2 lagi. Tapi kita jarang persoalkan tentang rahsia dikalangan suami dan isteri. Faktor ni jarang diperdebatkan. Tapi, sebenarnya faktor ni la yang menyebabkan terjadinya masalah org ketiga, masalah kewangan dan lain-lain lg...
Berahsia dalam rumahtangga antara suami dan isteri tak sepatutnya berlaku. Sebab bila kita dah berkahwin, jadi kita sebenarnya sanggup berkongsi segala-galanya dengan pasangan kita. Apa guna kita kawin jika ada perkara yang dirahsiakan. Mesti tak hepi dan mesti hilangnya nikmat berkahwin tu....Baik tak yah kawin kan...
Berahsia dalam rumahtangga ni kalau just for kidding atau saja nak happykan pasangan, it's ok..teruskan dengan surprise kita tu. Tapi bila kita berahsia dengan pasangan kita tentang perkara serius, mmg akan jadi serius la masalah tu. Contohnya kita bekerja di pejabat. dan tiba2 ada rakan sekerja kita suka kat kita dan kita x bagitau pasangan kita, itu sebenarnya dah menimbulkan bunga2 masalah dikalangan suami dan isteri. Jadi rakan sekerja kita tu, lagi mudah nak mendekatkan diri ngan kita. Lagi satu, bila kita ada masalah kewangan, sebaik-baiknya kongsilah dengan pasangan kita. Sekurang-kurangnya kita akan dapat pikir cara yang lain untuk stabilkan sumber kewangan kita. Jika kita pinjam duit dengan kawan, atau adik beradik atau mak dan ayah kita, sebaik-baiknya maklumkan kepada pasangan kita. Jangan ketepikan pasangan kita sbb masalah tersebut perlu dipikul bersama bukan dipikul sorang-sorang. Sekurang-kurangnya bila kita bgtau pasangan kita, kita boleh sama-sama bincang macam mana nak settlekan pinjaman yang pernah dibuat atau diminta. Sebab dunia ni kecik je. Pusing sana, pusing sini, last-last rahsia kita pasti akan terbongkar jugak.
Lagi satu dalam, rumahtangga perlu ada sifat kasih sayang, saling hormat-menghormati barulah rumahtangga kita aman damai, sentosa dan bahagia..Semua sifat ini sebenarnya membawa kita kepada supaya tidak berahsia dengan pasangan kita. Barulah hidup kita akan tenang....InsyaAllah....
Kekuatan Hati
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.
Ameen ya rabbal alamin.
Tuesday, October 4, 2011
Saturday, October 1, 2011
Ahlan Wa Sahlan
Lama sungguh blog ni x berupdate. X dan nak berblog. Banyak sebenarnya cerita yang tak di ceritakan. Yang terbaru perkembangan anak aku Niyaz Fauzan. Makin besar dah dan mulut pun x berenti bersembang walaupun setiap perkataan yang disebutnya kami pun x fhm. Ada yang kami faham ialan ‘buat apa la?’. Kdg2, ‘ buat apa?’ Selalunya pertanyaan tersebut akan ditanya ketika aku tgh buat sesuatu. X kira la, masak ke, lipat kain ke, sapu sampah ke. Mesti dia akan tanya. Lagi satu dia selalu sebut ‘duit’. Perkataan ni disebut time Papa kira duit. Mesti dia akan sebut ‘duit’. Pandai kenal duit pada usia 1 tahun 5 bulan.....Rasanya kebanyakan budak2 macam ni....
Semalam time aku mengemas dapur, Niyaz bersama dengan Papanya. Dan Papanya sajala bersembang dgn dia. Dialog lebih kurang mcm ni la:
Papa: Panggil tok...
Niyaz: tok...
Papa: Wan...
Niyaz: wa...
Papa: Papa...
Niyaz: papaa...( pelan je bunyi )
Papa: Mummy...
Niyaz: mee...
Papa: Abg Nen...
Niyaz: ne...
Papa: Kak Zulfa...
Niyaz: pa...
Papa: Abg Zafran...
Niyaz: pen..
Papa: Abah...
Niyaz: bah....
Papa: mi...
Niyaz: mi...
Papa: Niyaz....
Niyaz: hehehe...( dia gelak )
Pendek kata, dia faham apa yang kita tanya. Cuma ada yang boleh dijawab dan ada yang tak boleh dijawab....Kita kena selalu sembang ngan anak kita, barulah anak kita akan dapat bercakap macam kita....InsyaALLAH.....
