Kekuatan Hati

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


Ameen ya rabbal alamin.

Saturday, July 10, 2010

Duit..Duit...Duit.

Semalam, saya bersembang dengan hubby tentang duit. Makumlah...kami famili yang berniaga sendiri. Jadi perbincangan tentang duit merupakan tajuk utama setiap hari. Kami tak pernah jemu. Perbincangan tentang duit ini amat penting. Kami kena pandai merancang perbelanjaan. Seperti pasangan suami isteri yang lain, kami juga mempunyai keinginan untuk memiliki aset sendiri. Hubby pernah maklumkan kepada saya bahawa dia ingin kembangkan perniagaan tetapi modal tidak ada. Saya pernah nyatakan kepadanya tentang pinjaman bank. Dia maklumkan kepada saya bahawa dia susah nak buat pinjaman bank. Dia pernah tanya setiap bank yang ada. Hasilnya memang mengecewakan. Bukan saja interest yang tinggi. Tetapi mesti ada penjamin kakitangan kerajaan atau pun aset yang perlu dicagarkan. Bab penjamin ni la yang tak bestnya. Hubby tak mempunyai penjamin yang boleh dinyatakan. Aset yang nak dicagarkan juga, memangla tak ada. Pernah saya maklumkan pada hubby supaya minta tolong daripada bapa saudara dan mak saudaranya. Tetapi hubby tak setuju. Katanya bukan semua orang yang sanggup jadi penjamin. Kalau tak sempat bayar, bank mesti hantar surat kat penjamin jugak. Kalau silap sikit, kes boleh naik mahkamah. Disebabkan faktor inilah hubby tak berminat atau tak berani nak mohon pinjaman bank. Risiko cukup tinggi. Kalau ambik famili jadi penjamin, kalau silap sikit, boleh pecah sebuah famili. Hubby tak mahu keadaan jadi teruk. So sekarang hubby dah jumpa penyelesaiannya. Hubby maklumkan jika nak kembangkan perniagaan, dia akan buat sikit-sikit. Ada duit sikit, tambah sikit. Nanti lama-lama banyaklah. Selain itu hubby jugak dah wujudkan tabung-tabung untuk dijadikan sumber simpanan. Tabung-tabung yang disediakan juga mengikut keperluan dan keinginan. Senarai tabung yang disediakan:-

a. Tabung Kereta - sudah tentulah untuk beli kereta. Hubby simpan RM25 setiap hari
b. Tabung Niyaz - khas untuk simpanan Niyaz. RM3 setiap hari
c. Tabung Kamera - untuk keperluan hobi dan kerja fotografi hubby RM5 setiap hari
d. Tabung Kedai - untuk bayar sewa, karan dan internet RM40 setiap hari
e. Tabung Lesen Hiburan - untuk bayar lesen hiburan RM3 setiap hari
f. Tabung Internet - untuk bayar bil Internet kat rumah RM3 setiap hari
g. Tabung Holiday - untuk percutian kami 3 beranak RM3 setiap hari
h. Tabung Xtra - khusus untuk simpanan emergency kes RM4 setiap hari

Jumlah untuk TABUNG SAHAJA RM86.00

hahaha...bermakna setiap hari sekurang-kurangnya kami kena dapat lebih daripada RM86.
Banyak kan??? Duit...duit....duit....

New Lesson...

Dengan adanya langkah menabung ini, kami boleh melatih diri supaya berdisiplin dalam berbelanja. Kalau tak, belanja ikut suka hati ja....

Sekarang barulah saya tahu dan sedar kita kena bijak dalam menangani isu kewangan keluarga. Tapi tak dinafikan adakala tertekan. Tapi bersyukur kerana kami boleh lagi merasai nikmat kehidupan yang sederhana. Ada lagi orang lain yang hidup lebih susah.... Alhamdulillah syukur di atas kurniaan ALLAH....

Sunday, May 16, 2010

Aku Masih Di Sini...

