Alhamdulillah..selesai pun buat blog baru. Blog ni diwujudkan hanyalah untuk menceritakan segala pengalaman, kenangan dan kehidupan peribadiku. Selain itu, boleh juga aku mengasah bakat dalam bab-bab penulisan ni. Bila difikirkan balik, rasanya terlalu lama aku meninggalkan zaman penulisan yang begitu diminati oleh aku satu ketika dahulu. Kalau tak, takkanlah masa zaman tu, aku boleh mengarang ayat-ayat puitis dan mengasyikkan selain mendapat A dalam penulisan aku. Hehehe....cepat betul masa berlalu. Disebabkan terlalu lama aku meninggalkan zaman tu, hingga kini bila dicuba untuk menulis ayat-ayat terasa agak kekok. Rasa ayat yang ditulis semuanya tak kena. Bila dibaca semula, nak tergelak dibuatnya. Kalau kena ambik exam sekali lagi, rasanya boleh fail penulisan aku. Hehehe..... Takpala, insyaALLAH bakat tu boleh diasah kembali.
Aku kini menjalani kehidupan sebagai isteri, suri rumah, membantu suami di kedai komputer dan bakal bergelar ibu tahun depan. InsyaALLAH. Doa-doakanlah yang terbaik sahaja untuk aku dan kandungan ini. Harap semuanya selamat dan aku tak mahu lagi mengalami keguguran seperti bulan 4 yang lalu. Sedih betul...Kini kandungan dah pun mencecah 4 bulan setengah. Alhamdulillah....biarlah semuanya dipermudahkan dan selamat. So far, aku belum tahu baby aku ni boy or girl. Nantilah dulu.. Tapi aku tak kisah pun lelaki atau perempuan. Janji semuanya sihat dan sempurna.
Kemarin try search peluang-peluang perniagaan yang boleh dijadikan sebagai side income. Sajala cari peluang tu. Nak tengok bisnes apa yang boleh dijadikan side income. Bukan maksudnya pendapatan yang ada sekarang tak cukup, cuma nak tambah side income untuk bantu pendapatan isi rumah. Nampaknya macam bisnes based on food lagi bagus. Terfikir nak buat frozen food. Buat karipap mini( sardin, ayam, daging) dan mini popia simpul kasih. Tapi, persoalannya, mampukah aku? hehehehe.....Bila difikir balik, rasa macam tak mampu. Tapi belum cuba, belum tahu.. Rasa macam nak try jugak. Takpala, aku akan try dulu buat kecil-kecilan. Sokongan daripada husband memang sentiasa ada. Siapa tahu, kalau sukses, alhamdulillah...Tapi ni semua baru dalam plan. Nak laksanakan belum tahu lagi bila....Apa-apa pun, semoga semuanya dipermudahkan dan sentiasa mendapat bantuan daripada Allah.amin...
No comments:
Post a Comment