Saturday, May 14, 2011
Resipi Baru Untuk Niyaz
Lama aku x update blog ni. Hehehe..kekurangan waktu untuk berbloging. Banyak cerita yang tergendala. Tapi, biarlah. Ada yang aku dah terlupa dan ada yang masih kekal diingatan ini. Apa pun aku tetap akan terus bercerita jika mempunyai masa yang terluang. InsyaALLAH.....
Kali ni aku nak bercerita tentang pola pemakanan anak aku Niyaz. Niyaz dah pun setahun lebih dan dah makan pelbagai jenis makanan. Tapi, makanan ruji dia, aku perasan sejak kebelakangan ni, dia macam boring makan nasik atau moi yang disediakan. Tapi kalau bagi makan jenis keropok lekor or nuget or fries, memangla dia makan. Tapi aku sedar, pemakanan macam tu not good for him. Puas cuba bagi makan makanan ruji. Tapi, dia seakan-akan menolak makanan tersebut. Aku pun terfikir anak aku ni dah boring rasanya makan nasik atau moi. Hari-hari makan benda yang sama ja, mestilah dia pun boring. Mesti dia nak rasa makanan lain pulak. Aku buntu seketika. Tak tahu nak sediakan makanan apa khas untuk dia. Nasib baiklah dia masih menyusu badan. Sekurang-kurangnya zat yang diperlukan oleh badannya sentiasa dibekalkan untuk perkembangannya. Aku terfikir, anak aku ni kenis nak bertukar makanan hari-hari. Jadi aku kena kreatif menyediakan makanan untuknya. Dan kemarin.....aku dah mula mencari resipi khas untuk baby umur 6 bulan sampai 2 tahun. Alhamdulillah...aku jumpa. Nasib baik ada pakcik google. Banyak jugak resipi yang aku amik. Alhamdulillah.....bolehla aku try sediakan untuk dia.
Semalam aku try buat resipi baru untuknya. Resipi tu ialah resipi, Kentang, Brokoli berkrim. Dalam resipi dia guna brokoli. Brokoli ni memang bagus. Tapi, kat rumah bekalan brokoli tak ada. Jadi aku gantikan dengan carrot la. Carrot pun ok jugak. Memang tiap2 hari sayur carrot ja yg aku bg kat anak aku. Sebab tu carrot banyak kat rumah. Tapi, kadang-kadang sayur bayam atau sawi ada jugak saya sediakan untuk anak saya. First time tengok resipi tu berharap anak aku akan memakannya. Dan aku try buat semalam. Alhamdulillah....Niyaz makan. Habis satu mangkuk. Hehehe....Kenyang la dia semalam. Cara nak sediakan resipi ni mudah je.
Bahan:
Kentang saiz kecik 1 biji
Baby karot 4 batang ( guna karot biasa pun ok jugak )
Keju 1 keping
Susu sama ada susu ibu atau bancuhan susu formula
Cara Membuatnya:
Rebus kentang dengan kulit yang dah dibasuh sampai bersih. Rebus sampai empuk
Rebus karot sampai masak
Kupas kulit kentang dan potong kecik2
Campur semua bahan dalam blend dan blend sampai halus.
Pastu siap and ready to eat...
Sedap jugak resipi ni Kentang dan Karot berkrim... Niyaz suka makan. Kan kentang boleh ganti nasik. Jadi tak ada masalah la kalau anak kita Cuma makan kentang ja. Kita kena pastikan makanan yg kita buat tu, boleh menarik selera anak kita. InsyaALLAH masa makan anak kita bukan jadi satu masalah yang besar....
Malam ni pula aku nak sediakan sphagetti untuk Niyaz. Hehehe...nanti aku akan kongsikan dlm blog lagi. InsyaALLAH...
Saturday, May 7, 2011
Warkah Buat Mama.....
Pilu hatiku yang sayu
menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih
Ku zahirkan lagu sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Raut tuamu memberkas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan
Kalimah rahsia
Masih
Kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasih kepadamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cumalah ungkapan bisu yang melindungkan
Kalimah rahsia
Apakah yang hilang jika dilisankan
Manik penghargaan penuh kejujuran
Namunkan terlihat
Cinta yang merona
Jika renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan,
Sebelum mata rapat terpejam
Usahkan biar kehilangan menggantikan lafaz
Yang tersimpan..