Setelah beberapa lama menyepikan diri, kini aku kembali. Kembali untuk berkongsi kisah hidupku yang boleh aku katakan a New Life. Hampir 3 bulan aku menyepikan diri. Menyepikan diri bukan bermakna aku terus menyepikan diri. Aku menyepikan diri dari dunia blogger dan internet. Tetapi kehidupan ku di luar dunia tersebut, amatlah indah dan agak sibuk. Sibuk dengan kehidupan baru yang bernama Mummy World. Aku kini telah pun berubah, dari duniaku bergelar, kanak-kanak, remaja dan anak gadis, kini aku merasakan diriku kini lengkap. Lengkap menjadi seorang Wanita setelah aku bergelar Isteri dan Ibu. Sesungguhnya setiap saat yang dilalui itu begitu bermakna dan indah. Setiap rentetan kehidupanku ada ceritanya yang tersendiri. Dan apa yang pasti setiap cerita dan peristiwa itu banyak mengajar ku erti kehidupan. Dan sehingga kini, aku masih mengukir kisah suka-duka ku yang tersendiri. Ada bahagia, ada gelak tawa dan tidak kurang jugak kisah-kisah sedih yang mengundang airmata. Tapi...inilah kehidupan....

Sunday, March 7, 2010

Kemas Stok Tudung

Hari ni usia kandungan dah mencecah 37 minggu 3 hari. Tinggal lagi 18 hari sebelum tarikh bersalin yang dijangka oleh doktor. Hmmm...macam mana ye nak gambarkan perasaan ni?? Ntahlah..susah nak digambarkan. Hanya diriku sahaja yang memahaminya. Perasaan bercampur jadi satu. Tapi rasanya excited lagi banyak kot. Yela...nanti lepas bersalin, kehidupan aku akan berubah sepenuhnya. Dan yang paling best, lepas bersalin badan dah rasa ringan dan senang untuk bergerak bebas macam sebelum mengandung. Harap semuanya dipermudahkan nanti. Amin...

Oleh kerana aku kini cuma menghitung hari sehingga tibanya waktu bersalin, hari ni aku dah mula kemas stok tudung yang ada untuk bawa balik ke rumah. Nanti aku kena keje dari rumah la sebab dah ada baby. Bila dah ada baby, kenala bekerja dari rumah pulak. Nanti lepas bersalin, insyaALLAH aku akan tinggal di rumah mama. Stok tudung yang ada aku tinggalkan kat rumah Pendang. Sementara aku berada di Sungai Petani, mak mertuaku bolehlah tolong promotekan tudung-tudung ku. Nanti lama-lama orang akan beli kat aku pulak. Hehehe...mak aku ni, pandai jugakla nak promote kat orang kampung. Biasala, mak aku jenis ramah. Sebab tu orang kampung kenal dia.

Time kemas stok tudung tadi, sempat lagi aku fikir macam mana nak habiskan stok tudung lama yang tinggal beberapa helai lagi. Stok tudung lama yang masih ada ialah Tudung Jerut Tepi, Tudung ovul Twist dan beberapa jenis lagi tudung lain. Aku ingat tudung-tudung yang lama tu, nak jual lelong je nanti. Yang penting, aku dapat balik modal yang telah dikeluarkan. Yelah, aku kini dalam usaha untuk menghimpun modal untuk jadi pemborong tudung pulak. Jadi kenalah pandai menghimpun duit untuk dijadikan modal. Sempat kot nanti...Harap time aku dalam pantang nanti ada orang order tudung ku banyak-banyak. Bila semua tudung ku terjual, bolehla aku jadi pemborong tudung nanti InsyaALLAH.....

Esok 9 Mac 2010 aku ada temujanji dengan Klinik Bidan Tanah Merah. Biasalah dah masuk 37 minggu, memangla kena kerap ke Klinik. Seminggu sekali pulak tu...Takpala, harap hasil dari pemantauan selama seminggu sekali ini, akan memberi keyakinan kepada aku untuk melahirkan baby ku ini. Bila dah kerap jumpa nurse, mungkin perasaan takut akan hilang dan akan digantikan dengan perasaan yang tenang menjelang hari kelahiran nanti. Semoga aku sentiasa bersedia menghadapi semua ini.....Amin...

