KUALA TERENGGANU - Penulis novel yang lumpuh sebelah kaki sejak lima tahun lalu akibat digigit kucing, Arifin Ngah, 70, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Bukit Tunggal di sini pada pukul 1.15 petang semalam.
Allahyarham yang turut mengalami komplikasi pelbagai penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang sejak insiden tersebut menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Zainab Mohamad, 63 dan tiga anaknya.
Menurut Zainab, dalam insiden pada April 2005 itu, suaminya digigit kucing peliharaan mereka yang dinamakan Putih ketika hendak mengambil wuduk untuk solat subuh di rumahnya.
Berikutan kejadian itu, bekas guru yang merupakan pemenang Anugerah Sastera Darul Iman sebanyak dua kali melalui karya bertajuk Wahyu dan Tangisan Bangsaku mendapat rawatan di Kuantan Medical Centre di Kuantan.
"Bagaimanapun, doktor memberitahu saraf kakinya telah putus," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini semalam.
Menurutnya, selama lima tahun arwah berulang alik ke hospital tetapi baru-baru ini penyakitnya bertambah parah dan terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah selama 26 hari tetapi arwah minta untuk pulang ke rumah pada Ahad lalu.
"Semalam dia masih boleh bercakap dan memberitahu rakan-rakannya yang sudah meninggal dunia datang melawatnya," katanya yang dapat merasakan ajal suaminya makin dekat selepas mendengar kata-kata itu.
Bagaimanapun, menurut Zainab, dia reda dengan pemergian arwah yang sudah lama menderita sakit itu tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk menguruskan lebih 10 buah novel yang sudah disiapkan tetapi belum dihantar kepada penerbit.
Antara karya arwah yang sudah diterbitkan ialah Bila Siulan Berbunyi, Anak Pondok, Panglima Datu, Sewak, Gadis Vokasional dan Taubah.
Sumber dari Kosmo 26/12/2009
***********************************************************************************
Bila baca paper kosmo hari ni, terkejut jugakla. Penulis novel lumpuh meninggal dunia. Setelah baca line by line ada ayat yang mengatakan beliau lumpuh akibat digigit kucing selain dari komplikasi penyakit yang lain. Aku ni peminat kucing dan ada kucing peliharaan terfikir jugakla betul ke gigitan kucing boleh menyebabkan lumpuh? Cuba cari maklumat dalam internet. Dan jumpala sikit-sikit maklumat tu. Rupa-rupanya gigitan kucing merbahaya sebab ada sejenis virus yang dibawa dari hasil gigitan tu. Virus tersebut dikenali sebagai virus rabies. Virus ni boleh menyebabkan mangsa lumpuh. Kucing selalunya menggigit apabila dirasakan terancam atau bila kita terpijak mana-mana bahagian badannya. Sebab tu kita dinasihatkan supaya tidak terpijak mana-mana bahagian badan kucing yang sensitif macam ekor atau kakinya. Kalau terpijak, kenalah cepat-cepat melarikan diri untuk mengelakkan terkena gigitannya. So, dari maklumat ni dapatlah dijadikan panduan untuk aku dan peminat-peminat kucing supaya lebih berhati-hati dengan gigitan kucing. Jika digigit kucing hingga menembusi kulit kita dan darah keluar terlalu banyak, cepat-cepatlah ke klinik untuk mendapatkan suntikan anti rabies ( VAR ). Jangan disangka gigitan kucing tidak merbahaya walaupun kucing itu adalah kucing peliharaan kita. So, berhati-hatilah selalu.....