------------------------------ -----------------------------
aku ini, anak yang biasa..
namun aku punya cerita, punya cinta, punya rasa..
tapi tiada pandai bermadah bicara..
sedih tika tak mampu luahkan
pedih tika tak mampu kuzahirkan
hanya ini mampu kucoretkan
lukisan hati yg aku lakarkan..
di lembaran tikar sejadah
aku titipkan doa
andai suatu hari kelak aku menjadi sepertimu
moga tangan dan hatiku
akan memiliki keindahannya tersendiri..
sungguh, dunia ini memiliki banyak keajaiban
segala ciptaan Tuhan yang begitu agung..
tetapi, tiada satu pun yang dapat menandingi keindahan tanganmu, Mama.....
Selamat Hari Ibu ♥
Tuesday, April 26, 2011
Fitrah Seorang Wanita
Hmm...membaca setiap artikel di salah satu blog kegemaran ku, http://ummuhusna99.blogspot.com sedikit sebanyak merawat hati aku. Sungguh menarik penulisannya. Memang sesuai untuk para isteri dan wanita dalam mendidik diri dan hati menjadi seorang wanita yang kuat, tabah, dalam melayari kehidupan ini. Wanita memang tak dapat lari dari emosinya. Itu memang fitrahnya. Tapi, sejauh manakah kita mampu mengawal keseimbangan dan kestabilan emosi kita? Adakala, jika hati terguris, pasti kita akan menangis jua. Jika rasa nak marah, akan marah jua .Aku sendiri pun adakala tak dapat mengawal emosi. Masih dalam proses pembelajaran menjadi wanita dan isteri yang lebih matang. InsyaALLAH....akan aku bekalkan hati ku dengan ilmu-ilmu ini. Kredit to ummuhusna kerana dengan artikelnya banyak membantu aku. Aku akan terus belajar dan belajar. INsyaALLAH.............
Hati...
Walau kasih tidak dihargai, kita tetap memberi. Walau khidmat tidak dipeduli, kita terus mencurah bakti.
Ingatlah, andai satu ketika kita tidak mengenal erti kehancuran, kita tidak akan pernah tahu apa yang membuatkan kita utuh dan teguh untuk hari-hari seterusnya.
Yakinlah :
Ingatlah, andai satu ketika kita tidak mengenal erti kehancuran, kita tidak akan pernah tahu apa yang membuatkan kita utuh dan teguh untuk hari-hari seterusnya.
Yakinlah :
ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘antiseptik’ yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan.
Akhirnya, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.
Sunday, April 24, 2011
Langkawi 1
Hmm.....kali ni sempat jugak aku bukak blog untuk diupdate. Tp x tau lama mana boleh taip. Sementara anak aku masih tido, aku nak curi masa ni untuk bercerita tentang our vacation at Langkawi pada 11, 12 dan 13 April yang lalu. Percutian ni bukanlah hanya kami bertiga aja. Tapi disertai lagi 4 orang. Sorang sepupu hubby dan 3 orang lagi ialah our staff dan kembarnya dan sorang kawannya. Jadi semuanya 6 org x termasuk my son k. Semua depa tu join berbayar. Sorang RM200. Dengan duit yang dihimpun dan dikutip tu, kami bolehlah menempah tempat penginapan, kereta sewa n tiket ke feri. Alhamdulillah...
First day nak ke Langkawi, kami dah bangun awal sebenarnya. Tapi tak tau la kat mana silapnya berlaku jugak kekalutan. Feri kami kul 10.30pg. Bertolak dari rumah pukul 9.00pg. Masa on da way nak ke Kuala Kedah, hubby boleh tersilap jalan. Sedangkan dia dah biasa sebenarnya jalan-jalan kat sini. Entahlah mungkin dia pun agak excited tu yg boleh tersilap jalan. Bila dah silap jalan kenala berpatah balik. So dah buang masa selama 15 minit rasanya. Tepat kul 10pg barulah aku dan sepupu hubby selamat tiba di Kuala Kedah. Hubby kena berpatah balik ke Simpang Kuala untuk ambik 3 orang lagi sebelum boleh naik feri. Yela bawa keta Nissan mn muat nak buh semua 6 orang. Jadi kena la ulang-alik untuk melengkapkan group kami. Hubby n 3 org lagi tu sampai kat Kuala Kedah dah kul 10.40pg. Feri pun dah nak jalan dah. Nasib baik kami tidak ditinggalkan. Punyalah panik aku n sepupu hubby time tunggu depa nak sampai. Dah la masa dok tunggu tu ada la 2 , 3 org pakcik dok tanya aku, keta dah sewa ka kat sana, nak dok kat mn kat sana, pakej mangroove n island hopping amik x? Bencinnya aku bila ditanya benda2 macam tu. Ni semua, sepupu hubby la. Memandai ja bgtau kat pakcik2 tu kata nak p holiday kat Langkawi. Geram betul!! Aku bila diasak dengan soalan macam tu, jawapan aku, semua dah ada. senang. Tp ada jugak pakcik2 yang x faham bahasa. Dok promote lagi kat aku kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat depa. Last-last aku buat x layan jer. Padan muka pakcik tu. Terbayang lagi muka aku time taip benda ni. Geram betul!! Tapi nak salahkan depa pun x leh jugak. sebab depa pun cari makan. Sabar jer la....Bila dah berada dalam feri, lega rasanya. Alhamdulillah...kami x ditinggalkan. Tepat jam 10.45pg, barulah feri bertolak...Perjalanan mengambil masa selama 1 jam setengah. Dan tepat jam 12.15tgh hari sampailah kami di Pulau Langkawi. Dan kereta yang kami dah pun sewa ialah sejenis MPV Nissan Serena Highway Star....Tempat penginapan Kondo Safa Idaman.