Tuesday, March 2, 2010

Kelas Komputer tamat......Cuti hahahaha...

Akhirnya setelah puas menghitung hari, kelas komputer yang telah dihandle oleh aku beberapa bulan yang lalu dah pun dengan selamatnya dan rasminya tamat. Kelas komputer ni akan disambung semula dalam bulan 5 atau bulan 6 nanti iaitu selepas aku selesai bercuti dan berpantang bersalin. Hahaha...lega rasa bila kelas dah selesai. Penat oooo mengajar orang ni. Ingatkan senang. Rupanya susah....hehehehe....Walaupun kelas dah selesai, aku masih lagi ke kedai. Yela...kalau dok kat rumah pun tak ada apa yg boleh dibuat. Baik aku isikan masa terluang tu dengan menjejakkan kaki ke kedai. Sekurang-kurangnya, boleh jugak aku mengadap komputer dan internet. Takla boring macam dok kat rumah....sbb kat rumah internet boleh guna waktu malam je. Internet kat rumah guna akaun kedai. Pada waktu siang, perniagaan dijalankan seperti biasa. Mana boleh bukak internet kat rumah. Lagipun, aku nak kemas stok-stok tudung yang ada kat kedai nak bawak balik rumah. Sbb lepas bersalin nanti, sudah tentu aku kena uruskan stok tudung dirumah sbb dah ada baby. Mana boleh nak tinggal baby kat rumah. Lepas dah selesai semua keje, barulah aku akan bercuti di rumah sambil menghitung hari bersalin. Hehehe.... tak lama dah ni. Nanti aku ada baby. Macam mana ye kehidupan aku nanti ye...Harap baby aku tak la banyak ragam sangat. Biarla setiap hari yang dilaluinya penuh dengan ketenangan dan kebahagiaan....Biar dia rasa hepi je berada di muka bumi ini....

Kemarin aku dah masukkan stok tudung baru dalam facebook. Sajala buat promosi sikit. Macam ni la meniaga online. Kena pandai ambik peluang yang ada dan gunakan semaksimum yang boleh. InsyaALLAH ada rezeki tak ke mana. Dua hari lepas dah ada orang order 10 helai tudung. Tudung yang di order tudung Butang dan tudung Z n Z plain. Orang dari Sarawak. Alhamdulillah....rezeki datang dengan banyak sekali dalam masa satu hari.....Okla tu....Harap lepas ni sale tudung aku akan terus meningkat dan meningkat. Bolehlah aku himpun modal untuk buat jualan secara borong pulak. Entahla kenapa sekarang ramai sungguh orang tanya tentang jualan borong kat aku. Mesti diorang tanya sama ada aku buat atau tak. Memandangkan aku belum buat jualan secara borong, terpaksala maklumkan kepada mereka yang bertanya bahawa aku belum buat lagi jualan secara borong...Huhuhu frust sungguh. Apa- apa pun, aku kena himpun dulu modal sebelum nak buat jualan secara borong. Harap nanti terlaksanalah impian ku ini. Amin....

Kemarin aku ke klinik desa Tanah Merah untuk buat pemeriksaan biasa untuk ibu hamil. Alhamdulillah semua ok. Cuma hb je 10.3. Nurse tu suruh aku ke klinik kesihatan daerah pada hari khamis nanti untuk ambik darah nak check balik hb. Tapi, aku malasla nak ke klinik tu. Bukan apa, penat. Ala....rasanya tak ada apala. Biasalah hb tu. Aku cuma kena lebihkan pengambilan sayur hijau, hati dan kerang. InsyaALLAH....okla hb aku nanti. Memandangkan usia kandungan ku dah mencecah 36 minggu lebih, aku kena buat pemeriksaan setiap minggu sampailah waktu nak dekat bersalin nanti. Makin kerap aku ke klinik desa. Takpala..Lepas dah bersalin nanti, aku tak payah ke klinik dah. Itu pun satu kelegaan buat ku nanti. Harap lepas bersalin nanti, taklah banyak sangat masalah kesihatan aku dan baby. dan kalau boleh, janganlah ada masalah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tentang hb aku yang rendah ni, macam mana ye aku nak explain kat nurse minggu depan? Takpala, kalau nurse tu tanya, aku nak kata tak larat nak p kat klinik pendang. Letih....dahla aku susah nak jalan sekarang ni. Kaki bengkak. Nak jalan banyak-banyak pun sakit. Mesti nurse tu faham. Dia pun pregnant jugak sekarang. takkan tak leh nak faham masalah ibu hamil....Mesti dia boleh pertimbangkan alasan aku. Hahahaha....

okla....semoga semuanya dipermudahkan dan semoga aku dapat melalui hari-hari yang mendatang dengan tenang dan bahagia....Amin

Monday, March 1, 2010

For The Rest Of My Life

Best sungguh lagu dan lirik ni.

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Friday, February 26, 2010

Balik SP...

Lauk yang di order at Warung Pak Su

Mee Udang Kuala Juru

Pantai Merdeka Beach Resort

Barang bb ke hospital

Lama tak update blog ni.Tak sempat nak update sejak ada facebook selain sibuk dengan kelas komputer. Maklumlah... ada lagi 4 orang student yang perlu diselesaikan pembelajarannya. Memang kena bagi habis kelas diorang ni sebelum bercuti panjang untuk bersalin. Kalau diikutkan, memang dah tak larat nak ajar. Yela, dengan cuaca yang panas, kaki sakit, pinggang sakit dan macam-macam sakit lagi la. Kalau ada saja peluang untuk rehat, memang nak gunakan peluang tu untuk berehat sepenuh masa dari semua aktiviti yang memenatkan. So far, tinggal lagi 2 hari untuk selesaikan kelas diorang. Alhamdulillah....nampaknya pembelajaran diorang dapat ditamatkan lebih awal dari perancangan sebelum ni. Rasa lega ja....Lepas ni bolehla tumpukan sepenuh perhatian kepada persiapan untuk bersalin nanti. Alhamdulillah....

Kemarin, aku dan hb berpeluang balik SP. Saja la balik dan dalam masa yang sama, bolehlah bawak balik baju bb siap-siap. Nanti lepas bersalin, aku akan tinggal dengan mama di SP. Macam tu la plan yang dah dipersetujui bersama. Dapat jugak dok kat SP lama-lama sikit. Kalau tak, balik sekejap je. Takpala nak buat macam mana, kami bekerja sendiri. Jadi, kenalah berkorban sikit. Apa yang penting aku hepi....Alhamdulillah....Disebabkan nak bawak balik baju bb ke SP, aku dah pun pack siap-siap baju bb yang perlu di bawa ke hospital nanti. Jadi baju bb yang dibawa balik ke SP adalah baju lain yang akan dipakai oleh bb masa kat SP nanti. Baju bb yang nak dibawa ke hospital, aku tak sediakan dalam kuantiti yang banyak. Aku cuma sediakan 2 pasang baju lengan pendek, 1 pasang baju lengan panjang dan 1 sut lengkap baju lengan panjang yang akan dipakaikan time nak balik SP lepas bersalin nanti. Lampin aku sediakan dalam 5 helai je. Pampers Newborn aku sediakan 10 keping. Lain-lain keperluan bb yang disediakan ialah tuala, selimut dan wet tissue. Okla kot. Harap nanti aku tak lama la tinggal dihospital. Semoga semuanya dipermudahkan nanti. Barang-barang keperluan aku yang nak dibawa ke hospital belum disediakan lagi. Barang bb je yang dah disediakan. Aku ingat esok baru aku nak pack baju aku. Lepas dah pack semua, barulah nak diletakkan dalam kereta all the time. Tak lama dah aku nak bersalin. Ada lagi 27 hari kot. Sekali sekala fikir bab bersalin ni takut. N sekali sekala rasa tak takut n rasa macam nak bagi bb keluar cepat-cepat je. Emm...apa-apa pun kenalah sabar menghitung hari.