First day nak ke Langkawi, kami dah bangun awal sebenarnya. Tapi tak tau la kat mana silapnya berlaku jugak kekalutan. Feri kami kul 10.30pg. Bertolak dari rumah pukul 9.00pg. Masa on da way nak ke Kuala Kedah, hubby boleh tersilap jalan. Sedangkan dia dah biasa sebenarnya jalan-jalan kat sini. Entahlah mungkin dia pun agak excited tu yg boleh tersilap jalan. Bila dah silap jalan kenala berpatah balik. So dah buang masa selama 15 minit rasanya. Tepat kul 10pg barulah aku dan sepupu hubby selamat tiba di Kuala Kedah. Hubby kena berpatah balik ke Simpang Kuala untuk ambik 3 orang lagi sebelum boleh naik feri. Yela bawa keta Nissan mn muat nak buh semua 6 orang. Jadi kena la ulang-alik untuk melengkapkan group kami. Hubby n 3 org lagi tu sampai kat Kuala Kedah dah kul 10.40pg. Feri pun dah nak jalan dah. Nasib baik kami tidak ditinggalkan. Punyalah panik aku n sepupu hubby time tunggu depa nak sampai. Dah la masa dok tunggu tu ada la 2 , 3 org pakcik dok tanya aku, keta dah sewa ka kat sana, nak dok kat mn kat sana, pakej mangroove n island hopping amik x? Bencinnya aku bila ditanya benda2 macam tu. Ni semua, sepupu hubby la. Memandai ja bgtau kat pakcik2 tu kata nak p holiday kat Langkawi. Geram betul!! Aku bila diasak dengan soalan macam tu, jawapan aku, semua dah ada. senang. Tp ada jugak pakcik2 yang x faham bahasa. Dok promote lagi kat aku kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat depa. Last-last aku buat x layan jer. Padan muka pakcik tu. Terbayang lagi muka aku time taip benda ni. Geram betul!! Tapi nak salahkan depa pun x leh jugak. sebab depa pun cari makan. Sabar jer la....Bila dah berada dalam feri, lega rasanya. Alhamdulillah...kami x ditinggalkan. Tepat jam 10.45pg, barulah feri bertolak...Perjalanan mengambil masa selama 1 jam setengah. Dan tepat jam 12.15tgh hari sampailah kami di Pulau Langkawi. Dan kereta yang kami dah pun sewa ialah sejenis MPV Nissan Serena Highway Star....Tempat penginapan Kondo Safa Idaman.
![]() |
| Ni la kereta kami. Nissan Serena Highway Star. |
![]() |
| Tempat bermalam. Kondo Safa Idaman. Best n selesa |
![]() |
| Bilik kami. Master Bedroom ada katil saiz King. Muat 3 beranak. |
![]() |
| Ni famili room Katil saiz Queen |
| |
| Ni bilik bujang 2 buah katil Single |
![]() |
| Ruang tengok tv |
![]() |
| Swimming pool untuk berendam |
Lepas dah rehat. Kami pun memulakan perjalanan kami. First Destination is...........Taman Hidupan Liar. Sambungannya dalam next entry...hehehehe.....Idea dah habis. Ayat kat atas pun dah lintang pukang. hehehe....
Subscribe to:
Posts (Atom)