Time balik SP ari tu sempat makan mee udang Pulau Sayak. Dedi yang beli. Sedap sungguh mee udang Pulau Sayak. Sebungkus tu banyak sangat mee yang dibungkus. Puas rasa makan mee banyak-banyak macam tu. Kenyang.....Lepas balik SP, keesokkan harinya aku n hb nak bertolak ke Pantai Merdeka dan Penang. Sempat lagi singgah di Pantai Merdeka. Bukan apa, hb nak buat reunion sekolah dia kat Pantai Merdeka pada Hari Raya ke 3 nanti. Sajala p survey kat Pantai Merdeka. Tengok kawasan, tengok harga, tengok chalet. Siap ambik gambar lagi. Cantik jugak Pantai Merdeka Beach Resort. Sesuaila nak buat family day, reunion or meeting. Selama dok survey tempat tu, letih jugak aku ni. Biasala dah last-last pregnant ni, memang cepat penat. Lepas dah ke Pantai Merdeka, barulah bertolak ke Penang. Masa nak balik Pendang, kami tetap meneruskan misi kami Jalan- Jalan Cari Makan. Kali ni kami p makan kat Warung Pak Su Kuala Juru. Kami makan nasik Ketam. Sedap sungguh Nasik Ketam Warung Pak Su. Memang tak rugi makan...lepas dah makan nasik ketam, kami order bungkus pulak mee udang untuk mak n abah. Sajala nak rasa pulak mee udangnya macam mana. Bila dah rasa, mee udang Warung Pak Su tak boleh lawan kesedapan mee udang Pulau Sayak. Mee udang Pulau Sayak memang sedap....Kena suggest ni mee udang Pulau Sayak kat orang ramai. hehehehe.......Rasanya inilah kali terakhir boleh Jalan Jalan Cari Makan. Lepas ni dah ada bb, memang tak leh dah la buat macam ni. Kalau nak buat macam ni kena tunggu bb besar sikit baru best jalan-jalan. Takpala...sabar....hehehee...
Lepas ni ada bb lagi best......Boleh timba pengalaman baru jadi mummy....hehehe

Wednesday, February 10, 2010

Apa yang peliknya???

SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.
Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.

( sumber: Harian Metro)

Ketika aku membaca harian Metro, muka depan memaparkan berita utama " Kucing Mata Satu". Tajuk macam ini pun dikatakan berita utama. Kononnya satu perkara yang pelik berlaku di muka bumi ini. Pada aku, apa yang nak dikatakan pelik itu, memang tak munasabah. Bumi ini milik ALLAH. DIA berhak untuk mencipta makhluknya. Manusia pun ada yang dilahirkan cacat. Inikan pulak seekor binatang. Kita sebagai hamba ALLAH kenalah berpegang teguh kepada kebesaran dan kekuasaan ALLAH. ALLAH itu maha berkuasa. DIA mampu menjadikan apa sahaja yang dikehendakinya. Jadi perkara yang dilaporkan di Harian Metro ini, bukan suatu yang pelik atau pun aneh. Kita hendaklah insaf dan sedar bahawa nikmat ALLAH di muka bumi ini tidak boleh dipertikaikan. Apa yang terjadi adalah di atas kehendakNYA. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar kehidupan kita diberkati dan dilindungi ALLAH sentiasa. Kepada para wartawan yang suka melaporkan berita tentang kejadian ALLAH ini, hendaklah sentiasa buka minda dan luaskan pengetahuan tentang kebesaran ALLAH. Tak perlulah berita seperti ini dilaporkan kerana tiada apa yang mustahil di atas setiap kejadian yang telah ALLAH ciptakan. Biarlah ia disimpan sebagai tujuan untuk muhasabah diri sendiri agar hidup tidak tersasar dari landasan yang betul....